Abang roger2 kat WhatsApp. Ajak berpoya2 & berlibur. Destinasi: Ipoh.
Aku baru bangun tido. Terkulat2 baca mesej. Nampak je perkataan 'jalan2' & yang seumpamanya, mata segar-bugar, noks..! Tiada lagik terkulat2 mahupun mamai. Sesegar embun pagi terus! Ha3... Dasar sangat..!
Tapi, aku tak boleh decide sebab Oppa kerja. Tunggu Oppa reply WhatsApp je la... Reply jawapan selamat je kat Abang. Suruh diorang gerak je dulu. Tak payah tunggu kami. Tak perlu konvoi. Ada rejeki, kita jumpa kat mana2. Cenggitu...
Oppa reply, boleh katanya... Tapi, lambat sikit. Tunggu dia setelkan kerja.
Yahoooooo......!!!!!! Melompat mintang ah kak! He3...
Meeting point dengan rombongan Abang: Gopeng kot... Kat restoran apa ntah nama dia?! Lupa. Lunch terus. Cuaca adalah hujan renyai2. Hujan pulak adalah lapor. Nampak sodap je semuanya. Isk3...
Lepas tu, baru konvoi. Menuju ke AEON Mall Ipoh Klebang.
|
~ Jumpa Traditional Archery Camp. Selfie seketoi. |
|
~ Eh, tak! Berketoi2 sebenarnya. Ha3... |
Sedang berjalan2 je ni. Tup2... terpandang Traditional Archery Camp. Macam best. Macam menarik. Oppa singgah. Tanya itu, ini... cenggitu, cenggini... costing, bla3...
|
~ Terus terjebak! |
|
~ Bidikan tu tak accurate pun takpe. Yang penting, perut tu menonjol. Ha3... |
|
~ Acah2 Katniss Everdeen. Ecewah! Hiks... |
|
~ Adik ipar Katniss Everdeen. ;P |
|
~ Anak Katniss Everdeen maintain Ottomen Mebius. Ha3... |
|
~ Jalan ke depan sikit, jumpa port cantik, selfie. Cenggitu je konsep pada hari tersebut. |
Lepas tu, lapor. Laju je berjalan, carik food court.
|
~ Ottomen Mebius kalah dengan chocolate pretzel Auntie Anne's. Ha3... |
Menu pilihan: Sizzling mee, Auntie Anne's pretzel, tomyam, fish 'N' chips, bla3...
|
~ Yang ni lagik sadis. Hilang imej bakal pemanah negara serta-merta! Choiii..! |
|
~ Selepas kenyang, konsep selfie masih diteruskan. Bersemangat sebab perut dah bulat. Ha3... |
|
~ Kegigihan selepas kenyang. Orang lalu-lalang terjenguk2, terintai2, terskodeng2... don't care..! Ha3... |
|
~ Even lepas tu, ramai pulak yang terjebak berselfie macam kami. Trend setter lah kiranya! Bangga. ;P |
|
~ Menggumbirakan Mother. |
|
~ Papa, anak2 & mak sedara... sama2 over! Ha3... |
|
~ #Chiaaa3 Ahaks... |
|
~ Nania duduk dalam troli je kot..! Tapi, terus happening selfie. Kompom tak syak lagik... sawan camera + sawan jalan2. ;D
|
Jangan jadikan mende yang simple tu kekal simple. Simbahlah dengan warna. Pilih yang cantik2, yang striking, yang menaikkan mood happy. Nescaya, yang simple boleh jadik memorable. ;)
:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::