SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label COOP MEET AND GREET. Show all posts
Showing posts with label COOP MEET AND GREET. Show all posts

Thursday, April 9, 2020

SILAKAN SUPPORT

#Throwback

**Penafian / Disclaimer: Tarikh kejadian dalam entry ini adalah pada sebelum 18 Mac 2020 iaitu sebelum #MovementControlOrder dikuatkuasakan. Penulis terus menyokong usaha kerajaan dan bekerjasama dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid 19 dengan cara akur serta patuh terhadap arahan iaitu #StayatHome, #SocialDistancing dan #KitaJagaKita. Semoga misi #FlattenTheCurve dan #BreakingTheChainofInfection dapat dicapai. Sekian, untuk makluman.

Terperuk di rumah, rindu pulak nak kerja. Bila terperuk kat opis ditemani kerja2 yang menimbun, rindu pulak nak rehat di rumah. Haish, manusia kan... Susah betul nak puas hati. Hu3...

Disebabkan Sis rindukan kerja, maka dengan itu, Sis publish entry pasal kerja. Jemput terhibor bersama2, ye..! Ha3...

Pada suatu hari (eceh! Macam masuk pertandingan bercerita pulak. Hiks...), Big Boss nak datang opis. Tujuan: Melawat & memantau perkembangan kedai runcit & MyFarm Outlet (MFO) Koperasi Kariah Masjid Ubudiah Parit 19 Hutan Melintang Perak Berhad. 

Hah, panjang ke idok nama koperasi tu?! Kalau nama orang pompuan sepanjang tu, jenuh time akad nikah. Ha3...

Big Boss insist nak singgah opis SKM, Hilir Perak dulu sebelum menuju ke koperasi secara berjemaah.

~ Kita prepare lah apa-apa yang sepatutnya... termasuk selfie. Ha3...

~ Sis masih selfie. He3...

~ Big Boss & Mantan Cik Boss serta 'rombongan' sedang stock checking sambil di briefing oleh Haji Azmi, Setiausaha Koperasi.

Kalau datang sini, Sis takkan lepaskan peluang untuk borong ikan masin. Made by wife Haji Azmi. #BMF, you ols..! 

Ikan masinnya bersih, murah, sedap & buleh dinikmati tanpa was2. ;D

Mantan Cik Boss pulak akan borong pisang. Cikgu Yassin, Pengerusi Koperasi yang supply pisang. 

Alamat kedai runcit & MFO koperasi adalah seperti berikut:-

Kedai Runcit & MFO,
Koperasi Kariah Masjid Ubudiah Parit 19 Hutan Melintang Perak Berhad,
d/a Masjid Ubudiah, Parit 19,
Kampung Sungai Pulau,
36400 Hutan Melintang, Perak.
No. Tel.: 012-4220207 (Haji Azmi)

Masih beroperasi. Alhamdulillah... 

Silakan support, ye. Peace. ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, January 30, 2020

SIS JOIN

Pagi semalam ada lawatan bersepadu ke Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manik Teluk Intan Berhad. Sepatutnya Encik Boss dengan Eika je yang melawat sebab koperasi ni under Eika. Disebabkan Sis tak buat apa & takde kerja urgent, Sis joinlah. Ada gak pekdahnya dari melangut, merenung siling opis. Hiks...

Dari 9.00 sampai 10.40 pagi. Termasuk jamuan ringan. Heh3...

~ Jumpa di kedai koperasi.

Dapatlah tolong2 curahkan ilmu mana yang patut. Mudah2-an melekat di hati Puan Setiausaha & Bendahari Koperasi. 

Koperasi jadik hebat. 
Kami dapat kepuasan dalam kerjaya & saham akhirat. 

In shaa Allah... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, August 21, 2019

SEMOGA MEMBUAHKAN HASIL

Coop meet & greet lagik... 

Kali ni ke Koperasi Usahawan Jaya Desa Wawasan Selabak Hilir Perak Berhad. Tak jauh, dekat je. Tak sempat panas bontot dah sampai. ;P

~ Team up dengan Cik Boss & Encik Fadzil.

~ Sambil makan kuih-muih & nanas fresh dari ladang. Sebab koperasi ni buat projek tanaman nanas.

~ Terima kasih, Encik Malek (yang sedang wefie ni) sebab tolong aturkan perjumpaan.

~ Ramai jugak ALK yang dapat commit hari tu. Terima kasih, semua...

Semoga meet & greet ini membuahkan hasil. In shaa Allah...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, August 20, 2019

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA

Ini lawatan susulan ke Koperasi Kariah Masjid Ubudiah Parit 19 Hutan Melintang Perak Berhad. Nak dapatkan info sikit pasal progress MyFarm Outlet (MFO) koperasi.

Team up dengan Eika. 

Tak konpiden nak terjah sorang2. Sebab Sis kan buta jalan tahap gaban. Sejenis yang cepat bengong kalau bab2 mengingat direction jalan nih. Hu3...

~ Kali ni, Haji Azmi tak dapat commit sebab ada urusan lain yang tak dapat dielakkan.

~ Meet up dengan Haji Yassin, Pengerusi & Haji Asmawi, Bendahari Koperasi je. Takpe. Asal ada wakil koperasi yang boleh bagi info yang Sis nak, pun dah syukran sangat.

Terima atas kerjasama anda...

Sonang kojo Sis. ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



KISAH KERJAYA

Lawatan bersepadu lagik. Kali ni, tapau sampai 3 koperasi.

Team pulak terdiri daripada Cik Boss, Mr. Hafis, aku & Eika. Carpool. 

~ 1stly, Koperasi Ahmadiah Sungai Sumun Hilir Perak Berhad.

~ Dapat jumpa Pengerusi, Setiausaha dan sorang Anggota Lembaga Koperasi (ALK).

Lama jugaklah sesi kat sini. Sebab banyak yang nak di briefing kan.

Kemudian, mintak diri untuk ke Koperasi Homestay Bagan Datoh Berhad. Encik Karim, Pengerusi Koperasi dah get ready tunggu.

~ Bagus Encik Karim ni. Presentation yang menyeluruh. Siap dengan slide show, u ols... 

~ Gambar aktiviti tu Sis suka. Celik sikit mata Sis. Kalau tak, kuyu je sebab dah tengah hari. Medula oblongata pulak asik suruh bayangkan makanan lunch je. Ha3...

Kitorang lunch kat Jeti Bagan Datuk. Sis makan Nasik Goreng Paprik + air suam. Bbrrppp...! Alhamdulillah, kenyang... Suka perut Sis tau! Ha3...

Pukul 2.30 petang, terus ke Subinas Homestay. Nak meet up dengan Koperasi Melayu Sejati Hilir Perak Berhad. Pung pang... pung pang... yadaaa3... setel! 

Sekian kesah kerjaya Sis yang tak pernah habis... ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, August 19, 2019

SEDAK-E

Back to back... dengan career yang bergelumang dalam dunia koperasi. Syukur. Rezeki. Aku terima dengan redha...

Kali ni, buat lawatan bersepadu dengan Eika. Sebab Eika pun ada koperasi yang dia nak lawat. Sis jadik Mak Supir pada hari tersebut. Heh3...

~ Memula, Koperasi Rancangan Tanah Sungai Sungkai Mati Hilir Perak Berhad. Fuh, panjang jugak nama koperasi ni! Sempot nak sebut senapas. Hu3...

1. Briefing pasal questionnaire untuk Faktor Bukan Kewangan (FBK), Profil 100 Koperasi Terbaik.
2. Checking some documents.
3. Q & A session.

Done!

Lepas tu, ke Koperasi Langkap Hilir Perak Berhad pulak. Cadangnya nak jumpa Mr. Soo, Setiausaha Koperasi. Tapi, tak kesampaian sebab Mr. Soo ada kat Ipoh. Takpelah. Next time, maybe...

Dari Langkap ke Sungai Rebat. Eika nak meet up dengan Koperasi Sungai Rebat Teluk Intan Berhad.

~ Eika in charge.

Selesai sesi pagi.

Lepas tu, terus lapor. Ha3... Tetiba sangat..! ;P

~ Lunch di gerai sedak-e (read: Sedapnya dengan pronounciation yang di fusion kan). Terus terkenang kat Nedy sebab dia yang bagi nama 'Sedak-e' tu. Bila dapat makan ayam goreng tepung tersebut, Nedy akan cakap, 'Kak, sedak-e......!' He3...

Pukul 1.45 petang, masuk opis untuk solat & touch up. Kasik jelita semula setelah berlengas. Ha3...

Pukul 3 petang, continue lawatan bersepadu ke Koperasi Kariah Masjid Ubudiah Parit 19 Hutan Melintang Perak Berhad. Fuh, sekali lagik sempot nak sebut senapas! Hu3...

~ Jumpa Haji Azmi, Setiausaha Koperasi. Eh2, dah macam reporter pulak! He3...

Sempat la shopping ikan gelama masin. Repeat beli. Sedap wooo..! Rupa dia bersih je. Saiz sedang2 elok. Masin dia pun sesedap rasa. Wife Haji Azmi yang buat. 

Di samping sedap dinikmati, dapat jugak support produk koperasi kan... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, December 5, 2018

MEET UP & KPI

Meet up dengan koperator adalah tunjang utama kerja aku. Pendek kata, takde meet up, tak capai KPI. Hah, gitu...

Kali ni pasal Taklimat Indeks Gerakan Koperasi Malaysia (IGKM). Cik Boss mintak set kan tarikh untuk bagi taklimat. Hokay, done!

~ Responden dah cukup. Taklimat ringkas daripada Cik Boss pun dah selesai. Maka, silalah jawab questionaire tersebut, ye wahai responden2 sekalian... 

Dijamu dengan mee goreng, kuih-muih & teh panas. Mee goreng tu sodap, nom3... owh... 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, November 7, 2018

MISI JELAJAH

Meet up dengan koperator adalah tunjang utama kerja aku. Pendek kata, takde meet up, tak capai KPI. Hah, gitu...

Kami buat lawatan bersepadu. Cik Boss, aku & Encik Selvam. Dapat terjah 3 koperasi.

~ Koperasi pertama. 

~ Meet up kat rumah salah seorang ALK.

~ Membawang. Eh, membincang..! He3...

Koperasi pertama ni under penyeliaan Encik Selvam. Sempatlah lunch kat sini, disediakan dengan penuh kasih sayang oleh tuan rumah. Nasik putih, ayam goreng berempah, kari ikan, sayur campur & air markisa. Bayangkan semua yang tersebut dingap pada pukul 1.30 petang, lepas tu pulak, hujan renyai2 membasahi bumi. Perrgghhh!!! 

~ Ini koperasi ke-2.

~ Koperasi ni under penyeliaan ah kak.

~ Ah kak tak ceramahkan Pak Haji tu tau! Ah kak sekadar kasik briefing & tolong Pak Haji jawab questionaire.

Questionaire tu untuk outcome Indeks Gerakan Koperasi Malaysia (IGKM). 

~ Ini koperasi terakhir untuk hari tu. 

Walaupun hanya 3 koperasi tapi, berlengas jugaklah. Redah kerana tugas. Misi jelajah untuk 1 hari, selesai. Ecewah..! 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google