SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, November 23, 2015

OK APA..?!!

#Throwback

Raya Haji tahun ni, berbeza sikit. Kami beraya di Kajang, rumah Kakak. 

Abang & family tak join. Abang nak tolong orang kampung lapah lembu korban katanya... Kak Yong & Kak Ngah je yang follow kitorang. Eh, Nenek pun join jugak!

Bukanlah bermakna tak beraya langsung di kampung. Malam & pagi raya masih di kampung. Sempat jugaklah beraya dengan Abang & family. Mak pun sempat masak juadah tradisi hari raya untuk kami. Gerak ke Kajang dalam pukul 11 pagi. 

Takde sebab-musabab yang tertentu. Kakak tak dapat balik beraya. Tetiba timbul idea nak celebrate raya kat rumah Kakak. Oppa pun free. So, on je lah!

Singgah rumah Uda dulu kat Sungai Buluh. Makan2... chit chat... kemudian ke rumah Andak kat Segambut. Makan2... chit chat lagik... kemudian terus ke Kajang. Nenek 'check-in' kat rumah Andak je.

~ Sesampainya kat rumah Kakak, terus wefie 1 kali. Eh, tak! Berkali2. Bau masham tak mandi pun apa ada hal?! Sebab bukannya korang boleh bau pun gambar ni kan... Yang penting, method kena ada, character kasik in. Barulah nampak fresh, gebu-gebas! He3...

A_bern ajak ke IOI City Mall, Putrajaya. Ok, paham... Oppa pun dah 'recharge' lepas mandi & tido sekejap. We ols pun tak pernah jejak lagik IOI City Mall tuh. So, lets get it on! Eceh! ;P

~ Sejurus sebelum masuk dalam kereta. Gigih!

Sekejapan je dah sampai kat IOI City Mall, Putrajaya tuh. Ada pemandu arah, senanglah sikit. Tak payah nak Waze2... 'Keep left... Turn right... bla3...'

Terima kasih, Abang Mie sebab jadik pemandu arah kami. ;)

~ Window shopping & lepak2 tengok orang main ice skating jerrr...

Sempat beli donut Big Apple je. Makanan faveret Oppa & Mak.

Lepas tu, terus carik kereta kat parking lot. Sesat-barat, noks..! Ya ampon...

Oppa kata kat level sekian2... Tapi, Abang Mie kata kat level sinun... Kakak pulak kata kat level lain... Aku pun terus tak terkata apa sebab konpius tahap gaban! Yang lain semua menurut perintah je.

Cer bayangkan... memula semua follow Oppa. Lepas tu, rasa macam salah. Follow teori Abang Mie pulak. Eh, salah lagik! Follow teori Kakak pulaklah. Pun salah jugak! Sederet je semua mengfollow. Macam itik pulang petang. Lepas tu, semput... sakit kaki... lutut ketaq bagai... Ha3...

Walaupun penat tapi, aku rasa lawak sangat, dowh..! Jap... nak gelak lagik, terkenang2... Ha3...

Ujung2, jumpa jugak. Tak taulah teori siapa yang paling tepat & jitu tuh. Ntah! Lupa dah. Takpe. Tak kesahlah. Yang penting, dah jumpa kereta. Fuh!

Ingatkan dah setel lah 'hazab'. Tapi, rupa2nya, ada lagik 1 'hazab' menanti. Berpusing2, noks... carik port makan yang serve seafood & tomyam. Tak jumpa! Penangan Raya Haji. Hu3... 

Last2, makan kat restoran mamak je. Hmmm... boleh la...

Esok paginya, kami balik Teluk Intan. Singgah rumah Andak, amik Nenek. 

Pengalaman pertama beraya di Kajang... Ada sweet... ada lawak... ada penat... ada macam2! Ok apa..?!! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



4 comments:

iryanty ahamad said...

Yeah ada juga entri panjang....:-))

Lagi bape bulan ,raya muncul kembali..kejap je putaran masa

ArELeEz said...

iryanty ahamad,
owh.. tggu entry pjg, ek? mahapkn sy.. bz sket hendaknye. hu3..

pejam-celik, pejam-celik je kn..

Kesuma Angsana said...

paling bestnyer bila dapat berkumpul dgn family dan adik beradik kan.. ioi putrajaya tu kalau pg waktu cuti2 selalunyer pack giler. parking pun payah hu3

ArELeEz said...

Kesuma Angsana,
betul3! klu dpt b'kumpul, xkesah la kat mane pun.. kompom best!

owh.. really..? xtau la ia akn pack cenggitu. sbb leez sekali-sekala je dtg sane. sekadar 'tumpang lalu'. he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google