SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Saturday, June 14, 2014

PAHIT2 MANJA

Sememangnya dirancang! Sebab dah lama rasanya tak dating. Maksudnya, yang jauh2 sikit. Yang dekat2 tu, biasa sangat dah.

Sanggup amik cuti kerana dating. Kerja setel & anual leave pun dok ada lagi, tak berapa luak. Plus, dah apply awal2 via HRMIS & been approved. Rasanya, dah tak menyusahkan sesiapa la kot... Errr... tapi, kat ruangan 'Sebab Bercuti' tu takde la gediks mention 'Kerana urusan dating'. Over sangat tu..! He3...

~ #jebatmas. Ko mampu declare diri sendirik dengan gelaran cenggini..??! Ha3...

~ Nak show-off blouse baru tapi, terlebih show-off kat tudung lama pulak. Dengan alasan: Nak berlagak kat you ols. Ho3... Boleh terima tak?

Nak ke Ipoh, sebenornya. Temankan My 'Jebat'. Dia ada urusan kat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Renew lesen kontraktor. We ols sampai tengahari. Ramai jugak yang still berurusan. Kaunter banyak, actually. Tapi, bilangan close lebih kurang sama dengan bilangan open. Bukan apa... kalau semua open kan bagus. Sebab aku rasa bahagian kaunter SSM takde yang kerja shift kot. Hmmm... ntah la...

My 'Jebat' sedang beratur. Aku sedang duduk sambil perhatikan mereka2 yang bertugas kat kaunter. Ada kaunter laju, ada sederhana & ada yang... hmmpphhh... ya hado..! Kaunter yang dijaga oleh 2 orang staf pompuan tu lagik la... asik bersembang je kerjanya. Aku pulak yang stress! 

Sedar dari stress bila My 'Jebat' datang kat aku. Muka sugul. Eh, kalau dah setel kenapa perlunya bermuka sugul kan?! Sepatutnya tunjuk muka happy. Nak lompat2 bintang pun aku izinkan. Kalau tak malu dengan orang sekeliling la... Ha3... 

Kessahnye... resit apakemendentah... tak boleh print sebab sistem down. Staf kaunter suruh duduk & tunggu dia panggil. Owh... ah kak kembali stress! 5 minit berlalu, tunggu pulak sampai 10 minit... 15 minit... berminit3... tetap jugak tak panggil nama My 'Jebat'. Takkan nak kena tukar nama jadik Sharnaaz Ahmad baru dia excited nak panggil kot..! Haish! Kesian Sharnaaz Ahmad terjebak dalam ini cerita. ;P

Akhirnya, My 'Jebat' yang penyabar tu terjah jugak kaunter. Ding dong ding dong... hah, dapat pun! Fuh! Sangat lega. Perut dah berk-pop. Tak mampu nak berlama2 kat situ. Lebih baiklah kita keluar mencarik lunch. Makanan kan terapi ah kak. ;)

Restoran Mee Rebus Tapah untuk heavy breakfast... membawak ke SSM... membawak pulak ke laksa Padang Polo... membawak ke shopping kat AEON Ipoh Station 18 & balik. Sangat seronok dapat dating. Walaupun kes kat SSM tu buat spoil tapi, hmmm... gasaklah! Anggap sebagai kenangan pahit2 manja jerrr...


:: Like3, ek! ::



SENJA NAN MERAH...

Macam lagu duet Awie dengan Ziana Zainlah! Eh, bukan 'macam'! Memang tajuk lagu diorang pun. Sekali diorang tarik high note, perrgghhh... meremang bulu tengkuk! He3...

Tapi, ini bukan cerita nak berkaroks ke... atau nak masuk audition Ceria Popstar, nyanyi lagu Senja Nan Merah ke kan... Ha3... tetiba sangat..! ;P Ini kessahnya aku, My 'Jebat' & adik2 ipar yang bersantai2 petang kat rumah mertua.

Cuaca sekarang kan panas membahang. Dah mandi secara spa berdondang sayang lewat2 petang pun still terasa panas. Takkan nak mandi malam pulak. Takmolah! Tak elok kalau dah jadik habit. Pasang kipas dengan halaju maksimum pun cannot do. Makanya, try la carik angin yang natural kat luar. Hu3...

Sorang2 mula ke luar... amik angin petang. Lama2 dah jadik berorang2. Dari seronok dah boleh beronok2! Ha3...

~ Beginilah cara kami beronok2 tuh. Selfie..! ;P

~ Tetiba Mon muncul! Baru lepas tolong Abah angkut2 tanah. Menantu yang bagus. Ikhlas ah kak puji. Eceh! He3... & terus dia pose cenggini. Ha3... Kamu sememangnya lawak, Mon! Menantu yang bagus ke menantu yang lawak. ;P

~ The Jelitas... Awwsss..!!! Ahaks...

~ Ini la maksudnya dengan 'Senja Nan Merah' tu. Amazing kan? Berebut2 nak amik gambar.

~ Macam2 ragam.

'Bersidang' sampai nak dekat Maghrib. My MIL pun dah hambat itik2 peliharaan masuk reban. Sebelum dia hambat we ols pulak, better pandai2 masuk rumah siap2. Kang tak pasal2, 'Anak2 Menantu Dihambat Mak Mertua Masuk Rumah, Suruh Semayang Maghrib' jadik headline surat khabar. Hot story tuh! Pastinya surat khabar tersebut akan jadik 'terlajak laris'..! He3...


:: Like3, ek! ::



Friday, June 13, 2014

APPRECIATE BILA MAMPU BERCANDA CENGGINI

Hari yang sama dengan hari 'Jelajah Keretapi' Mak & geng surau...

My 'Jebat' cuti. Cuti dari sebarang kerjaya dia yang bercabang2 tuh. Kontraktor & petani moden... dua2 off! Sangat heaven bila dapat spend time together2. Tapi, kalau spend time kat rumah je, macam tak berapa #halussss je kan... Maka, we ols pun datinglah ke Lumut...

 ~ Agenda pertama adalah makan laksa & cendol. Sangat secocok kan..!

~ Sampai meleleh2 habaq hang..! My 'Jebat' kalau buat lakonan semula, memang poyo! Ha3...

We ols menjamu selera kat area Lumut Waterfront tu jugak. Bukan yang tepi laut. Tapi, yang seberang jalan belah sini. Boleh imagine tak direction ah kak nih? Aku pun konpius bila baca balik. Ha3... 

Alaaa... senang cerita, yang kat area banyak kedai2 jual hasil laut tu la. Sederet port makan kat situ. Pilih je nak masuk celah mana 1. Dulu, aku pernah rasa laksa yang sodap kat sini. Lama dah... Yang pasti, bukan stall yang ni. Salah percaturan sebab laksa dia ke laut sikit. Cendol pun ke laut! Pakai santan lama. Yappedaaa..! Potong selera betul!

~ Selfie kat Lumut Waterfront. Jalan kaki je, you ols..! Sesak napas sekejap. Hnnsss3..! Tak jauh mana pun... Tapi, paham2 je la, ek! Hu3...

Tak lama pun kat Lumut Waterfront tu. Panas membahang! Cair make-up I ols tau..! Awwsss..! ;P

Sang gagak pun banyak. Neves pulak tengok 'najis muttawasittah' yang bersepah2 tuh. Better chow sebelum menyesal! Okbai.

Agenda ke-2 adalah shopping kat AEON Seri Manjung. Bajet nak rembat sehelai blouse je. Tapi, 'tawaf2 sikit rasa macam... 'Eh, canteknya!'... 'tawaf' ke depan lagik... 'Ada discount, dowh..!'... & ke depan2 lagik... 'Perrgghhh..!!! Cantek! Rugi tak amik!'... Sudahnya, membawak ke 3 helai blouse. Siap buat AEON Member Card lagik. Renew untuk 2 tahun terus! Sebab ada promotion. Berbangga betul pada diri sendirik! Ha3... 

Agenda ke-3 samadengan carik makan. Revisit Restoran Ikan Bakar Nasa2. Hadiah untuk perut kekdahnya... Hiks...

~ Sup ekor tu sodap. Sotong goreng tepung pun pakai sotong fresh. Bagus! Boleh menambahkan kegumbiraan perut. ;P

~ Sotong bakar. Fresh jugak. Tapi, perapan tu macam terlebih serai.

~ Pulut mangga sebagai desert untuk My 'Jebat'. Aku mintak tolong dia suapkan mangga tu je. Tak keras sangat, tak lembik sangat. Sedang2. Sodap!

Sila ke alamat berikut kalau rasa nak terjah jugak:-

Restoran Ikan Bakar Nasa 2
Jalan Iskandar Shah
32200 Lumut, Perak

Jarang wooo... dapat bercanda cenggini... So, sangat appreciate! ;)


p/s: Mak selamat sampai. 'Jelajah Keretapi'nya berjalan lancar. Alhamdulillah...


:: Like3, ek! ::



JELAJAH KERETAPI

Dulu 'Eksplorasi'... sekarang 'Jelajah', noks..! Nampak gah sikit! Ha3...

Aktiviti 'Mak Cik Sari' (read: Mak) & geng surau sekarang ni aci pakai keretapi je. Tak main la naik bas rombongan. ;P

Kali ni, lebih ramai yang join. Mak kata, lepas eksplorasi pertama dulu, 2-3 minggu cerita pasal tu tak habis2 lagik. Asal buat perjumpaan kat surau / kenduri, kompom isu keretapi yang jadik tajuk utama. Mana tak panas telinga yang tak dapat join! Maknanya yang kali ni, mokcik2 yang tak dapat join dulu tu balas dendam la... Tak tahan dengor geng2 asik bergebang pasal keretapi. Ha3... 

Siap ada yang bawak hubby lagik..! Wife shopping, hubby tukang angguk merangkap banker & tukang bawak hasil shopping. Owh... sangat sweetness overloaded..! Sherashi bershama gitu..! Hiks...

~ Aku & My 'Jebat' yang hantar Mak & Cik Siah ke Stesen Tapah Road. Abang ada agenda picnic ke Teluk Batik bersama keluarga Permata.

~ Melangkah dengan bismillah... ;)

~ Beratur... bawak backpack memasing... dengan bekalan makanan yang mencukupi... owh... comel sangat..! He3...

~ Holloh3... Mak ni lah haiii..!!! ;)

~ Tunggu train dengan tenang. Ke... control tenang tapi, sebenornya excited tak hengat..?! Ha3...

~ Babai, Mak... I'm gonna miss you lah! ;P

We ols tak balik terus. Singgah kat Restoran Mee Rebus, Tapah. & kali ni aku tak kecewa sebab nasik ayam dah available. Boleh makan sampai lebam! Top up sambal lebih.

Perrgghhh..!!! Sorga... ;)


:: Like3, ek! ::



Thursday, June 12, 2014

MALAM STEAMBOAT & GRILL

Belanja Mak makan steamboat & grill kat The Rayyan. Mak tak tau pun. Just call Mak & suruh bersiap2. Surprise gitu..! ;)

Aci walk-in je nih. Nasib baik tak full house. Memang dah rezeki. Alhamdulillah... 

~ Sedang2 elok je dapat meja ni. Strategik! Dekat dengan air, dekat dengan makanan, dekat dengan bahan mentah yang nak disteambot + digrillkan & dekat dengan sinki.

~ Muka & perut yang gumbira... Tunjuk muka je. Perut tak boleh. Aurat. Ha3...

~ 'Dapur' berasap. ;)

Sangat syiok malam tu. Sebab tak crowded. Bebas berlarik. Kejap2 bangun, larik amik bahan mentah pun apa ada hal?! Tak payah nak beratur2 tunggu turn. Suasana pun tak bingit sangat. Chill je...

~ 'Masterchef' yang gigih. He3...

~ Konsep dia buffet. Sila refer white board di atas untuk harga per head. Jangan risau sebab sangat affordable. Mampu makan punya..!

~ Kenyang perut, sukahati... La3... Eceh! 

You ols pun boleh cuba, try, test jugak. Meh nak kasik address, meh!

The Rayyan Steamboat & Grill
Taman Melor
36000 Teluk Intan, Perak

No. Telefon: 019-5772599

Link Facebook dia pun terpampang tu, haaa..! Click3 je kalau nak survey2. Aku sarankan kalau you ols nak bersteamboat & grill time weekend, better call dulu untuk buat reservation. Sebab weekend selalunya full house. Kalau nak jugak walk-in, ok je... Tapi, harapan tu jangan nak tinggi menggunung sangatlah. Takut kuchiwa. 

Malam steamboat & grill berakhir dengan kegumbiraan, keheaven-an & kekenyangan yang tak terhingga. Terima kasih, Allah... atas nikmat rezeki ini... ;)


:: Like3, ek! ::



PROGRAM MAKAN2 FAMILY MERTUA

Owh... memang best! Gumbira perut mendengornya. Ha3...

Aku & My 'Jebat' ditugaskan untuk pilih port makan. Kriteria yang diorang nak adalah takmo jauh2, nak yang area Teluk Intan je & ada menu ikan bakar + seafood. Kat Teluk Intan ni seafood banyak la tapi, yang ada serve ikan bakar adalah payah nak dapat. Mostly, buat 3 rasa, masam manis, masak pedas & stim je. Jenuh perah otak, macam nak amik ujian memandu pulak kekdahnya... Hiks... Akhirnya, teringat kat D'Hentian Batu 8. Hmmm... boleh la kot kat situ.

~ Meja 'bertuah'. Heh3...

~ Couple 'bertuah'. Eceh! ;P

~ 'Cik Smurf' yang sedang taat pada arahan Atuk. He3...

Menu macam biasa la... ada nasik putih, tomyam poktek ikan, gerut2 masak pedas, gerut2 bakar, kailan ikan masin, telur dadar, lala cili kering, air tembikai & fresh oren. Meh, nak review dari aspek rasa, meh!

Tomyam poktek ikan: Ok. Diorang la kata... Aku tak boleh komen banyak sebab aku tak usik sangat menu nih.
Gerut2 masak pedas: Biasa2 je. 
Gerut2 bakar: Diorang kata ok kot... Sekali lagik aku tak boleh komen banyak sebab alasan yang lebih kurang sama. Aku bukan pemakan ikan bakar.
Kailan ikan masin. Ok.
Telur dadar: Kompomlah ok! Kalau ini pun tak ok, memang melampaulah!
Lala cili kering: Tak ok sebab lala tu tak masak. Terpaksa tapau bawak balik sebab order banyak & sayang kot kalau tak makan. Roy kata dia nak masak balik sesempurna mungkin kat rumah.
Air tembikai & fresh oren: Standardlah.

Kesimpulannya, rating samadengan so-so je.

Terima kasih, A-im sebab jadik tukang belanja pada malam tu. Semoga semakin murah rezeki lepas balik dari India. ;)


:: Like3, ek! ::



Wednesday, June 11, 2014

SAMBAL TUMIS CILI PADI IKAN BILIS

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Masakan hari weekend yang lalu. Sorang2 je kat rumah. My 'Jebat' kerja. Malas nak pikir yang remeh-temeh. Jadik, aku masak yang 2 in 1. Maknanya, sayur dengan lauk dalam 1 hidangan. Mudah, jimat masa & tenaga.

Bahan2:-

1 mangkuk ikan bilis (dicuci bersih & ditoskan)
7 tangkai kacang panjang (dipotong)
1 keping asam keping
Minyak masak
Garam
Gula 
Air masak

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 tangkai cili merah
10 biji cili padi

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
3) Perasakan dengan garam, gula & asam keping.
4) Tuangkan sedikit air masak.
5) Masukkan kacang panjang. Kacau rata.
6) Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Sebatikan. Angkat & hidangkan dengan nasik putih.

~ Sambal Tumis Cili Padi Ikan Bilis

Lepas makan, sambung blogging. Lepas blogging, sambung tido. Zzzzzzzzzzzzz.......... Heh3...


:: Like3, ek! ::



CENTURY PINES RESORT YANG TERPERAM

Ini pun entry peram. Rasanya, waktu kejadian adalah sebelum taklimat yang kat Pangkor tuh.

Memula, pikir macam... hmmm... tak payahlah publish sebab dah terperam. Tapi, pikir balik, sayang pulak sebab muka dah cute tak hengat, takkan tak nak jaja pulak kan... Ha3... Jadik keputusannya, publish je lah. ;)

Ini program Hari Keluarga SKM (HKS) 2014. Venue kat Padang Awam, Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) & Century Pines Resort. 

Aku dengan Kak Ja tumpang Encik Fadzil. Kami ke 1st venue dulu, kat Padang Awam, MDCH. Meriah jugak la... Ada pertandingan memasak yang hosnya Abon... ada clowns yang tengah gigih layan bebudak... ada games... & ada makan2 jugak. Acara berjalan serentak. Acara yang kami sertai of courselah acara makan2. Sebab acara tu yang terpaling best! Ha3...

Lepas tu, ke venue ke-2 kat Century Pines Resort. Ada taklimat kat 1st floor yang habis dalam pukul 1 petang. Kemudian, turun ke cafe kat ground floor, nak lunch. Lapor wooo... walaupun dah telan mee goreng & popiah masa kat 1st venue. Mungkin sebab cuaca yang sejuk kot... Jadik perut cepat lapor. So, sila 'salahkan' cuaca. Ha3...

~ Posing maut! Jenuh cover perut. Ha3...

~ Bunga emas tu nampak macam cantek jerrr... Jadik, kita pose! ;P

~ Kat lobby.

~ Nampak Encik Boss lalu. Laju2 Kak Ja ajak posing bersama2 kami. Nasib baik Encik Boss layankan je. Ha3...

~ Ini dekat parking lot. Nampak Pengarah lalu dengan wife dia, pun ajak posing jugak. Tugas 'melobi' serah kat Kak Ja. Memang tip top! Ha3...

~ Kerusi ni nampak klasik. Tumpang pose, pehhh--lisss..! ;P

~ 'STRICTLY NO DRINKS AND FOOD ALLOW HERE!' Ok, paham.

~ Banyak pokok pine. Mungkin sebab tu nama resort ni, Century PINES Resort. Mungkin la...

Kak Ja tak habis2 ajak skodeng kawasan sekitar resort. Kerja nak berposing je. Tapi, takpe... aku layankan. Kang tak layan, nangis berguling2 depan Pengarah, sadis pulak jadiknya. Ha3...

~ Masih Century Pines Resort tapi, kat another block.

~ Holloh3... Sopan sangat..! Hiks...


~ Sempat window shopping.
~ & shopping petai, sayur & strawberry. Ko mampu posing dengan petai cenggini..??! Hmmm... Kak Ja mampu, hokay..! Ha3...

Sekian, cerita Century Pines Resort yang terperam. Harap anda semua terhibur. ;P


:: Like3, ek! ::



Tuesday, June 10, 2014

WORDLESS WEDNESDAY #62: TERAPI PERUT

~ Mushroom Soup with Garlic Bread.

~ Black Pepper Chicken Chop

Suatu terapi perut yang mengasyikkan... Owh3... Sorgaaa... ;D


:: Like3, ek! ::



Monday, June 9, 2014

DINNER MAK DATS

Basah habis seluar lepas naik speed boat. Wajib balik bilik cepat2, mandi & bersiap. Tema adalah batik. Make-up harus vogue da vass sebab malam tu ada dinner bersama MB Perak & Datuk CEO. ;)

Lepas Maghrib, dah terpacak kat lobby. Tunggu shuttle nak ke Teluk Dalam Resort merangkap lokasi dinner. Muka maintain cun + jelita walaupun naik shuttle yang ya hado... bergegar dagu bila shuttle start bergerak especially bila laju. Makin bergegar2 dagu! Ha3... Ko mampu naik shuttle cenggitu tapi, maintain cun jelita..??! Hadoih!

~ Port makan kami malam tu. Di bawah sinar rembulan, dengan bayu laut yang sepoi2 bahasa... owh... romantik tak hengat..! Ha3...

Aku kebulur. Sampai semua makanan aku kata sodap! Tak habis2 dok promte nasik goreng cili kering. 

"Rasa la ni, sodap... Eh, nak rasa nasik goreng cili kering nih? Sodap!... Meh, rasa nasik goreng cili kering ni, meh!..."

Semua orang aku paksa suruh rasa. Rasa macam dominan sangat..! Ha3...

Di samping bbq, ada performance daripada staf resort jugak. Didedikasikan untuk MB perak & anak2 nelayan kat Pangkor Island. Tak jelas sangat sebab port kami jauh dari stage. Nun jauh di pesisiran pantai! Dalam dok tak berapa nak jelas tu, histeria jugak aku sekejap bila diorang menari & miming lagu hindustan. Lagu filem Thakshak. Alaaa... yang Tabu bergelek sakan nyanyi lagu, 'Mujhe ranggede... Mujhe ranggede... Mujhe ranggede... ranggede2... mujhe ranggede... La3...'

Hah, ingat tak? Ke... tak pernah tengok? Hmmm... takpe. youtube ada. Boleh search bila free. Silap hari bulan, boleh bergelek samadengan Tabu jugak wooo..! Lagu tu catchy. ;)

~ Dah habis makan. Owh... lupa nak bagitau, ini geng Mak Dats (read: Mak Datins). Baru dapat nama malam tu sebab memasing punya penampilan ala2 Mak Dats. Ha3...

~ Kat lobby Teluk Dalam Resort. Tengah tunggu shuttle nak bawak all Mak Dats balik. He3...

~ Serbu kaunter pulak. Pandai korang susun ikut ketinggian kan... Yang penting, siapa duduk tengah, dia adalah Mak Dats yang terpaling comel. Awwsss..! Ahaks3...

Balik bilik & berehat2. Bermalas2-an di atas katil sambil massage2 betis yang bunting padi ni sebab dah start terasa kelenguhannya. Adeh3...

Malam tu, aku tido lewat sebab layan #bukankeranaakutakcinta online lagi... Tak jemu2! Plus, esok takde apa aktiviti sangat dah. Kalau terbangun lambat pun takde siapa nak sekeh. Terima kasih jugak kepada wi-fi yang laju. ;P

~ Hari ke-3 merangkap hari check-out. Tunaikan hasrat hati Kak Ja nak bergambar kat pool. Feeling2 artis majalah Mangga kejap. Ha3...

Tak sabor nak balik, sebenornya. Nak jumpa My 'Jebat'. Kata #jebatmas... Mana boleh berjauhan lama2?!! Awwsss..! Ha3...


:: Like3, ek! ::



SAMBAL UDANG PETAI KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Ada udang, ada petai. Macam chemistry sangat..! Hiks...

Bahan2:-

15 ekor udang (disiang & dicuci bersih)
2 papan petai (dibuang kulit)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 keping asam keping
2 sudu kicap manis
Minyak masak
Garam
Gula
Air masak

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
10 tangkai cili kering

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Goreng petai sekejap. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak.
3) Perasakan dengan kicap manis, gula, garam & asam keping.
4) Tuangkan sedikit air masak.
5) Masukkan udang. Masak seketika.
6) Masukkan bawang besar. Sebatikan. Angkat & hidangkan.

~ Sambal Udang Petai Kerana Terpaksa Aku Relakan

Nama resepi tu biasalah... memang over banyak! Ha3...

Pertama sebab sedang gigih mengfollow drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. Suka bakat Izreen Azminda sejak dia jadik Melly in Tentang Dhia. Natural art.

Kedua sebab My 'Jebat' suka petai but, aku dislike & even memang bukan pemakan petai pun. Tapi, bila jumpa petai, aku akan belikan untuk My 'Jebat'. Kira macam terpaksa masak tapi, sangat2 rela sebab dah kesukaan My 'Jebat' kan... Atas faktor kasih sayang gitu..! Eceh! ;P

Sangat berharap yang you ols dapat terima alasan2 ni with open heart... Open heart tu luas2 sikit, pehhh--lisss..! ;P


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google