SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, October 18, 2016

CEPAT SIAP, CEPAT MASAK, CEPATLAH MAKAN

Shell out party untuk Kak Yong & Rifqi sempena birthday yang ke-9 (Kak Yong) & 5 (Rifqi). Ini adalah yang pertama seumpamanya. Maksudnya, memang tak pernah langsung buat homemade shell out. 

Tugas aku: Menggoogle resepi shell out. 

Banyak version. Jenuh jugak nak filter. Last2, terjebak dengan resepi Madam Nani Rostam, bonda Hanis Zalikha. Sebab nampak simple, nampak kemelayuan sikit.

Tugas aku, Oppa & Mother: Sopping seafood & bahan2 mentah lain.

Berjaya dapatkan 'hero2 utama' seperti ketam, sotong, udang, ikan & kerang. Lala nan hado..! Kita replace lah dengan kerang. Tapi, tak bubuh sekali dalam seafood untuk shell out. Takut tak ngam. Kerang tu kitorang rebus bodoh2 gitu je. Ikan tu pun bukan untuk shell out. Tapi, untuk digoreng, cicah air asam, makan dengan nasik panas2. 

Muka je pan asian... tapi, tekak Melayu jati, bebeh! Ha3... Tak boleh blah tang pan asian tu! ;P

Kerahan tenaga bermula. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing konsep dia. Cepat siap, cepat masak, cepatlah makan. ;)

~ Hang Rebus

~ Berganding bahu dengan Hang Api

~ Masak2 dah start.

~ Masterchef terulung. Ho3...



~ Tak sabar nak ngap!

~ Bergurau dengan ketam. He3...

~ Bau dia menusuk kalbu!

~ Cheesekut by A_bern untuk dessert. Ermmm... dappp...

~ Shell out party, bebeh!
~ Kek sodap. Tak tau kat mana Kak Aneem tempah.






~ Birthday girl & boy. Kak Ngah sebagai 'pelakon tambahan'. He3...

~ Semoga jadik anak2 yang baik, soleh, solehah, berjaya di dunia & akhirat. Pendek tapi, jitu ucapan Acu. Heh3...

~ Open for photoshoot only selama 5 minit.


~ Close up


Tahniah anak2 sedara yang berjaya setting meja Jepun Nenek diorang tu. Senang nak longgokkan shell out. 

Best jugak homemade shell out cenggini. Petang ke... malam ke... boleh repeat makan sampai lebam. Tu pun kalau ada saki-baki leftover la... Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google