SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label PAWAGAM. Show all posts
Showing posts with label PAWAGAM. Show all posts

Sunday, September 27, 2020

JEBAT TAK PERNAH DERHAKA

Sis seorang #DramaQueen. Maksud spesifik: Sis peminat tegar drama2 Melayu especially Slot Akasia. Kalau tak Slot Akasia tapi, drama tu best, onz untuk dilayan sepenuh masa, pun Sis ok je. Bedal jugak.

Tapi, taklah semua drama Slot Akasia Sis tonton sepenuh masa. Kalau menepati kriteria, why not... Aaa gitchew...

1 of the best drama bersiri yang Sis follow adalah Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Perrgghhh, die hard fan kot..! Impact dia paling deep. Sampai Sis buh nama 'Mastura & Jebat' dalam nama social media Sis. Sampai sekarang, masih teguh, tegar, tak diubah. He3... 

Sampai terjebak beli novel. Tak pernah 'khatam' pun. Baca ikut mood, ikut suka hati, chapter yang mana. Chapter tunggang terbalik pun aci. Ha3...

Finally, filem Jebat yang Sis tunggu2 keluar jugak. Dalam suasana norma baharu. Tonton di pawagam rumah anda. Keluar 3 September 2020. Tapi, Sis tahan diri. Takmo purchase 3 September. Rugi. Hari bekojo, u ols..! So, purchase 4 September, malam2 sikit. Tonton sampai lebam. Sampai hafal scene, hafal plot, hafal dialog skrip bagai... #OOTD Jebat & Mastura pun Sis ingat. Sis memang over! Ha3...

Belum ada lagik drama bersiri yang boleh beat Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Storyboard tak cliche, plot dia dekat di hati masyarakat. Tak nampak 'creation' sangat. Spontaneous. Pelakon2 pun, dari hero-heroin membawak ke supporting roles, deliver well. Hellok pergi dia. Tak nampak fake, tak nampak acah2. Natural je.

Pujaan Hati Kanda pun tak boleh beat. Walaupun Sis die hard fan of Kanda Remy Ishak. But not Mira Pijah. Sorry... Hu3... Sis ranks as my #2 la drama ni.  

7 Hari Mencintaiku 1 & 2 pulak, Sis layan sebab nak tengok Pak Samad & Mak Leha. Diorang deliver hebat kot..! Ada jiwa. And plus, Sis tak minat watak hero yang pendirian cepat goyah. Sis cemas nanti. Ha3...

Sebenarnya, nak share pasal Jebat je tadi. Meleret sampai ke drama lainlah pulok. Ha3...

Mini teaser 7 Hari Mencintaiku 3 dah keluar kat Drama Sangat. 2021 release katanya. Tapi, Pak Samad macam di innalillah kan je... Terus Sis cemas! Achaner nak tengok nanti tu, haa..?! Kalau Pak Samad 'tiada', tak berseri la, oiii..!! Hu3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::

 

 

Wednesday, October 17, 2018

YAH ALI IPOH... BUKAN YEH SEKUPANG

#Throwback

Check-in dulu di Valya Hotel. Tak naik bilik pun... Sekadar check-in je. Kemudian, berdesup carik makanan. Ketaq lutuit, weh..! Hu3...

~ Jumpa Nasi Ayam Bulat. Hokay, belasah! Mujur sodap.

Lauk ayam tu 2 version. Ayam madu & ayam berempah. Dua2 layannnnnn..........

~ Ini nama dia Popia Yah Ali Ipoh. Dah alang2 stall dia ada kat situ, kita kasik try lah.

Yah Ali Ipoh tau..! Bukan Yeh Sekupang. Ha3... 

~ Perut dah kenyang, tetiba nampak pemandangan cantik cenggini. Giler tak heaven! ;D

Merehatkan diri di bilik & refresh. Lepas tu, sambung mentekedarah ayam goreng singgit. Beli masa makan kat Nasi Ayam Bulat. Sejuk2 air cond bertemu dengan ayam goreng singgit. Perrgghhh!! Heaven lagik! He3... ;D

Plan malam tu adalah menonton Munafik 2. Memula ke TGV AEON Mall Klebang. Sold out, derrr..! Laju2, check online untuk TGV AEON Mall Kinta City. Hokay, fine... Available lagik. Sepantas kilat booking terus twins seat. Yeahhh...

~ 'Ikan berterbangan' di AEON Mall Klebang. Heh3... ;P

~ Finally...

~ Bersedia untuk menjerit, terkejut & seumpamanya..! 

Nasib baik amik twins seat. Dok belakang sekali. Kalau tak, kompom aku kena baling dengan popcorn. Sebab asal terkejut je, aku... #OpocotMakKauHijau! Siap pakej dengan leher cramp, badan terangkat lagik! Ha3.... Ampon...

Mujur la bila balik hotel dapat tido seperti biasa. No nightmare. He3...

~ Ini kejadian esok paginya. Turun breakfast pukul 8.30 pagi.

Pukul 11 pagi check-out. 


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, August 14, 2018

MEGALODON..??!

Oppa nak tengok cerita jaws. 

Cerita jaws, takpe. Boleh layankan... Tapi, kalau tengok jaws nya, kena pikir lapanbelasratus kali kot... Hu3...

~ The Meg

Not bad. Aku rasa nak kasik 3.5/5 bintang. 

Jason Statham, seperti biasa, memang tak pernah mengecewakan. Muka serius tahap gaban tapi, ada sense of humour. 

Errr... Megalodon tu memang wujud, ek?


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, August 3, 2018

PAM3... PAM6... PAM5... PAM6... PAM3...

Pam3... Pam6... Pam5... Pam6... Pam3...

Haaa... boleh imagine tak apakah mukadimah ah kak tu? Klu: Sejenis OST. ;P

Lepas tu, klu lagik: Movie Hollywood hebat ber-sequel2.
Dan klu lagik: Hero dia handsome baq hang & legend.
Lepas tu, klu lagik: Nama watak hero dia Ethan Hunt.

Ha3... Bagi klu macam nak bagi jawapan terus. 

~ Mission: Impossible Fallout

~ Kelakor jugak Encik Tom Cruise ni, sebenarnya. He3...

Latest movie date kami. Tak plan sangat pun... Saja... mengada2 sebab terjebak lepas tengok Tom Cruise, Henry Cavill & Simon Pegg dalam Running Man. Henry Cavill tu, haaa... mengundang sangat! Telinga dah rabak pun still... baaapak... hot! Ahaks3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, June 8, 2016

Monday, May 30, 2016

KUASA KEBENARANNNNNN......

#Throwback

Kessah birthday Kak Ngah merangkap jugak kessah Boboiboy The Movie. Sebab masa tu, kanak2 di Malaysia memang sedang demam Boboiboy. Kuasaaaaaa...... kilat! Eh, tetiba..! Ha3...

Abang ajak celebrate kat AEON Ipoh Klebang. Ok... boleh... Sebab takde hal apa2.

~ Happy birthday, Kak Ngah..! Semoga jadik anak yang solehah, berjaya di dunia & akhirat. In shaa Allah... Aminnn...

~ Syiok! Ada port bahekkk... punya..! Super comfy. 

Terima kasih, Abang untuk lunch treat. Jasamu ku kenang... Kalau hari2 kasik lunch treat, bertambah2lah 'ku kenang' nya. Ha3...

Kami masih lagik meraikan birthday girl. Maksudnya, 1 hari tersebut adalah untuk Kak Ngah. Layanan V.V.I.P kata ko! Nasib baik tak demand melampau2. He3...

Agenda seterusnya adalah tengok wayang citer Boboiboy The Movie. Kami ke TGV, AEON Station 18 sebab AEON Ipoh Klebang takde panggung wayang. Ramai giler, noks... manusia kat TGV! Mungkin semuanya pun bawak anak2 tengok Boboiboy The Movie. Nasib baik kami sempat dapat tiket. Twin seat. Nice & selesa sebab selonggok kat belah atas, tepi tu, family aku je. 

~ Bukti kejadian.
Boboiboy ni ada macam2 kuasa rupanya. Kuasa tanah, kilat, cakera emas, bla3... kuasa kebenarannnnnn......!!! Ha3...

Layan jugak la... ;D

~ Kerja2 mengedit dilakukan oleh papa diorang a.k.a Abang aku. Macam comel je... He3...

Birthday girl gumbira... kami semua pun gumbira. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, November 11, 2015

WORDLESS WEDNESDAY #91: SAVE MINHO, PEHH--LISSS..!

~ Maze Runner: The Scorch Trials


Stress ending! Arrgghhh..!!!

#Throwback sangat..!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, July 15, 2014

AGE OF EXTINCTION

My 'Jebat' adalah sangat peminat tegar Transformers. Suka betul dia movie yang bergenre robotic2 nih. Vice versa sangat dengan bini dia. Sebab bini dia more to genre drama2 queen, kesah chenta / rumah tangga yang sweet2 melting2, lepas tu dilanda badai, lepas tu at the end, sweet2 melting2 balik. Hah, cenggitu..! ;P

Tapi, tak la sampai aku / My 'Jebat' sekat diri kami untuk genre lain. Sebab kami tak kesah pun layan apa jenis genre. Cumanya yang dimention kat atas tu adalah kesukaan.

Macam contoh, My 'Jebat' ajak tengok Transformers: Age of Extinction. Aku ok jerrr... Tak pernah adanya masalah. ;)

~ Aku C-1 & My 'Jebat' C-2.

Tengok tarikh kat tiket pun dah tau yang ini kesah sebelum Ramadan kan... So, tak perlulah nak elaborate lebih2. ;P

Waktu tayangan 10.55 malam tu memang sangat tak sesuai sebenarnya untuk kami. Dulu pun dah pernah buat, tengok Transformers jugak. Penyudahnya, kitorang tertido. Macam acara tido berganti2. Aku start dulu. Di pertengahan cerita, My 'Jebat' tengok aku dah lentok bahek punya! Nasib baik tak mengeliat menguap2 macam kat rumah sendirik. Buruk benor kalau cenggitu! Ha3...

Bila aku bangun, My 'Jebat' pulak tido. Time ending, elok pulak dua2 bangun. Sherashi bershama sangat..! Hiks...

Bukan sengaja amik waktu tayangan pukul 10.55 malam. Tapi, yang awal sikit nan hado..! Sold out! Nak tak nak, redah je la...

Lepas pandai tengok movie Transformers, asal nampak treler je, aku kata Optimus Prime la... Decepticon la... Megatron la... Autobot bagai... Terpengaruh mengalahkan peminat sebenar! Ha3...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, February 12, 2014

Monday, February 27, 2012

'DON'T LET BANANA FRUITS 2 TIMES...' ;P

Ke mana korang semasa weekend, ek? Bercutikah? Berjalan2 cari makankah? Bershoppingkah? Atau bertengok wayangkah? ;P

Tak kisah la kan yang mana 1 korang buat. Janji korang happy. ;D

Kalau korang tanya ah kak, of cos ah kak jawab yang last sekali iaitu bertengok wayang. Tapi, bertengok wayangnya hari Jumaat. Kira aci la kot kalau nak include dalam aktiviti weekend... ;P

~ Berkobar2 nak tengok Adnan Semp-it 2. Akhirnya, tertengok jugak. Yesszaaa...!!!

Memula, macam nak book awal2 je tiket. Tapi, my 'sayang' kata walk-in je sebab takut tetiba ada pulak aral melintang kan... Pukul 9.15 a.m keluar rumah. Nasib baik tiket ada lagik. Seat pun still kat tempat yang strategic. Fuh!

Memandangkan waktu tayangan yang kitorang chop tu samadengan 10.30 p.m, makanya kami pun menjamu selera dululah kat Wana Cafe. Nasi putih + sotong cili kering + fresh orange untuk my 'sayang' & tom yam campur + air suam untuk aku. Alhamdulillah... 

10 minit sebelum waktu tayangan, kami dah terpacak kat Big Cinemas. Sempat lagik menapau popcorn ngan mineral water. Buat kudap2 kat dalam kang. Ngeh3...

Puas hatilah layan sequel Adnan Semp-it nih! Berbaloi2 20 henget duit tiket + duit beli popcorn yang dilaburkan tuh sebab cerita dia memang kelakor habis! Bergegar2 usus ah kak sebab asik gelak tak hengat! Hilang sekejap kesopanan & kesusilaan ah kak tau! Ha3...

Kalau korang rasa nak santai2 tanpa perlu banyak berpikir, nah... inilah dia cerita yang patut korang tonton! Giler lawak! Sumpahtaktipu!!! 

Rating: 4.5/5. 

Nak cerita lebih2, takut spoil pulak kang. Jadik, korang tengoklah sendirik, ek! 'CONDIFENT' lah dengan filem2 Malaysia amnya & filem Melayu khasnya... Sekian... ;)

p/s: 'Don't let banana fruits 2 times because it already fruits 
2 times... Ha3...


:: Like3, ek! ::



Friday, September 9, 2011

HANTU BONCENG... KAH?

By the time entry nie dipublish, aku mungkin dah ada dalam panggung wayang. & mungkin jugak tengah melayan filem Hantu Bonceng dengan my 'sayang'. Atau mungkin jugak filem lain yang tengah on showing.

Tak kesah la layan filem apa pun kan... Best ke... tak best ke... nanti ah kak buat review, ek?!

Hokaylah! Chow cin-cau dolu..!!! Babai... ;)


:: Like3, ek! ::

Saturday, July 23, 2011

MOVIE MARATHON LA SANGAT...

~ KL Gangster sudah. Tengok Transformer: Dark of the Moon lak. 

Takde la marathon sangat... Tengok date tu pun dah tau jarak tontonan 1 movie ke 1 movie. Saje jer buh tajuk begitu, nak kasik gempak la konon... Ngeh3...

KL Gangster bagi aku biasa2 jer. Balik2 gaduh... gaduh... & gaduh tak sudah2. Itu jer la kejenya kan... Apa yang spesel sampai buleh kutip 10 juta hengget pun aku tak sure?! 

Maybe sebab terpengaruh dengan KL Drift kot... Tak pun, tajuk dia yang macam ganas abis tuh. Tak pun, sebab dapat publisiti free pasal isu PEKIDA tuh. Hmmm... ntah la... Yang pasti, vocab aku bertambah especially dalam bahasa2 gangster nih. Lu... gua... Tok Anjang lu... Macam2lah!

Transformer: Dark of the Moon lak aku rasa cam giler boring. Dah la amik tiket pukul 12.15 a.m. Sah2 aku tido! Adeh3...

Lembab la dari yang Revenge of the Fallen tuh. My 'sayang' yang peminat setia Transformer pun mata dah kuyu2 nak menghabiskan citer. Aku lagik la... tido terus! Starting aku jaga, part tengah2 aku tido tak hengat! Ending aku jaga balik. Tu pun mata nie, masyaallah... susahnya nak dibukak! 

Hmmm... citer apa best skang nie, ek? Jom tengok wayang, jom! ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

Monday, November 8, 2010

CUTI2 CINTA

Eh! Korang dah tengok tak citer Cuti2 Cinta? Alaaa... yang starring Farid Kamil ngan Nora Danish tuh. We ols dah tengok dah. Tu pun secara coincidently. Memang unplanned. My 'sayang' tetibe ajak keluar, nak pusing2 tengok keindahan malam katanye... Wah! Romantikad'amor la plak laki den nih! He3... Takpe2... Layankan jer. Tak rugi pun... Untung lagik ade! Sebab mengeratkan hubungan, gitu..! ;D

Mase pusing2 tu, timbul plak idea bernas iaitu usha2 Big Cinemas. Nak tengok movie hape yang tengah on showing. Well... Big Cinemas kat sini, taklah sebesar mane. Ade 3 screens jer. Dalam satu2 mase, buleh tayang 2 movies jerk. Malam tu ade citer Tamil ngan Cuti2 Cinta. Makanye, we ols layan jer la Cuti2 Cinta.


~ Aci redah jer nih! Kalau best/ok, we ols layanlah sampai abis. Kalau citer dia macam kambing, sayonaralah!


~ Sebelum masuk theatre, we ols tapau popcorn, air mineral ngan 7-up dolu. Buat kudap2.

So far, citer dia ok la. Lebih kureng macam citer 9 September. 2 individu berjumpe, terperangkap kat pulau, asik gaduh tapi, pastu jatuh cinta... Memula cam lembab & boring. Dah tengah2 mase terperangkap kat pulau tu macam dah panas enjin sket la. Ujung2 lembab balik. So, buah tangan Ahmad Idham kali nie macam suam2 kuku jer la... To me, best lagik Adnan Semp-it. 'Dalam hati ade taman...' Heh3...

Abis tengok movie, my 'sayang' ajak supper kat Wana Cafe. Eh2! Lately nie asik2 Wana Cafe jer kan... Tetibe macam nak feeling jadik duta Wana Cafe lak. Ahaks3...


~ Makan yang lite2 jer. Aku order sup campur.


~ My 'sayang' lak order toast. Mintak 2 sets sebab ingatkan dia pakai roti Gardenia bese yang potong2 tuh. Rupe2nye pakai roti benggali. Giler banyak & besor, babe..!


~ Puas hati sebab dapat dating dengan cinta hati saya..! ;P

Kalau hari2 dating macam nie, tak payah susah2 keje, tetibe duit jatuh dari langit, kan best kan? ;P

Monday, December 21, 2009

SToRm WaRriOrS

Last Wednesday nite, my 'sayang' ajak gi tengok wayang. Aku on jer... ;) My 'sayang' kata nak tgk Storm Warriors. Kalo ikutkan, memang not my typelah kan... Tapi, mase tu, kat Big Cinemas ade 3 movies jer yg on showing iaitu 2012, Jalang & Storm Warriors. 2012 kitorang dah tengok, takkan nak tengok lagik kot kan... Jalang... isk3... tak kose mak, noks..! ;P Storm Warriors pon Storm Warriorslah!


~ Queue untuk beli popcorn. Tak ramai orang that nite. Cam mase memule 2012 on showing dolu, bapak la ramai..! Memasing teruja nak tengok ke-CGI-an movie tuh kot!


~ Kesimpulannye, citer Storm Warriors sungguhlah aku tak sker sebab meleret2 sangat. Dah la meleret2, sket2 nak CGI, bile nak gaduh jer CGI... Hilang terus keoriginalitian scene gaduh2 tuh. Part berchenta, part gaduh, part nak mati, sumenye meleret2. Sampai aku penat & bosan! Lenguh kaki pon ye gak. Huh! Last2, aku tido2 ayam. Lentok kat bahu my 'sayang'. Nasib la... Huuu...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google