SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label PULAU PINANG. Show all posts
Showing posts with label PULAU PINANG. Show all posts

Wednesday, March 12, 2014

WORDLESS WEDNESDAY #54: HYDRO HOTEL DALAM KENANGAN

~ Lobby.

~ Geng berjimba.


~ Bergossip! Awwsss..!!!

Ingat Hydro Hotel, ingat Love You Mr. Arrogant! Heh3...


:: Like3, ek! ::



Saturday, February 8, 2014

WEDDING 'DATUK & DATIN'

Kesah keesokannya...

Pagi tu, terasa lapor pulak. Tapi, diamkan je. Cuba pujuk perut untuk bersabor. Eceh!

Takde apa nak dibuat. Tido berjemaah je la kat dalam bilik tuh. Abah datang 'ziarah'. Kengkonon nak sembang2 pagi + bergossip la kot. Tapi, hampa sambil geleng2 kepala bila tengok anak2 + menantu2 dia terbongkang peluk bantal busuk. Ha3... Hadoi!

Kak Long ketuk setiap pintu bilik, buat announcement suruh semua bersiap by 12 tengahari sebab waktu bersanding pukul 12.30 tengahari. Hokay, fine... Awal2 aku dah siap2 mandi. Bila adik2 ipar & biras bersiap make up bagai... aku pun menyibukkan diri jugaklah. Siap on time!

Tetiba, sang pengantin lelaki masih berbaju t-shirt, berseluar track bottom & berselipar jepun. Apakah..??!

Tup2... katanya bersanding pukul 2 petang. O.M.G!!! Cair make up, hokay..! Memang mendapat bantahan dari semua ahli rombongan. Mana mungkin kan... Sebab lepas bersanding kita semua nak balik ikut haluan memasing. Jauh, ye! Contoh: Kami nak balik ke Perak. Cuk Dam & family nak balik ke Bangi. Agak rushing di situ...

Maka terpaksa la sang pengantin lelaki bernegotiate dengan pengantin perempuan, mintak kerjasama & budi bicara untuk awalkan acara bersanding. Nasib baik berjaya! Kalau tak, memang Aril bersanding sorang2 la kot! Sebab semua dah cha alip bot! Hu3...

~ Mak Dats (Datin) wanna be. Eceh!

~ Cantik warna baju pengantin. Pengantinnya pun comel.


~ Pelamin pun sweet jugak. Pendek kata, semuanya cantik2, comel2 & sweet2 lah. ;)

~ Tak sabor nak makan. Lapor tahap gaban!

~ Kompang + silat.



Menu santapan pun best2! Nasik minyak, ayam goreng berempah, acar, pecal, dalca & macam2 lagiklah. The best adalah ayam goreng berempah. Terkenang2 wooo..!!! ;P

Selesai sudah wedding 'Datuk Aril Afzan & Datin Erna Nadia' (nama facebook diorang). Entry majlis bertandang akan menyusul kemudian... 


:: Like3, ek! ::



Thursday, January 30, 2014

MERONDA DI PENANG

Berangkat ke Penang beramai2... Agenda family belah mertua. Majlis pernikahan Aril & Erna...

Tapi, sampainya tak sama sebab bertolak pada waktu yang berbeza. My 'sayang', aku, my MIL & Athirah 1 kereta. Kami yang paling lambat sampai sebab ada destinasi lain. Kengkononnya lah kan... Hu3...

Nak attend wedding Shiela kat Bagan Serai nun..! Tapi, akhirnya tersesat-barat! Sampai ke Serdang, Kulim bagai... Perut toksah ceritalah! Berkeroncong tak sudah! So, cancel wedding Shiela... kita terjah kedai makan je lah. Uhuks3... Sedeh!

Takde rezeki, nak buat macam mana kan... Terus je la ke Penang... Angkut hadiah untuk Shiela sekali. Bergolek2 la ia kat dalam bonet kereta tuh sampai balik ke Perak. Hu3...

My 'sayang' aci redah je masuk Penang tuh. Roger2 adik2 ipar, sebab nak on Waze lah kengkononnya... boleh pulak diorang pun tak tau diorang kat mana & tak tau nak kasik direction walaupun diorang dah sampai kat homestay. Lepas tu katanya, jangan ke homestay sebab semua dah nak gerak ke rumah makcik Erna kat Air Itam. Jadik pandai2 la carik rumah makcik Erna tu kat celah mana, ye! 

Arrgghhh...!!! Stress!!!

Nasib baiklah instinct my 'sayang' hebak. On the way nak ke Air Itam terserempak dengan kereta Aril. Owh... memang thank God sangat2 lah! Fuh! #lappeluh

~ Tok Kadi dah tunggu untuk shake hand.

~ Alhamdulillah... sekali lafaz.

Ada jamuan sikit petang tu. Menu simple je... nasik putih, ayam goreng berempah, ikan goreng, sayur campur, sambal belacan & kari ikan. Meletop marvellous habis especially kari ikan. Rasa nak mintak tapau je. Ha3...

~ Pukul 6.30 petang sampai homestay merangkap apartment.  

~ Ada swimming pool besar jugak. Tapi, kena jalan sikit ke blok lagik 1. Dekat je. Bebudak & yang bujang2 sempat la berkubang. Yang lain terbongkang atas katil. Ha3...

Not bad la homestay ni. Bukan apartment yang siap ada hall, dapur bagai... Tapi, 1 unit ada 2 katil single, attached bathroom, tv, fridge, telefon, meja solek, extra mattress & almari. Ala2 hotel jugak la... Almari dia ada banyak partition. So, kalau setakat datang 5-6 orang tak payah susah2 nak berebut almari. Cukup!

Aril book 13 unit kot. My 'sayang', Abah, Roy & Abang Udit dok 1 unit kat tingkat 2. Aku, My MIL, Awa, Udda, Jijah, Yana + 2 budak kecik (Athirah & Arrisya) dok 1 unit kat tingkat 1. 1 malam je pun... Bolehlah!

Detail homestay adalah seperti berikut:-

SEAMEO RECSAM Apartment
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-6522700 

Aktiviti malam adalah agak bebas. Tapi, make sure pukul 10 malam dah terpacak kat Nurul Ikan Bakar Special sebab Acik Ajis nak belanja makan busat. 

Orait, bebeh! He3...

Family Pak Usop (Abah) decide untuk shopping. Plus, Abah nak carik comforter. Nampak klise kan... apakah kat Teluk Intan takde comforter? Tapi, Abah cakap nak comforter yang dibeli kat Penang. Buat kenang2-an... Owh... gasaklah! Asal Abah bahagia... He3...

Plan nak ke Komtar. Tapi, macam tak best je. So, cancel! Kita singgah Gamma je sebab tak pernah singgah & macam pelik je nama Gamma tu kan... ;P

~ 'Sang Menantu' buat perangai! My MIL kata, 'Tengok tu... Kak Leez kurang kerja!' Ha3...

Tak beli pun... Testing2 je. Hiks...

My 'sayang' rembat sandle, worth 40 hengget after less. Kesian kat sandle lama dia. Huduh piang sangat dah! Si isteri cucuk2 suruh tukar yang baru. Boleh pulak my 'sayang' bergurau dengan amoi salesgirl tuh. Dia nak trade in sandle yang dia pakai. Speechless sambil gelak tersepet2 mata amoi tu haaa..! Ha3...

~ Special entertainment kat Gamma.

We ols beli hadiah kahwin Aril & Erna kat sini la. Idea spontan! Memasing kena pilih & sponsor 1 hadiah yang akan dimasukkan dalam 1 container besar, balut, letak kad & that's it! Aku & my 'sayang' kasik sepasang mug comel yang ada shape smiley tengah kenyit mata & jelir lidah buat muka naughty. Kiut sangat! Rugi tak amik gambar. Isk3...

Ada yang kasik kitchen utensil, hiasan, mangkuk & mende2 yang seangkatan dengannya lah. Sweet je... ;)

~ Lepas shopping, laju2 pulak ke Nurul Ikan Bakar Special. Dah lapanploh kali Acik Ajis roger2. Adeh3...

Address seperti berikut:-

Nurul Ikan Bakar Special
No. 4, Polis Marin
Batu Uban
Pulau Pinang

No. Telefon: 012-5625536

Rating untuk Nurul Ikan Bakar Special: 3/5

Review:-

Makanan ok la... Tapi, takde sos pencicah macam air asam ke... untuk ikan bakar. Aku tak kesah sangat kot sebab aku kan tak minat ikan bakar. Lauk aku malam tu tomyam campur dengan sotong goreng tepung dengan kailan ikan masin. Hokay je...
Servis biasa2. Actually, agak lambat kot sebab Acik Ajis dah book & reserve & bagitau menu segala belah petang. Tapi, bila kitorang sampai diorang still terkocoh2 nak hidangkan makanan. 
Persekitaran ok, agak comfy.

~ Lepas makan, aktiviti bebas lagik... Family Pak Usop lepak kat Padang Kota Lama. Amik bayu laut. Sojuk!

Balik apartment semua terlepek kekenyangan & kepenatan...

Takpe. Yang penting, kita enjoyce..!!! ;D


:: Like3, ek! ::



Friday, August 10, 2012

RASA SKEMA PULAK!

Belah siang dah penat bersuka-ria. Ke Batu Ferringhilah... sampai jumpa tikus mondok bagai... hu3... ke Tanjung Bungahlah... tengok masjid terapung... ke Gurney Plazalah... berwindow shopping...

Fuh! Letih ah kak tau! Tapi, fun! ;P

Belah malam, dah kena masuk class HRMIS. Mental kena bersedia lebih. Sebab kalau tak, mau tersengguk2 aku kang. Adeh3...

~ Acara wajib. Heh3...

~ Model2 comel. P.E.A.C.E, bebeh! Hiks...

~ Ah kak tak nak kalah! ;P

Bajet nak duduk kat row tengah2 la kan... Konon2 kalau duduk kat tengah2 tu rasa macam strategik sangatlah. Last2, terpaksa duduk depan sekali sebab dah takde tempat dah. 

Hadoiiyaiiinyapun..!!!

Confirm tak tido! Terus feeling2 pekerja cemerlang, gemilang & terbilang! Hu3...

Kursus HRMIS ni merangkumi modul Cuti & Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). Yang bab LNPT tu minda ah kak boleh extract lagik. Tapi, bila masuk bab Cuti, kira2 Gantian Cuti Rehat bagai... terus ah kak ting tong. Berpinau bijik mata! Ha3...

Ni sebab duduk depan sangat la nih! Rasa skema sangat sampai susah nak adapt. Ececehhh..! Suka2 je nak salahkan tempat duduk. ;P

Errr... kalau korang kan, korang suka duduk tang mana? Depan sekalikah? Tengah2kah? Atau belakang sekalikah?


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



Thursday, August 9, 2012

MASJID TERAPUNG TANJUNG BUNGAH

Dari Batu Ferringhi aku ngan geng huru-hara terus ke Masjid Terapung Tanjung Bungah. I follow je... Tourist kata ko! Ha3...

~ Cantik kan? Hmmm... bila la Teluk Intan nak bina masjid terapung jugak? ;P


~ Datang nak berposing semata2..! He3... Panas membahang kot time nih! Tak nampak dahi ah kak berkerut2 tuh? Adeh3...

Tak larat dah nak berposing kat Masjid Terapung. Berlengas! Nak mencarik tempat sejuk2 ada air-cond pulak.

Cer teka kat mana? Eh2! Over pulak nak main teka-teki teka-tekuk kan... Hiks...

~ Shiela bawak kitorang ke Gurney Plaza pulak. 

~ Boleh la menyejukkan badan sambil bersantai2... Asal ada port terbaekkk... je, musti nak amik gambar. He3...

Memula macam nak shopping baju barang sehelai 2 kat F.O.S. Tapi, takde yang menambat hatilah! Kalau ada pun, tak fit dengan badan ah kak yang gebu-gebas nih. 

Sentapkot! Tsk3...


*Bersambung lagik...


:: Like3, ek! ::



Friday, August 3, 2012

PERASAN MODEL BAYWATCH DI BATU FERRINGHI

Sambung cerita kursus HRMIS...

Perut lapor giler sebab tak lunch lagik. Roger2 geng huru-hara ajak jalan2 carik makan. Secara automatic Shiela jadik mastermind merangkap jurupandu arah merangkap jugak Lady Driver sebab dia sorang je yang bawak kereta. Kitorang kan menumpang bawak badan ngan bagasi berbondong2 je... Hu3...

~ Puya la jauh dari Perak membawak ke Penang... last2 lunch kat Mc-D je. Mc-D pun Mc-D lah! Dah lapor, aku telan je!


Actually, aku ok je nak makan apa/kat mana pun... Janji halal la kan... Of cos, bebeh! ;P

Fast food ke... nasik kandar ke... nasik campur ke... western pun aku layan je. Asalkan aku kenyang & aku boleh telan makanan yang aku pilih tuh.

~ Perut dah kenyang, baru la bersemangat nak bergumbira! Senyum pun melebar je memasing kan... He3...

Eh, bukan senyum je tau! Badan pun! Melebar & kembang setaman, noks! Ha3...

~ Owh, lupa nak bagitau... lepas makan Mc-D, kami terus ke Batu Ferringhi. Saja je nak membuang masa... ;P 

~ Main game. He3...

~ Gediks pulak aku tengok cara aku posing tuh. Mencik!!! ;P

~ Bila la badan aku nak slim macam badan Shiela nih? Hmmm... Eh, silap! Bila la badan Shiela nak jadik kembang setaman macam badan ah kak yang gebu-gebas nih? Ha3...

~ Shiela paksa aku jadik model baywatch. Nasib baik dia tak paksa pakai bikini! Awwsss3!!! Ha3...

~ Syiok sendirik... Hu3...

~ Siapa amik gambar siapa nih? ;P

~ Model baywatch lagik... Ngeh3...

~ Baaa--baaa---cak! ;P

~ Menggedikskan diri bersama Kak Nana...

~ P.E.A.C.E merata2!

~ Overnya mak inchik nih! He3...

~ 3 dara pingitan... Ahaks3...

~ Syiok sendirik lagik. Owh3...

~ Posing pompuan di bawah lindungan Kaabah. ;D

~ Google2. Ha3...

~ Boleh tak nak jadik Duta Batu Ferringhi? La3... ;P

Nampak macam ok je pantai Batu Ferringhi tuh. Aku, Kak Nana & Shiela pun explore2 la... Konon2 nak amik shot duduk kat atas batu sambil bersantai2 la kan... So, kami pun berjalan mencarik batu2 yang sesuai.

Tetibaaaaaaaaaaaaaaaaaa..................

Mencicit tikus mondok lalu depan kaki kami! Terjerit2 la kami kat situ! Badan pulak menggeletis kegelian. Ikutkan hati rasa macam nak tembak je tikus2 mondok tuh. Tapi, geli la pulak. Terus cancel nak tembak. Adeh3...

Bukan seekor, hokay..! Tapi, berekor2! Gemuk gebu-gebas pulak tuh. Pandai dia nyorok celah batu ngan celah akar pokok besor sebab warna kulit pun dah lebih kurang sama. So, susah kita nak perasan.

Ngeri betul! 

Rasanya, pihak2 yang berkenaan kena buat sesuatu kot. Sebab tikus kan bahaya! Nak2 pulak kalau tourists datang. Malu kot kalau diorang disambut oleh tikus2 mondok yang debab2 tuh. Hu3...


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, July 31, 2012

MASA UNTUK CHECK-IN

Ada cerita yang tertunggak kot... So, sebelum aku continue menjaja gambar2 makanan menu bersahur & berbuka, adalah lebih afdal kalau aku habiskan entry tertunggak tu dulu. Barulah nampak hebak! Ye tak? Ha3...

 Eh, over pulok mokcik nih! ;P

 Nak dekat2 basi jugak la cerita nih. Tapi, korang anggap je setiap entry ah kak sebagai evergreen. Nescaya korang tak boring! Cewwahhh..! Hiks...

Bulan Mei... adeh3... lamanya! Tarikh pun tak berapa nak ingat dah. Hu3...

 Aku & the geng huru-hara diarahkan berkursus HRMIS kat Hydro Hotel, Penang. Dah pernah jalan2 vacay ke Penang dengan kaum kerabat sebelum ni. Tapi, berkursus... this is the 1st time...

~ My 'sayang' dapat hantar sampai Ipoh je sebab kena monitor site. Dari Ipoh, aku naik kenderaan Jabatan nih, Mr. Innova. 


Dari Perak, ada 3 bijik kereta. Tapi, tak pergi secara konvoi pun. Ada yang dah awal2 gerak & ada yang ketinggalan. Tak kesah la... Janji selamat sampai kan... Itu yang penting, bebeh! ;P

~ Dipendekkan cerita, pukul 3 petang lelebih kurang la... dah check-in kat Hydro Hotel. Nombor bilik aku lupa. Tapi, tingkat 4.

Ingatkan boleh la main cak2 dengan geng huru-hara macam kat Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor dulu tuh sebab chalet dok sebelah-menyebelah je. Kali ni, memang haublah! Aku ngan Ena je dok tingkat 4. Yang lain2 dok kat tingkat 6 nun!

Dah tak boleh main cak2... Sedeh! :(

~ Ini bukan view dari bilik aku. Tapi, view dari bilik Murni & Kak Nana. Best kot! Sebab boring2 boleh tengok orang berkuak lentang kat dalam pool tuh. Tak pun bergimrama. Heh3...

Bilik aku ngan Ena ngadap hotel lain yang tinggi melangit. Tak berapa nak mendamaikan! Owh... sedeh lagik... Tsk3...

Bilik dia not bad la... Semua kelengkapan asas ada. Bilik mandi pun ada tab jugak. Tak dapat nak berkuak lentang kat dalam pool tuh, berkuak lentang dalam tab mandi tu pun kira aci jugak kot. ;P

Tapi, awas!!! Jangan cuba mengskodeng! Ha3...


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google