SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label RAIKAN CINTA. Show all posts
Showing posts with label RAIKAN CINTA. Show all posts

Friday, April 10, 2020

PENGANTIN JAWA

#Throwback

**Penafian / Disclaimer: Tarikh kejadian dalam entry ini adalah pada sebelum 18 Mac 2020 iaitu sebelum #MovementControlOrder dikuatkuasakan. Penulis terus menyokong usaha kerajaan dan bekerjasama dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid 19 dengan cara akur serta patuh terhadap arahan iaitu #StayatHome, #SocialDistancing dan #KitaJagaKita. Semoga misi #FlattenTheCurve dan #BreakingTheChainofInfection dapat dicapai. Sekian, untuk makluman.  

Rindu kenduri kahwin. Maka dengan itu, kita up entry kenduri kahwin. Dapat bayang2kan balik pun kira aci la, noks... Hu3...

Kenduri kahwin anak Cik Nor, Geng Surau Mother. Mother tak dapat attend sebab masih di Mekah, buat umrah. So, anak2, menantu2 & cucu2 Mother wakilkan. 

~ Owh... rindunya kat budak 2 ketol nih. Last jumpa, seminggu sebelum #MovementControlOrder. Gambar2 cenggini je la jadik pengubat windu... Hu3...

~ Venue: Dewan MPTI Langkap, Perak.

Ada 2 seksyen untuk port menjamu selera. Indoor & outdoor. Indoor untuk main course. Maksudnya, nasik2, lauk-pauk kenduri, semua ni indoor. Outdoor untuk side dishes. Mee kari, bihun sup, sate, cucur udang, cendol, bubur, aiskrim, hah... semua ni cariklah kat khemah outdoor.

Aku prefer makanan kat outdoor. Bihun sup dia sedap sampai bulan, bintang & mentari. Nom3..!!!

~ Pengantin in Javanese bridal attire.

Korang sanding dulu ada tema cenggini tak? Or aci onz je macam Sis, asalkan majlis lancar & selesai? Letih, dowh... jadik pengantin... ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, July 15, 2019

BULAT LAGIK

Sabtu lepas, ada jemputan #RaikanCinta. Anak kawan Mother kahwin. 

Gotong-rotong a.k.a rewang, u ols..! Memang aku tunggu2. Sebab kalau katering, lauk & rasa lebih kurang sama. Susah sikit aku nak brain. Jemu pun ye jugak kot. Sebab sekarang kan mostly pakai khidmat katering. Sangat rare yang rewang.

Nasik putih
Nasik minyak
Ayam masak pedas
Gulai daging
Ikan masin masak pedas
Masak lemak umbut kelapa
Sambal tahun
Sambal belacan
Rojak buah
Kek
Air teh ais

Haaa... banyak kan menunya?! Tapi, yang paling Sis heart adalah ikan masin masak pedas. Perrgghhh! Rasa macam tak cukup je sepinggan nasik. He3...

~ Menyempit & menyempatkan. Ha3...

Aku datang dengan Abang. Kanda couldn't make it. Busy di sawah padi. 

Lepas kenduri, Abang hantar aku ke rumah Mother. Kak Yong, Kak Ngah, Rifqi & Nia join sekali. Lepak. Abang, Kak Aneem & Medina balik sebab Abang ada kerja.

~ Permintaan diorang lepas bangun tido.

Pukul 7.00 malam, Abang & Kanda sampai. Maka, agenda makan pun bermula. Kawan Mother tapaukan lauk kenduri. Abang & Kak Aneem tapau makanan pasar malam. 

Fuh, bulat lagik la Sis! Hu3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, April 25, 2019

GELUNG PEPUYU

#Throwback

Mother ajak ke kenduri kahwin anak Cik Wawa. Kat Gelung Pepuyu. Jangan tanya aku direction sebab spesis buta jalan kronik macam aku memang tak reti banyak nak kasik direction. Hu3...

Sampai2, ngam2 pengantin tengah bersanding. Takpe... Biarkan... Buat yang lebih afdhol iaitu... makan. Lapor, noks..! Ha3...

Macam2 makanan hado..! Dari main course membawak ke dessert. Pilihlah mana yang berkenan. Rajin2lah beratur amik makanan. 

~ Dah kenyang, barulah happy nak wefie. ;D

~ Tahniah, pasangan pengantin. Semoga bahagia till jannah.

~ Acik Ayoi yang kaki selfie... Yang baju merah tu, haaa...
~ BFF Mother.

~ Di mana2 ada Acik Ayoi. 

~ Haaa... Acik Ayoi lagik... Ha3...

~ Mother bersama tuan rumah.

~ Perjalanan pulang menuju ke kereta membawak perut. Ha3...

~ Asal aku ajak selfie, semua automatic get ready. He3...

~ Ini kat masjid berdekatan. Tumpang solat Zohor.

Kami jalan2 ke Seri Iskandar. Takde tujuan. Saja je pusing2, shopping kat Pusat Pakaian Hari2 & JJCM.

~ Chicken chop Seri Iskandar. Not bad... sodap.

~ Tempat lepak.

Wedding sudah. Jalan2 pun sudah. Semua sudah. Dah, jom balik! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, August 6, 2018

NASIB MANUSIA PENCINTA MAKANAN

Sabtu lepas...

Aku & Oppa memenuhi undangan walimatul urus. Anak jiran kahwin. Macam dah lama je tak makan kenduri. Rindu pulak kat lauk-pauk orang kahwin.

~ Jalan kaki seiring sejalan je... sebab dekat. 

Tak cukup dengan makan kenduri, kami top up lagik dengan makanan lain. Cengginilah 'nasib badan' manusia2 pencinta makanan seperti kami... Ha3...

Dapat mee sup.
Dapat laksa.
Dapat air kelapa lemon yang aci sebijik2 tu.

O.M.G..! Giler tak heaven..!! Ha3... 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, February 2, 2018

#CTNADIAHXMUHAMMADAMIRULASHRAFF

Lamanya...

Semangat tinggal semangat. Hu3... Tapi, passion masih ada. Masa yang mencemburui.

Jadi, malam ni, I'm back! ;) Semoga istiqomah. Aku cuba la, ek! Kalau ke laut lagik, harap maafin. ;P

Ceritanya pasal... raikan cinta. #CtNadiahxMuhammadAmirulAshraff. Jodoh kawan2 SKM. 

Perancangan asal, nak terjah Naka, Kedah. Kenduri belah Muhammad Amirul Ashraff. Sebutan nama penuh ni, wajib. Sebab memang aku panggil beliau cenggitu. Lebih mesra katanya... Ha3...

Tapi, Allah sebaik2 perancang. Tak jadi nak ke Naka... & tak jadi nak honeymoon. (Sambil menyelam minum air. Heh3...) Sebab keadaan Abah tak mengizinkan. Abah admitted due to kidney failure. 

Takpelah... Pergi yang dekat je. Belah Cik Nad, di Manjung.

Pukul 2.00 petang sampai. Nasib baik, lauk ada lagik. Lapar tau! Ha3...

~ Selfie dengan pengantin dulu. Sebelum pengantin kena 'kidnap' dengan orang lain. He3...

~ Eh, terikut tema pulak! Ahaks...
Jaga diri, jaga suami, jaga rumah tangga. Selamat pengantin baru, #CtNadiahxMuhammadAmirulAshraff...

Singgah AEON Seri Manjung untuk solat, shopping & hi-tea.

~ Teman Mother shopping. Peminat fanatik handbag. #TepukDahi. Ha3...

~ Terserempak jugak dengan staf2 SKM, Perak. 

Kemudian, pusing2 Lumut Waterfront. Ternampak rojak buah & terbeli. He3...

~ Mengecik. Ilusi optik. He3...

~ Mother & Wak (cousin Mother) pun tak nak kalah selfie. He3...

~ Merpati sejoli sangat konsep ia... Ha3...

~ Tengok war ship sambil layan rojak buah.


~ Just nice view ia. Eceh!

Lepak minum petang (kali ke-2. Heh3...) di Marina Wing. Sekejap je. Habiskan minuman & balik.

Majlis raikan cinta yang pertama aku terjah untuk 2018. Nampak sangat weekend aku sekarang ni adalah busy. Kalau takde MAT / MAP koperasi / event lain, aku busy qada' tido. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


Friday, February 5, 2016

CITA2 & IMPIAN

Ke Taiping dengan family mertua...

Adik Mon kahwin. Ipar-duai yang lain tak dapat attend. Ada urusan. So, aku & Oppa lah jadik wakil, bawak My MIL, Abah + Athirah & Arrisya. Bebudak bertuah tu ada kat kampung. Angkut je lah sekali.

~ Ngam2 ho je sampai. Maksudnya, elok2 tengah hari & perut dah berdondang sayang.

Wedding Jejah-Mon buat kat rumah. Tapi, wedding yang ni buat kat dewan. Taklah susah sangat nak carik dewan tu. Sebab dalam taman yang sama jugak. Plus, temporary signboard lengkap. Follow je.

~ Lauk macam biasalah... lauk kenduri. Specialty nya adalah kaya ball & Laksa Pak Ya. 

Lepak sekejap sambil mengunyap. Senaman mulut. He3... 

Sempatlah jugak tengok pengantin bersanding. Tahniah to pasangan pengantin. Semoga berbahagia hingga ke jannah. Aminnn...

~ Balik dari wedding, kami meronda ke Taiping Lake Gardens. 

Niat di hati nak bawak Athirah & Arrisya kayuh 'swan', pusing2 tasik. My MIL & Abah pun ok jerrr... Tapi, bebudak bertuah tu pulak macam tak berani, especially Athirah. Hu3...

~ Makanya, bawak diorang lepak kat playground je lah. Eh, Mak Anjang pulak yang excited! He3...

~ Mengabadikan kenangan... Eceh!

~ My MIL & Abah pun dating jugak. Teringat zaman muda2 lettew..! Ha3...

~ Dah. Jom balik! ;)

Antara cita2 & impian untuk tahun 2016:-

Nak kayuh 'swan' dengan Oppa. Tunggu la... Suatu hari nanti. Heh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::




i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google