SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label MUTIARA SEAFOOD. Show all posts
Showing posts with label MUTIARA SEAFOOD. Show all posts

Wednesday, May 8, 2019

SAMPAI TERKENANG

#Throwback

Kesah ni sebelum Romadhon tau! Bawak Mother dinner kat Mutiara Seafood.

~ Kanda memang suka nau dengan masakan stim limau Mutiara Seafood. Aku pun terjebak sekali. Tapi, yang kat Mutiara Seafood je yang buat aku terjebak. Kuah dia tu hebat betul! Buleh potong rasa fishy. Masam. Pedas. Manis sikit. Balance.

Nasik putih
Siakap stim limau
Ayam goreng kunyit
Kailan ikan masin
Telur dadar

Alhamdulillah untuk rezeki malam tu. Sedap sampai terkenang2! Especially di bulan Romadhon, waktu tengahari buta. Terkenang sangat! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, October 17, 2018

WORDLESS WEDNESDAY #120: MOTHER & LAI CHI KANG

~ Kesah seorang penggemar lai chi kang... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, November 28, 2016

TERIMA KASIH, SI PEMBELANJA

Dinner treat by Awa.

Di Restoran Mutiara Seafood. Aku & Oppa bertugas sebagai tukang order supaya senang. Nanti diorang sampai, makanan dah siap.

Tak semua yang dapat join. Mana yang balik kampung je. 

~ Port kami.

~ Terima kasih kepada si pembelanja. Semoga semakin murah rezeki. Aminnn...

Dapat chit chat sekejap je... Abah dah ajak balik. Mengantuk.

Takpe... Next time, ada rezeki, umur panjang, kita chit chat & makan2 lagik. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, November 18, 2016

RASA MELAYANG2

Kejadian ni masa A_bern still kat kampung. 

Perut lapar. Nak dinner tapi, malas nak masak. Achaner tu? Choiii..!!! Ha3...

Finally, dinner kat luar je lah. Kat Restoran Mutiara Seafood. Orang tak ramai sangat. Sedang2 je. Ok, bagus. Sebab memang kebulur. Tak sanggup nak tunggu lama2.

Eh, tapi... kat Mutiara Seafood ni service takde hal! Mantap! Pantas je. Walaupun pada 'waktu2 puncak'. Aku syak, tukang masak ia ramai. Mungkin la...

Sebelum tu, bawak Mother sopping spec dulu. Spec lama tu dah lama sangat katanya... Dah terkopak2 sikit bingkai dia. Lens pun dah calar-balar. Hukum wajib ganti. He3...

~ Haaa... cantek tak Mother kita dengan spec baru? Warna merah memang faveret.

Abang & family tak join ke Restoran Mutiara Seafood. Nak sopping barang anak2. 

~ Mother & lai chi kang, berpisah tiada...

~ Kesah gadget yang tak berkesudahan. Hu3...
~ Yang ni pulak, kesah selfie yang tak bernoktah. Hiks...

~ Berjaya jugak mokcik ni menjalani kehidupan kat Terengganu nun..! Tapi, still tak boleh adapt makanan2 Terengganu. Kasehan... He3...

~ Cucunda sulung & nenda...


Seronok betul bila perut dah kenyang. Gumbira bukan kepalang! Masuk dalam kereta, kena air cond, rasa melayang2. Mata kuyu, mengantuk tak mau hilang. He3...

Alhamdulillah...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, January 6, 2013

KERANA KOTAK TISU...

~ Bukan nak cerita pasal Restoran Mutiara Seafood nih. Sebab dah banyak kot entry makan2 kat sini yang aku jaja. 

~ Tapi, nak cerita pasal kotak tisu diorang yang baru. Unik kot..! Macam kayu / kotak buruk tapi, style lah! 

Jakun jap kitorang. Siap main tarik2 tisu buat eksperimen lagik! Ha3... 

Nasib baik tak kena halau dengan owner restoran. Neves jugak! ;P

Dah. Tu je nak cerita. Sekian... 

Moral of the story, pikir sendirik, ek! Ha3...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, August 15, 2012

IFTAR 12 RAMADAN... 2012

Seperti yang dijanjikan atau lebih tepat lagik, yang dinanti2kan... abang aku dengan rela hati nak belanja iftar 12 Ramadan. Semua abang ngan Kak Aneem yang uruskan. Kami yang lain2 nih tinggal tadah mulut ngan prepare perut je. He3...

Abang pilih Mutiara Seafood. Kena booking siap2 ngan menu sekali kot sebab masa aku, my 'sayang' ngan mak sampai, abang & family dah duduk kat 1 meja siap dengan menu2 terhidang di atas meja. 

Terbaekkk... lah! ;D

~ Kecur liur aku tengok ikan siakap nih. Tak tau la masak apa. Tapi, rasa dia ada pedas2 + masam2 sikit. Sodap!

Terus aku rasa nak azan secara sendirian berhad. Ha3... Hadoi!

~ Kak Yong jeles sebab aku amik gambar Rifqi, tak amik gambar dia. Terus dia enterframe tangan. Ha3...

~ Mokcik yang sorang ni pun jeles jugak. Tapi, bila tala camera kat dia, terus macam purak2 tak perasan pulak. Chait!

~ Tak larat nak amik gambar satu2. Amik secara berjemaah macam ni je lah. Menu lain adalah sotong masak kicap, kerabu mangga, udang goreng tepung, kailan ikan masin, sup daging & keropok ikan.

~ Full-house Mutiara Seafood hari tu. Memasing pakat beriftar kat luar kot. Tak pun memasing dah malas masak. Macam ah kak. Heh3...

~ Ni baru namanya menikmati dengan khusyuk! Ha3...

Memandangkan aku period pada hari tersebut makanya, aku jadik baby sitter kejap sebab yang lain2 nak semayang Maghrib. Tak payah susah2 carik masjid jauh2 sebab kat Mutiara Seafood tu dah ada disediakan surau. Sempit sikit la kot sebab ramai yang nak semayang. Kena ikut turn jugak.

Sesambil membaby-sit, sesambil meneruskan pemakanan. Ratah apa2 yang patut. Emmmm..... dappppp...!!! ;P

Terima kasih daun keladi kepada abang & Kak Aneem... Jasamu dikenang... Heh3...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, November 30, 2011

MAKAN TIME HUJAN SAMADENGAN SORGA..!

Sekarang nie, petang2 selalu hujan. Kat tempat aku la kan... Kat tempat korang, tak tau pulak aku.

Macam petang semalam pun hujan jugak. Seperti biasa, musti la my 'sayang' yang amik balik kerja. Tu pun my 'sayang' terpaksa amik lambat sikit sebab stuck kat kantin Pejabat Daerah.

Alkesahnya... semalam my 'sayang' ada kerja undi untuk kontraktor. Lepas settle urusan cabut undi, sementara nak tunggu pukul 5 p.m tu, my 'sayang' melepak la dengan geng2 bas sekolah dia kat kantin Pejabat Daerah. Tetiba hujan lebat. Payung nan ado..! Tu yang stuck kejap kat situ tuh!

Nasib baik tak lama sangat stucknya. Pukul 5.20 p.m my 'sayang' datang jemput. Kalau tak, mau meroyan ah kak kat opis tuh!

Owh... meroyan sesadolah pulak! Bukan ke semalam baru jer berazam nak jadik isteri mithali lagik penyabor. Haish! Cabaran betul! ;P

Masuk jer dalam kereta, terus my 'sayang' tanya, 'Aaby 
lapor tak? Jom makan nak tak?'

& aku... of cos tak jadik nak meroyan!!! Ngeh3...

~ Wajah kesayangan hamba... Ecewah! Dan2 tu, noks! ;P

~ Kalau yang tadi samadengan wajah kesayangan hamba, yang nie pulak samadengan wajah kiut! Ha3...

~ Skill artistic sementara tunggu order sampai. Tetiba teringat kat Sabah... Owh... Kota Kinabalu... owh... Jesselton Point... owh... Sapi Island... owh3..!!!

~ Makanan dah terhidang. Tak jadik nak blues2 teringatkan Sabah. Kita makan duluuu..!!! He3...

Makan kat Mutiara Seafood lagik... Sodap pulak makan semalam. Sold out! Licin! 

Makan time hujan memang sorga kot... Kan3..??? ;P


:: Like3, ek! ::

Saturday, November 26, 2011

NAK TAMBAH PAHALA TAK?

Morning, you ols..! Eh, silap! Selamat tengahari semua..! Ngeh3...

Dah 'buta waktu' dah ah kak. Dari pagi asik baring jer... Jadik peneman setia sofa empuk... la sangat ah kak nih. He3...

My 'sayang' takde, ada urusan kerja sikit. Eh, banyak jugak sebab petang kang baru balik. Sorang2 kat rumah memang giler boring! Lepas breakfast makan roti canai ngan my 'sayang' terus melepak depan tv, layan Keeping Up With Kardashians. Best pulak tengok family Kardashians nih! So out-spoken tapi, prihatin. Drama2 tu biasa la kan...

Eh! Dah larik tajuk pulak. Sebenornya nak cerita pasal lapor! Yesss! Memang lapor skang nih! Tapi, sangat malas nak masak! Dari pagi dok resting2 bersenang-lenang jer. Alas perut dengan lebih roti canai tadi. Tak taulah apa kena malas sangat nak buat apa2 hari nie. Makan rajin tapi, masak malas! Camno tu? ;P

Time2 lapor camnie, cepat sangat otak nie refresh memory makan2 tau! Teringat pulak masa my 'sayang' ajak makan lepas balik kerja hari tu. Bukan teringat apa... tapi, teringat kat makanan. Hu3...

~ Encik nie la yang paksa aku temankan dia makan. Saja tau...

~ & aku pun macam TERpaksarela... 'TER' hokay! 'TER'..! Ha3...

~ Kembung2kan pipi, konon2 kiut la tuh! Ha3...

~ Order dah sampai. Radix ice untuk my 'sayang'. Aku tumpang rasa. Menusuk kalbu tapi, apsal ntah aku tak pernah order sendirik?! Musykil ah kak!

~ Meja #18 at Mutiara Seafood.

~ Makanan my 'sayang'... nasik putih + kailan ikan masin + sup ekor.

~ Aku pulak makan kueteow Hong Kong. Superblah!

~ Sotong goreng tepung jugak.

~ & lihatlah hasilnya..!!! Bbrrppp..!!! Alhamdulillah... ;P

Arrgghhh...! Terbayang2 sampai telan2 air liur nih! Kronik betul! Hadoiiyaiiinya pun!!!

Ada sesiapa baik hati nak tolong  courierkan makanan best2 tak? Tak payah susah2... Nasik dengan ayam goreng pun dah ok! Errr... lepas tu, nak lagik banyak pahala, sertakan sekali dengan sos pencicah, ek? Vah3!!! Demand pulak! ;P


:: Like3, ek! ::

Sunday, July 24, 2011

PUYUH LAGIK...

~ Restoran Mutiara Seafood. Apa aku buat kat sini? Hmmm... of cos la makan2 kan... Takkan jual keropok Mony plak... Erkkk! ;P

~ Muka tak semenggah sebab lapor..! Haish! Asik lapor jer my 'sayang' nie tau! 

~ Menu wajib order, keropok ikan cicah sos spesel. Bukan keropok Mony, hokay..! Hiks...

~ Cer teka, air apakah dalam gambar di atas? ;P

~ Hokayla... Hokay la... Tak payah teka2 la... Meh aku kasik jawapan terus. Ini adalah lai chi kang. Giler banyak ais dia! Bila minum buleh feeling2 berada di Korea sebab sojuk tak hengat! Ha3... Over!

~ Dah lama tak makan kueteow Hong Kong. Rasa teringin plak. Tapi, aku twist sket. Aku mintak mee Hong Kong. Lebih kureng jer rasa dia... Cuma kueteow tu ditukar menjadik mee kuning. Tapi, aku lebih prefer kueteowlah! Sebab mende2 yang Hong Kong-Hong Kong nie kan dia goreng dolu kueteow/mee tuh. So, bila digoreng, mee tu jadik cam keras sket. Kalau kueteow, hokay... lembut2 la lagik kan... 

~ Kailan ikan masin. Banyak bawang dari kailan. Hadoi!

~ Lauk wajib my 'sayang' kalau ke Mutiara Seafood, burung puyuh masak kicap pedas. Sker betul my 'sayang' makan burung puyuh. Buleh la buat hadiah besday nih! Ha3... Keji! 

~ Kiut tak duta keropok Mony nih? Eh, silap! Duta keropok ikan... Ahaks3...

Kitorang makan belah petang, lepas balik keje. My 'sayang' la... konon2 takmo makan after 7 p.m. Nak jaga perut katanya... Tapi, aku tengok beberapa hari lepas tu, slumber jer ajak aku keluar makan pukul 11 p.m. 

Haish! Confuse ah kak tau! 


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

Thursday, June 30, 2011

CIK PUYUH ITU...

Fuh! Banyak betul mende yang aku nak update tau! Tapi, ada kekangan masa la... Membusy ah kak skang nie noks..! Seumpama wanita pertama (1st lady) la plak kan... Ececeh..! ;P

Hokaylah! Takmo buang masa menceceh. Nak masuk entry terus.

Seperti biasa, blogungukechentaan nie tak penah sunyi dari citer2 makanan + makan2. So, entry nie pun kesah makan2 jugaklah. Balik keje, my 'sayang' ajak gi Mutiara Seafood. Lapor katanya... Hokay la... Hokay la... Layankan jer... Kang nangis tak berlagu plak kang! He3...

~ Muka control lapor... Alooloolooo... kesiannya lah hai! ;P

~ Dah macam jadik 1 kemustian plak, if ke Mutiara Seafood harus order keropok ikan nih! Buat kudap2 sebelum main course sampai.

~ Aku request sutun goreng tepung. Takmo makan nasik kengkononnya kan... Aci meratah lauk jer...

~ Puyuh masak pedas, my 'sayang' yang request. Sker betul my 'sayang' makan puyuh. Aku rasa sket2 jer, buat syarat. Hmmm... not my type lah.

~ Tom yam campur & telur dadar. Tom yam kat Mutiara Seafood nie not bad la... Sodap! 

~ Jemput minum, you ols..! ;D

~ Sempat lagik tuh buat 'L.O.V.E'! Kureng keje... Ngeh3... 

Kesimpulannya adalah kenyang! Ha3... Huduhnya la kesimpulan! Tak buleh blah! Budak tadika pun buleh buat kesimpulan yang super hebat dari tuh! Ha3...

Eh! Korang makan puyuh tak? Apa? Aku? Aku... memang tak la... ;P

Friday, May 6, 2011

FAREWELL DINNER & MATA KAMU YANG BULAT

Citer makan2 lagik..! Heh3... Bese la tu kan... Blogungukechentaan ah kak nih mana penah sunyi dari citer2 makan2 + makanan. Betul tak? ;P

Macam tuan blog dia jugaklah. Kalau sehari tak jumpa makanan, mau meroyan sepanjang tahun! Ha3... Melampau betul perumpamaan tersebut! ;P

Ini citer makan2 masa farewell makcik hari tu. We ols pakat2 nak buat 1 farewell dinner sket la... Alaaa... santai2, makan sesama opismate gitu..! Aku kan AJK Venue & Makanan. Aku la yang menghandle bab nih dibantu oleh Cik Ros. Alah! Bukan susah sangat pun... Calling2... roger2 Mutiara Seafood... book tarikh, meja & confirmkan menu. Hah! Sap2 soi jer setel! Ecewah!

~ Menu: Siakap 3 rasa, tom yam campur, kailan ikan masin, sutun goreng tepung, telur dadar, air teh & fresh oren. Ikan nie jer sempat ah kak snap. Tak tahan dah tengok diorang mentekedarah. Owh...


















~ Ini anak Encik Bos. Megat Amsyar Zikri namanya. Boboy, hokay..! Not gigirl! Tapi, bulu mata dia... cer tengok... cer tengok... humangaih! Lentik tahap gaban, dowh..! Macam pakai Maybelline Wonder Curl la pulok kan... Mata lak bulat2 bajet mata Heliza AF. Jap, aku close-up.








~ Hah! See2!!! Lentik kan? Lentik kan? Jeles ah kak tau! Sebab aku jenuh la pakai mascara ngan curler bagai... Tapi, haub jer... Hu3...

Total makan hari tu adalah 150 hengget, makan 8 orang. Murah ke mahal tuh, ek? Ah kak fail bab perbandingan harga nih! Plus, subjek Matematik dapat 4B jer masa SPM dolu... Ha3... Motip..??! ;P

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google