SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label THE RAYYAN STEAMBOAT AND GRILL. Show all posts
Showing posts with label THE RAYYAN STEAMBOAT AND GRILL. Show all posts

Thursday, June 12, 2014

MALAM STEAMBOAT & GRILL

Belanja Mak makan steamboat & grill kat The Rayyan. Mak tak tau pun. Just call Mak & suruh bersiap2. Surprise gitu..! ;)

Aci walk-in je nih. Nasib baik tak full house. Memang dah rezeki. Alhamdulillah... 

~ Sedang2 elok je dapat meja ni. Strategik! Dekat dengan air, dekat dengan makanan, dekat dengan bahan mentah yang nak disteambot + digrillkan & dekat dengan sinki.

~ Muka & perut yang gumbira... Tunjuk muka je. Perut tak boleh. Aurat. Ha3...

~ 'Dapur' berasap. ;)

Sangat syiok malam tu. Sebab tak crowded. Bebas berlarik. Kejap2 bangun, larik amik bahan mentah pun apa ada hal?! Tak payah nak beratur2 tunggu turn. Suasana pun tak bingit sangat. Chill je...

~ 'Masterchef' yang gigih. He3...

~ Konsep dia buffet. Sila refer white board di atas untuk harga per head. Jangan risau sebab sangat affordable. Mampu makan punya..!

~ Kenyang perut, sukahati... La3... Eceh! 

You ols pun boleh cuba, try, test jugak. Meh nak kasik address, meh!

The Rayyan Steamboat & Grill
Taman Melor
36000 Teluk Intan, Perak

No. Telefon: 019-5772599

Link Facebook dia pun terpampang tu, haaa..! Click3 je kalau nak survey2. Aku sarankan kalau you ols nak bersteamboat & grill time weekend, better call dulu untuk buat reservation. Sebab weekend selalunya full house. Kalau nak jugak walk-in, ok je... Tapi, harapan tu jangan nak tinggi menggunung sangatlah. Takut kuchiwa. 

Malam steamboat & grill berakhir dengan kegumbiraan, keheaven-an & kekenyangan yang tak terhingga. Terima kasih, Allah... atas nikmat rezeki ini... ;)


:: Like3, ek! ::



Saturday, February 22, 2014

MENGTRY THE RAYYAN STEAMBOAT & GRILL

Kecik tapak tangan, 1 Taman Intan Mas ah kak tadahkan...

Hah, amekaw! Begitu la kiranya reaksi bila dengor ada orang nak belanja. Bersiap pun pantas! Sap2 soi kata ko! Ha3... Nampak tak 'permainannya' di situ? ;P

Ke tempat yang dijanjikan, lepas Maghrib. Kat The Rayyan Steamboat & Grill. 1st time. Ingatkan tak payah susah2 nak buat reservation. Tapi, andaian meleset! Bapak besar board kat luar pintu masuk menyatakan, 'FULLY-BOOKED!' O.M.G sangat tau! Uhuks3...

Sebelum tu, Udda ada mintak reservekan. Tapi, macam tak perlu je. Macam boleh je kalau nak walk in. Sebab steamboat je kot... Bukannya seafood ikan bakar bagai... yang dah sah2 akan ada ramai pengunjung. Tapi, tu la... sangkaan meleset kata ko! 1st time pun ye jugak. 

Tak tau nak rasa bersalah ke... atau rasa kecewa... atau tak payah rasa apa2. Hmmm... rasa nak padam tulisan 'FULLY-BOOKED!' kat board tu pun ada jugak. Tapi, tak baik. Vandalism namanya. Hu3...

Tarik napas kejap... Fuh! 

Ada yang cadangkan plan B, plan C bagai... Tapi, semua tak berganjak2 lagik dari situ. Maybe memasing dah membayangkan periuk steamboat beserta chopstick kot. Ha3... Last effort, Udda try negotiate dengan owner / manager. Alhamdulillah... mungkin jugak dah memang rezeki nak makan steamboat. Ada 1 meja kosong. Ada yang cancel reservation di saat akhir kot.

~ 2 dapur untuk 8 orang makan. 'Memasak' la kami malam tu dengan hebaknya..! He3...

~ Ini buffet steamboat. 25 hengget seorang. Warga emas murah sikit, 15 hengget. Kanak2 pulak 12 hengget. Makanlah sampai lebam asalkan habis. Kalau tak, kena caj.

~ 'Telenovela' di depan mertua. Harap mertua merestuinya... Ha3...

~ Berlakon je nampak macam hebak bergaya pakai chopstick tuh. Hakikatnya, hampeh! Tangan pengkar, susah nak kepit. Jeles tengok Bulat yang terror guna chopstick. 

Rating: 3.5/5

Sup sodap. Tomyam pun ok. Perapan ayam, daging lembu & kambing pun not bad. So, kalau tekak tu rasa nak makan steamboat, boleh la terjah, ek!

The Rayyan Steamboat & Grill
Taman Melor
36000 Teluk Intan, Perak

No. Telefon: 019-5772599

Call untuk reservation dulu kalau takut nak jadik 'adventurous' macam we ols. Heh3...

Akhir kata, terima kasih Kerol sebab jadik tukang belanja malam tu. Semoga murah rezeki... ;)


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google