SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label NASI LEMAK. Show all posts
Showing posts with label NASI LEMAK. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

DAPUR JUMAAT

Cerita dapur Jumaat lepas...

Boring nak mengtapau. Jemu sangat dah tengok lauk kedai. Rasa macam rajin nak memasak pulak.

Takrestock bahan2 pun. Aci belasah masak apa yang ada.

~ Sap2 soi je dah siap nasik lemak ikan tamban. Aummm2..! Hiks...

Kak Yong lepak kat rumah kitorang jugak. Suapkan nasik, dia tak nak. Dah makan dengan papa katanya... Tapi, dia dok meratah telur rebus yang kaler putih tu je. Yang kuning dia korek kasik Acu Pendi makan. 

Semakin membuntal la perut Acu Pendi kan... Ha3...

Takpe kot... Sebab nanti akan nampak lebih comel. ;P


:: Like3, ek! ::



Friday, January 25, 2013

'GOOD NITE', ENCIK BOSS

Breakfast nasik lemak sambal bilis + paru pagi ni. Try port makan baru, Restoran Arena namanya. 

Dekorasi macam bakal jadik port peminat fanatik bola je. Siap ada selempang Manchester United, Liverpool, Real Madrid, Barcelona bagai... 

Papan tanda restoran pun ada gambar bola. Sah la tu kan...

Tak kesah la... Yang penting, food tasting kali pertama tak mengecewakan. Sodap jugak kot!

Masalahnya, skang mata dah tak boleh bukak luas2 seperti selalu. Asik nak terpejam je. Kadang2 tersengguk2 jugak. Siap imagine katil ngan bantal bucuk Sponge Bob lagik! Hu3... Kronik!

Mengantuk tahap gaban! Penangan nasik lemak Restoran Arena barangkali... Hadoiiyaiiinyapun..!!!

Hmmm... aci tak kalau nak wish 'good nite' kat Encik Boss? Kalau nak fail ke... maklumat pasal koperasi ke... Encik Boss carik sendirik je la, ek! Jangan segan2. Buat macam opis sendirik. (Statement bakal kena sekeh ngan Encik Boss!) 

Ha3...

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...................... ;P


:: Like3, ek! ::



Sunday, January 6, 2013

BREAKFAST KONON2 DIET

Bukan breakfast untuk hari ni sebab sampai sekarang aku tak breakfast lagik tau! Lapor jugak. Hu3...

Nasik dah masak. BRUNCH terus la kot. 

Ini kesah brekfast di suatu pagi yang indah... Indah sebab weekend. Lepas tu, sebab dapat qada' tido bangun pun pukul 10 pagi. Tambah indah lagik bila bangun2 je, terus rasa lapor! Owh... indah sangattt..!!! Ha3...

Nak suruh my 'sayang' tapau, apa la yang tinggal kalau dah pukul 10 kan... So, masak je lah... 

Chop2!!! Mandi dulu, dressing cantik2, touch up & pakai apron baru... baru boleh masak dengan hebak! Cewwahhh..!!! Ha3...

Ye la kan... petua orang2 tua, katanya... kalau nak masak, masaklah dalam keadaan bersih & kemas. Barulah boleh fokus & insyaallah... makanan pun akan jadik sesedap rasa gitu..! He3...

~ Aku masak nasik lemak. 

~ My 'sayang' makan nasik lemak. Aku pulak replace nasik tu dengan roti. 

Kengkonon diet katanya... Kengkonon, ye! Kengkonon... ;P


:: Like3, ek! ::



Tuesday, December 11, 2012

NASIK LEMAK EKSPRESS

Suatu hari... weekend la kan...

Bangun adalah lambat. Biasa la tuh! Nak qada tido! Ha3... 

Dah bangun lambat, confirmlah tak breakfast. Pukul 11 pagi, perut dah pedih2. Sound efect pun dah macam2. Kentalkan jiwa untuk bangun dari tempat beradu. Owh3...

Mandi. Baru rasa fresh! Kepala je ting tong sikit sebab terlebih tido kot. Adeh3... 

Selongkar fridge, jumpa ikan tamban, zuccini & telur ayam. Ting!!! Idea mari! He3...

Laju2 capai apron & pakai. Kelentang kelentung bersilat kat dapur. Cer teka ah kak masak apa?

Hah! Lambat! Tak dapat teka la tuh!!! ;P

~ Ah kak masak nasik lemak ekspress katanya nih... BRUNCH! 

Masak laju2, makan pun laju2 sebab dah kebulur tak hengat! 

Bbrrppp...!!!

Ooppsss!!! Excuse me, pehhh---lisss..! ;P

Lepas BRUNCH, tengok TV. Cerita macam2 sebab channel tak static. Kejap2 tukar, kejap2 tukar lagik. Gatal tangan. He3...

Gendang-gendut tali kecapi,
Kenyang perut jom tido..!

Erkkk!!! Pantun apakah..??! Ha3...


:: Like3, ek! ::



Monday, December 3, 2012

BREAKFAST SORANG2

Hujung2 tahun ni, ramai pulak opismate yang berkursus. Biasa la tu kan...

Asal hujung tahun je, kursus. Asal kursus je, hujung tahun. ;P

~ Breakfast nasik lemak, my 'sayang' tapaukan. 

Nak breakfast ngan Ros, Ros dah transfer. Hmmm... makan sorang2 je la... Hu3...

Tapi, dalam dok makan sorang2 tu, habis licin jugak nasik lemak tu sebungkus. Tak tinggal sisa walau sebutir nasik pun! Heh3...


:: Like3, ek! ::



Saturday, July 23, 2011

NASI LEMAK SAMBAL UDANG RUNTUH

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Hari nie, ah kak masak lagik, noks! Masak untuk lunch. *cakap sambil kembang-kempiskan hidung sebab berlagaks! Ha3...*

Actually, dari semalam dah plan nak masak nasik lemak. So, balik keje singgah jap kat Pasaraya Bintang, beli stock2 yang takde. Jom tengok bahan2, jom! ;)

Bahan2 Untuk Nasi:-

4 cawan beras (dicuci & ditoskan)
4 cawan air
1 cawan susu sejat
1 inci halia (dihiris)
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan (disimpul)

Bahan2 Untuk Lauk:-

2 genggam ikan bilis
1 batang timun (dihiris)
3 biji telur (direbus, dibuang kulit & dibelah 2)
3 genggam udang kertas (disiang & dibersihkan)
1 biji bawang besar
1 keping asam keping
Air
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak

Bahan2 Kisar:-

10-15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan Untuk Nasi:-

1) Masukkan beras dalam periuk nasi.
2) Masukkan air, susu sejat, halia, daun pandan & garam. Masak nasi macam biasa.

Cara2 Penyediaan Untuk Lauk:-

1) Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
3) Masukkan serbuk perasa, garam, asam keping & sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
4) Masukkan gula & bawang besar. Kacau rata.
5) Masukkan udang kertas. Kacau lagi. Angkat & sedia untuk dihidang.

~ Hidangkan la begini. Ada nasik, telur rebus, ikan bilis goreng, timun & sambal udang. Ikan terubuk masin tu penambah rasa jer, kalau nak la kan... & jadiklah Nasi Lemak Sambal Udang Runtuh. Amik ko! Runtuh terus! Ha3...

Sebab apa runtuh? Sebabnya, nasik tu takmo berdiri tegak walaupun dah pakai acuan cawan. Bila aku cuba betulkan, terus terburai begitu. Hu3...

Ahhh..!!! Lantaklah! Janji buleh ngap! Dah selamat masuk dalam perut aku & my 'sayang'. Ngeh3...

Plus, apa ada pada rupa bukan? ;P

*Inspirasi resepi dari blog resepisedap-nennie


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::


i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google