SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, August 21, 2019

SEMOGA MEMBUAHKAN HASIL

Coop meet & greet lagik... 

Kali ni ke Koperasi Usahawan Jaya Desa Wawasan Selabak Hilir Perak Berhad. Tak jauh, dekat je. Tak sempat panas bontot dah sampai. ;P

~ Team up dengan Cik Boss & Encik Fadzil.

~ Sambil makan kuih-muih & nanas fresh dari ladang. Sebab koperasi ni buat projek tanaman nanas.

~ Terima kasih, Encik Malek (yang sedang wefie ni) sebab tolong aturkan perjumpaan.

~ Ramai jugak ALK yang dapat commit hari tu. Terima kasih, semua...

Semoga meet & greet ini membuahkan hasil. In shaa Allah...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



SI BOTAK YANG BERBISA

#Throwback

Fast & Furious Prsents: Hobbs & Shaw

Aku memang tunggu movie ni release. Dah cakap awal2 dengan Kanda, nak tengok. My bucket list lah kekdahnya... Sebab aku minat kat Dwayne Johnson & Jason Statham. 

Bagi aku, diorang ni adalah Si Botak Yang Berbisa! Muka legend, badan sado tapi, buleh buat kelakor dalam serius. Dan kelakor tu buleh dapat 5HA daripada Sis. Yeahhh... ;D

~ Puas hati dapat tengok. 

Kami tengok kat TGV, AEON Seri Manjung. Lepas tengok movie, Kanda ajak makan seafood kat Ikan Bakar & Steamboat Lumut. 

Opkos Dinda onz! Dinda teringin makan ketam, u ols..!

~ 'Hero & heroin' of the day: Kerapu Bakar & Ketam Masak Pedas

~ 'Supporting roles': Sotong Goreng Tepung, Tom Yam Campur & Sayur Campur

~ Air kelapa & fresh orange sebagai penghilang dahaga.

Kenyang baq hang! Balik, mata kuyu. Tapi, tak tertido pun. Kesian pulak Kanda drive sorang2. So, teman dia boraklah. Walaupun aku aci angguk tanda setuju je apa Kanda cakap, aci paham je apa Kanda cerita. Ha3...

Next movie bucket list adalah Angel Has Fallen. Sebab ada Gerard Butler. Charismatic sangat..! Ditambah dengan mulut dia yang senget2 sikit bila berbicara tu... owh... ho...... hoiii..! Melting! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



MEMBAWAK KE PETANG...

Ini antara Perhimpunan Bulanan paling latest yang aku attend. Ada dress code sebab lepas Perhimpunan Bulanan ada majlis farewell untuk Tuan Timbalan Pengarah, SKM, Perak.

~ Team carpool hari kejadian.

Sepanjang perjalanan, aku tido. Giler mengantuk! Nasib baik ada 'co-pilot', Mr. Hafis. Boleh dijadikkan tukang sembang kepada Pak Supir of the day, Encik Fadzil.

Kami sampai on time. Alhamdulillah...

~ Selepas touch up untuk mengaburi muka bangun tido. Ha3...

~ Jejak kaseh dengan Nedy.

~ Sempat jugaklah bergambar kenangan dengan Tuan Timbalan Pengarah, SKM, Perak yang dah dinaikkan pangkat as Pengarah, SKM, Sarawak. 

Diselitkan jugak acara sambutan birthday staff. Potong kek berjemaah kekdahnya...

~ Acara yang menjadik faveret Sis. Orang lain yang sambut birthday, Sis yang gigih cedok brownies. Sedap, owh..! Ha3...

Membawak ke petang jugaklah agenda2 pada hari tersebut. Last sekali, tolong Eika angkut stok. Sempatlah 'mendera' bakal staff baru SKM, Hilir Perak. Heh3...

~ Ismaildanish namanya. Mintak tolong tolakkan troli stok sampai ke ground floor. Sementara tunggu Encik Fadzil amik kereta, sempatlah borak2 ice breaking dengan Ismaildanish. 

On the way balik, Sis tak tido tau! Berjaya tahan mata sampai ke rumah. Bangga2... ;D

Terima kasih, Pak Supir... ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



KAMI PILIH KOPPICUP

Ini cerita lunch aku & Kanda di suatu hari...

Kami pilih Koppicup. Sebab nak makan nasik goreng dalam suasana hipster dengan rasa sejuk2 penyaman udara. Aaaa gitchew..! ;P

~ Nasik Goreng Daging jadik pilihan. Mungkin sebab masih tak move on dengan Hari Raya Korban. He3...

Tengok orang lain update pasal homecooking & bento, selalu rasa terpanggil untuk tiru. Sebab seronok sebenarnya kalau dapat masak & prepare makanan sendirik. Walaupun menu simple tapi, feel dia lain maciam. Puas hati. Rasa lebih dihargai Sang Suami. Eceh! Over pulak dia punya statement kan..! Ha3...

Tapi, tu la... Sis selalu dicemburui oleh masa. #AyatCoverLine Ha3...

Kadang2 dah plan nak bangun pukul 5.30 pagi tapi, terbangun pukul 6.30 pagi. Kadang2 dah plan nak masak itu ini tapi, bila bukak fridge, stok yilek, terus moody. Terjejas & terbantut semangat memasak yang maha berkobar2 tu. Aaaa gitchew..! ;P

Petang ni, Sis nak masaklah cadangnya... 

Nasik putih
Kari ikan tenggiri
Ikan pelata masin goreng
Sup sayur
Air sirap limau

Hokay takpe... Imagine2 & berangan2 dulu supaya 'roh Chef Jo Don' terserap masuk. Mudah2-an angan2 jadi realiti & tadaaaa...... hidangan tersebut tersusun cantek atas meja. Spesel untuk Kanda... Awwsss..!!! Ha3...

Eh, bila Viu Malaysia nak release episod 11 Keluarga Baha Don, ek? Tak sabar nak tau ending relationship Jo Don-Suzi Faye-Kesuma & nasib Associates2 Baha Don. Hmmm...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, August 20, 2019

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA

Ini lawatan susulan ke Koperasi Kariah Masjid Ubudiah Parit 19 Hutan Melintang Perak Berhad. Nak dapatkan info sikit pasal progress MyFarm Outlet (MFO) koperasi.

Team up dengan Eika. 

Tak konpiden nak terjah sorang2. Sebab Sis kan buta jalan tahap gaban. Sejenis yang cepat bengong kalau bab2 mengingat direction jalan nih. Hu3...

~ Kali ni, Haji Azmi tak dapat commit sebab ada urusan lain yang tak dapat dielakkan.

~ Meet up dengan Haji Yassin, Pengerusi & Haji Asmawi, Bendahari Koperasi je. Takpe. Asal ada wakil koperasi yang boleh bagi info yang Sis nak, pun dah syukran sangat.

Terima atas kerjasama anda...

Sonang kojo Sis. ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



BABY PADI

Hari tu, balik kampung Kanda. Petang2, Kanda ajak merempit, pusing2 kampung sambil tengok bendang.

Opkos lah Dinda onz! Ahaks...

~ Sunset dengan pemandangan padi yang baru nak naik mencanak. Baby padi, aaa gitchew..!

Lepas Maghrib, dinner dengan My MIL. Normally, kalau kami balik kampung masa weekdays, My MIL akan siap2 masak untuk dinner. Maksudnya, kerja kau hanyalah mencedok segala yang telah terhidang. Tak pernah suruh pun untuk masak. Tapi, My MIL insists. 

Hah, nikmat yang mana lagik nak kau dustakan, oiii..??! ;P

Makanya, lepas makan, reti2kanlah cuci pinggan, ye. Tanda terima kasih... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



KISAH KERJAYA

Lawatan bersepadu lagik. Kali ni, tapau sampai 3 koperasi.

Team pulak terdiri daripada Cik Boss, Mr. Hafis, aku & Eika. Carpool. 

~ 1stly, Koperasi Ahmadiah Sungai Sumun Hilir Perak Berhad.

~ Dapat jumpa Pengerusi, Setiausaha dan sorang Anggota Lembaga Koperasi (ALK).

Lama jugaklah sesi kat sini. Sebab banyak yang nak di briefing kan.

Kemudian, mintak diri untuk ke Koperasi Homestay Bagan Datoh Berhad. Encik Karim, Pengerusi Koperasi dah get ready tunggu.

~ Bagus Encik Karim ni. Presentation yang menyeluruh. Siap dengan slide show, u ols... 

~ Gambar aktiviti tu Sis suka. Celik sikit mata Sis. Kalau tak, kuyu je sebab dah tengah hari. Medula oblongata pulak asik suruh bayangkan makanan lunch je. Ha3...

Kitorang lunch kat Jeti Bagan Datuk. Sis makan Nasik Goreng Paprik + air suam. Bbrrppp...! Alhamdulillah, kenyang... Suka perut Sis tau! Ha3...

Pukul 2.30 petang, terus ke Subinas Homestay. Nak meet up dengan Koperasi Melayu Sejati Hilir Perak Berhad. Pung pang... pung pang... yadaaa3... setel! 

Sekian kesah kerjaya Sis yang tak pernah habis... ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



#SISTERHIBOR

Jeti Bagan Datuk.

Tak plan pun. Spontan. Idea asal daripada Kanda. Takde ketetapan masa. Aci, lepas Asar, siap, chow. Aaa gitchew..!

~ Hormon gembira sangat, u ols..! Ahaks3...

Pergi Sungai Manik dulu, amik Mother. Even Mother pun tak tau yang destinasi tujuan adalah Jeti Bagan Datuk. Membebel2 beliau bila dah tau sebab bawak handbag kecik biasa2 je katanya... Ha3... #SisTerhibor dengan statement Mother tu tau..! ;D 

~ Makan soto ayam & daging kat pasar malam. Not bad la...

~ Sate ayam & daging. Damai je masuk dalam perut.

~ Mother kata, beliau lapor. Reason: Malas masak. Ha3... #SisTerhibor lagi dengan statement Mother. ;D

Nice jugak la Jeti Bagan Datuk ni. Ada pasar malam, surau, public toilet, masjid, dataran tempat lepak & food truck. Boleh la untuk chill2 layan angin sepoi2 bahasa sambil tengok macam2 ragam manusia.

~ Lepak sampai malam.

~ Acah2 kapal Titanic pun ada. Kat belakang tu, haaa..!

~ Kanda sewa menatang nih, e-bike.

~ Jaga2 Abang Romlee! Cik Salmah nak merempit nih! Ha3...

~ 'Kenderaan berat.' Ha3... 

Boleh dijadikan aktiviti hujung minggu. Especially kalau rindu kat soto pasar malamnya. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, August 19, 2019

SEDAK-E

Back to back... dengan career yang bergelumang dalam dunia koperasi. Syukur. Rezeki. Aku terima dengan redha...

Kali ni, buat lawatan bersepadu dengan Eika. Sebab Eika pun ada koperasi yang dia nak lawat. Sis jadik Mak Supir pada hari tersebut. Heh3...

~ Memula, Koperasi Rancangan Tanah Sungai Sungkai Mati Hilir Perak Berhad. Fuh, panjang jugak nama koperasi ni! Sempot nak sebut senapas. Hu3...

1. Briefing pasal questionnaire untuk Faktor Bukan Kewangan (FBK), Profil 100 Koperasi Terbaik.
2. Checking some documents.
3. Q & A session.

Done!

Lepas tu, ke Koperasi Langkap Hilir Perak Berhad pulak. Cadangnya nak jumpa Mr. Soo, Setiausaha Koperasi. Tapi, tak kesampaian sebab Mr. Soo ada kat Ipoh. Takpelah. Next time, maybe...

Dari Langkap ke Sungai Rebat. Eika nak meet up dengan Koperasi Sungai Rebat Teluk Intan Berhad.

~ Eika in charge.

Selesai sesi pagi.

Lepas tu, terus lapor. Ha3... Tetiba sangat..! ;P

~ Lunch di gerai sedak-e (read: Sedapnya dengan pronounciation yang di fusion kan). Terus terkenang kat Nedy sebab dia yang bagi nama 'Sedak-e' tu. Bila dapat makan ayam goreng tepung tersebut, Nedy akan cakap, 'Kak, sedak-e......!' He3...

Pukul 1.45 petang, masuk opis untuk solat & touch up. Kasik jelita semula setelah berlengas. Ha3...

Pukul 3 petang, continue lawatan bersepadu ke Koperasi Kariah Masjid Ubudiah Parit 19 Hutan Melintang Perak Berhad. Fuh, sekali lagik sempot nak sebut senapas! Hu3...

~ Jumpa Haji Azmi, Setiausaha Koperasi. Eh2, dah macam reporter pulak! He3...

Sempat la shopping ikan gelama masin. Repeat beli. Sedap wooo..! Rupa dia bersih je. Saiz sedang2 elok. Masin dia pun sesedap rasa. Wife Haji Azmi yang buat. 

Di samping sedap dinikmati, dapat jugak support produk koperasi kan... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



ASAM PEDAS D SU

Asam Pedas D Su

1 of the best asam pedas restaurant in Teluk Intan. Diwar2kan oleh Hazrie. Terima kasih, Hazrie.

Owner dia muallaf Cina. Buleh dikategorikan sebagai fine dining. Comfy & air-conditioned. Service pun ok.

Lokasi agak tersorok sikit. Dalam housing area. Tapi, sesiapa yang memang suka & kena dengan tastebud, memang akan kembali ke sini. Lunch boleh... dinner pun boleh.

~ Set yang aku & Kanda selalu order. Ikan untuk asam pedas ada beberapa pilihan. Yang paling kami suka adalah jenahak. 

Menu lain macam goreng2 pun ada. Tapi, specialty adalah asam pedas. Aaa gitchew...

Sekarang kan cuaca tak menentu. Kadang2 panas lit2, kadang2 hujan, kadang2 ribut. Kalau time panas lit2 tu, hah... memang sini la antara tempat favourite aku untuk lunch. Wah, feeling2 Puteri Korea Winter Sonata je kan... tak boleh kena panas..! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, July 18, 2019

SEDAP & RARE

#Throwbak

Rumah ke-3. Rumah family Amalina. Berharap untuk makan laksa yang best, air tangan Mak Amalina. Tapi, takde rezeki sebab menu spesel adalah nasik lemak.

Takpe. Nasik lemak pun ok. Sedap & rare. Sis layannn......

~ Tak wefie tak sah. 

~ Menunggu hujan teduh.

~ Nasik lemak dah selamat masuk perut.

Hujan sekejap kat sini. Renyai2. Dah reda sikit, kami bermohon diri. Sambung rumah yang ke-4.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, July 15, 2019

BULAT LAGIK

Sabtu lepas, ada jemputan #RaikanCinta. Anak kawan Mother kahwin. 

Gotong-rotong a.k.a rewang, u ols..! Memang aku tunggu2. Sebab kalau katering, lauk & rasa lebih kurang sama. Susah sikit aku nak brain. Jemu pun ye jugak kot. Sebab sekarang kan mostly pakai khidmat katering. Sangat rare yang rewang.

Nasik putih
Nasik minyak
Ayam masak pedas
Gulai daging
Ikan masin masak pedas
Masak lemak umbut kelapa
Sambal tahun
Sambal belacan
Rojak buah
Kek
Air teh ais

Haaa... banyak kan menunya?! Tapi, yang paling Sis heart adalah ikan masin masak pedas. Perrgghhh! Rasa macam tak cukup je sepinggan nasik. He3...

~ Menyempit & menyempatkan. Ha3...

Aku datang dengan Abang. Kanda couldn't make it. Busy di sawah padi. 

Lepas kenduri, Abang hantar aku ke rumah Mother. Kak Yong, Kak Ngah, Rifqi & Nia join sekali. Lepak. Abang, Kak Aneem & Medina balik sebab Abang ada kerja.

~ Permintaan diorang lepas bangun tido.

Pukul 7.00 malam, Abang & Kanda sampai. Maka, agenda makan pun bermula. Kawan Mother tapaukan lauk kenduri. Abang & Kak Aneem tapau makanan pasar malam. 

Fuh, bulat lagik la Sis! Hu3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



TIMER YANG BAGUS

#Throwback

Next, rumah Mother.

Dah roger2 supaya Mother tak kelam-kabut. 

~ Family mertua yang havoc2... havoc2... yeahhh..! Ha3... Terima kasih sebab sudi datang beraya.

Menu spesel: Ayam Sirsau & Daging Masak Kicap.

Makan sambil berborak, memang ngam-ho! Mujur ada Timer. Beliau main peranan dengan jayanya. Bagus! Boleh dikekalkan untuk tahun2 mendatang. He3...

~ Besan

Bersalam2-an, mintak ampon bagai... dan chow ke rumah ke-3. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



MEE KICAP YANG MEMANGGIL2

Ini kesah breakfast di hari Ahad yang indah... Eceh!

Asik nasik lemak je. Jemu jugak. Jadik kita twist. Tapi, awas! Bukan homemade. Ha3...

~ Roti Goyang Special by Gerai Chah Sabar Menunggu

Jangan mudah terpedaya! Bukan Roti Goyang je yang jadik santapan. Sebab Roti Goyang tu acah2 appetizer je. Ha3...

Main course adalah Mee Kicap. Gambar nan hado! Sebab dah lapar. Dan jugak sebab Mee Kicap tu dah memanggil2. Ha3...

Achaner la nak kurus?! Adeh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, July 1, 2019

#RUMAHCIKAM & #RUMAHAJISTRAFIK

Rumah pertama yang diterjah untuk beraya adalah rumah Cik Am. Tahun ni, rumah Cik Am ada 'pembaharuan'. Ada banner yang comel. Sesuai sangat untuk kaki selfie macam Sis.

~ #RumahCikAm & #RumahAjisTrafik. Rare! He3...

~ Autograph tetamu, atas arahan anak tuan rumah.

~ #TeamBawangMuslimah. Apo..?! Ha3...

~ Cover perut. Muncit nau dah ni, oiii..!

~ Adik Bawang. Ha3...

Menu spesel: Laksa & Mee Rebus. Sis layan mee rebus. Kemudian, gigih pulak mengkudap2kan popiah simpul kasih. Krup krap... Krup krap... 

Awa ditugaskan untuk jadik Timer. Dilarang ziarah raya / membawang lama2. Sebab ada banyak lagik rumah yang dah disenaraikan.

~ Hokay, next..! Lets jom..!

Terima kasih, Cik Am & family sebab sudi terima kunjungan kami... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google