SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, July 13, 2017

GENG MENGUNYAH POPIA SIMPULAN KASIH

Cik Am & Acik Ajis menyambut kedatangan kami dengan senyuman... Eceh!

~ Port selfie. Thorrbahekkk..!!

Ramai yang jeles! Sebelum balik, diorang nak jugak selfie kat situ. Ah kak bangga jadik trend setter. Ha3...

Juadah pertama yang aku target adalah laksa. Ye la... Asik dengan rendang & makanan2 berempah-ratus je kan... Muak sikit. Bila nampak laksa, terus bersemangat! 

Lepas tu, cuit nasik impit, lemang & rendang ayam kampung (cicah kuah / sambal jerrr...) sikit. Beredar... dari port santapan ke port chill2. Join Jejah, geng mengunyah popia simpulan kasih. Sedap la pulak kan... Macam tak boleh stop. Isk3...

~ Ni beraya ke... bersenang-lenang? Isk3... ;P

~ Malaysia's next top model. Awwsss..!!!

~ Prince of selfie. Satu2nya aktiviti (setakat ini) yang mampu buat Imaan stand still, relax & chill tanpa tantrum asik nak berkepit dengan mama dia je. He3...

~ Adindas Datin sekalian... Ecewah!

Kami bermohon diri pukul 5.00 petang. Terima kasih Cik Am, Acik Ajis, Kak Long & Radhi yang sudi layan kami. ;)

Rumah ke-2 adalah rumah Angah Ali. Kemudian, pulang...

Aku dah tak lalu nak makan rendang ayam. Dinner malam tu, ah kak masak. Haaa... nampak tak kehebatan seorang menantu di situ..?! Ha3...

Masak telur dadar, you ols..! Ko mampu..??! Ha3...

Nasik putih
Leftover sambal tumis ikan bilis untuk lontong yang Kak Ti masak
Telur dadar
Leftover daging dendeng yang My MIL masak
Air suam
Air berkarbonat

Heaven betul dinner tersebut... ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



KEGEMBIRAAN & KEMENANGAN

Tak nak cakap banyak. Mari bercerita cerita raya.

Baru nak update. Sila terima... Ha3...

Tahun ni, turn rumah mertua dulu. Hari Jumaat, aku dah start cuti. Tak sanggup nak berlama2 kat opis sambil sayup2 dengar berkumandangnya lagu raya. Rasa macam jasad kau je kat situ. Tapi, minda & jiwa  dah terbang balik ke kampung halaman... Seksa, you ols..! Awwsss..!!!

~ Lakonan semula kengkonon sedih tak dapat beraya on 1 Syawal dengan Mother sebab kengkonon kampung 'jauh' la sangat..! Background music: Air Mata Syawal by Tok T. Ha3... Poyo!

Lepas tu, gigih pulak send kat WhatsApp group family. Diorang pun melayan... Abang pun send gambar jugak. Gambar merempit kengkonon nak balik kampung sambil bawak paru berlado yang Mother 'order' kemudian stop bawah jambatan rest sekejap sebab kengkononnya kampung tu jauh sangat la kan... Boleh tahan jugak ting tong family aku ni. Ha3...

~ Jalan jemm yang bersifat sementara kat Kampung Bahagia ni pun gigih nak viralkan. Ha3...

Dipendekkan cerita, pagi raya aku akan 'siapkan' Oppa. Bukanlah maksudnya aku pakaikan baju macam aku pakaikan baju Nania. Tapi, menjurus ke arah preparation. Suakan baju Melayu yang dah siap iron, samping & songkok yang dah siap pasang hiasan (alaaa... yang kita sarungkan kat sekeliling songkok tu, haaa..! Tak tau la nama saintifik ia apa?!). Lepas tu, buat saringan tahap kesegakan. Maksudnya, kau usha2 la kot2 muka dia ada tercomot ke... rambut lupa nak pomade ke... cenggitu... ;P

Dah 'lulus', boleh makan. Juadah spesel di rumah mertua adalah seperti berikut:-

Nasik Arab
Nasik impit
Kuah kacang
Lontong
Lemang
Rendang ayam
Daging dendeng
Air teh O
Air berkarbonat

Sejurus selepas makan, ada saringan tahap kesegakan lagik. Kot2 ada cili melekat kat celah gigi ke... Owh... nom3..!!! Ha3...

~ Tengah bersiap. Pimple raya tu memang mengundang... sangat..! Huh!

Perancangan:-

1. Kaum Adam solat sunat Aidilfitri.
2. Kaum Hawa prepare juadah buffet & apa2 yang patut untuk #TeamBaraan Abah. 
3. Kaum Hawa get dressed & make up.
4. Kaum Adam balik & #TeamBaraan sampai.
5. #WeFieRaya sejurus selepas #TeamBaraan berlalu pergi.

Kejadian sebenar:-

1. Kaum Adam join #TeamBaraan dengan perjanjian by 11.00 pagi akan balik, berada di rumah & bersedia untuk #WeFieRaya. Masalahnya, pukul 2.00 petang baru nampak muka mereka sebab 'sangkut' dengan #TeamBaraan. Sejenis dilema la kekdahnya...
2. Kaum Hawa 'berangin' sebab dah berlengas & make up dah cayor. Anak2 sedara pulak ada yang tertido, tantrum & cranky.

~ I 'grab' him! Sejurus selepas Oppa pulang dari #TeamBaraan. Heh3...

~ #WeFieRaya hanya bermula pada pukul 2.30 petang. Takpe...husnuzon. Asalkan hado..! ;P

~ Manusia & khilaf berpisah tiada... Ampun & maaf jua dipinta... Selamat Hari Raya..! ;D

~ 1 kegembiraan & kemenangan. ;)

~ ... dengan caption: Adik iparku seorang #PattahAmen... #Krikkk3 Ha3...

~ Finally, terhasil jugaklah #WeFieRaya. Fuh!

~ Mintak ampun, mintak mahap, Abah & Mak. Maklum la... kadang2 menantu yang sorang ni ter-POYO banyak! Ha3...

~ Mintak ampun ke bersilat ni? Ha3...

~ My King in dusty pink. #MuahCiked Hiks...

~ Sedangkan lidah lagik tergigit... Eceh! ;P

~ Si bujang bongsu yang tak lama lagik nak settle down. Semoga dipermudahkan... Aminnn...

~ Yellow angpau yang mengundang... sangat..! Ah kak sejenis mata duitan, you ols..! Ha3...

~ King & Queen di-photobomber kan oleh Abang Poi.
~ Jurus ting tong raya.

Meriah #WeFieRaya, walaupun lewat. Takpelah. Tak disengajakan pun...

Kemudian, semua 'check-out'! #ZiarahRaya ke rumah Cik Am. Hoyyeahhh..!!!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y :: 



Wednesday, July 12, 2017

WORDLESS WEDNESDAY #119: MAIN COURSE, SNACK & DESSERT

~ Nasik beriyani, popia goreng, giant squid, agar2 & puding.

Pencinta makanan memang cenggini... ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, July 8, 2017

#ASROLAFFENDITURNS38

Malam tadi, gigih buat video. Demi suami terchenta gitu..! Eceh! Ha3...

Video birthday. 

Kengkonon, ngam2 pukul 12.00 tengah malam la nak wish. Masalahnya, baru je install apps. Masih terkedek2 terkial2 nak try, nak edit. Tu belum lagik masuk cerita bab nak 'menyorok' daripada pengetahuan Oppa. 

Pukul 10.00 malam, Oppa dah lelap. Asal dia bergerak2 je, aku campak handphone bawah bantal. Asal campak handphone bawah bantal je, dia bergerak2. Hmmm... banyak pulak pergerakannya malam tadi. Ke... perasaan nervous aku je yang lebih2?! Biasa la kan... kalau buat kerja sorok2 ni, memang akan dilanda perasaan cenggini. He3...

Pung pang... pung pang... tik tok... tik tok... pukul 12.10 tengah malam, siap. Fuh, lega..!

"Oppa, bangun..! Errr... Abah call." 

Tetiba nama Abah terjebak. Ampun, Abah... Heh3...

Pass handphone & tekan play video birthday yang aku dah siap2 WhatsApp.


Dengan ucapan...

Hello dear hubby, Asrol Affendi Mohd Yusoff & annyeonghaseyo...
Today is very special as we should know...

Dreams come true & pray for your desire...
May those will be granted & lets fly higher...

I love you & lets grow sweet old together...
Happy birthday to you & lets live happily ever after...

Oppa terkulat2. Tapi, senyum. He thanked me & a kiss on my pipi. 

#Chiaaa3 ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google