SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, April 22, 2020

MENGUBATI KERINDUAN

#Throwback

**Penafian / Disclaimer: Tarikh kejadian dalam entry ini adalah pada sebelum 18 Mac 2020 iaitu sebelum #MovementControlOrder dikuatkuasakan. Penulis terus menyokong usaha kerajaan dan bekerjasama dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid 19 dengan cara akur serta patuh terhadap arahan iaitu #StayatHome, #SocialDistancing dan #KitaJagaKita. Semoga misi #FlattenTheCurve dan #BreakingTheChainofInfection dapat dicapai. Sekian, untuk makluman.

Banyak benda yang kita rindu during #MovementControlOrder ni.

Rindu nak hug2 Mother.
Rindu nak berpoya2 dengan family tersayang.
Rindu nak vacation.
Rindu nak membahan kawan2 opis.
Rindu nak JJCM dengan Kanda.

Hmmm... perlu bertahan untuk kebaikan bersama. #KitaMestiMenang

Kali ni, rindu nak JJCM dengan Kanda yang paling membuak2. Rindu nak matchy2 #OOTD. Rindu nak karoks dalam #CikPuteh. Rindu nak survey places to eat. Rindu nak menikmati makanan sampai lebam. Haish, rindulah!

Maka dengan itu, Sis up lah entry yang ala2 JJCM tak dirancang ni. Diharap dapat mengubati kerinduan. He3...

~ Bercahaya berseri2 wajah bila nak JJCM.

~ Destinasi: Pantai Teluk Batik, Lumut, Perak
Lepak2 dulu. Layan ombak, laut & yang sewaktu dengannya. Seronok tengok ragam manusia. 

Ada yang datang berdua, mungkin dengan buah hati atau mungkin jugak dengan pasangan halal. 
Ada yang datang dengan family, berbondong2 bawak bakul makanan picnic.
Ada yang datang ikut rombongan bas.

Ini baru perhatikan ragam pengunjung, dah nampak macam2 karakter. Ragam peniaga pun tak kurang hebatnya. Tak nak kalah.

Ada yang jual aiskrim di mobile stall.
Ada yang jual lokan, rounding dengan motor sambil jerit 'lokan2...' 
Ada yang jual segala macam spesis sup. Tu belum lagik masuk bab laksa. Bersarang, bertelur, bertempurung. Macam2, weh..!

Havoc! ;D

~ Matchy2 pink. Eceh! Ha3...

Puas lepak, kita carik makan pulak. Aci redah je ni. Tak survey pun. 

Ikan Bakar dan Steamboat Lumut. Ada 2 port. 1 port ikan bakar & 1 port lagik untuk steamboat. Port ikan bakar dah banyak kali jugak la try. Not bad. Port steamboat ni 1st time try. 

~ Tak mengecewakan. Alhamdulillah...

Inilah jenis kerinduan Sis di musim #MovementControlOrder ni. Kerinduan you ols apa pulak, ek?


:: A.R.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



2 comments:

Warisan Petani said...

Rindu dengan cucu2 yang dah sebulan tak jumpa.

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Warisan Petani,

semoga cucu2 u sentiasa dlm rahmat allah. aamiin..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google