SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, May 21, 2019

MISI KATIL & TILAM EMPUK

#Throwback

Sambungan perjalanan mencarik katil & bantal empuk... Hiks...

~ Hotel Six Seasons. Extra 2 seasons dari kebiasaan. He3...

~ Bilik nice, sedang2 helok je. Takde apa yang nak dipertikai. Yang penting, misi katil & tilam empuk accomplished. ;D

~ Macam pakai cucuk sanggul. He3...

Alhamdulillah... 

Dapatlah berehat sekejap. Tak boleh lama2 berehat. Sebab ada 'mision' lain.

Jenggg3...... ;P

~ Mission mengexplore KL Sentral, naik MRT & layan busking.

~ Dua2 tersengih bangga sebab tak pernah jejak KL Sentral, weh..! Apatah lagik guna blue token tu. Bila berjaya harung & adapt, tetibe je rasa bangga yakmat! Ha3...

~ Orang lain dalam train renung handphone, duduk diam2, layan social media. Kitorang wefie..! Yaariibaaa2..! Ha3...

Syiok tau layan busking. Macam2 lagu diperdendangkan. Sessambil tengok gelagat manusia yang hidup di kota metropolitan. Perrgghhh! Dah macam ayat reporter travelog pulak ayat Sis. He3...

Tapi, tak larat lepak layan busking lama2. Sebab badan flat. 

So, kitorang kembali ke KL Sentral, amik kereta & JJCM di Kampung Baru. 

~ Dah siap2 google Rosdet Tomyam ni masa dalam kereta. Review memuaskan. Dan dengan pantas kami terpengaruh. ;D

~ Hokay la... Kategori memuaskan seperti yang di review.

Perut dah sendat. Mata dah mengantuk. Katil & tilam empuk melambai2 dari kejauhan... 

~ Breakfast esok paginya...

~ Konsep hotel ni, kau order, chef masak. Bukan buffet. Nak elak pembaziran kot...

~ Takpe... Kitorang onz je. Asalkan kenyang.

~ Lobby yang cantik yang mengundang #KakiSelfie seperti aku. Heh3...

Check-out.

Nak berpoya2 'menggeli2kan' kaki di tempat tinggi pulak. ;D

Kat manakah..??! 

Hmmm... tungguuuuuuuuu......... ;P


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.EN.D.Y ::



Wednesday, May 15, 2019

WORDLESS WEDNESDAY #122: SI TENGAH

~ Meriah.

~ Seperti biasa, yang tengah adalah yang paling comel. Ha3...



:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, May 9, 2019

MAKAN-TIDO-SEMBANG

#Throwback

Getaway bersama Kanda. Destinasi: KL

Semua persinggahan adalah walk in. Takde perancangan awal mahupun perincian rapi. Redah. Hadap. Asalkan berdua. Bersatu kita teguh! Eceh! Optimis sangat..! Ha3...

Check in di Sun Inns Hotel, PJ, pukul 1.00 pagi. Kerja giler! Tapi, kami buat jugak. Ha3...

~ Bilik ni je yang available. Redha. Yang penting, bilik & toilet agak luas (read: Dapat lebih dari apa yang kau bayar). Fungsi air cond cengginiii... (read: Thumbs up). ;D Gambar ni masa nak check out.

~ Senyuman check out. ;) 

Lunch kat Kedai Nasi JJ Kak Wok Seksyen 24, Shah Alam. Dalam perjalanan pun dah terbayang2. Maklumlah... perut dah berdondang sayang. Hu3...

~ Tak pikir banyak. Sebab kompom sodap.

Lepas tu ke Bukit Jalil. Ada urusan sikit. 

~ Singgah lepak kejap kat Hentian Rehat Awan Besar. Dapat air kelapa ni, perrgghhh... heaven betul perasaan!

Sesambil tu, jari-jemari laju menggoogle hotel. Booking online untuk Six Seasons Hotel, Bedford Business Park, KL. Kanda nak rest, tido. 

Walaupun bukan aku yang drive & kerja aku makan-tido-sembang, makan-tido-sembang je di sepanjang perjalanan tapi, aku pun letih gak la. Perlukan katil & bantal yang empuk. Sebab makan-tido-sembang pun sejenis aktiviti fizikal bagi aku. Ha3...  

Disclaimer: Ini bukan kejadian live. Maksudnya, bukan di bulan Romadhon yang mulia penuh barokah ni. Kau giler nak lunch siang2 buta lagik terang2-an di Kedai Nasi JJ Kak Wok di bulan Romadhon??! Dah habis pikir ke hape... nak naik kereta jenazah?! Owh... nom3... Iman kami masih kukuh di landasan, ye you ols..! Makanya diisytiharkan, kejadian ini berlaku sebelum bulan Romadhon. ;)


*Bersambung... 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



'ROH' YANG TAK KUNJUNG TIBA

3 Romadhon...

Masih lagik mengekalkan 'roh' yang tidak memasak untuk iftar. Belum kunjung tiba. Ha3...

~ 'Bingkisan' daripada Mother & Geng Suraunya... Diorang masak sama2. ;)

Yang ada gambar:-

Nasik putih
Ayam masak kicap
Gulai nanas ikan masin

Yang tiada dalam gambar merangkap yang ditapau dari PARAM:-

Cekodok bawang
Cucur udang

Yang tiada dalam gambar merangkap 'bingkisan' dari Cik Am:-

Ayam goreng tepung
Kari udang
Ikan tumpi
Kerabu pucuk paku
Onde2

Banyak kan? He3... Syukur...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



SEJENIS HIKMAH

#Throwback

Keluar masuk ladang, tengok kambing, lebah... bla3... bukanlah sesuatu yang Sis pernah bayangkan untuk terjebak pun sebelum ni. Even tak pernah terpikir. 

Tapi, manusia kan cuma merancang. Allah yang menentukan. Dia dah susun cantik2 perjalanan hidup setiap hamba-Nya. Bab jodoh, ajal, dugaan... semuanya... termasuklah bab kerjaya Sis...

~ Dulu bergelumang dengan dunia opis je. Sekarang kena turun padang, jenguk koperasi, kursus sana-sini, yadaaa3...

~ Seperjuangan...

~ Dari pendiam dah jadik pengcakap. Ha3... 

~ Tang meet & greet kambing di kandang kambing ni Muka Sis berkerut kaw2 memang dah tahap tokleh bawak bincang dah ni, haaa..! Sempot tahan napas. Hnnsss2!!! 

~ Kat sini helok sikit 'udaranya'. Sebab jauh dari kandang kambing. Ada cili fertigasi je.

~ Madu kelulut

~ Tompang Mitsubishi Triton Encik Razi. Merasa la tergolek2 dok kat belakang. 

~ Kalau tak pegang kuat2, kompom terbang melayang keciciran. Ha3...

Sejak 2 menjak jadik pengcakap ni, Mother pun stress! Dulu stress sebab aku pendiam. Seketol Mother tanya, seketol la Sis jawab. Hu3...

Sekarang stress sebab seketol Mother tanya, lapan belas ratus ketol Sis jawab. Siap dengan full explanation, teori, hipotesis, simpulan bahasa bagai... Methodology nya adalah memberi penerangan sambil tangan, kepala, mulut (read: muncung) kasik body language. ;P

Hikmah tukar unit kot... Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, May 8, 2019

SAMPAI TERKENANG

#Throwback

Kesah ni sebelum Romadhon tau! Bawak Mother dinner kat Mutiara Seafood.

~ Kanda memang suka nau dengan masakan stim limau Mutiara Seafood. Aku pun terjebak sekali. Tapi, yang kat Mutiara Seafood je yang buat aku terjebak. Kuah dia tu hebat betul! Buleh potong rasa fishy. Masam. Pedas. Manis sikit. Balance.

Nasik putih
Siakap stim limau
Ayam goreng kunyit
Kailan ikan masin
Telur dadar

Alhamdulillah untuk rezeki malam tu. Sedap sampai terkenang2! Especially di bulan Romadhon, waktu tengahari buta. Terkenang sangat! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



PADU!

~ Menu sahur 3 Romadhon adalah leftover yang ditapau dari rumah Mother.

Bubuh dalam tray yang dah siap2 disapu butter, sumbat dalam oven sekejap. Sekadar untuk reheat. 

Nasik putih, ayam golek 3D & Tamar Milk by Origina yang tak pernah dilupakan. Eceh! 

Satgi sambungan #Imaan, you ols..! Rekod siap2 tau! Tak pun On Demand kan aje... Lepas tarawikh, buleh tatap #KandaRemyIshak sambil minum Tamar Milk by Origina. Perrgghhh! Padu! Heh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



AYAM GOLEK 3D

Masih belum berkesempatan nak memasak untuk iftar. 'Belum berkesempatan' tu adalah frasa paling afdhol. Ha3...

Kami iftar kat kampung, dengan Mother. 

~ Gabungan air tangan Mother, PARAM & pemberian Cik Liza.

Nasik putih
Ayam golek 3D
Ikan rebus goreng
Murtabak
Kek coklat
Kuih lapis
Laksa
Sawi goreng (tak sempat snap sebab Mother masak sawi ni dah dekat2 nak berbuka. Mother memang suka sayur yang dimasak sejurus sebelum makan. Tak suka yang masak awal2.)

Setel dah 2 Romadhon...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::




THE STRUGGLE IS REAL

#Throwback

Sis dah mula berjinak2 dengan dunia accounting. Memula, rasa tepu. Stress. Bingung. Dan macam2 lagik yang berunsur kecelaruan minda & emosi. Hu3...

Maklumlah... bukan budak accounting. Dari zaman sekolah membawak ke universiti, memang tak terdedah dengan salasilah accounting. Budak engineering, kata ko!

Tapi, kini tidak lagi... Eceh! Riak betul di situ! Ha3...

~ Mr. Hafis tengah bagi ucapan mukadimah untuk Klinik Akaun koperasi.

Atas asbab bidang tugas & tanggungjawab, maka Sis pun pelan2 kayuh. Dari zero, slow & steady Sis merangkak, bertatih & berjalan. Sesambil 'berjalan' tu, ada jugak tersadung, terkesima & macam2 'ter' lagiklah. Tapi, #SisCuba. 

The struggle is real, kata omputih. 

Terima kasih tak terhingga kepada Encik Fadzil sebab sudi jadik sifu Sis. Tak cukup kat opis, weekend pun Sis ganggu kehidupan dia. Berlapang dada jawab soklan Sis yang kadang2 simple, kadang2 tricky, kadang2 nonsense. Maklumlah... sebab Sis sejenis yang nak ada penjelasan konkrit di sebalik setiap persoalan / teori. Hah, gitu..! 

~ Finally, sekarang Sis dah mampu jadik tutor untuk koperasi. Walaupun tak sehebat Encik Fadzil, Mr. Hafis & Encik Selvam tapi, Sis tetap rasa proud of what I've gain.

Sis masih keep on learning...

Nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih. Peace.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



'ROH' MEMASAK

2 Romadhon...

Haaa... kali ni, roh memasak dah sampai. Menyerap masuk, helokkk... je. Ha3...

Masak subuh2 pulak tuh! Takde nak reheat2 derrr... Memang masak secara langsung. Kau mampu..??! Wah, berlagak betul statement ini! Ha3...

~ Tapi, yang super simple je la...

Nasik putih
Sambal udang
Ikan masin goreng
Tamar Milk by Origina (Terus terbayang #KandaRemyIshak, you ols..! Ahaks...)

Nak masak pun kena tunggu roh memasak bagai... Ko dah kenapa, 'Senah'?! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



WORDLESS WEDNESDAY #121: CUCIKAN MATAMU

#Throwback

~ #WatLekWatPeace 

~ Cuci mata. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



WONGSHE3

Semalam ada meeting. Pukul 3 petang. Chong cheng... chong cheng... pok pek... pok pek... wongshe wongshe wongshe... (eh, tetibe..! Ha3...) meeting pun habis jam 4.30 petang. Ngam ho untuk pulang.

Bulan Romadhon, penjawat awam ada Waktu Peringkat (WP) khas. Aku pilih WP6, balik jam 4.30 petang. 

Takde perancangan nak masak. Kanda cakap, tapau je kat PARAM. Sebab dia nak tawaf 1 PARAM tu, nak survey2 juadah yang dijual untuk rujukan di masa depan. End up, bukan sekali tawaf tapi, 3 kali, noks! DNA beliau sangat..! Ha3...

~ Semuanya tapau. Roh memasak belum sampai. Angkuh betul statement nih. Ha3...

Nasi Arab
Kurma kambing
Daging bakar Danok
Ayam masak kicap
Murtabak
Roti jala + kuah durian
Air tebu (Nan hado dalam gambar. Tak sempat snap. Haus kedaung.)

Done iftar... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, May 7, 2019

LAUK-PAUK 'IMPORTED'

~ Sahur 1 Romadhon.

Lauk-pauk semuanya 'imported'. Mother kasik Ayam Sirsau Cili Padi & Ayam Kampung Sirsau. My MIL tapaukan Rendang Ayam. Kojo sonang... Ha3... ;P

Tamak Milk by Origina tu acara wajib. Dengan harapan, mampu #StayVibrant sampai iftar. #Halahhh3..!!! ;D

Dah. Tu je nak cerita. Bulan Romadhon ni, entry pendek2 je. Tak larat taip sebab jari-jemari semakin mengkurus. Ha3...

Selamat berpuasa... 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, April 25, 2019

TERTEKAN & TEKANAN

Kerja aku sekarang banyak tekanan. Eh, bukan kerja aku je kot! Semua jenis kerja ada bab tekanan memasing. Tapi, sebab ni blog aku, jadik aku focus kat kerja aku la kan... Ha3...

Dealing with people. Manusia. Banyak ragam, pelbagai kerenah. 

Antara kau mampu bertahan / give up terus. Aku cuba bertahan. Walaupun kadang2 'bengkok' jugak. Lemau. Rasa nak menjerit sekuat hati. Tak pon, geget bumbung opis. Tak pon... Arrgghhh...!!! Macam2lah yang pelik2 nak dibuat bila tertekan. 

Mujur ada Kanda (read: Oppa / My 'sayang'. Dah berapa kali tukar nickname ntah. Ha3...) 

Kanda la tempat mengadu. Tempat pinjam bahu. Pinjam telinga & segala anggota yang boleh dengor luahan perasaan aku. Aku suka mengadu kat Kanda. 1st, opkos lah sebab dia hubby gua yang tersayang kan... Ahaks... 2nd, sebab aku rasa Kanda tak bias dalam pertimbangan & buah pikiran. Salah tetap salah. Betul tetap betul. Kalau dia rasa aku tak patut buat cenggitu, he'll speak it out. Sebab aku ni sejenis yang kalau asik kata aku betul, asik up2 aku, mula la aku spoil! Berlagak. Riak. Ha3...

Moral of the story: Tekanan kerja ada di mana2 selagik kau bekerjaya. Bila kerja kau banyak tekanan, maka opkos lah kau akan tertekan. Jangan dibiarkan. Cubalah carik alternatif untuk hadap tekanan. So that, tekanan tak bertukar jadik depresi. 

Ada beza tau antara tekanan & depresi. Macam sama tapi, tak serupa. Tekanan ada period untuk vanish. Maksudnya, hari ni kau hadap tekanan, contohnya dengan manusia bernama A (bukan nama sebenar). Sampai kau rasa nak lempang je si A. Tapi, bila kau balik rumah, kau solat, baca quran, mengadu kat Kanda (heh3...) jiwa pun dah tenang, esoknya kau jumpa si A, kau chill je. #WatLekWatPeace seolah2 kau tak pernah pun rasa nak lempang dia, semalam. Haaa... ni maknanya, kau sekadar facing tekanan. Bukan depresi.

Sebab depresi ni takde period limitation. Takde penghujung. Maksudnya, hari ni kau rasa nak lempang si A. Dah balik rumah, solat, mengadu kat Kanda (heh3... lagik), jiwa masih tak tenang. Asik la dok pikir nak lempang si A. Esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan, tahun depan, kau masih rasa nak lempang si A. Makanya, ini adalah depresi. Bahaya dibiarkan. Boleh membawak ke mana2 cabang mental disorder.

Aku bukan sembang kosong. Tapi, aku share info dari kawan aku yang pernah alami depresi yang membawak ke psychiatrist. Dulu, aku ingatkan stress ke... depress ke... sama je. Tapi, lepas dia cerita pengalaman dia jumpa psychiatrist, terkesima jugak la sekejap. Berbeza rupanya. Hu3...

~ Salah 1 cara hilangkan tekanan. He3...

Hokaylah. Nak layan drama Kamar Kamariah jap. Kecik besor kecik besor je aku tengok Murad. Rasa nak lempang berjemaah. STRESS! TEKANAN, owh..! 

Eh! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



GELUNG PEPUYU

#Throwback

Mother ajak ke kenduri kahwin anak Cik Wawa. Kat Gelung Pepuyu. Jangan tanya aku direction sebab spesis buta jalan kronik macam aku memang tak reti banyak nak kasik direction. Hu3...

Sampai2, ngam2 pengantin tengah bersanding. Takpe... Biarkan... Buat yang lebih afdhol iaitu... makan. Lapor, noks..! Ha3...

Macam2 makanan hado..! Dari main course membawak ke dessert. Pilihlah mana yang berkenan. Rajin2lah beratur amik makanan. 

~ Dah kenyang, barulah happy nak wefie. ;D

~ Tahniah, pasangan pengantin. Semoga bahagia till jannah.

~ Acik Ayoi yang kaki selfie... Yang baju merah tu, haaa...
~ BFF Mother.

~ Di mana2 ada Acik Ayoi. 

~ Haaa... Acik Ayoi lagik... Ha3...

~ Mother bersama tuan rumah.

~ Perjalanan pulang menuju ke kereta membawak perut. Ha3...

~ Asal aku ajak selfie, semua automatic get ready. He3...

~ Ini kat masjid berdekatan. Tumpang solat Zohor.

Kami jalan2 ke Seri Iskandar. Takde tujuan. Saja je pusing2, shopping kat Pusat Pakaian Hari2 & JJCM.

~ Chicken chop Seri Iskandar. Not bad... sodap.

~ Tempat lepak.

Wedding sudah. Jalan2 pun sudah. Semua sudah. Dah, jom balik! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google