SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, March 9, 2017

SETIAP KEPAHITAN, ADA MANISNYA

#Throwback

Aku & Oppa ditugaskan untuk masuk dalam dewan convo UTEM. Memang normally cenggitulah. Kami ok je. Takde masalah.

Jejah & Mon dah gerak dulu. Walaupun rumah diorang kat Melaka tapi, malam tu diorang bermalam kat homestay. Subuh2 dah keluar, nak elak jemm sebab pukul 8.00 pagi dah kena terpacak kat dewan convo.

Aku & Oppa on the road pukul 7.30 pagi. Memang jemm! Neves jugak! Takut tak sempat catch up. 

~ Alhamdulillah... selamat sampai. Lewat sikit, actually. Tapi, still boleh masuk dewan sebab tak start lagik. Fuh!

Singgah breakfast kat stall yang jual macam2 makanan. Makan secara laju. Tak sembang, takde chill2. Fokus kat mengunyah & menelan. Bertenang 2 minit, kemudian berlarik2 anak ke dewan. Perrgghhh..!!! Rasa macam #SongJiHyo & #KangGary sedang setelkan mission Running Man kekdahnya... Ha3... Nak jugak...

~ Point of view kami.

Tak suka duduk kat port tu, sebenarnya. Tapi, no choice. Sebab urusetia siap2 assist ke tempat duduk. Berbeza sikit dengan convo UTEM yang sebelum ni. Suka hati je nak duduk kat celah mana. 

~ Of course selfie..! Walaupun bukan port pilihan. Heh3...

~ Jalan2 & shopping sementara tunggu Jejah keluar dari dewan.

~ Maksudnya, dah setel sidang convo la.

~ Congrats Nor Azizah Mohd Yusoff for officially graduated as Master in Science (Electrical Engineering)..!

Banyak jugak onak, duri & dugaan yang Jejah tempuh dalam perjalanan nak menamatkan Master ni. 

Fragile pregnancy
'Check-in' & 'check-out' hospital sebab placenta previa.
Bleeding
Emergency caesarian sebab bleeding teruk dengan premature baby.
Paling menyayat hati, baby tak dapat survive sebab premature dengan berat hanya 800 gram. Baby kembali kepada pencipta-Nya dalam bulan Syawal.
Jejah terpaksa extend study sampai habis pantang, sampai dia betul2 sihat + fit mentally & physically untuk continue pengajian Master.

Setiap kejadian, ada hikmahnya. Setiap kepahitan, ada manisnya. Allah punya perancangan yang Maha Sempurna. Jejah pregnant lagik. Rezeki. Alhamdulillah... Muhammad Imaan Raziqin bin Isma Amirulaliff selamat lahir ke dunia & Jejah berjaya habiskan Master.

~ Kami tumpang happy... ;)

~ Tahniah, adinda..!

~ Kakak ipar over! Hubby kakak ipar & adik ipar redha jerrr... Ha3...

~ Hoyyeahhh..! ;D

~ Muhammad Imaan Raziqin & parents. So, sweettt...

~ Semua pun tumpang happy...

~ Muhammad Imaan Raziqin pun happy! He3...

~ #9 & #10

~ Abah & My MIL pun happy.

~ #OkBai

~ Singgah lunch kat food court Taman Mini Malaysia. Sodap nasik goreng dia.

Jejah dah set appointment untuk studio photoshoot. Thorrbahekkk... auntie photographer tu. Service tip top. Dia susun cantik2 ikut pasangan la... ikut turutan adik-beradik la... tunduk sangat tak boleh, dongak sangat pun tak boleh. Maksudnya, selagik tak betul2 cantik, dia takkan snap. 

Anak2 sedara yang pelbagai kerenah tu pun dia boleh handle. Bebudak tu follow je cakap dia. Dasat!

Semuanya selesai. Kami separate kat situ. Memasing menuju ke destinasi memasing. Annyeong..!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



4 comments:

Nour Adieb said...

wahhh, best Jejah dah graduate master �� alhamdulillah walau bnyk dugaan utk Jejah kan

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Nour Adieb,

alhamdulillah.. setiap dugaan t'selit hikmah. yg dah pergi tetap pergi. tp, kebahagiaan yg dia dpt skang b'ganda2.

Nour Adieb said...

Alhamdulillah, halawah di sebalik dugaan

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Nour Adieb,

ye, betul! allah kn maha penyayang..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google