SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label DINNER. Show all posts
Showing posts with label DINNER. Show all posts

Wednesday, September 16, 2020

KAMI SUKA MAKAN & KAMI COMEL

Dinner pada suatu malam...

Berpinau mata pikir nak makan kat mana. Sekejap nak Koppicup Cafe. Sekejap lagik kang nak City Mewah. Lepas tu, tukar pulak nak ke Wana Cafe. Haish!

Sudahnya, ke Kak Timah Restaurant & Cafe. Hah, langsung takdak dalam list di atas nooo... Ha3...

Mix Grilled Talam

Sesuai untuk spesis suka makan macam kami. Sebab tu kami comel. Eh, tetiber..! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, January 24, 2020

KEMBALI KITCHEN

#Throwback

Kembali Kitchen adalah salah 1 port untuk menjamu selera di Grand Ion Delemen Hotel. Overall ada 6. Meh Sis list down semuanya:-

Dinetopia
Hugo's In The Sky
Kembali Kitchen
Warung Pak Munir
Fairy Tales
Lepak Corner

Tepuk dada, tanya selera, lepas tu, tanyalah 'banker' sekali. He3...

~ Konsep Kembali Kitchen: Family friendly, casual dining & HALAL.

Lokasi di tingkat 7. Dibuka dari jam berikut:-

Breakfast: 7.00 - 11.00 pagi (setiap hari)
Lunch & Dinner:-

11.00 pagi - 10.30 malam (setiap hari kecuali Jumaat & Sabtu)
11.00 pagi - 11.00 malam (Jumaat & Sabtu)

~ Orange Fresh Juice x Teh Tarik worth RM 11.32 & RM 7.55, respectively. Wow, bukan?! Ha3...

~ Kembali Nasi Goreng x Cumin Grilled Chicken, both for RM 35.85. Wow kali ke-2, bukan?! Ha3... 

Jangan khuatir... Sebab 'wow' tu disertai dengan mind blowing ambience, coziness & spaciousness. Berbaloi untuk 'poket yang bocor'. Ha3...

~ Model Grand Ion Delemen yang sentiasa memukau hati Sis. Ntahlah. Mungkin sebab Sis memang interested dengan modelling stuff cenggini. Kagum dengan perekaciptanya.

~ Kembali Kitchen dah ditinggalkan. Makanya, kami 'kembali' ke sini untuk selpie. He3...

~ Tompang bergambar. Heh3...



Seharian kaki tak berhenti melangkah. Dah malam, baru rasa cramp. Wajar berehat dengan tenang... Eceh!

Good night.
Sleep tight.
Zzzzzzzzz.........


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


Monday, September 30, 2019

PYORR NASI DULANG

Pyorr Nasi Dulang

Port makan yang baru berjinak2 nak memenuhi citarasa penduduk Teluk Intan & kawasan sekitarnya. Konsep: Makan dalam dulang dengan portion yang mengenyangkan. Waktu siang more to hidangan makanan ruji rakyat Malaysia iaitu nasik dengan pilihan lauk dalam bentuk set. Malam pulak ada tambahan Western Food.

Pada suatu malam, aku & Kanda amik Mother kat stesen bas. Mother balik dari rumah Uda kat Sungai Buloh. Mother pergi dengan Wak (cousin a.k.a BFF Mother). 

Mother lapor. Plus, kami pun tak dinner lagi. Makanya, kitorang terjahlah Pyorr Nasi Dulang. 

~ Mother makan Nasi Goreng Kampung

~ Kanda makan Lamb Chop. Aku pulak makan Cheesy Chicken Chop.

Portion besor! Especially Western Food dia. Buleh share berdua untuk 1 pinggan Cheesy Chicken Chop tu. 

Berbaloilah. ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, August 19, 2019

ASAM PEDAS D SU

Asam Pedas D Su

1 of the best asam pedas restaurant in Teluk Intan. Diwar2kan oleh Hazrie. Terima kasih, Hazrie.

Owner dia muallaf Cina. Buleh dikategorikan sebagai fine dining. Comfy & air-conditioned. Service pun ok.

Lokasi agak tersorok sikit. Dalam housing area. Tapi, sesiapa yang memang suka & kena dengan tastebud, memang akan kembali ke sini. Lunch boleh... dinner pun boleh.

~ Set yang aku & Kanda selalu order. Ikan untuk asam pedas ada beberapa pilihan. Yang paling kami suka adalah jenahak. 

Menu lain macam goreng2 pun ada. Tapi, specialty adalah asam pedas. Aaa gitchew...

Sekarang kan cuaca tak menentu. Kadang2 panas lit2, kadang2 hujan, kadang2 ribut. Kalau time panas lit2 tu, hah... memang sini la antara tempat favourite aku untuk lunch. Wah, feeling2 Puteri Korea Winter Sonata je kan... tak boleh kena panas..! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, May 8, 2019

SAMPAI TERKENANG

#Throwback

Kesah ni sebelum Romadhon tau! Bawak Mother dinner kat Mutiara Seafood.

~ Kanda memang suka nau dengan masakan stim limau Mutiara Seafood. Aku pun terjebak sekali. Tapi, yang kat Mutiara Seafood je yang buat aku terjebak. Kuah dia tu hebat betul! Buleh potong rasa fishy. Masam. Pedas. Manis sikit. Balance.

Nasik putih
Siakap stim limau
Ayam goreng kunyit
Kailan ikan masin
Telur dadar

Alhamdulillah untuk rezeki malam tu. Sedap sampai terkenang2! Especially di bulan Romadhon, waktu tengahari buta. Terkenang sangat! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, December 5, 2018

KONGSI REZEKI

Ke 'Vietnam' kita, weh..! He3... 

Sebenarnya, Abang yang discover Restoran Masakan Saigon ni. Bukanlah bermaksud kami terjah Vietnam. Tapi, 'Vietnam yang terjah kami'! ;D

Tak berapa plan sangat pun... Tapi, sebab dia adalah hujan. Maksudnya, bila hujan, aku & Oppa sejenis yang membayangkan makanan. Well... see the tummies lah! Ha3...

Kami pikir, hujan2 cenggini mungkin enak kalau layan steamboat. Kat sini tak banyak pilihan steamboat halal. 1 & only kot. Maka, ke Restoran Masakan Saigon la kekdahnya...

~ Konsep set, bukan buffet. Yang ni Set A for 2 worth RM 39.90.

~ Berbaloi. Tinggal sos pelik tu je, tak berusik. 

Malam tu, Mother bermalam kat rumah kami yang comel, yang sweet, yang rumahku sorgaku sangat tu. He3... Sebab esoknya, Mother ada appointment diebetes & hypertension kat Hospital Teluk Intan. 

Appointment & check up berjalan lancar. Walaupun masa menunggu giliran ya ampon... menguji kesaboran jugak la... Hu3...

Takpelah. Yang penting, tekanan darah & tahap gula Mother under control. Bagus, Mother! Keep it up! ;)

Jadik, sempena kebagusan Mother tu, aku hadiahkan The Store untuk Mother..! Eh, silap! Kau ingat kau kaya sangat nak bagi shopping mall cenggitu?! Lammmbat lagi... Heh3... 

Aku bawak Mother shopping blouse muslimah kat The Store. Haaa... baru betul... ;D

~ Blouse muslimah pilihan hati beliau. 

Rezeki yang Allah bagi, kongsikanlah dengan yang tersayang. Tak rugi. Even dapat bonus barakah lagi ada..! Tak percaya, cer try.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, March 26, 2018

PAGI MALAS, PETANG RAJIN

Hari Sabtu...

Pagi2 malas. Rasa nak qada' tido je. Hobi. Ha3...

Tapi, petang2... macam rajin pulak. Masak untuk dinner. Masak awal la kiranya. Sebab lepas tu, nak relax2 chill2, tunggu Oppa balik sambil tengok tv & blogging. ;D

~ Hasil kerajinan pada petang tersebut.

Nasik putih
Ayam goreng Upin Ipin
Sambal terung
Sambal tumis ikan bilis
Lempeng bawang K-Pop
Teh O lemon panas

Air tangan, masak dari hati, daripada isterimu yang kiut. Semoga Oppa & perutnya sentiasa happy... Ecewah! 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, March 13, 2017

BERKELIP2 MINTANG

IC dah gorgeous. Maka, mood makan pun datang berduyun2...

Haaa... nampak tak cobaan nak buat perkaitan antara 'IC' dengan 'makan' tu..? Buat2 logic jerrr... Ha3...

~ Dinner kat sini. Nasik Arab, u ols..! Ahaks...

Restoran Hadramawt Towers. Kategori baru bukak jugak la... Tengok nama restoran pun dah boleh agak apa menu yang di serve kat sini kan... 

~ 2 beranak yang gigih selfie. Always. Ha3...

~ Konsep sengetkan muka untuk nampak kurus... walaupon... Ha3...

~ Gebu & sodap.

~ Sodap, sodap & sodap. Kecuali air strawberry juice + asam boi tu yang terlebih manis.

Semuanya superb! Dari environment ke service membawak ke sajian hidangan. Semuanya tak mengecewakan. Nasik Arab the best in town I've ever had, so far. Hah, speaking London dah dia..! Nak speaking Arab tak berapa fluent. Redah je la speaking London. Kengkonon omputih mix Arab la ni... Ha3...

~ Diakhiri dengan Mother yang gumbira... ;D

Restoran Hadramawt Towers,
No. S1-G (Tingkat Bawah), Jalan Pasar,
Pusat Komersil Sentral Intan,
36000 Teluk Intan, Perak.

No. Telefon: 011-51297550 (Encik Wael Mohammad Saleh / Managing Director)

Rating: 4.5 / 5 mintang

Haaa... berkelip2 mintang ia..! He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, February 21, 2017

PARAMESWARA

#Throwback

Ke Melaka kita, weh..! Bagi menghadiri Istiadat Konvokesyen Jejah. Haaa... ayat cendekiawan sudah mari..! Ha3...

Pukul 12.30 tengah hari, on the road, setelah 'urusan seri paduka baginda' Oppa yang maha banyak tu selesai. Takpe... takde nak rushing2 pun sebab konvo Jejah lusa. Maksudnya, kami pergi Melaka 2 hari lebih awal. Sengaja. Merangkap family vacay katanya...

Tapi, langit tak selalunya cerah. Kadang2, mendung jugak kan... Haaa... ayat cendekiawan ah kak keluar lagik, noks..! Owh... hooo... hoiii..! ;P

Abah muntah2. Sekali kat rumah aku. Sekali kat R n R Ulu Bernam & sekali kat dalam kereta. Badan Abah macam lemah, kaki macam tak kuat. Jalan kena pimpin.

A week before, Abah masuk emergency room, Zon Separa Kritikal. Abah pitam. BP, gula, darah, jantung & urine semuanya under control. Doktor diagnos sebagai dehydrate sebab Abah muntah2 jugak.

~ Lepas habis drip 1 botol, boleh discharge.

Kami nak patah balik. Tapi, Abah insist nak ke Melaka jugak. Terpaksa akur walaupun dilema. Check in di Lucky Homestay. Lepas Maghrib, Oppa bawak Abah ke klinik.

BP: 167/70, gula: 19. Maka terjawablah sudah... Punca muntah2: Angin.

Alhamdulillah... lepas makan ubat, Abah dah berselera makan. Tapi, berjalan still kena pimpinlah.

Abah sempat bergurau...

"Esok, ke Johor pun Abah boleh..!"

Ha3...

Kami dinner di:-

Ikan Bakar Parameswara,
Medan Ikan Bakar, Pengkalan Pernu,
Umbai, Melaka.

Bapak ramai umat manusia! Nasib baik dapat meja.

~ Sambil menyelam, minum air. Eh, silap! Sambil beratur, sambil selfie. Heh3...

~ Port memilih seafood.

~ Banyak kali boleh selfie. Maksud tersiratnya adalah queue panjang. Harap bawak bertenang & bersabar. Zikir je bebanyak.

~ Tunggu meja sebelah kosong. Meja nan seketol ni tak mampu menampung seantero ahli rombongan kami.

~ Cousins

~ Oppa ajak dating kat sini sementara menunggu juadah yang di order kunjung tiba.

~ Hokay, siap! Jemput makan. ;)



Rating: 3 / 5 mintang

Service: Ok. Kategori pantaslah jugak... dengan customers yang berduyun cenggitu.
Rasa: Ok2 jerrr...

Ikan bakar tu macam pahit2 sikit. Mungkin dimasak dengan api yang kuat. Nak cepat sebab customers melimpah-ruah nau2 kot...

Harga: Reasonable. RM 300++ untuk 12 orang dewasa makan dengan juadah ikan, ketam, sutun & udang.

Berselera Abah makan. Alhamdulillah...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, February 12, 2017

FAREWELL ACIK WAWA

Event Mother...

Farewell untuk Acik Wawa. Husband Acik Wawa baru pencen. Diorang decide untuk pindah dari kuarters ke rumah yang dibina kat kampung. Geng surau Mother buat farewell sebelum Acik Wawa & family pindah.

Makan2 kat D'Hentian Batu 8. Tugas aku & Oppa adalah tolong bawak Mother + makan. Kojo sonang... He3...

~ 'Hero' of the nite.

~ Dengan beberapa lauk lain yang tak kurang hebatnya.

~ Meja bertuah kami. ;D

~ Selfie ramai2.

~ Selesai...

Alhamdulillah, kenyang...

Semoga Acik Wawa & family happy di rumah baru... Aminnn... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, January 27, 2017

TERPANCAR 'NURRRRRR......'

Mother nak ke rumah Kakak. Nak try lepak sana pulak katanya... Means, kami hantar, balik tanpa Mother, seminggu kemudian, Kakak hantar Mother balik kampung. 

Tak pernah buat sebelum ni. Tak sure Mother boleh adapt ke tak dengan persekitaran baru. Nak cuba katanya... Nak temankan cucu. A_bern tengah mid-term break masa tu.

Kami gerak pukul 11.00 pagi, hari Ahad. Singgah Ayer Hitam sekejap. Tengok convo Rifqi.

~ Happy sangat lettew sebab banyak hadiah..!

~ Pass2 je jubah konvo tu. Nasib baik nampak kaki. Ha3...

~ Opah & Nenek Rifqi.

~ Kak Yong takde sebab demam. Baring je kat kerusi biru tu. Kesian Kak Yong...

~ Dia berjaya pau Acu Pendi sejenis belon Elsa Frozen. Syabas, Nania!

Konvo tak habis lagik. Tapi, kami terpaksa gerak dulu. Kang, lambat pulak sampai ke Kajang.

~ Singgah lunch di Nasi Bamboo Sungai Klah.

Lama dah simpan nawaitu. Asal lalu je, nampak ramai orang. Berpusu2, berduyun2. Parking pun full. Terpaksa cancel.

Tapi, kali ni nekad! Apa jadik pun, jadiklah! Redahhhhhh......!!! Eceh! ;P

~ Bukti kejadian. He3...

~ Konsep self service.

Ada beberapa seksyen makanan, minuman & junk food. Pikir2lah nak makan apa, kemudian sila beratur kat seksyen yang berkenaan. Step dia cenggini:-

1. Amik talam plastik besor godang tu.
2. Amik nasik & lauk2 yang berkenan di hati, bubuh dalam talam.
3. Bawak ke kaunter & bayar. 

Seksyen minuman pun sama. Beratur, order & bayar.

Pastikan ada sorang wakil dah chop meja & kerusi. Kalau tak, mungkin kena tunggu sampai ada port kosong.

~ Rupa paras makanan pilihan kitorang.

~ Keunikan: Nasik yang dibungkus dalam daun apa ntah... nampak seperti daun kunyit tapi, bukan... kemudian disumbat dalam kelongsong buluh.

~ Puas hati. He3...

~ Bukti kejadian lagik...


Nasi Bamboo Sungai Klah,
Kampung Buloh Telor,
35600 Sungkai, Perak.

No. Telefon: 017-5167592

Waktu Operasi: 10.00 pagi - 6.00 petang

Rating: 3/5 mintang

Agenda makan berterusan sampai ke Kajang. Perut sungguh dimanjakan. Makan nasik lauk ayam sirsau, ikan goreng & zucchini. Kakak masak. Ho liao! ;D

Lepas makan, tengok Train To Busan sampai tertido sekejap. Bangun tido, Kakak tanya, nak makan apa untuk dinner. Haaa... nampak tak tahap memanjakan perut dia tuh?! Ha3... Makan, tido, makan, tido, bla3...

Aku suggest, takyah susah2 masak. Kita dinner kat luar je. Kompomlah semua setuju. He3...

~ Kakak yang suggest Restoran Baby Groove ni. Tak jauh. Dekat2 Kajang Perdana tu jugak.

Restoran Baby Groove,
No. 26-1, Jalan TTDI Groove 1/2,
TTDI Groove,
Kajang, Selangor.

No. Telefon: 016-2332875

Sodap, boleh tahan, not bad la... Service pun pantas. Owner dia friendly.

Rating: 4/5 mintang

~ Gemok is awesome. Haish, neves nak meng-type & menuturkannya. Hu3...

~Perrgghhh!!! Terpancar 'nurrrrrr......' di wajah memasing. Hiks...

Sangat kenyang & sangat terasa gemoknya pada malam tersebut. Hujan pulak tuh. Terus je mata ni asik nak terkatup. 

Esok pagi, lepas breakfast, aku & Oppa gerak balik. Kakak & Abang Mie kerja macam biasa. Tapi, sempatlah jugak Kakak masakkan breakfast. Terima kasih, Kakak... ;)

Seminggu Mother kat Kajang... Rasa rindu kot..! Sembang dengan Mother via WhatsApp. Sweet pulak bila baca Mother update perkembangan & aktiviti harian. Hiks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google