SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label AKAD NIKAH. Show all posts
Showing posts with label AKAD NIKAH. Show all posts

Monday, February 17, 2014

SEMOGA KEKAL TILL JANNAH

Pernikahan yang agak unik sikit. Penyatuan hati antara ibu & bapa tunggal. Perkahwinan kedua Jiah, cousin my 'sayang'.

Perkahwinan pertama Jiah, alhamdulillah... bahagia. Dengan 2 orang permata hati perempuan, makin bercambah2lah rasa bahagia tuh. Tapi, dugaan buat Jiah bila suami dipanggil menghadap Ilahi. Diagnosed as prostate cancer, kurang potassium & komplikasi + kegagalan organ dalaman. 

Besar dugaan Jiah. Wallahualam...

Senyap sekejap khabar Jiah lepas tu. Tiba2, Udda bagitau yang Jiah bertemu jodoh lagik. Maybe diorang texting each other kot. 

~ Jiah & pasangan pilih untuk buat majlis akad nikah je. Amik yang wajib.

~ Memeriahkan majlis budak bertuah yang 2 orang nih. Heh3...

~ Alhamdulillah...

Semoga kekal bahagia hingga ke jannah... Aminnn...


:: Like3, ek! ::



Thursday, January 30, 2014

MERONDA DI PENANG

Berangkat ke Penang beramai2... Agenda family belah mertua. Majlis pernikahan Aril & Erna...

Tapi, sampainya tak sama sebab bertolak pada waktu yang berbeza. My 'sayang', aku, my MIL & Athirah 1 kereta. Kami yang paling lambat sampai sebab ada destinasi lain. Kengkononnya lah kan... Hu3...

Nak attend wedding Shiela kat Bagan Serai nun..! Tapi, akhirnya tersesat-barat! Sampai ke Serdang, Kulim bagai... Perut toksah ceritalah! Berkeroncong tak sudah! So, cancel wedding Shiela... kita terjah kedai makan je lah. Uhuks3... Sedeh!

Takde rezeki, nak buat macam mana kan... Terus je la ke Penang... Angkut hadiah untuk Shiela sekali. Bergolek2 la ia kat dalam bonet kereta tuh sampai balik ke Perak. Hu3...

My 'sayang' aci redah je masuk Penang tuh. Roger2 adik2 ipar, sebab nak on Waze lah kengkononnya... boleh pulak diorang pun tak tau diorang kat mana & tak tau nak kasik direction walaupun diorang dah sampai kat homestay. Lepas tu katanya, jangan ke homestay sebab semua dah nak gerak ke rumah makcik Erna kat Air Itam. Jadik pandai2 la carik rumah makcik Erna tu kat celah mana, ye! 

Arrgghhh...!!! Stress!!!

Nasib baiklah instinct my 'sayang' hebak. On the way nak ke Air Itam terserempak dengan kereta Aril. Owh... memang thank God sangat2 lah! Fuh! #lappeluh

~ Tok Kadi dah tunggu untuk shake hand.

~ Alhamdulillah... sekali lafaz.

Ada jamuan sikit petang tu. Menu simple je... nasik putih, ayam goreng berempah, ikan goreng, sayur campur, sambal belacan & kari ikan. Meletop marvellous habis especially kari ikan. Rasa nak mintak tapau je. Ha3...

~ Pukul 6.30 petang sampai homestay merangkap apartment.  

~ Ada swimming pool besar jugak. Tapi, kena jalan sikit ke blok lagik 1. Dekat je. Bebudak & yang bujang2 sempat la berkubang. Yang lain terbongkang atas katil. Ha3...

Not bad la homestay ni. Bukan apartment yang siap ada hall, dapur bagai... Tapi, 1 unit ada 2 katil single, attached bathroom, tv, fridge, telefon, meja solek, extra mattress & almari. Ala2 hotel jugak la... Almari dia ada banyak partition. So, kalau setakat datang 5-6 orang tak payah susah2 nak berebut almari. Cukup!

Aril book 13 unit kot. My 'sayang', Abah, Roy & Abang Udit dok 1 unit kat tingkat 2. Aku, My MIL, Awa, Udda, Jijah, Yana + 2 budak kecik (Athirah & Arrisya) dok 1 unit kat tingkat 1. 1 malam je pun... Bolehlah!

Detail homestay adalah seperti berikut:-

SEAMEO RECSAM Apartment
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-6522700 

Aktiviti malam adalah agak bebas. Tapi, make sure pukul 10 malam dah terpacak kat Nurul Ikan Bakar Special sebab Acik Ajis nak belanja makan busat. 

Orait, bebeh! He3...

Family Pak Usop (Abah) decide untuk shopping. Plus, Abah nak carik comforter. Nampak klise kan... apakah kat Teluk Intan takde comforter? Tapi, Abah cakap nak comforter yang dibeli kat Penang. Buat kenang2-an... Owh... gasaklah! Asal Abah bahagia... He3...

Plan nak ke Komtar. Tapi, macam tak best je. So, cancel! Kita singgah Gamma je sebab tak pernah singgah & macam pelik je nama Gamma tu kan... ;P

~ 'Sang Menantu' buat perangai! My MIL kata, 'Tengok tu... Kak Leez kurang kerja!' Ha3...

Tak beli pun... Testing2 je. Hiks...

My 'sayang' rembat sandle, worth 40 hengget after less. Kesian kat sandle lama dia. Huduh piang sangat dah! Si isteri cucuk2 suruh tukar yang baru. Boleh pulak my 'sayang' bergurau dengan amoi salesgirl tuh. Dia nak trade in sandle yang dia pakai. Speechless sambil gelak tersepet2 mata amoi tu haaa..! Ha3...

~ Special entertainment kat Gamma.

We ols beli hadiah kahwin Aril & Erna kat sini la. Idea spontan! Memasing kena pilih & sponsor 1 hadiah yang akan dimasukkan dalam 1 container besar, balut, letak kad & that's it! Aku & my 'sayang' kasik sepasang mug comel yang ada shape smiley tengah kenyit mata & jelir lidah buat muka naughty. Kiut sangat! Rugi tak amik gambar. Isk3...

Ada yang kasik kitchen utensil, hiasan, mangkuk & mende2 yang seangkatan dengannya lah. Sweet je... ;)

~ Lepas shopping, laju2 pulak ke Nurul Ikan Bakar Special. Dah lapanploh kali Acik Ajis roger2. Adeh3...

Address seperti berikut:-

Nurul Ikan Bakar Special
No. 4, Polis Marin
Batu Uban
Pulau Pinang

No. Telefon: 012-5625536

Rating untuk Nurul Ikan Bakar Special: 3/5

Review:-

Makanan ok la... Tapi, takde sos pencicah macam air asam ke... untuk ikan bakar. Aku tak kesah sangat kot sebab aku kan tak minat ikan bakar. Lauk aku malam tu tomyam campur dengan sotong goreng tepung dengan kailan ikan masin. Hokay je...
Servis biasa2. Actually, agak lambat kot sebab Acik Ajis dah book & reserve & bagitau menu segala belah petang. Tapi, bila kitorang sampai diorang still terkocoh2 nak hidangkan makanan. 
Persekitaran ok, agak comfy.

~ Lepas makan, aktiviti bebas lagik... Family Pak Usop lepak kat Padang Kota Lama. Amik bayu laut. Sojuk!

Balik apartment semua terlepek kekenyangan & kepenatan...

Takpe. Yang penting, kita enjoyce..!!! ;D


:: Like3, ek! ::



Monday, January 20, 2014

BARAKALLAH... MEMEM & YANA

Turn Memem pulak nak shake hand dengan Tok Kadi. Bertempat di Banting, Selangor.

Majlis akad nikah adalah belah petang, lepas solat Asar, buat kat masjid berhampiran. Sempat la nak refresh2 sekejap kat homestay yang disediakan. Cerita pasal homestay, next entry, ek! ;)

~ Memem kata, dia ok je time nih. Takde gedebak gedebuk sangat getaran di jiwa tuh. Maybe sebab dapat Tok Kadi yang agak cool, sporting & ada sense of humour kot.

Alhamdulillah... sekali lafaz je. Kitorang pulak yang neves lebih2! Memasing rasa senak peruk selagik saksi tak cakap sah. He3...

Barakallah... Memem & Yana... ;)

~ Putih jadik tema.

~ Pemberian mas kahwin untuk isteri terchenta.

~ Geng2 sesak napas yang dah tak sesak napas. He3...

~ Lepas nikah, ada jamuan sikit kat rumah pengantin pompuan. 

Actually, masa memula sampai pun dah ada jamuan. Means, sebelum tuan rumah tunjukkan lokasi homestay. Masa tu dalam pukul 3 petang macam tu. Pukul 5 ++ petang, jamuan lagik. Pendek kata, asik makan je la kerja kitorang hari tu. Kalau tak makan kang, katanya tak sudi pulak. Tak baik menghampakan pelawaan tuan rumah. Eceh! ;P

Perut ni toksah cerita la... Seperti ikan buntal terus! Adeh3...

Pukul 6.30 petang, terpaksa mintak diri sebab nak ke rumah Akim pulak kat Bukit Changgang. Akim kata 10 minit je. Tapi, rasa macam dah lama duduk dalam kereta tetap tak sampai2 lagik. Lebih kot dari 10 minit..! Fakta ke auta... hanya Akim yang tahu... Ha3... Hadoi!

Takde apa hal pun... Saja je menjengah ke rumah Akim & Normi. Rumah pengantin yang agak baru jugak la gitu..! Riuh-rendah jadiknya rumah Akim. Terkejut jiran2 agaknya. Ye la... selalu berdua senyap-sunyi je. Tetiba datang 1 gerombolan, terus gegak-gempita! Buat macam wilayah jajahan sendirik. Ha3...

Sempat pulak Akim buat promosi karpet. Alkesahnya... saudagar karpet tu tersilap letak harga. Karpet yang sepatutnya dijual pada harga 180 hengget, dia buat price tag 80 hengget. Lepas nego, dua2 pihak bersetuju pada harga 100 hengget. Kat Akim je saudagar karpet tu jual 100 hengget. Macam pakatan gitu..! 

Bila dah dengar macam tu, Cik Am bukak la order. Order yang disertai dengan duit. Order lisan tapi, takde duit takkan dilayan. Maknanya serious buyer je la. Ha3...

Aku order 1 untuk Mak. Lembut & tebal. Mak pun suka. ;)

Membuat kepohchi, menggossip & menghabiskan 1 jag air oren & chow. Perlu pantas bergerak sebab malam ada misi makan2 lagik. ;P


:: Like, ek! ::



Sunday, April 14, 2013

AKAD NIKAH ANGAH-WAN

Angah ni cousin aku. Anak Mak Yang & Pak Yang yang nombor 2. Tarikh nikah samadengan 29 Mac 2013, belah malam, kat masjid. 

~ Tema nikah adalah coklat.

~ Jadik aku pun pakai ala2 coklat gitu..! Coklat tak? Coklat tak? He3...

~ Manjas2 dengan pengantin sebab nanti dah susah nak manjas2 dah. Dah ada cik abang kan... Musti la cik abang pulak yang nak manjas2. Ahaks3...

~ Aku suka gambar ni sebab pose yang pelbagai.

~ Angah & Along. Along tak kahwin lagik. Tahun depan kot. Dalam perancangan... In shaa Allah...

~ Alhamdulillah... sekali lafaz je, Angah sah jadik isteri Wan.

~ Coklat sangattt... kan... ;P


~ Menggediks dengan Along.

~ Batal air semayang... 

~ Dah dapat cincin, tak reti2 nak salam suami? ;P

~ Asal batal air semayang je, dapat cincin gelang bagai... Syiok kan? Nak batal air semayang hari2 aci tak? Ha3... Larikksss..!!!

Lepas majlis akad nikah kat masjid, ada marhaban pulak kat rumah Nenek. 

~ A_bern poyo..!!!

~ Marhaban untuk cucu2 Nenek yang dah pandai lari2. He3...

~ Jiha...

~ Ica...

~ My 'sayang' termenung sebab confuse dok pikir permintaan bini dia yang mintak didukung untuk dimarhabankan jugak. Ha3... Melampau sangat kot..!

~ Aku jumpa 'Ustaz & Ustajah'. Nak sainnn...!!! He3...

Lepas marhaban, ada jamuan makan sikit. Sodap pulak ayam masak kicap yang Mak Yang masak. Sampai 2 kali aku tambah nasik, hokay! 

Terpaksa abaikan Misi Tiz@Nelydia Look Alike. Terpaksa, hokay! Terpaksa... Tsk3...

Sambil makan, sambil gelak2. Gelakkan Mak ngan mokcik2 & pokcik2 aku yang bercerita pasal zaman kecik2 diorang. Sampai tak sedar tangan dok suap ayam masak kicap tak berenti2. Hadoi!

Sila salahkan ayam masak kicap tersebut, ye! Hu3...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, February 20, 2013

IJAB KABUL IMI & NANA

Anak bujang Cik Ros pulak naik pelamin. Means, Cik Ros ngan Cik Amit sambut 2 menantu dalam setahun. Memula Linda kahwin, kali ni Imi pulak. Congrats! He3...

Dah sampai seru katanya kan... ;)

Mak ajak attend majlis akad nikah. We ols ok je... 

~ Anak2 Abang dah get ready. 

~ Rifqi pun dah handsome2. Hiks...

~ 'Oppa... Gangnam style..! La3...'

~ Aku pun dah siap. Tema, aci belasah je pakai oren. Mengikut instinct katanya... 

~ Last2, ke laut! Sebab tema diorang adalah pink! Owh3...

~ Enterframe sesado..!!! He3...

~ Ayah pengantin pompuan yang nikahkan sendirik anaknya.

~ Ini la pengantin pompuan. Nana namanya... Nama penuh dia sodap gak, Hijjiriatul Husna. 

Musti Imi selalu praktis sebut nama penuh Nana. Sebab kalau silap sikit, mau tergeliat lidah! He3... 

Alhamdulillah... sah dengan sekali lafaz je.

~ Solat sunat, amik berkat.

~ Shocking pink! Jarang orang buat baju nikah tema striking2 nih. Aku syak Nana memang peminat kaler2 striking sebab baju sanding dia lagik dasat! Kaler kuning diraja. Cantik apa..?!!

~ Mak nak enterframe dengan Nana. 

~ Menantu Mak yang sorang ni pun nak enterframe jugak..! ;P

~ Mak join Kak Yong & Rifqi buat 'P.E.A.C.E'. Sempoilah! Tapi, 'P.E.A.C.E' Rifqi yang paling ke laut! Ha3...

~ Penyerahan mas kahwin.

~ Upacara membatalkan air semayang.

~ Dah dapat gelang, kena la salam cium tangan suami kan... Mana tau esok2 boleh dapat gelang kaki pulak! He3...

Jodoh Imi dengan orang dekat je. 1 negeri, 1 daerah tapi, lain2 kampung je... Orang Chenderong Balai tu, haaa..! 

Tak kesah la jauh ke dekat kan... Yang penting, sayang & SETIA HUJUNG NYAWA... ;)

Eh2, nak jugak... 'SETIA HUJUNG NYAWA' kan..! Hiks...

Well... ah kak kan Ratu Sinetron... Ahaks3...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google