SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label SAMBAL UDANG PETAI. Show all posts
Showing posts with label SAMBAL UDANG PETAI. Show all posts

Monday, June 9, 2014

SAMBAL UDANG PETAI KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Ada udang, ada petai. Macam chemistry sangat..! Hiks...

Bahan2:-

15 ekor udang (disiang & dicuci bersih)
2 papan petai (dibuang kulit)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 keping asam keping
2 sudu kicap manis
Minyak masak
Garam
Gula
Air masak

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
10 tangkai cili kering

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Goreng petai sekejap. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak.
3) Perasakan dengan kicap manis, gula, garam & asam keping.
4) Tuangkan sedikit air masak.
5) Masukkan udang. Masak seketika.
6) Masukkan bawang besar. Sebatikan. Angkat & hidangkan.

~ Sambal Udang Petai Kerana Terpaksa Aku Relakan

Nama resepi tu biasalah... memang over banyak! Ha3...

Pertama sebab sedang gigih mengfollow drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. Suka bakat Izreen Azminda sejak dia jadik Melly in Tentang Dhia. Natural art.

Kedua sebab My 'Jebat' suka petai but, aku dislike & even memang bukan pemakan petai pun. Tapi, bila jumpa petai, aku akan belikan untuk My 'Jebat'. Kira macam terpaksa masak tapi, sangat2 rela sebab dah kesukaan My 'Jebat' kan... Atas faktor kasih sayang gitu..! Eceh! ;P

Sangat berharap yang you ols dapat terima alasan2 ni with open heart... Open heart tu luas2 sikit, pehhh--lisss..! ;P


:: Like3, ek! ::



Sunday, July 21, 2013

IFTAR 7 RAMADAN 2013

Murah rejeki hari tu...

Memula, ingatkan nak masak. Dah pikir dah masak apa. Bahan2 pun dah siap simpan dalam fridge. Kengkonon balik kerja kang terus je nak bersilat kat dapur. Dah plan2 dah jurus silat apa yang nak dipertonjolkan kan... Ha3...

Tup2... my 'sayang' kata, Cik Am ngan Mak Ngah ada tapaukan makanan berbuka. Owh... I is hokay jerrr... Maknanya, jurus2 silat ah kak tu kena postpone ke hari lainlah. ;P

~ Ada gulai nanas ikan masin...

~ ... sambal udang petai & ayam goreng berempah.

Terima kasih, Cik Am & Mak Ngah... ;)

Lepas tu, my 'sayang' kata dia nak ke PARAM. Kengkonon nak carik kuih-muih. Hokay, fine! So, ah kak request roti jala + kuah kari. 

~ My 'sayang' bawak balik set kambing bakar nih. 1 set samadengan 10 hengget katanya... Ada kambing bakar, roti perancis, kentang goreng, coleslaw & sos. Berbaloi jugak kot...

~ Roti jala + kuah kari seperti yang direquest. Sodap! 

~ My 'sayang' belikan jugak Chocodate by Yusuf Taiyoob nih. Nak suruh bini kesayangan dia belajar makan kurma kekdahnya... Adeh3...

Well... aku kan bukan pemakan kurma yang tegar. Berchenta jugak kalau nak habiskan sebijik kurma tuh. 1 hari tu, tertengok iklan Chocodate kat tv. Laju2 request kat my 'sayang', mintak belikan. Kira macam sebagai inisiatif ah kak untuk belajar makan kurma la kan...

Tapi hujung2, my 'sayang' jugak yang tolong makankan. Adeh3... Dush3... diri sendirik! 

Eh, nak tau tak, my 'sayang' keluar pergi PARAM pukul 5.30 petang. Tapi, pukul 6.50 petang baru dia sampai rumah. & sebagai isteri mithali, ah kak pun bertanya mintak kepastian...

"Lambatnya B balik! B pergi PARAM yang kat mana?"

"Abang pergi PARAM Teluk Intan. Abang tawaf 1 PARAM tuh. Banyak..."

"Apa yang banyak? Ramai orangkah?"

"Banyak lorong kat PARAM tuh. Semua Abang terjah!"

Ha3... Tak boleh blah la my 'sayang' nih! Macam tu la dia kalau ke PARAM. Habis semua dia tawaf. Berkali2 pulak tuh! Sambil tawaf dia telan air liur, berkali2 jugak. Adeh3...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google