SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, January 1, 2015

DINNER SIMPLE TAPI, MARVELLOUS!

#Throwback

Larian Koperasi Negeri Perak...

Berat betul hati ni nak join. Setelah lapanbelas ratus kali pikir, timbang-tara... akhirnya, ah kak akur. 'Saya yang menurut perintah...' Uhuks3...

Pukul 6 petang, hari Sabtu, Encik Fadzil amik aku kat rumah. Kelam-kabut sikit sebenarnya... sebab baru balik dari rumah mertua. Nasib baik sempat siap sebelum Encik Fadzil sampai. Hikmah dia sesat kejap carik rumah aku kot... He3...

Encik Fadzil dah siap2 amik Cik Nad. Tinggal nak amik Kak Ja je kat Taman Melor. 6 orang sumbat dalam 1 Ezora Bold. Kami 3 orang, lepas tu Encik Fadzil bawak wife (Kak Ani) & anak (Syahir).

~ Kami transit kat Kuala Kangsar sebab dah malam.

~ Check-in kat Ezzi Inn.

~ RM 120/nite untuk Family Room.

Amik 2 bilik Family Room consist of 1 queen + 1 single bed, attached bathroom & air conditioned. Bilik dia pelik sikit. In between queen & single bed tu ada open closet, lagik sikit je nak cecah siling. TV kat belah queen bed. Kedudukan air cond pulak adalah kat belah single bed. Agak kurang praktikal di situ...

~ Open closet yang aku maksudkan.

~ Bathroom ok la... Tapi, pintu tak boleh lock. Maka berpesan2lah kami supaya jangan skodeng. Ha3... Hadoih!

Overall rating: 2.5/5

Servis / khidmat pelanggan dah tip top. Hmmm... keadaan bilik fail sikit. Perabot lama, aku boleh terima lagi. Tapi, kalau cadar & blanket lama... berdebu & berhabuk... hmmm... kureng di situ... Tapi, bukanlah sampai tahap tak boleh nak jadik tempat persinggahan langsung. Tepuk dada, tanya selera... 

Kalau nak singgah untuk transit ke... apa ke... boleh la try jenguk website & calling2 nombor seperti di bawah:-

No. Telefon: 05-7771111

Malam tu, kami dinner kat food court sebelah Arena Square. Port terpilih adalah gerai yang terpaling hujung. Ada 1 pokcik yang jadik waiter merangkap owner kot... Mesra alam pokcik tu. Siap kasik cadangan menu lagik. Cayalah, pokcik! ;)

~ Nasik Goreng Ikan Pekasam. Kak Ani yang order, selepas dicadangkan oleh pokcik tersebut.

~ Nasik Goreng Ikan Rebus untuk aku. 

Perrgghhh..!!! Sumpah sodap! Nasik goreng kat sini didatangkan dengan pakej tau! Maksudnya, kata la... ko order Nasik Goreng Ikan Rebus. Yang ko akan dapat adalah nasik goreng + ikan rebus goreng ditabur dengan cili padi & bawang yang digoreng + sup kosong + telur dadar + sambal belacan. Pasal harga, toksah bimbang sebab memang berpatutan. Berbaloi2 dengan kesodapannya. Thumbs up untuk pokcik tu! ;)

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (Sultan Perak) pun penah drop by, makan kat situ. Ada la gambar display, pokcik tu tengah buat demo memasak siap pakai baju ala2 chef. Dasatlah, pokcik..! 

Hmmm... tido malam tu pun termimpi2 Nasik Goreng Ikan Rebus pokcik tau..! Ahaks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



3 comments:

Inani Hazwani said...

nasi goreng ikan pekasam first time dengar :)

Inani Hazwani said...

nasi goreng ikan pekasam first time dengar :)

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Nur Inani,
p'gemar ikan pekasam boleh cuba, try, test.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google