SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, February 10, 2017

PAGI SAMPAI KE MALAM

Program #2: 19 Januari 2017, Dewan Hajjah Tuminah, Kampung Sungai Nipah Darat, Rungkup.
Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Strategik Memperkasa Gerakan Koperasi Negeri Perak & Taklimat Peluang Perniagaan Kepada Anggota Lembaga Koperasi Sempena Pemukiman YAB MB Perak Di Daerah Bagan Datuk

Amekaw..! Nama event tu, kalau sebut senapas, kompom sempot! Fuh!

Nak tak nak, itulah hakikat dia. Hati ah kak ni, lapanblas hari sebelum tu dah berdebar2. Jantung lagik advance! Doplohhari sebelum dah dag dig dug bunyik dia. Hadoi la...

Carpool dengan Encik Fadzil. Sejurus sampai, terus meluru ke port makan VIP & public. Tak kose nak menghiraukan persekitaran lain. 

Dipendekkan cerita, minum pagi untuk public setel walaupun ada sikit kekeliruan menu. Bukan salah SKM tapi, agensi lain yang tumpang event. Tak payah la share nama agensi tu. Kita husnuzon je. Let bygone be bygone. #TenteramkanHatiSendirik Hu3...

~ VIP 

~ YAB MB Perak sedang bagi ucapan.

Setelah berhempas-pulas dengan team caterer, finally... meja santapan siap sepenuhnya. Mata ni meliar carik kelibat Encik Fadzil, Encik Abdullah, Encik Badiozaman & Eika. Awal2 lagik dah mintak tolong diorang untuk sama2 escort VIP ke meja santapan. Nak harap ah kak sorang yang escort, memang sedehlah! Ah kak kan petite in terms of size. Bila dalam crowd, kompom susah orang nak trace. Terkapai2 je. Sob3...

~ Pelancaran Pelan Tindakan Strategik.


~ Penyerahan mock cheque.

Lunch untuk public pun dah ready. Emcee announce je, crowd dah boleh serbu.

Ah kak standby untuk VIP. Muka wajib maintain senyum. Busy monitor makanan, busy refill minuman & busy senyum. Berjalan & berlarik2 anak ke hulu ke hilir. Banyak kalori yang terbakar. Kurus betul ah kak hari tu. 2 kali pandang, nak dekat seiras dengan #SongJiHyo. Eceh! Ha3...

~ Mission accomplished. Fuh, lega..! 

Terima kasih, Big Boss... 
Terima kasih, Encik Boss...
Terima kasih, Encik Fadzil...
Terima kasih, Eika...
Terima kasih, Encik Abdullah & Badiozaman...
Terima kasih, Encik Ghani & #TeamCaterer...

Lepak kat masjid sekejap dengan Cik Nad. Relax, refresh & solat Zohor. Pukul 3.30 petang, ada tugasan lagik. Tapi, yang chill2 je. 

Program #3: Perkarangan Pejabat Ladang Koperasi, Kampung Sungai Pergam, Bagan Datuk.
Jom Jelajah Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh Perak Berhad & Majlis Penyampaian Bantuan Kebajikan Bersempena Program Pemukiman YAB MB Perak Di Daerah Bagan Datuk

~ Standby. Tunggu ketibaan YAB Dato' Haji Samsudin Haji Abu Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan & Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO & Masyarakat Sivil.

Main course jamuan: Soto. Sodap baq hang! Nak refill, maluuuuuu...... Hu3...

Program #4: Perkarangan Kedai Koperasi, Kampung Tanah Lalang Darat, Bagan Datuk.
Jom Jelajah Koperasi Usahawan Wanita Hilir Perak Berhad Bersempena Program Pemukiman YAB MB Perak Di Daerah Bagan Datuk

Dah senja, noks! Mendung, guruh berdentam-dentum. Tapi, tugas tetap tugas. Event diteruskan jugak. 

Pukul 7.30 malam event habis. Balik dalam keadaan hujan lebat. Zikir banyak2 sambil tolong tengokkan jalan. Sebab jarak penglihatan sangat terhad.

Alhamdulillah... selamat sampai rumah.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google