SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label KARNIVAL. Show all posts
Showing posts with label KARNIVAL. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

MENJAGA BOOTH SKM

Mini Karnival Jualan Koperasi tu berlangsung selama 3 hari, bukan 4 hari cam yang aku mention sebelum nie. Hari pertama tu pendaftaran. Untuk hari pertama staf Hilir Perak tak jaga booth sebab ada staf Ipoh yang datang bawak risalah bagai & jaga booth sekali.

Untuk hari ke-2 hingga 3, baru kitorang gilir2 jaga booth. Aku ditugaskan untuk arrange jadual menjaga booth. Senang la sket kalau ada jadual. Takde la yang nak mengelat kan... ;P

Hari ke-2, Encik Amir ngan Hafiz (sesi pagi), aku ngan Ros (sesi petang). Hari ke-3, Encik Fadzil ngan Encik Bos (sesi pagi), Encik Sukeri & Encik Din (sesi petang). Begitulah kekdahnya...

~ Pukul 1.50 p.m aku dah siap. Amacam? Santek tak spec baru? Ahaks3... Tak abis2 tanya pasal spec baru! ;P

~ Tengah tunggu Ros datang amik aku kat rumah. Sesambil tu kita bercamwhorelah! Heh3...

Pengunjung tak ramai sangat. So, memang giler bosan la melangut kat booth tuh! Paper dah baca dari kulit ke kulit pun belum jugak pukul 5.30 p.m. Hadoi la...

~ Dalam pukul 4 p.m, Encik Sukeri datang jenguk booth. Dia datang bawak anak dia nih, si Upin Ipin. Aku panggil dia Upin Ipin sebab suara dia kecik macam suara Upin Ipin. Bila dia bersuara, aku sker gelak2kan. Dengan fizikal dia yang kecik molek, ngan suara yang ala2 Upin Ipin tuh, memang giler comel, hokay! Hiks...

~ Petang tu ada pertandingan bercerita kanak2. Contestants tak ramai. Ada la dalam 5 orang. Yang dalam gambar tu la juaranya. Tajuk citer dia Princess Applelina. Costume pun ala2 princes jugak. She's the only 1 contestant yang berciter dalam bahasa Inggeris. Self-confident dia pun tinggi. Maybe sebab tu dia menang. 

~ Lepas tu, ada pertandingan sepak raga. Main dia cam main sepak raga biasa, aci timbang2 bola tapi, yang pelik sket adalah pemain wajib pakai baju Melayu. Siap ngan samping buat selempang lagik ko..! Dasat2... ;P

~ Sepak raga tu game untuk kaum Adam. Untuk kaum Hawa lak ada game musical chair. Sampai patah-riuk kerusi kena kerjakan ngan diorang! Nak merebut kerusi kata ko..! Ha3...

Pukul 5.30 p.m, kitorang 'tutup kedai'. Tak lalu dah nak tunggu sampai pukul 6 p.m. Aku roger2 my 'sayang' suh amik. My 'sayang' bawak mak ngan Mak Lang sekali sebab diorang nak cuci2 mata kat karnival tuh.

Aku belikan mak buku doa. Harga 17 hengget jer tapi, berbaloi sebab ada 1001 doa yang buleh diamalkan. 

~ & tetiba perut rasa lapor. Makanya, ke Nasa Tom Yam lah kami sume...

~ Sate tu appetizer jer tau! Main course tak sampai lagik, so kita mentekedarah sate dolu! Perrgghhh..! Dasat betul pola pemakanan!!! ;P

*Tamat...

Monday, July 4, 2011

LAUNCHING TIME...

Agenda selepas pendaftaran adalah Taklimat Pemantapan Koperasi (Back to Basic). Taklimat nie lebih kepada nak mengrefresh balik tujuan utama penubuhan koperasi. Plus, nak timbulkan kesedaran pada mana2 koperasi yang dah tersasar dari landasan sebenor.

Sebabnya, skang nie orang nak tubuhkan koperasi semata2 nak pinjam duit dari SKM. Sedangkan tujuan sebenor penubuhan koperasi adalah untuk menjana ekonomi rakyat. Begitulah kesahnya...

~ Taklimat disampaikan oleh Tuan Haji Osman, Penolong Pengarah SKM Wilayah Manjung & Perak Tengah. 

~ Gigih betul pakcik2 nih mencatat. Bravo pakcik! Bravo! ;P

~ Taklimat abis dalam pukul 11 a.m. Rest kejap then, ada upacara perasmian plak. Masa nie, Pengerusi Koperasi Orang Melayu Kerajaan (SKOMK) Perak Berhad tengah bagi ucapan.

~ Sempat plak Encik Bos menjeling kat camera! Cayalah Encik Bos! Hmmm... sawan camera jugak Encik Bos aku nih! Ngeh3...

~ Say cheese..! ;D

~ Perasmian oleh Tuan Haji Musa Nasri, Pengarah SKM Negeri Perak. Terima kasih Tuan Pengarah sebab sudi datang dari Ipoh untuk buat launching. ;)

~ Bila bosan, begini la jadiknya... 

~ Berposing sesado..! He3...

~ Alamak aiii..!!! Terserlah betul double chin! Hu3...

Macam mana la nak nyahkan double chin tuh? Mencik tau! Huh!


*Bersambung lagik...

MINI KARNIVAL JUALAN KOPERASI

Baru2 nie, opis aku organize 1 event yang quite besor gak la... Event Mini Karnival Jualan Koperasi namanya. Actually, main organizer untuk event nie adalah Majlis Pembangunan Koperasi Peringkat Parlimen (Teluk Intan) dengan usahasama SKM Hilir Perak & Koperasi Orang Melayu Kerajaan (SKOMK) Perak Berhad.

Seperti biasa la kan... aku dengan Ros memang semedang jer jaga tang pendaftaran. Seumpama jawatan jaga kaunter pendaftaran tu tak buleh dipasskan ke orang lain gitu..! Ha3... Tapi, takpe... sebab we like..! ;P

~ Daripada ke hulu ke hilir menyambut tetamu/jadik emcee, adalah lebih best kitorang jaga pendaftaran. Asal orang datang jer suh register & bagi2 goodie bag. Asal suh register & bagi goodie bag jer, orang datang. Kan ke semudah A, B, C tuh?! Ngeh3...

~ Koperasi tanya, kita jawab sebaik mungkin. Agak2 soklan tu terover complicated, kita pass2 la kat orang2 yang berkenaan. Kekdahnya... ;P

~ Diorang tu sume datang berperingkat2. Kalau time datang sekali harung ramai2, memang kelam-kabut gak la kan... Tapi, kalau dah sayup2 tu, memang berposing jer la keje ko, noks..! Ahaks3...

~ Ada jejaka idaman Malaya sedang menebeng di situ..! ;P

~ Layan Encik Sukeri menyembang memang sampai sok pun tak abis! He3...

~ Hah! Yang macam model Dunhill-Gaya, Mutu & Keunggulan nie adalah Pengembang Koperasi. Encik Din namanya. Buat julung2 kali aku jaja muka beliau kat blogungukechentaan nih sebab beliau pun baru jer join SKM. Staf kontrak.

~ Booth2 yang menjual pelbagai produk termasuklah produk koperasi.

~ Encik Bos yang sungguh la tinggi... Kalau aku berdiri sebelah dia, memang nampak benor jurang! Sentap ah kak tau! Tsk3...

Event nie diadakan kat Arena Square, Teluk Intan. Berlangsung selama 4 hari. Dalam masa 4 hari tu jugaklah kitorang bergilir2 jaga booth SKM. Terjejas agenda weekend ah kak, noks..! Hu3...

Tapi, takpe la... Demi tugas & amanat kan... Plus, 'saya kan yang menurut perintah...' ;)


*Bersambung...

Saturday, January 15, 2011

KARNIVAL MAHABBAH

Baru-baru ni, we ols ke Karnival Mahabbah kat Arena Square. Karnival tu start bila ntah?! Tak hengat plak ah kak. Mase kitorang gi tu pun dah majlis penutup. Actually, tak plan pun nak pegi. Abang ngan mak yang mengusulkan. On jerlah! Plus, memang takde aktiviti apa2 pun malam tu. ;)


~ Kedatangan kami disambut oleh mende alah nih!


~ How I wish to play wif those kiddos too..! Adik2... buleh pinjam sijil kelahiran tak? Hu3...


~ Wif mak aku yang sentiasa dihatiku... Ecewah!


~ Ahli kumpulan nasyid yang tersesat-barat. Tak buleh blah tengok abang aku senyum! Ha3...


~ 1 of booth yang ado kat karnival tuh. Booth Artists Corner. Booth kartunis la ni. Ado Boy PJ, Binjai & lagik sorang tu sape ntah?! Tak hengat la... Cam Boy PJ tu dolu kartunis untuk majalah Gila2 kalau tak silap aku. Actually, Boy PJ ni adalah abang sulung Kak Aneem jugak.


~ Majlis penutup pun bermula...


~ Disebabkan kerusi yang limited, makanya terpaksa la melepaking kat tepi2 booth jer... Sadis, owh..! Apsal tak prepare kerusi banyak2, dowh..?!


~ Mak melayan Cik Odah...


~ Masa perasmian tu, ada la pasukan kompang buat performance. Sound effect memang kuat la kan... Mencicit2 Lip2 larik sebab dia ni penakut tahap gaban! Even masa kitorang tengok Thomas Cup, Datuk Lee Chong Wei vs Lin Dan dolu tu pun Lip2 dah ngeri2. Siap suh mama & papa dia tukar chanel lain sebab takut dengor kitorang terjerit2. Ha3...

Malam tu, ada lucky draw. Grand prize adalah moto sejibik. Abang aku ada tiket untuk lucky draw tuh. Dari umah lagik dah poyos kata dia yang bakal membawak pulang moto tersebut. Geli, owh... buah pinggang ah kak dengor..! Siap suh kitorang hembus jampi2 lagik..! Tapi, sampai skang bayang 'pak cik menang moto' tak nampak. Muahaha...

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google