SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, March 27, 2017

REALLY INSPIRING

Bento versi aku pengertiannya adalah bermusim. Maksudnya, bukan hari2 rajin buat. Bukan hari2 ada cukup masa nak buat.

Jadik, kalau mood rajin tu wujud & sempat nak prepare, memang aku takkan lepaskan peluang untuk cipta bento. Kita lebih paham citarasa sendirik. Kita jugak tau apa yang kita masak.

~ Maka dengan itu, terhasillah bento ini.

Nasik putih
Udang masak lemak cili padi
Ikan gelama goreng
Anggur

Alhamdulillah... ;)

Seronok sebenarnya mencipta bento ni. Sejenis kepuasan hati. Nak istiqomah tu je yang payah sikit. Hu3...

Aku kagum betul dengan sorang kakak senior masa kat SMSS. Istiqomah betul dia buat bento untuk 2 orang anak. Hari2 anak2 dia makan bento kat sekolah. Bento yang complete, seimbang gizinya & dibuat dengan penuh kasih sayang. 

Siap ada hashtag #LunchBoxofTheDay yang setiapnya ada fakta / info menarik yang dia tulis atas kertas warna yang digunting comel. Kadang2 simpulan bahasa... kadang2 sains... kadang2 macam fakta National Geographic pun ada jugak... Tulisan tangan. Extra2 sentimental value. 

Really inspiring. 

Sampai buat aku berangan... 1 hari nanti, aku pun akan cuba buat effort yang sama untuk anak2 aku & Oppa. In shaa Allah... Aminnn... ;)

Korang lunch apa hari ni? Bento ke... tapau kedai?


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



10 comments:

Nour Adieb said...

alamak, udang masak lomak. masakan yg dimasak lomak my favorite 😍

Nour Adieb said...

anggur, anggur, anggur <3

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

#isterimithali sgt o.k

duniaanita74.blogspot.com said...

lengkap..bento ne sedappppp...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

kagum orang mampu masak buat bento hari-hari ..daku x mampu ..waaaaaaaa

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Nour Adieb,
klu p negeri sembilan, sila try masak lomak cili api diorg. perrgghh, t'angkat!!

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Nour Adieb,
anggur = vitamin a, c & anti oxidant.

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
owh.. tq.. i t'haru dgn title tu.. owh.. nom3..! ha3..

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
klu hari2, mmg beliau hebat giler! esp klu beliau tu seorg yg b'kerjaya. lapanplohratus kali nak kagum!

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Anita Osman,
alhamdulillah.. aci belasah je ape stok yg ade dlm fridge.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google