SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, April 9, 2020

SILAKAN SUPPORT

#Throwback

**Penafian / Disclaimer: Tarikh kejadian dalam entry ini adalah pada sebelum 18 Mac 2020 iaitu sebelum #MovementControlOrder dikuatkuasakan. Penulis terus menyokong usaha kerajaan dan bekerjasama dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid 19 dengan cara akur serta patuh terhadap arahan iaitu #StayatHome, #SocialDistancing dan #KitaJagaKita. Semoga misi #FlattenTheCurve dan #BreakingTheChainofInfection dapat dicapai. Sekian, untuk makluman.

Terperuk di rumah, rindu pulak nak kerja. Bila terperuk kat opis ditemani kerja2 yang menimbun, rindu pulak nak rehat di rumah. Haish, manusia kan... Susah betul nak puas hati. Hu3...

Disebabkan Sis rindukan kerja, maka dengan itu, Sis publish entry pasal kerja. Jemput terhibor bersama2, ye..! Ha3...

Pada suatu hari (eceh! Macam masuk pertandingan bercerita pulak. Hiks...), Big Boss nak datang opis. Tujuan: Melawat & memantau perkembangan kedai runcit & MyFarm Outlet (MFO) Koperasi Kariah Masjid Ubudiah Parit 19 Hutan Melintang Perak Berhad. 

Hah, panjang ke idok nama koperasi tu?! Kalau nama orang pompuan sepanjang tu, jenuh time akad nikah. Ha3...

Big Boss insist nak singgah opis SKM, Hilir Perak dulu sebelum menuju ke koperasi secara berjemaah.

~ Kita prepare lah apa-apa yang sepatutnya... termasuk selfie. Ha3...

~ Sis masih selfie. He3...

~ Big Boss & Mantan Cik Boss serta 'rombongan' sedang stock checking sambil di briefing oleh Haji Azmi, Setiausaha Koperasi.

Kalau datang sini, Sis takkan lepaskan peluang untuk borong ikan masin. Made by wife Haji Azmi. #BMF, you ols..! 

Ikan masinnya bersih, murah, sedap & buleh dinikmati tanpa was2. ;D

Mantan Cik Boss pulak akan borong pisang. Cikgu Yassin, Pengerusi Koperasi yang supply pisang. 

Alamat kedai runcit & MFO koperasi adalah seperti berikut:-

Kedai Runcit & MFO,
Koperasi Kariah Masjid Ubudiah Parit 19 Hutan Melintang Perak Berhad,
d/a Masjid Ubudiah, Parit 19,
Kampung Sungai Pulau,
36400 Hutan Melintang, Perak.
No. Tel.: 012-4220207 (Haji Azmi)

Masih beroperasi. Alhamdulillah... 

Silakan support, ye. Peace. ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google