Suatu hari di bulan Ogos...
Aku diarahkan berkursus. Perasaan..?? Hmmm... of course la lemau sikit. Eh, lemau banyak..! Sebab dah lama nau2 tak pergi berkursus jauh2, luar Perak. Tup2... dapat kat Aloq Setaq nun..! Amekaw!
Jadik, aku pun menghebahkannya kepada Oppa... Oppa pujuk... Oppa kata...
"... Toksah stress2! Esok, kita hang out, kemudian kita makan2..."
& wajah #SongJiHyo bertukar menjadik ke-pink2-an... terserlah ke-kiut-an. ;)
Hah, nampak tak betapa faktor hang out & makanan tu memainkan peranan penting untuk mengubah mood seorang isteri mithali seperti ah kak nih?! Well... see the perut lah, you ols..! Ha3...
~ Mix Seafood & Chicken Teppanyaki. Owh... kenyang, bebeh! |
Kami try port makan baru. E & E Teppanyaki & Sizzling nama dia. Baru je bukak. Oppa yang suggest makan kat sini.
Mix Seafood tu disertakan dengan nasik putih. Sedap! Ala2 asam pedas yang difusionkan. Aku suka, Oppa pun suka.
Chicken Teppanyaki pun ok. Portion secukup rasa, tak 'overdose' & tak kedekut. Sesuailah dengan kapasiti 'tank' kami.
Service pun ok. Mesraaa...... ;)
Rating: 3.5/5 mintang
Siapa nak try, boleh datang jugak. Jangan malu2, jangan segan2.
E & E Teppanyaki & Sizzling,
No. 108, Jalan Intan 5,
Bandar Baru,
Teluk Intan, Perak
017-5252994
Kalau nak usha lebih2, boleh terjah Facebook E & E Teppanyaki & Sizzling ni.
Hait! Arigato gozaimashita.
Oppsss, mahaplah! Terlebih makan teppanyaki. Tergeliat pulak lidah ni. Pinjam lidah Jepun kejap. Hiks...
:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::
No comments:
Post a Comment