Tengah lepak2, relax2, chill2 sambil tengok Konsert Gegar Vaganza... time iklan, tengok koleksi gambar kat tab. Terjumpa gambar2 Mak dengan geng surau. Comel2 je semuanya... ;)
Di usia 56 tahun, Mak lebih banyak habiskan masa dengan geng2 suraunya. Memasak untuk disedekahkan kepada keluarga yang ada kematian la... Memasak untuk jemaah & ustaz yang dipanggil bagi ceramah la... Kadang2, kalau takde aktiviti sangat, diorang jalan2 carik makan kat Teluk Intan.
Advance sikit, diorang buat vacation. Pernah jugak diorang buat rombongan ke Kedah & aktiviti bbq kat Teluk Senangin. Macam2 cerita gembira yang Mak perdengarkan bila balik. Seronok & beronok nau2 nampak gayanya tu kan... He3...
~ Ini aktiviti makan buah langsat & minum air kelapa kat rumah 1 of geng surau. Hamboih, Mak..! Siap tayang betapa besornya plastik air kelapa lagik..! Hiks... |
~ Sebahagian je ni. Tak cukup kuorum. Yang lain tak dapat join sebab ada hal kot. |
Moral of the story: aku happy bila tengok Mak happy. ;)
Sure, korang pun cenggitu jugak kan?!
:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::
2 comments:
btl...bnda yg paling happy bila dpt tengok mak happy.. :)
seraa rose,
lps tu, terus rase nak happy2kan mak selalu. he3..
Post a Comment