SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Saturday, February 22, 2014

GOLDEN WRAP PUN BOLLEHHH...

Dating dengan my 'sayang'...

Memula, pusing2 je dulu. Sambil berpikir & berdiskusi nak makan apa. Owh... dating dari sudut perspektif kitorang memang tak pernah lari dari agenda makan2. Macam lagu & irama... macam ombak & pantai... 

Eceh! Hiks...

Terlalu dekat depan KFC. Terbau pulak ayam goreng dia. Apa lagik... terbayang2 iklan KFC kat tv! Memasing diam untuk 2 saat, saling berpandangan diikuti dengan senyum nakal + manjas2. Errr... boleh bayangkan tak macam mana spesis / jenis senyuman tuh? Ha3...

~ Hati kata takmo try Golden Wrap Chicken! Sebab selalunya yang seasonal ni tak berapa kick! Tapi, mulut sangat gatal! Laju je mintak, 'Golden Wrap Chicken 1..!' Adus... dusss2... 

~ Makan sebagai 'desert', kengkononnya lah kan... Sebab kena tunggu 10 minit baru diorang hantar kat meja. Snack Plate dengan Zinger Burger dah selamat masuk perut terlebih dahulu. Heh3...

Kesimpulannya, dari segi rupa paras, Golden Wrap Chicken ni tak la semenggah macam yang dia iklankan kat tv. Biasa la tuh... strategi pemasaran. Dari segi rasa, ok la... not bad. Ayam tu sangat lembut. Tulang2 dia pun ko boleh geget2 sekali kalau nak. 

Siapa tak try lagik, boleh la terjah KFC cepat2! ;)


:: Like3, ek! ::



MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 37

Breakfast:-

Kuih-muih + air masak
My 'sayang' tapaukan kuih-muih. Dah lambat. Tak sempat nak breakfast sekali.

Minum pagi:-

Air masak & air masak. Minum sampai kembung pun takpe. Elok untuk digestion, detox & di kala cuaca panas membahang macam sekarang.

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ekor ikan termenung masak taucu + 1 senduk sayur campur + air masak
Terima kasih, Mokcik Banjir. Heh3...

Minum petang:-

1 kotak air laici + air masak
Cuaca panas! Macam melambai2 pulak air laici yang sejuk2 tuh. ;P

~ Dinner: 2 ekor ikan termenung bakar + air masak

Pesanan untuk you ols, minumlah air masak secukupnya. Musim kemarau tak berlalu lagik. Memang hujan dah turun tapi, agak rare. 


:: Like3, ek! ::



PENCETUS UMMAH

Lama dah cerita nih. Masa Maulidur Rasul hari tu.

Godek2 folder, terjumpa pulak gambar2 masa acara tuh. Terasa rugi pulak kalau tak jaja & abadikan wajah kiut aku ngan Mak kat blog oren nih. Macam something is not right gitu..! Ecewah! Heh3...

Public holiday kan... Kebetulan pulak dapat jemputan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Hilir Perak & Ceramah Oleh Pencetus Ummah (PU): Hafiz. 

Jarang sebenornya tengok Pencetus Ummah kat Astro Oasis tuh. Biasa la ah kak kan... Uhuks3... Cer kalau Anugerah Bintang Popular ke... Runningman ke... Bukan Kerana Aku Tak Cinta lagiklah... laju je mengcop remote control... laju je terpacak depan tv sambil peluk bantal SpongeBob... Siap feeling2!

Haish! Lagha! Kadang2 ada jugak rasa nak backhand diri sendirik. Tapi tu la... cabaran betul nak jadik baik ni kan... Sob3...

Sempena Maulidur Rasul tu, cuba2 la memperbaiki kelemahan diri ni sikit2. Pelan2 kayuh katanya... Asalkan Allah tau isi hati kita... ;) 

~ Bawak Mak sekali. Tengah cuti & ada kelapangan ni la nak bawak Mak. 

~ Mendapat sambutan hangat!

~ Mak jumpa geng surau. 

Walaupun dari kejauhan je dapat tengok PU Haffiz tapi, ilmu yang dia curahkan tersemat jugaklah kat dalam hati ni. Pasal kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, keperibadian, perjuangan sampai la ke saat2 kewafatan baginda. Betapa Rasulullah sayangkan ummatnya... 

Perlu banyakkan berzikir & berselawat untuk mengingati baginda. 

Muhasabah diri sekejap... 


:: Like3, ek! ::



Friday, February 21, 2014

ROTI PAJERI TERUNG

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

1st attempt! Berzikir, berdoa, berharap, bertawakal... & ber3... lagiklah... sebelum memasak. Semoga menjadik... Fuh!

Bahan2:-

2 biji terung panjang (dibelah 4 setiap 1)
1/2 peket serbuk rempah kari ikan
1 keping asam keping
1 tangkai cili hijau (dibelah 2 tanpa putus)
1 sudu kerisik
1 kotak santan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 tangkai daun kari
Air masak
Minyak masak
Garam
Gula

Bahan2 Kisar:-

5 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 inci halia

Cara2 Penyediaan:-

1) Satukan serbuk rempah kari ikan dengan bahan2 kisar. Sebatikan hingga menjadi pes.
2) Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang & daun kari hingga naik bau.
3) Masukkan pes tadi. Masak hingga pecah minyak.
4) Masukkan asam keping, santan & air masak secukupnya.
5) Masukkan kerisik & biarkan mendidih.
6) Perasakan dengan garam & gula.
7) Masukkan terung panjang & cili hijau. Masak hingga kuah pekat & terung panjang menjadi lembut. Angkat & hidangkan.

~ Roti Pajeri Terung

Nak makan dengan nasik pun boleh. Tak berdosa pun... ;P

Neves tengok hasilnya. Nasib baik boleh diterima anak tekak. Fuh! 


:: Like3, ek! ::



DARI PENANG KE PERAK..

Dari Penang ke Perak...

Majlis bertandang Aril & Erna. Tak habis lagik cerita kahwin diorang nih. Ni last episod. Aku janji! Heh3...

~ Pengantin berarak dengan sedikit kelainan.

Tak perasan bila diorang berarak macam ni. Sebab diorang kat belah sinun, aku kat ceruk sini. Agak terlindung. Nasib baik my 'sayang' paparazzi yang hebak! Boleh berada di mana2 yang diperlukan. Ecewah! ;P

~ Berkejaran ke meja santapan & pelamin. Tomei2... ;)

13 khemah untuk majlis bertandang nih. Sepanjang jalan kat row rumah Cik Am tuh. Al maklum la... tauke khemah... Apa ada hal?!! He3...

Plus, jemputan pun ramai. Tak putus2! Sedara-mara je dah berbondong2. Kawan2 lagik... jiran2 bagai... Memang berbaloi dengan 13 khemah tuh. 

Hokay! Habis dah kot cerita-ceriti kahwin kaum kerabat my 'sayang'. Pakat2 kahwin dalam tahun yang sama diorang ni. Jenuh blogger tegar ni nak mengarut2 taip entry. Hu3...

Akhir kata... selamat melayari bahtera rumah tangga... 

Sekian, wassalam...

Eh, macam ending surat tak rasmi lah pulak! Hiks...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, February 19, 2014

Monday, February 17, 2014

SEMOGA KEKAL TILL JANNAH

Pernikahan yang agak unik sikit. Penyatuan hati antara ibu & bapa tunggal. Perkahwinan kedua Jiah, cousin my 'sayang'.

Perkahwinan pertama Jiah, alhamdulillah... bahagia. Dengan 2 orang permata hati perempuan, makin bercambah2lah rasa bahagia tuh. Tapi, dugaan buat Jiah bila suami dipanggil menghadap Ilahi. Diagnosed as prostate cancer, kurang potassium & komplikasi + kegagalan organ dalaman. 

Besar dugaan Jiah. Wallahualam...

Senyap sekejap khabar Jiah lepas tu. Tiba2, Udda bagitau yang Jiah bertemu jodoh lagik. Maybe diorang texting each other kot. 

~ Jiah & pasangan pilih untuk buat majlis akad nikah je. Amik yang wajib.

~ Memeriahkan majlis budak bertuah yang 2 orang nih. Heh3...

~ Alhamdulillah...

Semoga kekal bahagia hingga ke jannah... Aminnn...


:: Like3, ek! ::



MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 36

Breakfast:-

1 keping roti telur banjir + air suam
Breakfast dengan my 'sayang' kat Medan Selera Sri Sayang.

Minum pagi:-

Togok air masak. Lepas tu, telan ubat homeo.

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ekor ikan termenung goreng + 1 senduk taugeh tumis + 1/2 biji telur masin + air masak
Tapau. Kat Sri Sayang tu, haaa..!

Minum petang:-

Air masak.

~ Dinner: Roti Pajeri Terung + air masak

Pssttt2!!! Sebenornya, ah kak dah timbang berat tau! Turun beberapa kilo, noks! I just can't believe it, hokay! Asik tersenyum je sepanjang hari tuh. Terus rasa nak melayang2 ke udara jerrr... He3... ;D


:: Like3, ek! ::



Wednesday, February 12, 2014

Sunday, February 9, 2014

CEKODOK KARI SARDIN

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Bahan2 Untuk Cekodok:-

1 sudu kecil garam
3 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1 genggam ikan bilis
1 biji bawang besar (dihiris)
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air masak
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Cekodok:-

1) Satukan garam, tepung gandum, serbuk kunyit, telur ayam, ikan bilis, bawang besar & air masak ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2) Panaskan minyak. Goreng mengikut acuan / ikut suka hingga kekuningan. Angkat & toskan.

Bahan2 Untuk Kari Sardin:-

1 tin sardin
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 peket serbuk rempah kari
1 keping asam keping
3 biji ubi kentang (dipotong 12 setiap biji)
1 inci halia (dihiris)
Air masak
Minyak masak
Garam
Gula

Cara2 Penyediaan Kari Sardin:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, daun kari, bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Masukkan serbuk rempah kari. 
3) Tuangkan air secukupnya. Tumis hingga pecah minyak.
4) Masukkan ubi kentang. Masak hingga ubi kentang 3/4 empuk.
5) Masukkan sardin.
5) Perasakan dengan garam, gula & asam keping. Masak seketika. Angkat & hidangkan bersama cekodok.

~ Plating yang kengkononnya fusion. Padahal, Cekodok Kari Sardin je pun... Heh3...


:: Like3, ek! ::



TRIBUTE TO THE HEROIC FIGHTERS

Meh nak cerita pasal sejarah sikit. Sekali-sekala... Bukannya selalu... Tak lain tak bukan, pasal Tugu Negaralah.

Tugu Peringatan Negara atau lebih senang nak sebut, Tugu Negara dibina pada 8 Februari 1966. Perrgghhh..!!! Lama sangat tuh! Confirm2 aku tak lahir lagik. Mak pun baru 7 tahun kot! 

Tujuan pembinaan pulak adalah untuk memperingati 11 ribu perajurit yang terkorban masa Perang Dunia Pertama, Kedua & Darurat. Bukan sikit2, ye! Read my lips, 11 RIBU, hokay! #macambolehnampakbibirplak Heh!

Tugu tu menggambarkan sekumpulan tentera yang mengibarkan Jalur Gemilang. Jugak melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian & pengorbanan.

Fuh! Macam cikgu sejarah pulak. He3...

Tujuan utama nak cerita pasal lawatan ke Tugu Negara. Tapi, dah macam buat mukadimah untuk projek folio sejarah Tingkatan 3 kekdahnya... Ha3... Hadoi!

~ Berhenti amik napas sekejap. Nak panjat tangga secoet ke Tugu Negara ni pun semput. Achaner nak menawan Gunung Kinabalu? Adeh3...

~ Masalah laki aku nih! Hadoiiyaiiinyapon!

~ Merakamkan kenangan dengan Mak.

~ Nak buat comparison, betapa besor & tingginya tugu tuh.

~ Kat sekitar Tugu Negara ni ada fountain. Cool!

~ Hasil shopping di Tugu Negara.

Sekali-sekala mengimbau sejarah, apa salahnya kan... Tak rugi. Masuk pun percuma.

Tugu Peringatan Negara
Jalan Parlimen
Kuala Lumpur

Jemput la datang! Kasik tribute to the heroic fighters of Malaysia... 


:: Like3, ek! ::



Saturday, February 8, 2014

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 35

Breakfast:-

1 senduk nasik goreng belacan + air Milo suam
Ada leftover nasik. Jadiknya, kita buat nasik goreng belacanlah. Lama tak makan. Terkembang2-kempis hidung cium bau semerbak cik belacan. Ha3...

Minum pagi:-

Air Milo suam
Bancuh sendirik, tanpa gula / susu, Milo kasik lebih. Heaven sangat..! ;P

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 2 sudu bayam tumis air + 1 ekor ikan gelama goreng cicah cili kicap + air masak
Pun masak jugak. Puas hati & perut!

Minum petang:-

Air Milo suam

~ Dinner: Cekodok kari sardin + air suam. Hasil air tangan & kreativiti sendirik. Eceh!

Hokay, dah. Tu je nak cerita. Sampai ketemu lagik... ;P


:: Like3, ek! ::



RINDUKAN 'ANAK2'...

Rindukan 'anak2' belah my 'sayang'...

Macam dah lama pulak tak jumpa diorang. Padahal, baru minggu lepas jumpa kot..! Masa cuti Chinese New Year. Awa ada balik kampung sebelum ke Kuala Kangsar, kampung Roy. Dari Kuala Kangsar ke Kedah membawak ke Penang pulak. Dasat betul mokcik tuh bercuti2 Malaysia. 

Secara tak sengaja ah kak TERjeles! 'TER' hokay... 'TER'! Adeh!

~ Nurul Athirah Qistina a.k.a Cinina a.k.a Athirah a.k.a Kakak. Fuh! Banyak jugak nama glamer dia.

~ Nurul Arrisya Qurratu'ain a.k.a Arrisya a.k.a Cik Smurf. Nickname 'Cik Smurf' tu Acik Kakak (Jijah) yang kasik. Tak taulah kenapa. Mungkin sebab muka Arrisya yang bulat2 macam Smurf kot. He3...



Last but, not least... Mak Anjang & Pak Anjang miss Athirah & Arrisya banyak2... Till we meet again... 

Isk3... tertouching pulak! Sob3...


:: Like3, ek! ::



WEDDING 'DATUK & DATIN'

Kesah keesokannya...

Pagi tu, terasa lapor pulak. Tapi, diamkan je. Cuba pujuk perut untuk bersabor. Eceh!

Takde apa nak dibuat. Tido berjemaah je la kat dalam bilik tuh. Abah datang 'ziarah'. Kengkonon nak sembang2 pagi + bergossip la kot. Tapi, hampa sambil geleng2 kepala bila tengok anak2 + menantu2 dia terbongkang peluk bantal busuk. Ha3... Hadoi!

Kak Long ketuk setiap pintu bilik, buat announcement suruh semua bersiap by 12 tengahari sebab waktu bersanding pukul 12.30 tengahari. Hokay, fine... Awal2 aku dah siap2 mandi. Bila adik2 ipar & biras bersiap make up bagai... aku pun menyibukkan diri jugaklah. Siap on time!

Tetiba, sang pengantin lelaki masih berbaju t-shirt, berseluar track bottom & berselipar jepun. Apakah..??!

Tup2... katanya bersanding pukul 2 petang. O.M.G!!! Cair make up, hokay..! Memang mendapat bantahan dari semua ahli rombongan. Mana mungkin kan... Sebab lepas bersanding kita semua nak balik ikut haluan memasing. Jauh, ye! Contoh: Kami nak balik ke Perak. Cuk Dam & family nak balik ke Bangi. Agak rushing di situ...

Maka terpaksa la sang pengantin lelaki bernegotiate dengan pengantin perempuan, mintak kerjasama & budi bicara untuk awalkan acara bersanding. Nasib baik berjaya! Kalau tak, memang Aril bersanding sorang2 la kot! Sebab semua dah cha alip bot! Hu3...

~ Mak Dats (Datin) wanna be. Eceh!

~ Cantik warna baju pengantin. Pengantinnya pun comel.


~ Pelamin pun sweet jugak. Pendek kata, semuanya cantik2, comel2 & sweet2 lah. ;)

~ Tak sabor nak makan. Lapor tahap gaban!

~ Kompang + silat.



Menu santapan pun best2! Nasik minyak, ayam goreng berempah, acar, pecal, dalca & macam2 lagiklah. The best adalah ayam goreng berempah. Terkenang2 wooo..!!! ;P

Selesai sudah wedding 'Datuk Aril Afzan & Datin Erna Nadia' (nama facebook diorang). Entry majlis bertandang akan menyusul kemudian... 


:: Like3, ek! ::



Wednesday, February 5, 2014

WORDLESS WEDNESDAY #49: SQUARE FRAME

~ Square frame...

~ merangkap spec suka2...

Sekian, chill on Wednesday... ;)


:: Like3, ek! ::



Thursday, January 30, 2014

MERONDA DI PENANG

Berangkat ke Penang beramai2... Agenda family belah mertua. Majlis pernikahan Aril & Erna...

Tapi, sampainya tak sama sebab bertolak pada waktu yang berbeza. My 'sayang', aku, my MIL & Athirah 1 kereta. Kami yang paling lambat sampai sebab ada destinasi lain. Kengkononnya lah kan... Hu3...

Nak attend wedding Shiela kat Bagan Serai nun..! Tapi, akhirnya tersesat-barat! Sampai ke Serdang, Kulim bagai... Perut toksah ceritalah! Berkeroncong tak sudah! So, cancel wedding Shiela... kita terjah kedai makan je lah. Uhuks3... Sedeh!

Takde rezeki, nak buat macam mana kan... Terus je la ke Penang... Angkut hadiah untuk Shiela sekali. Bergolek2 la ia kat dalam bonet kereta tuh sampai balik ke Perak. Hu3...

My 'sayang' aci redah je masuk Penang tuh. Roger2 adik2 ipar, sebab nak on Waze lah kengkononnya... boleh pulak diorang pun tak tau diorang kat mana & tak tau nak kasik direction walaupun diorang dah sampai kat homestay. Lepas tu katanya, jangan ke homestay sebab semua dah nak gerak ke rumah makcik Erna kat Air Itam. Jadik pandai2 la carik rumah makcik Erna tu kat celah mana, ye! 

Arrgghhh...!!! Stress!!!

Nasib baiklah instinct my 'sayang' hebak. On the way nak ke Air Itam terserempak dengan kereta Aril. Owh... memang thank God sangat2 lah! Fuh! #lappeluh

~ Tok Kadi dah tunggu untuk shake hand.

~ Alhamdulillah... sekali lafaz.

Ada jamuan sikit petang tu. Menu simple je... nasik putih, ayam goreng berempah, ikan goreng, sayur campur, sambal belacan & kari ikan. Meletop marvellous habis especially kari ikan. Rasa nak mintak tapau je. Ha3...

~ Pukul 6.30 petang sampai homestay merangkap apartment.  

~ Ada swimming pool besar jugak. Tapi, kena jalan sikit ke blok lagik 1. Dekat je. Bebudak & yang bujang2 sempat la berkubang. Yang lain terbongkang atas katil. Ha3...

Not bad la homestay ni. Bukan apartment yang siap ada hall, dapur bagai... Tapi, 1 unit ada 2 katil single, attached bathroom, tv, fridge, telefon, meja solek, extra mattress & almari. Ala2 hotel jugak la... Almari dia ada banyak partition. So, kalau setakat datang 5-6 orang tak payah susah2 nak berebut almari. Cukup!

Aril book 13 unit kot. My 'sayang', Abah, Roy & Abang Udit dok 1 unit kat tingkat 2. Aku, My MIL, Awa, Udda, Jijah, Yana + 2 budak kecik (Athirah & Arrisya) dok 1 unit kat tingkat 1. 1 malam je pun... Bolehlah!

Detail homestay adalah seperti berikut:-

SEAMEO RECSAM Apartment
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-6522700 

Aktiviti malam adalah agak bebas. Tapi, make sure pukul 10 malam dah terpacak kat Nurul Ikan Bakar Special sebab Acik Ajis nak belanja makan busat. 

Orait, bebeh! He3...

Family Pak Usop (Abah) decide untuk shopping. Plus, Abah nak carik comforter. Nampak klise kan... apakah kat Teluk Intan takde comforter? Tapi, Abah cakap nak comforter yang dibeli kat Penang. Buat kenang2-an... Owh... gasaklah! Asal Abah bahagia... He3...

Plan nak ke Komtar. Tapi, macam tak best je. So, cancel! Kita singgah Gamma je sebab tak pernah singgah & macam pelik je nama Gamma tu kan... ;P

~ 'Sang Menantu' buat perangai! My MIL kata, 'Tengok tu... Kak Leez kurang kerja!' Ha3...

Tak beli pun... Testing2 je. Hiks...

My 'sayang' rembat sandle, worth 40 hengget after less. Kesian kat sandle lama dia. Huduh piang sangat dah! Si isteri cucuk2 suruh tukar yang baru. Boleh pulak my 'sayang' bergurau dengan amoi salesgirl tuh. Dia nak trade in sandle yang dia pakai. Speechless sambil gelak tersepet2 mata amoi tu haaa..! Ha3...

~ Special entertainment kat Gamma.

We ols beli hadiah kahwin Aril & Erna kat sini la. Idea spontan! Memasing kena pilih & sponsor 1 hadiah yang akan dimasukkan dalam 1 container besar, balut, letak kad & that's it! Aku & my 'sayang' kasik sepasang mug comel yang ada shape smiley tengah kenyit mata & jelir lidah buat muka naughty. Kiut sangat! Rugi tak amik gambar. Isk3...

Ada yang kasik kitchen utensil, hiasan, mangkuk & mende2 yang seangkatan dengannya lah. Sweet je... ;)

~ Lepas shopping, laju2 pulak ke Nurul Ikan Bakar Special. Dah lapanploh kali Acik Ajis roger2. Adeh3...

Address seperti berikut:-

Nurul Ikan Bakar Special
No. 4, Polis Marin
Batu Uban
Pulau Pinang

No. Telefon: 012-5625536

Rating untuk Nurul Ikan Bakar Special: 3/5

Review:-

Makanan ok la... Tapi, takde sos pencicah macam air asam ke... untuk ikan bakar. Aku tak kesah sangat kot sebab aku kan tak minat ikan bakar. Lauk aku malam tu tomyam campur dengan sotong goreng tepung dengan kailan ikan masin. Hokay je...
Servis biasa2. Actually, agak lambat kot sebab Acik Ajis dah book & reserve & bagitau menu segala belah petang. Tapi, bila kitorang sampai diorang still terkocoh2 nak hidangkan makanan. 
Persekitaran ok, agak comfy.

~ Lepas makan, aktiviti bebas lagik... Family Pak Usop lepak kat Padang Kota Lama. Amik bayu laut. Sojuk!

Balik apartment semua terlepek kekenyangan & kepenatan...

Takpe. Yang penting, kita enjoyce..!!! ;D


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google