SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label ASTRO OASIS. Show all posts
Showing posts with label ASTRO OASIS. Show all posts

Sunday, November 22, 2015

HIJRAH PERDANA BY DUKE

Bukan 'Lebuhraya DUKE'. Tapi, 'Datuk Ustaz Kazim Elias', hokay..!

Ada program Hijrah Perdana anjuran Pejabat Daerah dan Tanah, Hilir Perak Dengan Kerjasama Astro Oasis kat Padang SMK Hutan Melintang, Perak. Oppa free. So, mohlah kita mendengor santapan rohani...

~ 'Penyanyi nasyid' yang ceria nau2..! He3...

~ 'Penyanyi nasyid' & the geng. ;P

Setelah berpusing2 & buat u-turn, akhirnya dapat jugak parking. Kena menapak sikit la... Takpe la kan... Yang penting, dapat dengor mutiara kata & curahan ilmu daripada DUKE.

Dapat port yang agak ke belakang. Tapi, ok jerrr... sebab ada wide screen. Aci tengok Fahrin Ahmad, Adam AF, Akhil Hayy, PU Yeop, DUKE & artis2 lain kat wide screen je la...

~ Bukti kejadian. Heh3...
Banyak segmen. Pantas & tak meleret. Pengisian yang bagus. Ceramah DUKE pun sangat best. Tak mengantuk walaupun segmen DUKE yang paling last. Good job! ;)

Kalau ada peluang dan kesempatan, bolehlah attend lagi. In shaa Allah...

Almaklumlah... aku ni manusia yang sangat2 biasa. Hati pulak taklah sesuci & seputih hati orang lain. Selalu sangat nak ke colour 'kelabu'. So, kena pandai2lah amik & carik inisiatif untuk refresh balik hati tu... wahai sidang Jumaat yang berbahagia sekalian... 

Eh, tetiba..! Heh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, February 7, 2011

BISIKAN DAJJAL

Malam tadi, aku gigih tengok drama kat Astro Oasis. Tak plan pun... Plus, plan memula nak blogging jer. Nak focus la konon... sebab nak qada' update blog. My 'sayang' yang conquer remote. Tak sampai sejam, my 'sayang' dah mentido. Hmmm... penat sangat agaknya... Takpe la kan...

So, aku take over la remote. Memula, tengok HBO. Tak berapa tengok pun sebab kata nak focus blogging kan... Pastu, tukar channel 106 (Astro Oasis). Layan drama la plak. Tajuk pun cam best jerk, Bisikan Dajjal. Starring: Ogy Ahmad Daud, Tarmimi Siregar, Shahrunnizam Noor, Norlia Ghani ngan Maimun Talib. Pelakon pun not bad. So, aku layanlah sambil berblogging...

Kesah pasal Biah (Ogy), seorang ibu tunggal beranak 4 yang hidup susah membanting tulang 4 kerat menyara anak2nya tapi, macam2 dugaan yang datang. Paling sadis bila Biah dirogol oleh Haji Malik (Tarmimi) masa dia balik dari surau. Haji Malik ugut Biah supaya tak report kat sesape especially orang kampung pasal tuh sebab dia kata orang kampung takkan pecaya cakap Biah. Ye la... Biah kan mesken... Ibu tunggal lak tuh! Haji Malik lak orang berada, imej alim2 warak lagik. Of cos orang kampung ingat Biah yang tergediks2 menggoda Haji Malik kan...

So, Biah teruskan hidup cam bese. Tapi, Haji Malik tabur fitmah kata Biah goda dia & cuba jual diri kat dia. Haji Malik tak puas hati sebab Biah takmo kawen ngan dia. Sampai sume orang kampung pandang serong termasuk la mak Harun (Maimun). Harun (Shahrunnizam Noor) ada hati kat Biah. Tapi, disebabkan fitnah tu, mak Harun terus takmo terima Biah as bakal menantu!

Haji Malik tetap tak puas hati! 1 hari, dia bagi ikan yang dah siap dimasak kat anak2 Biah. Bila Biah balik dari keje, dia tengok anak2 dia sume muntah darah & mati kecuali anak bongsu dia. Masa hari pengkebumian, anak bongsu dia tunjuk muka Haji Malik & kata Haji Malik la yang kasik ikan masa hari abang2 & kakak dia mati. Rupa2nya, Haji Malik buh racun kat ikan2 tu dengan harapan Biah & anak2 akan mati. Dia takut rasia dia terbongkar.

Dipendekkan citer, dengan kuasa Allah, Haji Malik tetiba tak buleh control mulut dia dari berterus-terang tentang perbuatan keji dia. Masa tu kat surau. Abis sume orang tau! Last2, Haji Malik mati tercucuk parang yang dia nak tikamkan kat Biah.

Hokay! Dah abis citer. Macam story teller tak bertauliah jer ah kak ni kan? Hiks...

Tapi, drama tu memang sadislah! Banyak pengajaran. Kalau mak aku tengok, musti dia nangis punyelah! He3...

Eh! Korang ada tengok tak drama Bisikan Dajjal nih?

Wednesday, March 10, 2010

SEHARI BERSAMA ARELEEZ...

Wassup2, you ols..! Amacam? Ade baikkah ini hari? Hope, everything's finelah. Cam aku, hari nie berlalu seperti bese. Seperti semalam... & mungkin jugak same seperti hari esok... Ecewah..! Bermadah pujangga plak! Hiks...

Keylah! Back to the storyline. Nak citer pasal aktiviti hari nie. Pagi gi keje cam bese. Hari nie adalah hari korporat. So, kene pakai baju korporat. Gambar pakai baju korporat nan ado coz lupe nak amik. Next week la, ek?! ;) Dalam beberape hari nie, aku tak drift sebab tak larat, period pain. So, my 'sayang' anta & amik. Plus, my 'sayang' pon tak membusy lagik skang nie. Buleh la bermanja2-an. ;P

Tengahari, aku balik umah, pon as usual. Sebelom tu, tapau lunch dolu kat Mastan Ghani. Makan nasik putih lauk ayam goreng ngan sayur petola ngan kuah kari. Perrgghhh! Sodap & masyuklah!

Pukul 2 p.m, masuk opis balik & bekeje seperti selalu. Tapi, tak agresif sangat wat keje. Mane yang buleh postpone, postpone dolu. Wat yang urgent jerk. Alasan: Period pain. Yes! Nie la alasan yang paling mustajab untuk dapat excuse dari wat keje. Tapi, available untuk orang pompuan jer, ek! Orang lelaki toksah nak mimpi! Carik la alasan lain yang lebih afdal & mustajab serta logika.

Pukul 5 p.m, punch card. *Chait! Tu pon nak citerkah? He3...* We ols balik terus, tak singgah memane pon. Sampai umah, lepaking2 jap layanz citer Siong. Pastu, layanz show AC..? lak. Diikuti dengan video2 klip terbaru kat Astro. Last sekali, layanz citer Cinta Tikar Sejadah. Beshlah citer nie. Aku & my 'sayang' sker. Tapi, we ols selalu terskip waktu tayangan yang original kat Astro Oasis. Terpakse la tengok ulang tayang jer...


~ Sker tengok Fida Si Gadis Pantene tuh! Cute jer jadik Ct Zulaikha. Hmmm... hape la kesudahan citer nih? Mintak2 la happy ending... He3...

Malam lak, aku masuk dapur. Cuci2 pinggan, masak nasik & lauk. Saje jer masak... kot2 my 'sayang' nak makan. Pastu, bersiaran & berblogging sambil minum air limau ais. Perrgghhh..! Sojuk jer... ;P

Rase2nye, tu jerlah kot kesah Sehari Bersama Areleez... Sekian...


~ P/S: Pssttt2! You ols layanz citer Cinta Tikar Sejadah tak?


*Credit to: gempak & mylovelyfamily-ana


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google