SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, June 22, 2016

DUGAAN ROMADHON...

Tak sangka sangat! Sumpah, tak tipu!

Ye la kan... selama ni, dok dengor orang lain yang kena. Tengok kempen2 yang kerajaan buat kat tv je. Sekadar tengok, amik tau serba sikit. Langsung tak terpikir yang ianya akan jadik kat kita. Hu3...

Kronologinya cenggini...

6 Jun 2016

Oppa demam. Tapi, masih berjaya lunaskan puasa. Alhamdulillah... Ajak ke klinik, tak nak. Telan Paracetamol je. In shaa Allah... kebahlah nanti katanya... 

Sepatutnya, berbuka kat rumah mertua. Tapi, terpaksa cancel sebab Oppa tak larat nak duduk / bangun lama2. Baring je... Aku WhatsApp Jejah, bagitau tak dapat berbuka sama2 sebab kondisi Oppa. Lepas Isya', My MIL, Memem, Huda, Kerol, A-im & Bulat datang ziarah. Terima kasih, you ols..!

7 Jun 2016

Demam Oppa tak kebah2. Aku paksa + pujuk untuk ke klinik. Setuju jugak akhirnya... Doktor kata, viral fever je. Masalahnya, aku pulak yang macam nak kena demam allergic. Lama dah tak kena. Kali ni, naik teruk! 1 kepala + muka naik bengkak, gatal2. Hadoiiyaiiinyapon..!

8 Jun 2016

Kompom aku demam! Tak syak lagi. Oppa pulak bawak aku ke klinik walaupun sebenarnya dia still demam. Aku telan ubat, alhamdulillah... semakin kebah. Demam Oppa on-off. Paling tak best, kami berdua hilang selera makan! Cium bau nasik tengah menggelegak yang Mother masak pun nak muntah. Mother masakkan ayam sirsau faveret kitorang pun, selera tak muncul2. Sampai perut masuk angin. Malam tak boleh tido sebab perut sakit, sebu je... Tsk3...

11 Jun 2016

Badan Oppa naik rashes. Kami syak ia demam campak biasa. Oppa minum air kelapa & makan ubat macam biasa. Selera makan dah ada sikit2 la... Tapi, still tak memberangsangkan. Sangat rare, hokay... tengok Oppa makan nasik 1/2 senduk. 


14 Jun 2016

Aku pulak naik rashes. Perut sakit sebab tak makan. Selera makan masih ke laut dalam! Oppa bawak ke klinik. Doktor just bagi ubat angin & buat surat untuk dirujuk ke hospital sebab doktor syak aku kena demam denggi. O.M.G..!!! Tanjat gigirl, hokay!

Terus ke Jabatan Kecemasan, Hospital Teluk Intan. Doktor tanya macam2 soklan sampai nak muntah aku jawab. Hu3... Doktor amik darah. Aku dapat katil kat Zon Hijau. Doktor bagi drip sebotol air sebab aku dehydrated. Result darah dah dapat. Kompom demam denggi! Tapi, doktor kata dah di tahap tak berapa bahaya. Platlet: 199. Kalau aku berjaya minum 500 ml mineral water sambil kena drip, aku tak perlu admit. Walhal sebenarnya aku nak sangat admit sebab nak kerja senang. Lepak wad, sambil kena drip, kompom tak dehydrate. Ha3... cenggitu la kepala otak aku berpikir. 

Lepas minum 500 ml air & drip habis sebotol, aku dah boleh balik. Syaratnya, kena minum banyak air. Sikit2 pun takpe, asalkan kerap. Aku dah boleh makan walaupun cuma 1/2 senduk nasik. Alhamdulillah... 

15 Jun 2016

Repeat check up darah kat Klinik Kesihatan Teluk Intan (KKTI). Result platlet: 183. Turun sikit. Tapi, doktor kata still ok. Atas paras bahaya. Doktor suruh continue minum air banyak2.

Oppa pun diarahkan check darah. Result platlet Oppa: 211. Alhamdulillah...

16 Jun 2016

Repeat check up darah kat KKTI lagik. 

~ Result platlet: 230. Totally bebas denggi. 

Tapi, Dr. Masdoq Zahari kata, still kena continue minum air banyak2 & makan. 

Ingat betul aku kat nama doktor tu sebab nama dia macam rare sikit tang 'Masdoq' tu. Lepas tu, sebab kami saling membahan. Dia bahankan aku, aku bahankan dia balik. Ha3... Tak payah la cerita dengan lebih lanjut bahan pasal apa?! Tak cukup space kang. ;P

Rashes yang naik kat badan Oppa tu sebenarnya denggi, bukan demam campak. Maksudnya, kami berdua kena demam denggi. Nasib baiklah tak teruk. Fuh!

Latest condition: Kami dah back to normal. Takde demam on-off dah. Rashes dah hilang. Sakit2 badan pun dah takde. Dah boleh minum air tanpa paksaan & tanpa rasa loya. Selera makan dah kembali bermaharajalela. Hoyyeahhh..!!! 

Moral of the story: Jangan pandang remeh kat nyamuk Aedes & demam denggi. Sesiapa pun berisiko. Berhati2 & berwaspadalah. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::




3 comments:

Nabila Syifa said...

memang dugaan di bulan ramadhan..bersabar ya

Nabila Syifa said...

allah..dugaan betul.. minum air brbanyak. take cre. get well soon

ArELeEz said...

Nabila Syifa,
alhamdulillah.. b'jaya harung dugaan.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google