SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, March 26, 2020

#KITAJAGAKITA

2020

Tahun yang agak mencabar. Dari pelbagai aspek termasuklah penularan wabak Covid 19.

Dari awal lagik, Sis & Kanda seriau dengan isu Covid 19. Dari bilangan kes hanya berbelas. Kami dah mula kawal pergerakan kami. Maksudnya, kami langsung tak pergi vacay. Dekat mahupun jauh. Jawapannya 'NO!' Self awareness.

Dapat tau nama naik untuk kursus di Cameron Highlands, Pahang pun dah cemas. Sambil membebel2. Ha3... Sebab bagi Sis, Cameron Highlands tu tempat peranginan tumpuan pelancong. Tak ke high risk tu?! Hu3...

Finally, dapat info, tukar venue due to Covid 19. Hokay, lega... Tapi, separuh je tau! Separuh lagik masih rasa cemas. Ingatkan cancel terus. End up, tukar venue je. *Tepuk dahi sendirik.* Adeh3...

Venue baru adalah Lumut. Walau hati berat, terpaksa jugaklah menghadirkan diri. Untuk makluman, kursus ni adalah pada 26 - 28 Februari 2020, sebelum #MovementRestrictionOrder.

Day by day, bilangan kes makin mencanak naik. Cuak, cemas, ngeri & seriau tu membuak2! Sampaikan, asal jumpa orang kat mana2, Sis asik nampak Covid 19 bergolek2. Level OCD toksah ceritalah. Hand sanitizer & Lifebuoy body wash tu dah jadik BFF. Nak pegang meja, rasa seriau. Nak sentuh rak, rasa cemas. Hu3...

Sampailah akhirnya, #MovementRestrictionOrder berkuatkuasa. 

~ SKM keluar arahan kepada staff untuk homeworking, kecuali jika diarahkan bertugas (keluar) dari semasa ke semasa. 

Please, guys... I'm begging. Patuhilah arahan. Covid 19 tak kenal agama, bangsa, pangkat & darjat. Satukan hati, duduklah diam2 kat rumah. 

Solat sunat ke... mengaji ke... karoks ke... blogging ke... main Saidina ke... memasak ke... kemas rumah... terjun tiruk atas katil... menyorok belakang almari... asah skill Tik Tok... berzumba... bla3... tak kesahlah. Asalkan kau duduk diam2 kat rumah.

Keluar bila diarahkan. Keluar bila betul2 perlu. Contoh:-

1. Dapat arahan untuk bekerja daripada Ketua Jabatan / Boss.
2. Grocery shopping (yang perlu) / beli ubat-ubatan oleh seorang ketua keluarga untuk 1 family.

Ingat! Mission kita adalah to BREAK THE CHAIN INFECTION. 

Sebab tak nak kes baharu bertambah.
Sebab tak nak Covid 19 berjoget2 di bumi Malaysia.
Sebab tak nak #MovementRestrictionOrder dilanjutkan tempoh lagi.

Sebab nak zero case baharu.
Sebab nak Malaysia bebas Covid 19.
Sebab nak merasa semula nikmat kebebasan.

So, please... #StayatHome. Keep on #SocialDistancing. 

Jangan selfish! Sama2lah #KitaJagaKita... In shaa Allah...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


4 comments:

aizamia3 said...

Betu tu.. Stay at Home..

Warisan Petani said...

Harap2 wabak ini cepat redanya.

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

aizamia3,

yupp. #DudukDiam2DiRumah. Bknnya suh p b'perang. suh cooperate je.

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Warisan Petani,

sama2 kita patuh arahan, doa tanpa henti & tawakal. in shaa allah..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google