SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label IPOH. Show all posts
Showing posts with label IPOH. Show all posts

Thursday, October 18, 2018

WOW! KITA HEBAT!

#Throwback

Aim untuk tengok acara diving kat Pusat Akuatik Tunku Zara. Alhamdulillah... selamat sampai. 

Lepas berpusing2 mencarik parking, finally dapat se-lot. Strategik. Baik punya..! Depan Pusat Akuatik Tunku Zara. Tak jauh sangat nak menapak. Make up pun tak sempat cayaq. Siap boleh jalan berpimpinan tangan dengan riang. 

Haaa... nampak tak explanation & description tu? Over nau! Ha3...

~ Point of view.

Malas nak bersesak, berebut2 kat port paling terdekat. Cukuplah di sini. Pemandangan straight je.

~ Selfie kenang2-an... Rasa nak terjun tiruk bila tengok kolam renang saiz olimpik tuh. Owh... nom3..!!! Ha3...

Oppa tapau Nasik Kak Wok. Kami lunch dalam kereta je. 'Sayangkan' parking kekdahnya... Sebab lepas tu, nak menapak pulak ke Stadium Perak. Nak tengok acara olahraga. Dah alang2 berpanas, biar bermandi peluh terus. Eceh! 

~ High jump

~ Ada sorang high jumper ni, muka cam Raf Yaakob. 

~ Dari jauh memang sejibik wooo... Coach dia pulak (mat salleh berbaju biru) sejibik cam David Mckienzie, hubby Lana Nodin. Isk3... macam acara olahraga artis pulak. Hiks...

~ Selfie kenang2-an sekali lagik...

~ Keychain & fridge magnet sebagai souvenir.

Kemudian, pulang... 

1 of bucket list i.e SUKMA 2018 = Checked! Wow! Kita Hebat! ;D


*Tamat...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, October 17, 2018

YAH ALI IPOH... BUKAN YEH SEKUPANG

#Throwback

Check-in dulu di Valya Hotel. Tak naik bilik pun... Sekadar check-in je. Kemudian, berdesup carik makanan. Ketaq lutuit, weh..! Hu3...

~ Jumpa Nasi Ayam Bulat. Hokay, belasah! Mujur sodap.

Lauk ayam tu 2 version. Ayam madu & ayam berempah. Dua2 layannnnnn..........

~ Ini nama dia Popia Yah Ali Ipoh. Dah alang2 stall dia ada kat situ, kita kasik try lah.

Yah Ali Ipoh tau..! Bukan Yeh Sekupang. Ha3... 

~ Perut dah kenyang, tetiba nampak pemandangan cantik cenggini. Giler tak heaven! ;D

Merehatkan diri di bilik & refresh. Lepas tu, sambung mentekedarah ayam goreng singgit. Beli masa makan kat Nasi Ayam Bulat. Sejuk2 air cond bertemu dengan ayam goreng singgit. Perrgghhh!! Heaven lagik! He3... ;D

Plan malam tu adalah menonton Munafik 2. Memula ke TGV AEON Mall Klebang. Sold out, derrr..! Laju2, check online untuk TGV AEON Mall Kinta City. Hokay, fine... Available lagik. Sepantas kilat booking terus twins seat. Yeahhh...

~ 'Ikan berterbangan' di AEON Mall Klebang. Heh3... ;P

~ Finally...

~ Bersedia untuk menjerit, terkejut & seumpamanya..! 

Nasib baik amik twins seat. Dok belakang sekali. Kalau tak, kompom aku kena baling dengan popcorn. Sebab asal terkejut je, aku... #OpocotMakKauHijau! Siap pakej dengan leher cramp, badan terangkat lagik! Ha3.... Ampon...

Mujur la bila balik hotel dapat tido seperti biasa. No nightmare. He3...

~ Ini kejadian esok paginya. Turun breakfast pukul 8.30 pagi.

Pukul 11 pagi check-out. 


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, September 12, 2018

MELAYANG RINGGIT MALAYSIA

#Throwback 

Birthday celebration untuk Mother & Oppa. Oppa tau pasal celebrate birthday Mother je. Tang birthday dia, memang dia tak tau. Isteri beliau kengkonon nak surprise la kiranya... Hiks...

Mother memang tak tau langsung. Nak surprise kan Mother ni, senang je. Sebab Mother bukan ingat tarikh birthday dia. Hari kita wish kat beliau 'Happy Birthday' tu la yang dia notice itu adalah birthday dia. Contoh: Tahun 2017, kau wish bulan Jun, Mother aci accept je. Tetibe kang tahun 2018, kau wish bulan Julai, pun Mother accept jugak. Ha3...

Tarikh dan tempat nak celebrate dah ada. Cuma... tempat tu, yang secara spesifik, susah nau nak fix kan. Nak carik yang betul2 relaxing katanya...

~ BrUnch di Gerai Rosyadah, Tapah pada hari kejadian.

Vacation menghala ke Ipoh. Nak check-in, tak boleh lagik sebab belum tiba waktunya. Otak ligat mencarik tempat untuk berpoya2.

~ Finally, menebeng di AEON Mall Kinta City.

~ Acah2 tunggu train. He3...

~ Kalau bab selfie, bagi je tanpa was2 kat kitorang. Pose ke laut pon apa ada hal..?! Asal konpiden. Ha3...

~ Besor adik daripada abang. Abang makan super banyak. Tapi, metabolisme hebat sangat kot... Maintain slim. Ha3...

Sempatlah terbang melayang Ringgit Malaysia Acu, kena pau dengan anak2 sedara, beli novel, komik & buku kat Popular. Takpe... sekali-sekala... Tapi, eh... bukan dah berkala2 ke?! 

#KataAcuTersebutSambilUrutDada Hu3...


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, May 15, 2016

MOTHER

Shopping baju raya untuk tahun ni dibuat lebih awal atas permintaan Mother a.k.a Mak merangkap tailor pojaan hatiku... Mmuahhh... Sayang Mother laju2..! ;D

Mother tak larat dah nak shopping di bulan Romadhon macam tahun2 sebelum ni. Mother nak lebih relax & tak terkejar2 masa. Beli kain awal2, Mother boleh jahit baju awal2, pelan2 & chill2 je. 

~ Kami shopping kat Nagoya, Plaza Angsana, Ipoh. Dah biasa dengan selok-belok kat situ. Mudah.

~ Beberapa geng surau Mother join sekali.

Perut memang suka lapor sejurus selepas shopping. So, Restoran Sabar Menanti memang jawapan paling tepatlah. Syiok makan sambil dengor Mother & geng surau berceloteh. Sebab geng surau Mother tu lawak. Tau2 je, pinggan dah licin. Heh3...

Plan nak bawak Mother & geng surau makan laksa Padang Polo. Tapi, tak jadik sebab semua masih kekenyangan. Perut macam ikan buntal. Ha3...

~ Kita lepak2 je lah. 

~ Ini bukan sekadar lepak. Ini nama dia paling tepat & jitu adalah tidoq tak hengat dunia! Ha3...

~ Mengabadikan kenangan katanya...

Lepas tu, takde ke mana2 dah. Kaki lenguh, mata mengantuk, hati sangat bermunge2 sebab dah shopping dengan jayanya. Pulang ke Teluk Intan je la kekdahnya...

Eh, jap! Nak habaq mai ni... Semenjak 2 menjak ni, memang I ols & adik-beradik gigih panggil Mak as Mother. Aku start dulu. Kemudian, yang lain2 follow. Well... ah kak kan trend setter... Ahaks...

Mother / Mak... takde masalah. Insan yang sama. Paling kami cintai, paling kami sayang... dunia akhirat. Peace, Mother! He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, March 24, 2015

DWJ YANG SUPER COMFY

Kerja tu memang penting. Tak kiralah, lelaki ke... perempuan ke... ramai yang pilih untuk berkerjaya. Carik duit untuk masa depan, sama2 kukuhkan kewangan.

Tapi, kerja jugaklah boleh buat kita stress! Stress sikit... stress sederhana... & kadang2 sampai stress giler!

Ok, fine! Itu sebenarnya mukadimah. ;P

Point dia adalah kalau kita stress, kita perlu sesuatu untuk retreat diri sendirik. Contohnya: Short getaway / vacation.

Nak dijadikkan cerita, baru2 ni aku berasa sangat stress! Sampai tahap nak kokak dinding rumah sendiriklah kekdahnya... Semuanya sebab... kerja3!!!

Ya... tau..! We've to bersyukur sebab ada kerja. Ramai lagik orang di luar sana yang masih jadik penganggur. Tapi, aku pun manusia biasa. Tak boleh nak jadik robot yang takkan pernah ada rasa penat / stress. Robot pun boleh rosak wooo... kalau beroperasi non-stop tanpa maintainance.

Jadik, sebagai manusia biasa yang bukan seperti robot tu, My 'Jebat' bawaklah adinda kesayangan dia ni pergi short getaway. Dekat2 je... kat Ipoh tu haaa..!

Seperti biasa, pemilihan hotel & segala2nya dibuat on the spot. Google2 dalam kereta & My 'Jebat' decide nak stay kat DWJ Hotel. Adinda menurut perintah aci angguk2 je.

~ Berus & ubat gigi yang kami beli kat mini shop di lobby DWJ Hotel. 
~ Gigih nak tunjukkan towel kaler oren tuh!  Normally kan kaler putih. Bila dapat kaler oren merangkap faveret kaler, terus teruja tahap 4! Ha3...

~ Bilik kami, Standard Room.

~ Diorang berjaya buat ruang lobby yang minima nampak fabulous dengan susunan & pemilihan perabot yang sesuai. Haaa... nampak tak ayat interior designer dah keluar di situ..?! Heh3...

~ DWJ Hotel dah dianugerahkan Best Budget Hotel 2012 by Tourism Perak. Memang sesuai, tak syak lagik!

Service tip top! Staff pun sangat mesra alam. Bilik bersih, cantik, kemas... sampai tak rasa yang kita sebenarnya check-in kat budget hotel. Highly recommendedlah! ;)

DWJ Hotel
CG 1, Jalan Dato' Seri Ahmad Said
Greentown Suria
Ipoh, Perak

No. Telefon: 05-2428777

1/2 hari blogwalking, semata2 nak amik aura menulis blog. Macam lama dah tak bercerita... sebab tu seperti hilang skill & sebab tu jugaklah kena blogwalking.

Baca 1 entry, hmmm... rasa biasa2 je. Baca 2 entry, dah mula rasa seronoknya bercerita kat blog. Baca berentry2, ok fine... ko memang perlu update blog ko. Sebab ia adalah best. Kesian readers & followers yang ternanti2 kesah terbaru ko. Eceh! #PerasanFofularLettew ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, July 13, 2014

BAJU RAYA PEACH

Mak dah 'berzikir'...

"Bila lagi nak sopping baju raya? Nanti lambat2 Mak tak terima 'tempahan' dah... bla3...
bla3... "

He3... Tailor di hatiku dah amukan..! Macam comel jerrr kan... ;P

Dari kecik sampai besar, dah biasa sangat pakai baju yang Mak jahit. Tip top! Thorrbahekkk..!!! ;)

Jadik, sebelum Mak merunsing dengan lebih dasat, lebih baiklah kita sopping baju raya. Sopping kat Angsana Ipoh Mall, Ipoh lepas semayang Jumaat which is samadengan hari WirAsleez kena langgar lari tuh. Wirasleez kan 'injured'... Tsk3... Memang la tak teruk tapi... hmmm... biar je la dia berehat sekejap kat rumah Mak. We ols menyibuk naik Livina Abang je. Tsk3...

Masuk Angsana, terus straight to the point ke Nagoya. Fokus pada tujuan utama sebelum ke tujuan2 sampingan. Berkampunglah kami kat dalam Nagoya tu dengan misi mencarik kain ikut tema kaler peach. Turn A_bern pilih tema. Layankan je... Tentukan tema ikut giliran & yang lain tak boleh bantah. Itu peraturannya. ;)

Kak Aneem banyak membantu sebab aku dengan Mak tetiba jadik macam buta warna pulak. Asik2 terpilih kaler lite pink. Asal tunjuk kat Kak Aneem je, dia geleng. Asal geleng je, tunjuk kat Kak Aneem. Ha3... Hadoih!

Abang & family teruskan sopping kat UO. Aku, My 'Jebat' & Mak ke food court. Perut lapor, dowh..! Dapat nasik ayam, kari daging dengan paru goreng kicap, perrgghhh... sendawa bergegar2! Ha3...

On the way balik, singgah makan lagik sebab Abang & family tak sempat dinner kat food court. Kami yang dah makan tadi pun, tumpang makan lagik. Macam lapor balik. Eh, kes lapor balik ni kes yang amat biasa buat we ols! He3...

Baju raya, done! Harap Mak dah tak stress. Ha3...


:: Like3, ek! ::



Saturday, June 14, 2014

PAHIT2 MANJA

Sememangnya dirancang! Sebab dah lama rasanya tak dating. Maksudnya, yang jauh2 sikit. Yang dekat2 tu, biasa sangat dah.

Sanggup amik cuti kerana dating. Kerja setel & anual leave pun dok ada lagi, tak berapa luak. Plus, dah apply awal2 via HRMIS & been approved. Rasanya, dah tak menyusahkan sesiapa la kot... Errr... tapi, kat ruangan 'Sebab Bercuti' tu takde la gediks mention 'Kerana urusan dating'. Over sangat tu..! He3...

~ #jebatmas. Ko mampu declare diri sendirik dengan gelaran cenggini..??! Ha3...

~ Nak show-off blouse baru tapi, terlebih show-off kat tudung lama pulak. Dengan alasan: Nak berlagak kat you ols. Ho3... Boleh terima tak?

Nak ke Ipoh, sebenornya. Temankan My 'Jebat'. Dia ada urusan kat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Renew lesen kontraktor. We ols sampai tengahari. Ramai jugak yang still berurusan. Kaunter banyak, actually. Tapi, bilangan close lebih kurang sama dengan bilangan open. Bukan apa... kalau semua open kan bagus. Sebab aku rasa bahagian kaunter SSM takde yang kerja shift kot. Hmmm... ntah la...

My 'Jebat' sedang beratur. Aku sedang duduk sambil perhatikan mereka2 yang bertugas kat kaunter. Ada kaunter laju, ada sederhana & ada yang... hmmpphhh... ya hado..! Kaunter yang dijaga oleh 2 orang staf pompuan tu lagik la... asik bersembang je kerjanya. Aku pulak yang stress! 

Sedar dari stress bila My 'Jebat' datang kat aku. Muka sugul. Eh, kalau dah setel kenapa perlunya bermuka sugul kan?! Sepatutnya tunjuk muka happy. Nak lompat2 bintang pun aku izinkan. Kalau tak malu dengan orang sekeliling la... Ha3... 

Kessahnye... resit apakemendentah... tak boleh print sebab sistem down. Staf kaunter suruh duduk & tunggu dia panggil. Owh... ah kak kembali stress! 5 minit berlalu, tunggu pulak sampai 10 minit... 15 minit... berminit3... tetap jugak tak panggil nama My 'Jebat'. Takkan nak kena tukar nama jadik Sharnaaz Ahmad baru dia excited nak panggil kot..! Haish! Kesian Sharnaaz Ahmad terjebak dalam ini cerita. ;P

Akhirnya, My 'Jebat' yang penyabar tu terjah jugak kaunter. Ding dong ding dong... hah, dapat pun! Fuh! Sangat lega. Perut dah berk-pop. Tak mampu nak berlama2 kat situ. Lebih baiklah kita keluar mencarik lunch. Makanan kan terapi ah kak. ;)

Restoran Mee Rebus Tapah untuk heavy breakfast... membawak ke SSM... membawak pulak ke laksa Padang Polo... membawak ke shopping kat AEON Ipoh Station 18 & balik. Sangat seronok dapat dating. Walaupun kes kat SSM tu buat spoil tapi, hmmm... gasaklah! Anggap sebagai kenangan pahit2 manja jerrr...


:: Like3, ek! ::



Friday, April 25, 2014

KO MAMPU... MEETING SAMBIL BERSELFIE..??!

Meeting Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) yang pertama mula bersidang...

Naik pitam sebenornya bila pikir pasal KIK! Tak kose nak stay up siapkan slide... menggoogle, mengresearch pasal gambarajah Paretto... Ishikawa... Matrix... Pro & Kontra... macam tahun lepas. Arrgghhh..!!! Sangat stress!

Ada jugak try mintak excuse tapi, macam tak berjaya je. Nak je bagi alasan mengandung. Masalahnya, MENGANDUNGi lemak... adalah! Hu3...

Terpaksa ah kak redha tau! Tsk3... Eh, kejap! Redha itu ikhlas... Pasrah itu menyerah... Kata Mila a.k.a Lisa Surihani dalam Ombak Rindu. So, ah kak pasrah je lah. Cancel redha sebab macam tak berapa ikhlas je... Ha3...

~ Ko mampu... meeting sambil berselfie..??! Ha3... 

~ Kat surau pun sambung berselfie. Ko dah kenapa, haaa..??! ;P

~ Takde geng. Kak Ja tak join. KIK tahun ni Big Boss suruh build up group campur2. 4 orang dari wilayah, 4 orang lagik dari negeri. 

Al-kesahnya... sebelum penubuhan group tu, ada Perhimpunan Bulanan. Masa tu la Big Boss mintak volunteer, siapa2 yang nak masuk KIK untuk this year. Masalahnya, semua senyap! Macam malaikat lalu kekdahnya... Nampak sangatlah semua tak sanggup nak hadap cabaran, dugaan & rintangan hatta 'malapetaka' KIK sekalipun! Adeh3...

Aku percaya, semua orang ada idea yang maha bernas sebab Allah kurniakan akal & fikiran kan... Tak kira generasi X / Y. Bila bergabung, kompom meletop! Eceh! ;P Tapi, mungkin memasing pikirkan komitmen... masa... tenaga... tu yang payah nak jadik volunteer! Aku pun sama. Dah pernah rasa kan... semua jerih-perih... gangguan hormon... jerawat naik mencanak2, bukan setakat jerawat manjas2, ok... tapi, jerawat tahap bapak2 tok2 nek tu, haaa..! Memang coilah! Terganggu kejelitaan ah kak tau! Awwsss..!!!

Tiba2, Bg Boss kata...

"Siapa jadik presenter untuk last year? Ada 3 orang kan? Hafiez (Encik Boss aku), bagi 1 nama."

Encik Boss tanya aku, suka hati aku je kasik nama Encik Selvam. Atas alasan, public relations dia quite bagus, fluent in Malay + English & pernah study mass-comm. Masa tu, aku relax je. Rasa selamat & secure sangat dah! Tup2...

"Yang buat grafik last year, mana dia?"

Laju pulak Encik Boss point kat aku. Haish! Rasa nak menyorok bawah meja mesyuarat, hokay..! Mencik!

"Bagi nama... Hokay, Leez... masuk jugak."

Humangaihhh..!!! Sedeh! Tapi, nasib baik aku berjaya 'jack' Big Boss untuk amik Encik Pala jugak. Encik Pala ni Juruaudio Visual. Memang otai grafik la kiranya kan... Kalau dia masuk, tak la terbeban sangat otak aku nih. Ada tempat bergantung harap. Heh3... Plus, ilmu grafik yang aku ada tersangat cetek kot kalau nak dibandingkan dengan Encik Pala.

Ko nangis tonggeng terbalik ke... berguling2 dalam bilik meeting ke... memang begitulah kronologinya... begitulah jugak keputusannya... Hu3...

Hanya mampu berpesan pada hati... bertabahlah... Sob3...


:: Like3, ek! ::



Thursday, January 16, 2014

WELCOME TO THE CLUB!

Wedding Akim & Normi...

Untuk pengetahuan bapak2 & ibuk2 sekalian, sepanjang hujung tahun 2013 memang berderet2 family belah my 'sayang' yang menamatkan zaman solo. Macam musim kahwin keluarga... tajuk album dia. Ha3...

Dimulakan dengan Akim & pasangannya, Normi. Majlis belah Normi buat kat Taman Klebang Restu, Ipoh, Perak. Dekat je... 2 jam dah sampai. Tak sempat nak mimpi2 indah kat dalam kereta pun... ;P

~ Mak join sekali. Memeriahkan rombongan gitu..! ;)

Tak sempat tengok Akim nikah sebab gerak lewat sikit. Sampai2 je terus lepak kat homestay yang disediakan. Tak tido situ pun... Just refresh2 badan, tunggu Akim bersiap untuk majlis persandingan.

~ Syafiq jadik pengapit. Segak berbaju Melayu, bersongkok, bersamping. Tak lama lagik, turn dia la pulak kot..! Kalau jadik bermakna dia lagik dekat! Ooppsss!!! He3...

~ Si isteri menyambut ketibaan suami. Eceh!


~ Cer carik ah kak kat celah mana? Ahah! ;P

~ Happyyy...! ;)

~ Makan beradab.

~ Gambar penutup. Sorang muka terkejut, sorang nak terkam makanan & sorang lagik bapa mithali. Hollohhh3..!!!

Last but, not least... happy newly wedd to Akim & Normi. Wishes & blessings to the bride & the groom. Welcome to the club! ;)

Eh, terskipping London pulak! Awwsss2..!!! Ahaks3...


:: Like3, ek! ::



Friday, March 8, 2013

PURPLE VS COKLAT KRIM

Angah, cousin aku nak kahwin hujung bulan ni. 30 Mac 2013... insyaallah... Ni kan dah bulan Mac. Seperti biasa, harus la ada baju baru kan... Kalau pakai baju lama kang macam takde ummpphhh... pulak. Heh3...

Masalahnya, Angah sms aku dulu kata tema dia adalah coklat & krim. Tapi, Mak kata purple. Andak pun dah siapkan baju kaler purple katanya... Haish! Confuse ah kak tau!

Laju2 aku roger Angah, nak dapatkan kepastian. Kesimpulannya, Angah kata tema dia purple. Tapi, family dia je (means, Pak Yang, Mak Yang &adik-beradik Angah) yang pakai coklat & krim. 

Owh... begitu kekdahnya... So, kitorang nak ikut tema Angah je lah! PURPLE! Moh menyopping! He3...

Terjah Nagoya kat Greentown Mall, Ipoh. Pelik! Sebab tak amik masa yang lama pun, laju je jumpa yang menepati tema & yang berkenan di hati. Aku beli batik untuk buat baju kurung pesak gantung. Buat pakai hari Khamis. Gomen katanya kan... Sebab koleksi baju batik aku dah semakin pupus. Aku syak baju2 tu yang mengecik kot... Magic kan? ;P

Aku belanja Mak 3 pasang kain ela. 1 untuk wedding Angah. Lagik 2 Mak pilih kain plain untuk buat jubah katanya... Tak kesahlah. Asal Mak bahagia... ;)

Baju my 'sayang' carik kat UO je. Nak kemeja, purple jugak. Aci suruh sales assistant tu carikkan je. Laju je dapat. Fitting ok, terus bayar. Wah, pantas betul penyopingan kali ni! ;)

~ Perut tak berapa lapor tapi, macam nak mengkudap2 sesuatu. Teringat laksa Padang Polo. Heh3...

~ Mak terpaksa kunyah pelan2 sebab kena ulcer. Besor! Kesian Mak...

Bila my 'sayang' buat lawak, Mak dapat gelak manjas2 je. Sebab ulcer tu mengganggu-gugat! Kalau tak, gegak-gempita jugak, hokay tahap penggelakan Mak. He3...

~ Kasik licin, bro! Ha3...

~ Lakonan semula yang tak boleh blah! Tang peluh jantan tu yang tak tahan tuh! Ha3... 

~ Rupa paras laksa Padang Polo. Sempoi je... Tapi, boleh layanlah!

Bukannya ada kedai / premis ke ape ke kan... Pokcik2 peniaga tu just pakai lori yang multi-purpose yang boleh bukak belakang dia bubuh segala macam mende yang nak diniagakan tuh. Lepas tu, bukak payung & meja kerusi. Limited jugak kalau ramai customer. 

Tapi, takde masalah kot... sebab boleh je tapau & makan la ko kat bawah pokok kat padang tuh. Terbaekkk... apa..?!!

Macam2 ada..!!! Bukan laksa je. Keropok lekor, cekodok, pisang goreng, bla3... macam2 kudapan lagiklah! Pekena pulak dengan air sojuk2, cendol bagai... perrgghhh..!!! Speechless!

Senang je nak carik. Korang terjah alamat nih:-

Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo)
30350 Ipoh, Perak

Sambil tengok orang jogging... sambil tengok orang buat family day... sambil tengok couple berchenta... ooppsss! Tettt...!!! Ha3... 


:: Like3, ek! ::



Tuesday, December 11, 2012

MERENEW LESEN CIDB

Saje je gediks2 mencutikan diri... nak ikut my 'sayang' pergi Ipoh. Heh3...

Plus, annual leave ah kak ada 11 hari lagik, hokay! Tolak lagik sehari ni ada lagik 10 hari kot. Owh... jeles tak? Jeles tak? Ha3...

My 'sayang' nak renew lesen Construction Industry Development Board (CIDB) Malaysia. Lepas tu, nak beli tangki lori. Aku temankan je... Isteri solehah kata ko! Hiks...

~ Perut berkeroncong. Breakfast kat Tapah, makan nasik lemak & bihun goreng.

Sepanjang perjalanan aku adalah mentido. Masa tu aku still demam2. Baru lepas telan Panadol & ubat flu yang sesungguhnya buat mata aku mengantuk tahap gaban! Susah ya amat nak bukak mata! Macam kena gam! Tau2 je dah sampai JKR Ipoh, my 'sayang' nak jumpa kawan kejap sebab nak discuss pasal tender.

Aku bukak mata kejap je. Tu pun sebab my 'sayang' kejut bagitau dia nak jumpa kawan kejap. Lepas tu, aku tak sedar diri balik. 

Zzzzzzzzzzzz.............

Tau2 je dah sampai kat opis Udda. Nak amik Udda, bawak ke Pusat Khidmat Kontrak (PKK), Ipoh sebab lesen CIDB tu melibatkan dia. Masa ni, mata aku macam dah normal sikit. Maybe, kesan ubat dah beransur hilang.

Nasib baik la kan... Kalau tak sedar2 diri jugak, mau jenuh my 'sayang' nak dukung aku naik opis PKK tuh. Lepas tu, ada paparazzi amik gambar. Lepas tu, kitorang jadik popular. Lepas tu, kitorang shame2 cat sebab semua orang bagi tumpuan. Ahaks3... Over berangan!

~ Tengah berurusan dengan Pegawai Khidmat Pelanggan PKK.

~ Aku dok diam2 kat sofa je. Takmo kaco! He3...

Sekejapan je pun prosesnya. Tak sampai 5 minit dah setel. Nak menapak dari parking lot je yang lama. Semput pulak tuh! Body dah 'berkembang' kan... Hu3...

Hantar Udda balik opis. Kitorang terus ke misi mencarik tangki lori. Ntah yang macam mana rupa tangki yang my 'sayang' nak tuh, aku pun tak tau. Tak interested jugak nak amik tau. Ha3... Kejam! ;P

Tak jumpa pun tangki lori tuh. Last2, balik je la... Lain kali la kot carik lagik...

Eh, tak balik terus! Tapi, singgah Restoran Tasik Raban, nak lunch. Cuaca panas betul masa tuh. Badan aku pun macam makin panas jugak. Lauk2 yang aku amik pun macam semuanya takde rasa. Demam kan... Uhuks3...

Lepas makan, tak singgah mana2 dah. My 'sayang' kesian tengok aku yang dah flat sangat. Sepanjang perjalanan balik tu pun aku tido jugak. 

Zzzzzzzz...............


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google