SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, November 25, 2015

WORDLESS WEDNESDAY #93: SERI MALAYSIA IPOH

#Throwback

~ Alhamdulillah...

~ Happy nau2..!

Gendang-gendut tali kecapi,
Mohon share kenangan iftar lagi... 

Peace, yo..! 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, November 24, 2015

I LOVE CHEESE PLATTER

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Jenguk2 fridge, nampak sosej, jumpa kacang panjang, ada tomato, terselit pulak cheese. Hmmm... apa nak buat, ek?! Pikir3... & pikir... tinggg... mendapatlah idea. ;P

Bahan2:-

3 batang sosej ayam 
2 keping processed cheese
3 tangkai kacang panjang (dipotong panjang2)
2 biji tomato (dihiris memanjang)
Mayonis
Serbuk lada hitam
Garam
Butter

Cara2 Penyediaan:-

1. Satukan tomato & mayonis ke dalam mangkuk.
2. Perasakan dengan sedikit garam & serbuk lada hitam. Tomato salad siap!
3. Cairkan butter. Grill sosej ayam & kacang panjang.
4. Perasakan dengan sedikit garam & serbuk lada hitam. Angkat & buat plating.
5. Racik2kan processed cheese ke atas sosej ayam & kacang panjang. Hidangkan bersama tomato salad.

~ I Love Cheese Platter

Lagik meriah cheese dia, lagik sodap kebabom! Enak tahap mengaum. ;D

Masa makan, toksah pikir pasal lemak, kegemukan mahupun obesiti. Lepas makan, baru boleh muhasabah diri. Ha3... Hadoih!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, November 23, 2015

OK APA..?!!

#Throwback

Raya Haji tahun ni, berbeza sikit. Kami beraya di Kajang, rumah Kakak. 

Abang & family tak join. Abang nak tolong orang kampung lapah lembu korban katanya... Kak Yong & Kak Ngah je yang follow kitorang. Eh, Nenek pun join jugak!

Bukanlah bermakna tak beraya langsung di kampung. Malam & pagi raya masih di kampung. Sempat jugaklah beraya dengan Abang & family. Mak pun sempat masak juadah tradisi hari raya untuk kami. Gerak ke Kajang dalam pukul 11 pagi. 

Takde sebab-musabab yang tertentu. Kakak tak dapat balik beraya. Tetiba timbul idea nak celebrate raya kat rumah Kakak. Oppa pun free. So, on je lah!

Singgah rumah Uda dulu kat Sungai Buluh. Makan2... chit chat... kemudian ke rumah Andak kat Segambut. Makan2... chit chat lagik... kemudian terus ke Kajang. Nenek 'check-in' kat rumah Andak je.

~ Sesampainya kat rumah Kakak, terus wefie 1 kali. Eh, tak! Berkali2. Bau masham tak mandi pun apa ada hal?! Sebab bukannya korang boleh bau pun gambar ni kan... Yang penting, method kena ada, character kasik in. Barulah nampak fresh, gebu-gebas! He3...

A_bern ajak ke IOI City Mall, Putrajaya. Ok, paham... Oppa pun dah 'recharge' lepas mandi & tido sekejap. We ols pun tak pernah jejak lagik IOI City Mall tuh. So, lets get it on! Eceh! ;P

~ Sejurus sebelum masuk dalam kereta. Gigih!

Sekejapan je dah sampai kat IOI City Mall, Putrajaya tuh. Ada pemandu arah, senanglah sikit. Tak payah nak Waze2... 'Keep left... Turn right... bla3...'

Terima kasih, Abang Mie sebab jadik pemandu arah kami. ;)

~ Window shopping & lepak2 tengok orang main ice skating jerrr...

Sempat beli donut Big Apple je. Makanan faveret Oppa & Mak.

Lepas tu, terus carik kereta kat parking lot. Sesat-barat, noks..! Ya ampon...

Oppa kata kat level sekian2... Tapi, Abang Mie kata kat level sinun... Kakak pulak kata kat level lain... Aku pun terus tak terkata apa sebab konpius tahap gaban! Yang lain semua menurut perintah je.

Cer bayangkan... memula semua follow Oppa. Lepas tu, rasa macam salah. Follow teori Abang Mie pulak. Eh, salah lagik! Follow teori Kakak pulaklah. Pun salah jugak! Sederet je semua mengfollow. Macam itik pulang petang. Lepas tu, semput... sakit kaki... lutut ketaq bagai... Ha3...

Walaupun penat tapi, aku rasa lawak sangat, dowh..! Jap... nak gelak lagik, terkenang2... Ha3...

Ujung2, jumpa jugak. Tak taulah teori siapa yang paling tepat & jitu tuh. Ntah! Lupa dah. Takpe. Tak kesahlah. Yang penting, dah jumpa kereta. Fuh!

Ingatkan dah setel lah 'hazab'. Tapi, rupa2nya, ada lagik 1 'hazab' menanti. Berpusing2, noks... carik port makan yang serve seafood & tomyam. Tak jumpa! Penangan Raya Haji. Hu3... 

Last2, makan kat restoran mamak je. Hmmm... boleh la...

Esok paginya, kami balik Teluk Intan. Singgah rumah Andak, amik Nenek. 

Pengalaman pertama beraya di Kajang... Ada sweet... ada lawak... ada penat... ada macam2! Ok apa..?!! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, November 22, 2015

HIJRAH PERDANA BY DUKE

Bukan 'Lebuhraya DUKE'. Tapi, 'Datuk Ustaz Kazim Elias', hokay..!

Ada program Hijrah Perdana anjuran Pejabat Daerah dan Tanah, Hilir Perak Dengan Kerjasama Astro Oasis kat Padang SMK Hutan Melintang, Perak. Oppa free. So, mohlah kita mendengor santapan rohani...

~ 'Penyanyi nasyid' yang ceria nau2..! He3...

~ 'Penyanyi nasyid' & the geng. ;P

Setelah berpusing2 & buat u-turn, akhirnya dapat jugak parking. Kena menapak sikit la... Takpe la kan... Yang penting, dapat dengor mutiara kata & curahan ilmu daripada DUKE.

Dapat port yang agak ke belakang. Tapi, ok jerrr... sebab ada wide screen. Aci tengok Fahrin Ahmad, Adam AF, Akhil Hayy, PU Yeop, DUKE & artis2 lain kat wide screen je la...

~ Bukti kejadian. Heh3...
Banyak segmen. Pantas & tak meleret. Pengisian yang bagus. Ceramah DUKE pun sangat best. Tak mengantuk walaupun segmen DUKE yang paling last. Good job! ;)

Kalau ada peluang dan kesempatan, bolehlah attend lagi. In shaa Allah...

Almaklumlah... aku ni manusia yang sangat2 biasa. Hati pulak taklah sesuci & seputih hati orang lain. Selalu sangat nak ke colour 'kelabu'. So, kena pandai2lah amik & carik inisiatif untuk refresh balik hati tu... wahai sidang Jumaat yang berbahagia sekalian... 

Eh, tetiba..! Heh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, November 18, 2015

WORDLESS WEDNESDAY #92: ISTANA BAMBU

#Throwback

~ Gazebo kami.
~ Rezeki jangan ditolak.
~ Dah nak pulang.

Annyeong..!

Walaupun demam but, this is still kenangan iftar yang manis. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, November 14, 2015

DI USIA 56 TAHUN...

Tengah lepak2, relax2, chill2 sambil tengok Konsert Gegar Vaganza... time iklan, tengok koleksi gambar kat tab. Terjumpa gambar2 Mak dengan geng surau. Comel2 je semuanya... ;)

Di usia 56 tahun, Mak lebih banyak habiskan masa dengan geng2 suraunya. Memasak untuk disedekahkan kepada keluarga yang ada kematian la... Memasak untuk jemaah & ustaz yang dipanggil bagi ceramah la... Kadang2, kalau takde aktiviti sangat, diorang jalan2 carik makan kat Teluk Intan.

Advance sikit, diorang buat vacation. Pernah jugak diorang buat rombongan ke Kedah & aktiviti bbq kat Teluk Senangin. Macam2 cerita gembira yang Mak perdengarkan bila balik. Seronok & beronok nau2 nampak gayanya tu kan... He3...

~ Ini aktiviti makan buah langsat & minum air kelapa kat rumah 1 of geng surau. Hamboih, Mak..! Siap tayang betapa besornya plastik air kelapa lagik..! Hiks...

~ Sebahagian je ni. Tak cukup kuorum. Yang lain tak dapat join sebab ada hal kot.

Moral of the story: aku happy bila tengok Mak happy. ;) 

Sure, korang pun cenggitu jugak kan?! 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, November 11, 2015

YANG PENTING... PINLESS

Dulu, pakai spesis bawal. 

Sekarang, tidak lagi... Sebab sekarang, pakai spesis instant shawl pulak. 

Tapi, dua2 datang dari brand yang sama. Masih setia dengan si Benang Hijau. ;)

~ Cherry 

Simple. Pinless. 

Aci sarung2 je... tinggg... dah siap dengan gorgeousnya..! Ah kak dah malas dah nak pakai shawl / tudung yang kena pakai sebabun kerongsang / pin. & ah kak jugak bukanlah jenis manusia yang kreatif mahu pun inovatif, nak belit2 shawl, pusing2, tup2... tetiba jadik cantik terletak. Memang bukan!

Sebab tu kena carik yang instant + pinless. Lepas cuci, gantung, iron sikit2 je. Kalau travel, lepas iron sikit2, boleh lipat, sumbat dalam beg. Bila nak pakai, gantung sekejap, kemudian dah boleh sarung. Maknanya, kalau setakat ada garis sikit2 tu, kita boleh redha sebab masih boleh kelihatan gorgeous. Anggar je garis2 tu sebagai art. ;P

You ols pulak, prefer spesis hijab yang mana? 'Geng' ke tak dengan I ols? Heh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



WORDLESS WEDNESDAY #91: SAVE MINHO, PEHH--LISSS..!

~ Maze Runner: The Scorch Trials


Stress ending! Arrgghhh..!!!

#Throwback sangat..!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, November 4, 2015

Monday, November 2, 2015

WEDDING ANAKANDA 'UNCLE'

'Uncle' samadengan Encik Amir. Staf paling otai kat opis aku. 

Saja2 je dok panggil dia as 'Uncle'. Hmmm... Kak Ja kot yang start dulu. Atas dasar & faktor usia. He3...

Tahun ni 'Uncle' retire. Tak lama je lagik. Maka 'hilanglah' sorang rakan sekerja. Sob3...

Tapi sebelum tu, sempatlah jugak makan nasik minyak kenduri kat rumah 'Uncle'. Eh, janganlah propaganda sangat..! Bukan 'Uncle' yang naik pelamin. Sebab 'Uncle' dah naik pelamin sekali. Ok la tu kot kan... ;P

Anak bujang 'Uncle' yang naik pelamin. Tak sure pulak anak yang ke berapa?! Masuk yang ni, dah 2 kali aku & Oppa berkesempatan makan nasik minyak kenduri kat rumah 'Uncle'. 

~ Membawak pulang perut bulat yang sudah kenyang. He3...

Semoga anakanda & menantu 'Uncle' berbahagia melayari alam rumah tangga. 

Semoga 'Uncle' dikurniakan cucunda2 yang sempurna, sihat, soleh & solehah. Aminnn...

Terima kasih atas jemputan 'Uncle'. ;)

Majulah 'Uncle' untuk negara..! Eh! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google