SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Saturday, March 26, 2016

'HANG2'

EKSA diteruskan lagi... Ewah, skema sangat ayat tu, baq hang! Ha3...

Konsep jadual tugas adalah rotation. Kalau minggu lepas ko dapat kerja menyapu2 parking tengah panas membahang sampai peluh menitik... tik3... minggu ni ko akan dapat kerja #WatLekWatPeace seperti lap2 cermin partition dengan ber-air-cond bagai... nyamannn...

Cenggitu...

~ 'Hang Mop'. Selipar dia memang sebelah oren, sebelah hitam. Pesen. Stylo katanya... Sila jangan pertikaikan. ;P

~ 'Hang Kebun'

~ 'Hang Cuci'

~ 'Hang Sapu'

~ 'Hang Encik Boss'. Eh! He3... Bosss...... #TanganDiDahi ;D

Semua 'Hang2' dijamu dengan jamuan ringan... Alhamdulillah...

Anggaplah ia sebagai hadiah setelah penat bekerja mebersihkan opis & jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha gigih pada minggu2 seterusnya. #KiPiDap #DonGiBap He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



KUNGFU PANDA KU..!

#Throwback

Hokay, mari kita sambung entry LIMA 2015 yang tertunggak2 tertangguh2 tu. Dush3!!! #TumbukanPaduBoboiboyUntukDiriSendirik

Entry basi ke... entry fresh ke... gasaklah! Yang penting, setiap kenangan nak diabadikan dalam blog tersayang  nih. 

Lepas aerial showcase tamat, kami terus ke Art in Paradise Langkawi Interactive 3D Art Museum. Fuh, panjang nau2 nama dia! Kena mention semua patah perkataan, jangan tinggalkan 1 pun! Sebab poyo! #PengakuanIkhlas Ha3...

Sangat senang nak carik lokasi ia. Sebab next to Langkawi SkyCab (formerly known as Langkawi Cable Car) yang tahap dia sejenis tahap wajib singgah kalau ke Langkawi. Tinggi, gayat, seriau tapi, manusia tetap kerumun sebab nak cipta sejarah untuk diri sendirik, berjaya harung rasa takut. Syabbashhh!!!

Hokay, dah larik tajuk! Ha3...

~ Ini pengalaman pertama seumpamanya. So, excited dia sangat overdose! Semua pun nak ditry, nak di-3D kan. Termasuklah yang ala2 diving nih.

~ Oppa pun sama terjebak. He3...

~ 'Duyung boboy' ketemu 'duyung gigirl'. Cenggini la hasil dia. ;P

Itu baru entrance. Ada banyak lagik yang nak kena explore. Tungguuuuuu......... Eceh!

~ National Geographic pun cover story we ols panjat gunung tau..! Ahaks...

~ Time magazine. Kami dah sampai ke bulan, anda... bila lagi?! Ecewah!

Owh... lupa nak habaq mai pasal tiket masuk. Ianya adalah berbayar, ye you ols..!

Dewasa (Malaysian): RM 30
Kanak2 (Malaysian): RM 20

Dewasa (Foreigner): RM 38
Kanak2 (Foreigner): RM 28

Bawak MyKad untuk buktikan kamu adalah rakyat Malaysia. Penting nih!

~ Kungfu Panda ku..! He3...

~ Relax je lepak dalam mulut resakse... Ko mampu..??!


~ Helppp...!!! 'Albert Einstein' nak ujikaji kami..! Hu3...

~ Welcome to 'London Circus'.

~ Nak tengok Academy Awards, nak mintak sain Gerard Butler. Eh! Hiks...

~ "I'm a genie in a bottle, bebeh... Come3 come on & let me out... La3"

~ Thorrbahekkk..!!!

~ Holloh3... ;P

Mukadimah je ni... Ada banyak lagik. Meniarap, mengiring, terbang, melompat, bla3... He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, March 23, 2016

WORDLESS WEDNESDAY #103: BABY REF

~ Muhammad 'Adry Refhan bin Azmir...

... a.k.a Baby Ref. #MakAnjangPanggil Ala2 Keanu Reeves, gitu..! Ahaks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, March 22, 2016

KITA MENANG SAMA2, KITA KALAH SAMA2..??!

EKSA yang ke-5 untuk tahun ni...

Pejam celik, pejam celik... dah 5. Hmmm... makin bersinar2lah opis. Ecewah..! He3...

EKSA kali ni very simple. Seragam alas meja. Maksudnya, beli alas meja plain, warna korporat, pasang di setiap meja.

~ Kami pilih alas meja kaler merah sebab nak seragamkan dengan alas meja meeting room yang dah sedia ada kaler merah.

Konsep dia teamwork. Kita menang sama2, kita kalah sama2. Eh, silap! Tu 'Ola Bola' lah, woi..! Ha3...

Cenggini... kita ukur sama2, gunting sama2, pasang sama2, semuanya sama2. Haaa... baru betul..! He3...

~ Bilik Encik Boss.

Nampak merah opis kita, you ols..! ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, March 17, 2016

EKSA 2

Ekosistem Kondusif Sektor Awam a.k.a EKSA...

Orang gomen pasti familiar! Kompom! Kalau tak pernah dengor, pergi start kursus induksi baliklah. Hu3...

Of course opis aku terjebak jugak dengan EKSA. Actually, dulu2 kita panggil ia as Amalan 5S. Encik Boss putuskan yang setiap hari Jumaat (petang), buat gotong-royong untuk 5S. Sekarang, bila dah jadik EKSA, gotong-royong tu masih dikekalkan. 

~ Ini EKSA ke-2 untuk tahun ni. Gigih Hazrie mencuci longkang. Baguih!

~ Encik Fadzil main tebang2 pokok. Awas, dengan Encik Kerengga, ye! He3...

~ Encik Selvam ditugaskan menyapu porch & parkir. #KiPiDap #DonGiBBap ;D

~ 'Ah kak Ninja' on set! Ha3...

~ EKSA ke... selfie ke...?! Cer teka... Cer teka... ;P

Alhamdulillah... so far, semuanya berjalan lancar. Walaupun penat tapi, berbaloi jugak la... Bersih opis. 

Untung dapat opismate rajin2 ni, sebenarnya... Eceh! #JanganCakapAhKakTakPayung

Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, March 15, 2016

SELAMAT MENEMPUH FASA BARU

Walimatulurus... Syafiq & Fatin Hardhina...

Syafiq cousin Oppa, anak Pak Anjang dia. Kami join 'rombongan' pengantin. Rumah pengantin perempuan tak jauh... Seberang jalan raya je... Dari Taman Pelangi ke Taman Seri Setia... gitu... Kalau tau, angguk. Kalau tak tau, pun angguk2 jugak. He3...

1 cabaran jugak nak jadik rombongan pengantin time2 musim panas membahang ni! Mental dengan fizikal kena kuat! Sebabnya kan... protokol sambut pengantin kan ada kompang la... selawat... kadang2 ada silat... munge manggar... flower girls bagai... Nak menyampaikan ke singgahsana pelamin / meja makan beradab tu adalah sejenis hazab jugaklah.

Mana nak lap peluh... Mana nak touch up make up... Nak berlarik2 anak carik tempat redup lagik... Phewww..! Cobaan sangat..!

~ Memula, Arrisya behave. Lepas tu, dah start 'bergurau'. Gigih nak main dengan bayang2. Mak Anjang ni risau, takut terlepas pandang, ke ceruk mana pulak dia pergi kang. So, Mak Anjang tak kira, Mak Anjang gigih jugak nak pegang tangan dia, walaupun terkangkang2. Ha3... Hadoi la...

~ Flower girls yang kiut2.

~ Selawat oleh Atok pengantin lelaki.

~ Finally...

~ Lapor! Visi & misi: Nak makan banyak2. Ha3...

~ Port kami.

~ Pengantin kena bahan sebab 'candlelight dinner' berdua2-an je. Ha3...

Tahniah, Syafiq & Fatin Hardhina..! Selamat menempuh fasa baru. Semoga kekal bahagia till jannah. Aminnn...

Lepas wedding tu, kami ke Selabak, ziarah Mak Ngah. Cik Am kata, Mak Ngah demam. Sebab tu tak dapat join rombongan pengantin.

~ Wefie berjemaah. Arrisya punye 'peace' tu... win! Ha3...


Seminggu kemudian, majlis sebelah pengantin lelaki kat Dewan Bandaran Teluk Intan. Owh... pastinya kami terjah jugak. ;D
~ Pengantin di singgahsana.

Busana cantik, pelamin pun cantik. 

Sekian, melaporkan... Heh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



PHEWWW..! #LAPPELUH

Cerita pasal kerja...

Jadik urusetia Taklimat Pengenalan Koperasi & Bengkel Penubuhan Koperasi. Event petang. Start pukul 2.30 petang, kat Dewan Yayasan Pendidikan Teluk Intan, Taman Nanas.

Encik Boss, Encik Selvam & Hazrie gerak dari rumah masing2. Sebab memang kebiasaannya, lunch hour diorang akan balik rumah. Eika pulak keluar lunch, lepas tu terus ke tempat event. Aku lunch dengan Oppa. Lepas tu, gigih la ketaq lutut sebab drive sendirik carik Taman Nanas. Walaupun dah 2 kali ada event kat sinun, tetap jugaklah buta jalan. Sejenis 'penyakit keturunan'. Tetiba nak salahkan 'keturunan' kan... Ha3...

Alhamdulillah... berjaya sampai. Perasaan lega dia tu adalah 1 perasaan lega tahap maksima! Rasa nak melompat mintang! Ha3...

Kebetulan, Encik Selvam pun baru sampai. Dia lenggang-kangkung. So, aku mintak tolong dia bawakkan barang2 taklimat. Bahagi 2, aku bawak sikit, dia bawak sikit. Aku betulkan parking sebab macam tersenget pulak. Lupa mintak Encik Selvam tunggu aku sebab aku tak ingat tangga mana yang aku kena naik untuk sampai ke dewan tu. Kes buta jalan jugak nih! Sebab dah 2 kali event kat tempat yang sama tapi, still tak cam tangga yang benar. Uwaawaaawaaa......

Try tangga pertama. Membawak ke opis company Cina. Try tangga ke-2 pulak. Membawak ke opis company kelapa sawit ke... minyak ntah..?! Tangga ke-3. Membawak ke opis company tanpa nama. Tangga ke-4 baru sukses. Phewww..! #LapPeluh

Ko mampu sesat cenggitu?!! Hu3...

~ Launched by YB Dato' Mohd Azhar Jamaluddin, ADUN Changkat Jong.

~ Peserta terdiri daripada Ketua2 Kampung.

~ Serious tak hengat! ;P

~ Mereka terkejut ah kak sesat. Mereka seperti tak percaya. Tup2... mereka ketawa. Choiii..!

Bihun goreng & kuih-muih untuk jamuan ringan. Bihun goreng tu sedap! Sumpah, tak tipu! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, March 13, 2016

KANG YE JUN

Cinta Teruna Kimchi dah lama habis. Rindu pulak nak tengok 'Kang Ye Jun' speaking pelat Bahasa Melayu. Oppa suka ajuk. Ha3...

Bestlah drama tu! Lagu2 dia pun best. Membuai2 & terbuai2... Ewah! He3...

'Saidah' cantik. Acting pun not bad. Tetiba macam nak jadik fans dia pulak. Stalk instagram dia. Ha3...

'Makcik Rauzah' tu pun tak nak kalah! Walaupun annoying tapi, kalau takde yang annoying ni, maka takdelah konflik. 

Scene paling touching ada 2:-

1. Scene Kang Ye Jun jumpa ayah dia, 'Haji Yusuf' buat pertama kali. Haji Yusuf explain kenapa... mengapa... bagaimana... dia terpaksa tinggalkan isteri Koreanya & Kang Ye Jun. Kena pulak dengan penerimaan Kang Ye Jun. Menitik2 air mata 2 beranak tu. Perrgghhh...! Syahdu ah kak tau! Tsk3...

2. Scene Kang Ye Jun attend majlis pertunangan 'Amin' & Saidah. Lagu pulak memang kena dengan mood. Uwaawaawaaa.........

Ok, review yang terlajakkkkkk...... lambat ni dah habis. Ha3...

~ Akibat terpengaruh dengan Kang Ye Jun. ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, March 9, 2016

WORDLESS WEDNESDAY #101: 'TERCUCUK' KEROPOK..??!

~ Jari-jemari 'tercucuk' keropok... konsep dia... Ha3...

Kurang kerja. ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, March 4, 2016

KEEP CALM...

Aku & Oppa ke KL... ke Klinik Dr. Hamid Arshat... ada urusan... urusan medical appointment...

Bukan 2-3 hari tapi, 2-3 bulan & 2-3 minggu sebelum menjelangnya hari appointment pun aku dah cuak, neves, dag-dig-dug je rasa... Ntah la... Macam2 kat kepala otak ni. Suka sangat pikir yang bukan2 tau! Owh... mencik! Hu3...

Oppa kata, jangan layan sangat perasaan tu. Oppa suruh relax2, chill2, doa yang baik2, redha, tawakkal & think positive. Allah ada & Maha Mengetahui. In shaa Allah... Oppa jugak akan sentiasa ada & support aku.

Appointment hari Jumaat, pukul 2.15 petang. Kami sampai dalam pukul 1 tengah hari. Oppa solat Jumaat, aku lepak dalam CIMB Auto & Properties Mart's Showroom. 

Belek2 majalah sampai mata mengantuk.

Nasib baiklah takde bantal. Ada kerusi & meja je. Kalau tak, dah lama aku landing. Ha3...

Kami 1st timer. Tak pernah go through sebarang prosedur kat situ. Nasib baiklah staff semuanya friendly. Mesra alam gitu..! Bagus.

Tapi, staff yang friendly tu tak dapat nak turunkan tahap dag-dig-dug ah kak. 3 kali check blood pressure, tiga2 tinggi! Hadoiiyaiiinyaponnn..!!! 

Tiba turn aku...

1 more good thing is, klinik ni husband friendly. Tak payah request nak mintak hubby masuk, temankan pun, diorang memang akan suruh hubby temankan jugak. Happy lah Oppa sebab Oppa memang nak tengok, dengar & tanya soklan2 face to face. Senang. Direct knowledge. #NoFilter

Hmmm... macam mimpi je jumpa bertentang mata dengan Dr. Hamid Arshat yang fofular tu! Dulu2 masa zaman remaja, belum kahwin, banyak kali jugak tengok wawancara dia kat Malaysia Hari Ini la... Wanita Hari Ini la... bla3... Masa tu tak expect apa2. Tengok sekadar untuk amik tau. Tup2... aku buat appointment dengan beliau. Fuh! Perasaan dia adalah sejenis perasaan yang bercampur-baur. Hu3...

Aku just kena buat TVS untuk hari tu. Tak sakit & tak neves. Sebab dah tersangat biasa buat TVS masa buat appointment kat Hospital Teluk Intan yang... hmmm3... ho3... hu3... tu. Huh! Malas nak pikir kenangan yang tak berapa nak best tuh! 

Nak dengar result TVS tu yang buat aku tak berapa syiok! Cuak semacam! Dipendekkan cerita, Dr. Hamid sarankan aku untuk buat 1 prosedur yang aku tak pernah buat seumur hidup aku! Aku terkejut, actually. Dalam masa yang sama, aku rasa takut jugak. Hmmm... macam2 perasaanlah! 

Tahap 'drama air mata' jugak la... Oppa bagi kata2 semangat. Oppa tak paksa. Oppa bagi ruang untuk aku bertenang & berpikir masak2. Sambil2 tu, Oppa bagitau pendapat dia. Lama2 aku ok. Aku redha... aku cuba. In shaa Allah... aku setuju. Doakan yang terbaik untuk aku, ye..!

Lepas tu, aku lapor. Rasa nak makan 'makanan Running Man'. Eh, makanan Korealah! Ha3...

~ Seoul Garden, KL Festival City Mall, Danau Kota jawapan dia. ;P

~ Terima kasih, Allah... sebab 'hadiah & pinjamkan' Oppa untuk aku. ;)

~ Seoul Garden sodap jugak la... Not bad.

~ Annyeonghaseyo... He3...

Well... orang yang sejenis happy go lucky, hot temper & kadang2 manja terlebih di luaran ni goyah jugak bila diuji. Suka simpan sendirik, tak nak tunjukkan kegoyahan tu. 

Tapi, dia selalu cakap pada diri sendirik, 'Allah kan ada... Allah Maha Mendengar setiap rintihan & doa... Allah Maha Penyayang... Allah jugak tau apa yang terbaik untuk hamba2-Nya sebab perancangan Allah sentiasa tepat. Tak pernah silap.'

Allah belum bagi apa yang dia nak tapi, Allah bagi apa yang dia perlu untuk saat ini. Dia ada suami a.k.a Oppa yang amik berat, jaga & sayang dia. In shaa Allah... till forever... Dia ada Mak yang kasih sayangnya melimpah-ruah. Dia ada adik-beradik & ipar-duai yang baik2. Dia jugak ada keluarga mertua yang mengasihi. 

So, tak payah nak argue banyak sangatlah! Just say, 'Alhamdulillah...' ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, March 2, 2016

MPKP BAGAN DATOK

Parlimen Teluk Intan dah selesai. Parlimen Bagan Datok pulak.

Kelam-kabut sikit aku kali ni. Sebab tempat dia jauh sikit. Start pukul 2.30 petang. Aku tumpang Cik Nad, kami ke rumah Encik Fadzil. Eika pun tunggu kat situ sebab dia berjiran je dengan Encik Fadzil. Lepas tu, carpool ke Wisma UMNO Bagan Datoh.

Terkocoh2! Alhamdulillah... selamat sampai...

~ Dipengerusikan oleh Y Bhg. Dato' Haji Khairuddin Haji Termizi, Pegawai Khas YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


~ My 'point of view'...

~ Ahli2 mesyuarat khusyuk bersidang.

~ Meeting dengan jamuan tak dapat dipisahkan... Errr... bihun sup 1..! Heh3...

On the way balik pun, kami mentekedarah lagik. Geng2 ajak mengopi, pekena mee kicap. Mee kicap thorrbahekkk... di Hutan Melintang katanya...

~ Makan... makan... & makan. ;D

Petang yang hectic. Selesai sudah 1 tugasan. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



WORDLESS WEDNESDAY #100: LILY

~ Lily (mustard) by Benang Hijau.


Hmmm... lama dah tak shopping shawl. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google