SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label WEEKEND. Show all posts
Showing posts with label WEEKEND. Show all posts

Sunday, September 6, 2020

'WITHDRAW' BALIK TAU!

Seperti yang dijanjikan, Kanda tolong cekkan tayar Iriz A_bern. Kalau nak harap Sis, memang sampai ke sudah Sis renung je la tayar tu. Tiada berkesudahan. Ha3...

Tuan Iriz jadik mem kat belakang. Bonding dengan Nenek.

 Condition tayar: Checked

Minyak kereta: Checked

Setel.

Hajat nak pekena dessert Mykori. Tak kesampaian. Sebab full house. Ditambah dengan queue. Memang terbantutlah nawaitu. Hu3...

Takpelah. Next time, maybe... 

Kepada A_bern... dana yang nak dibelanjakan untuk Mykori tu, mohon dibawa ke hadapan. Tak pun, simpan hellok2 dalam tabung ayam. Nanti2, esok2, bulan2 depan, kalau balik kampung lagik, 'withdraw' balik. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, August 31, 2020

DARI BERGOLEK KE MENAIP ENTRY

Mendung petang ni. Gaya macam nak hujan. Guruh pun dah mula 'bersuara'. Takpelah... Syukur kalau hujan turun. Sejuk sikit bumi Teluk Intan. 

Sis bosan. Dari tadi bergolek2. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Sesekali, tengok tv. Dari Bidadari Kiriman Tuhan, membawak ke Property Brothers membawak ke Escaping Poligamy membawak ke My Haunted House. 

Tang My Haunted House tu Sis cemas. Gigih nak tengok tapi, always cemas! Ha3...

Dan sebab tu lah Sis tengok tv sambil tulis entry blog. Untuk kurangkan rasa cemas, kononnya. Kadang2 dengor audio je. Nasib baik result MUET Sis band 5. So, paham la jugak kalau tak tengok subtitle. Eceh! Ha3...

Sis sambung kesah aktiviti hujung minggu with family, ye. ;)

Dari Taman Rekreasi Gunung Lang ke AEON Kinta City. Kami nak lunch di Johnny's Restaurant.

Banana Split untuk Rifqi & Rania.

Soup & tom yam steamboat

Lapor tapi, still gigih nak selpie.

The 3 Gorgeous. Ha3...

Dah kenyang, kami pun pulang. Musim2 COVID-19 ni, macam buntu pulak nak pikir ke mana nak berjimba?! Lagi2 kalau port yang kita nak singgah tu crowded. Terus terbantut nawaitu. Hu3...

Takpelah. Berkorban rasa sikit. Sebab kesihatan lebih penting dari keinginan tu. 

Sama2lah #KitaJagaKita, ye u ols... 

 

:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::

 

 

Tuesday, August 20, 2019

#SISTERHIBOR

Jeti Bagan Datuk.

Tak plan pun. Spontan. Idea asal daripada Kanda. Takde ketetapan masa. Aci, lepas Asar, siap, chow. Aaa gitchew..!

~ Hormon gembira sangat, u ols..! Ahaks3...

Pergi Sungai Manik dulu, amik Mother. Even Mother pun tak tau yang destinasi tujuan adalah Jeti Bagan Datuk. Membebel2 beliau bila dah tau sebab bawak handbag kecik biasa2 je katanya... Ha3... #SisTerhibor dengan statement Mother tu tau..! ;D 

~ Makan soto ayam & daging kat pasar malam. Not bad la...

~ Sate ayam & daging. Damai je masuk dalam perut.

~ Mother kata, beliau lapor. Reason: Malas masak. Ha3... #SisTerhibor lagi dengan statement Mother. ;D

Nice jugak la Jeti Bagan Datuk ni. Ada pasar malam, surau, public toilet, masjid, dataran tempat lepak & food truck. Boleh la untuk chill2 layan angin sepoi2 bahasa sambil tengok macam2 ragam manusia.

~ Lepak sampai malam.

~ Acah2 kapal Titanic pun ada. Kat belakang tu, haaa..!

~ Kanda sewa menatang nih, e-bike.

~ Jaga2 Abang Romlee! Cik Salmah nak merempit nih! Ha3...

~ 'Kenderaan berat.' Ha3... 

Boleh dijadikan aktiviti hujung minggu. Especially kalau rindu kat soto pasar malamnya. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, October 10, 2013

PERUT YANG MEMBULAT

Tajuk suspen wooo..! Hiks...

Weekend lepas la... we ols berjalan2 carik pasal. Bawak Mak & Nenek. Gerak hari Jumaat, malam. 

Eh, belum cerita lagik, ek nak ke mana? Haish! Yappedaaa..?!! ;P Plus, apa ke pulak kaitannya dengan 'Perut Yang Membulat' tuh? 

Sabor2... Bawak bertendang. Baca dulu sampai khatam, baru tau apa cerrr... nya! ;P

Nak ke rumah Uda, actually. Mak ajak. We ols is ok jerrr... Kebetulan my 'sayang' tak berapa busy kan... Why not?! 

Eceh! Cakap omputih pulak dia. He3...

Singgah RNR Ulu Bernam je... supper. Then, teruskan perjalanan...

Sampai rumah Uda kat Sungai Buluh dalam pukul 10++ malam. Uda dah siap masak. Ada nasik putih, ikan masin goreng, sambal ayam & sup ayam. Heavy supper untuk kali ke-2. Owh3...

Tak payahlah nak rasa menyesal. Anggap je setiap suapan yang membawak ke 2 pinggan tu sebagai menjaga hati Uda. Kesian Uda penat2 masak kan... Va3..!!! Ayat reverse psycology dah keluar dah. Ha3...

Esoknya, Nenek ajak ke rumah Andak pulak. Lunch kat rumah Andak. Nasik putih, ikan tuna masak taucu, sambal ayam, ayam goreng berempah & taugeh tumis. Terbahek dari ladang..!

Pukul 3 petang dah gerak balik ke Teluk Intan. Tak boleh nak bersuka-ria sampai hari Ahad sebab my 'sayang' ada kerja. Takpe. Jadik la tu... Next2 time, boleh jalan2 lagik. In shaa Allah... ;)

Bulat betul perut kitorang walaupun tak sampai 2 hari berjalan2. Dah makan je kerjanya! Kalau lebih dari 2 hari, macam mana la agaknya keadaan perut? Doraemon pun takmo kawan kot! He3...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, October 9, 2013

HARI MINGGU YANG BEKERJA

Tajuk entry tu macam rajin sangat... macam pekerja cemerlang sangat kan... Padahal... *tddmka*

Hadoi! 

Sumpah, tak rajin kalau bab2 nak kena bekerja di hujung minggu nih! Mencik! Tapi, 'Saya yang menurut perintah,' kan... Turun padang jugak la... Tsk3...

~ Pejam mata je tau tengok tarikh kat slide tuh. Lama punya cerita. Tau... Gasakkan je... ;P 

Dalam dok berchenta tak kose nak bekerja di hujung minggu tu, muka kitorang jugak la yang sampai awal. Means, muka2 srikandi negara (pompuan) gitu..! Sifat pompuan kot... mulut kata lain, hati kata lain, perlakuan pun ke lain. Eh, betul ke teori ah kak nih? Ha3... Gasakkan lagik..! ;P

~ Menggediks dengan Puan Athirah. Port pun kat belakang sekali! Rasa tenang sikit nak menggediks. Ahaks3...

Nama event adalah Lawatan Kerja Ke Koperasi Orang Melayu Kerajaan (SKOMK) Perak Berhad. Maknanya, kami bukanlah tuan rumah. Yang tuan rumahnya adalah koperasi seperti yang tersebut di atas tu, haaa..! Kami sekadar pemerhati merangkap pemeriah majlis gitu..!

~ Ada liputan dari media jemputan, RTM.

~ VVIP of the day... YB Drs. Mohd Nizar bin Zakaria (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Perak).

Program habis dalam pukul 5++ petang. Ada makan2 sikit. Spaghetti bolognaise dia sodap... roti jala cicah kari ayam sodap... castard pudding cocktail sodap jugak... veges samosa dia pun sodap! Haish! Pendek kata, semuanya sodap2 belakalah! & semua pun ah kak rasa. 

Memang dasar... sangat kan? Dasar pemakan yang jitu! Ha3...


:: Like3, ek! ::



Saturday, April 13, 2013

ANGIN RAJIN SUDAH MARI...

Dah siap mandi, dah wangi2... Awwsss2..!!!

Sepatutnya, hari ni aku malas! Malas ya ampon... kot! Bajet nak tido je. Tapi, lepas my 'sayang' keluar mencarik rezeki demi sesuap nasik... (ecewah! Ini semua poyooo..!!! Ha3...) terus rasa macam nak kemas rumah. Maknanya, angin rajin sudah mari...

Angin rajin ah kak ni memang sukar dijangka. Bila tengah betul2 malas pun dia boleh datang. Aci sukahati dia je kan... ;P

1 rumah aku operasikan. Kemas2, mop2 bagai... 

Syiok je mata bila tengok rumah dah handsome. Baru la boleh berblogging dengan aman & tenteram. Peace, bebeh! Peace! He3...

Pukul 12 tengahari tadi, aku roger2 Mak sebab kengkononnya nak ajak Mak lunch kat luar. Tapi, Mak kata Mak nak pergi kenduri kahwin ngan geng surau. Makanya, tak jadik la aku nak mengdating dengan Mak... 

Kejap lagik nak masak maggi kari telur + sayur untuk lunch. Dah kreok3... jugak dah perut comel nih. 

Bawak bertendang, ye Encik Perut... Kejap lagik, kita sumbat maggi. Tungguuuuuu....... He3...


:: Like3, ek! ::



Saturday, March 9, 2013

AKTIVITI TERTUNGGAK

Assalamualaikum... Wah, feeling2 ustajah pulak! 

Selamat pagi, you ols..!

Selamat berhujung minggu... Selamat bercuti... Selamat berehat... & selamat apa lagik, ek? Errr... selamat semuanyalah! ;P

Aku lonely lagik... Hari ni my 'sayang' deal dengan 2 kerjaya. Pepagi dia jadik petani moden. Belah2 tengahari kang dia turun site pulak. Monitor projek buat pavement jalan. Alhamdulillah... rezeki kan...

Tapi, kadang2 aku bebel2 jugak sebab bukan apa... risau takut my 'sayang' tak cukup rest. Paksa jugak dia curik2 masa untuk berehat. Alaaa... bebel2 manjas je kot... He3...

Hmmm... tak tau nak buat apa la... Boring pun ye gak nih! Yang pasti, aku tak mandi lagik. Ha3... Hadoi!

Kejap lagik aku nak vacuum hall kot... Lepas tu basuh baju. Kemudian, basuh & susun2 pinggan... Lipat kain lagik... Eh, macam banyak pulak aktiviti tertunggak kan..! Ha3...

Tapi, masih tak sedar diri. Erkkk! ;P


:: Like3, ek! ::



Sunday, March 3, 2013

BERKELUBUNG DALAM SELIMUT??? OWH... NEHI3!!!

Morning, you olsss..!!! ;)

Walaupun weekend tapi, aku gigih bangun awal hari ni tau! Eh, pukul 8 pagi tu consider awal ke tak, ek? Ha3...

Ntah la... Malas pulak nak berkelubung dalam selimut hari ni. Hmmm... rindu kat blog kot... He3...

Plus, tinggal sorang2 kat rumah memang membosankan. My 'sayang' pagi2 lagik dah keluar. Dia kan banyak kerjaya... Kontraktor hebak, petani moden, pekebun cemerlang bagai... He3... Nak jugak tambah perkataan 'hebak, moden & cemerlang' tu kan... ;P Lelaki perkasa betul! Ha3...

Hari ni turn jadik pekebun cemerlang. 'Opis hour' my 'sayang' masa jadik pekebun cemerlang adalah 7 pagi sampai 3 petang. Maknanya, petang kang la baru aku dapat menatap balik wajah kesayangan hamba tuh. Touching la pulak! Hu3... Tapi, my 'sayang' akan call. Normally, pukul 12 tengahari la... Soklan wajib my 'sayang' adalah...

"Aaby dah lunch? Lunch apa hari ni? Bla3..."

So sweettt..! Risau sangat pasal perut bini dia nih. Takut keboolatan bini dia hilang kot... Ha3...

Sepatutnya, aktiviti hari ni adalah mengemas rumah. Tapi, dah tercapai lappy dulu kan... Achanerr tuh? Ha3... Maka tergendala la aktiviti mengemas rumah... 

Takpe kot sebab kerja2 mengvacuum dah siap buat dah hari tu dengan my 'sayang'. Tinggal nak lipat2 kain baju yang dah macam Gunung Kinabalu tuh & tukar cadar. Sap2 soi je siap nanti tu kot... Positif, bebeh! Positif! Heh3...

Korang pulak, how's your day? Apa agaknya aktiviti korang hari ni kan? Cer citer... Cer citer... ;)


:: Like3, ek! ::



Sunday, March 18, 2012

KRUK KRAK KREK...

Nak berblog & berbloghopping. Tapi, keadaan perut tak mengizinkanlah. Lapor!!!

Belum breakfast lagik. Kruk krak krek dah sound effectnya. Adeh3...

Buat brunch je lah. Sekali harung! 

Nasik putih + kari telur + sambal kicap + cauliflower goreng tepung pun macam terbaik jugak kot kan? 

Well... wait & see! ;)


:: Like3, ek! ::

Tuesday, February 14, 2012

INJECTION KAT MONTOT SAMADENGAN... OUCHHH!!!

Weekend aku kali ni tak berapa nak tenteram & damailah. Start hari Jumaat, aku dah rasa lain macam. Petang terus tak masuk opis sebab kepala ni tetiba je ting tong! Sakit kepala, owh..!

Lepas telan Panadol Actifast, terus 'pengsan'. Pukul 6 p.m baru terhegeh2 nak mandi semayang bagai... Hu3...

Petang tu, my 'sayang' amik mak sebab mak nak bermalam kat rumah aku. Nasib baik mak dah siap bawak makanan untuk dinner. Kalau tak, memang tapau kedai je lah... Tak larat kot ah kak nak memasak. Tapi, bab makan larat la pulak! ;P

Pagi Sabtu, lepas hantar mak balik, aku & my 'sayang berdesup ke rumah mertua sebab abah ngan my MIL nak ikut rombongan ke Langkawi. Sepanjang weekend tu jugak, aku 'bermastautin' sekejap kat rumah mertua sebab nak temankan Jijah.

Hari Ahad, my 'sayang' ajak ke rumah mak sebab nak setelkan dinding & tingkap rumah mak part 2. Plus, aku dah plan awal2 nak makan ramai2 kat rumah mak. Dah siap2 roger abang sehari sebelum tuh. Mak pulak, terus ajak nenek, Mak Yang + Ana & Mak Lang join sekali.

Mak masak asam pedas ikan termenung, ikan termenung + cencaru goreng, sambal goreng, jantung pisang rebus & kacang panjang tauhu tumis. Sodap tak hengat kot! Marvellous!!! ;)

Lepas makan, konon2 nak relax sambil mentido la kan... Tapi, tak dapeklah! Sebab tetiba je badan ngan kepala gatal2. Aku bawak mandi pun still gatal2. Bila aku tengok kat cermin, rupa2nya penyakit lama datang balik. Alaaa... penyakit allergic aku tu la... My 'sayang' ajak pergi klinik tapi, aku kan sungguhlah allergic bila dengor perkataan 'klinik'. Sampai dah teruk, baru hegeh2 nak ke klinik. Sempat la kena tarbiah ngan my 'sayang' & mak. Sob3...

~ Nampak tak yang macam rashes kaler merah2 tuh? Haaa... tu la rupa penyakit allergic gatal2 aku tuh. Giler gatal, hokay..! Dah macam beruk kena belacan dah aku dok tergaru2. Hu3...

~ Dah 2 kali repeat pergi klinik. Ni semua ubat2 yang aku kena telan. Tensenlah asik kena makan ubat jer... Tak suka, dowh..!

~ 2 hari aku dapat mc. Bermakna, 2 hari dah aku tak datang opis. Kalau cuti tanpa disertai dengan penyakit, memang heaven la kan... Tapi, ni tak... dapat mc sebab kena allergic + kena makan ubat yang super pahit tuh. Coi betullah!

Dah lama kot aku tak kena penyakit allergic nih. Sekali kena, terus ke tahap dasat! 1 badan ko bengkak2! Ngan muka2 sekali sembap! Mata jadik sepet macam opera Cina je aku tengok. Terjejas kecomelan ah kak tau! Uhuks3...

Masa pergi klinik, instead of kasik ubat untuk dimakan, doktor jugak kasik injection kat montot. Giler sakit, derrr..!!! Sengal2 montot ah kak tau! Tsk3...

So far, macam dah kurang sikit la bintik2 merah yang gatal tuh especially yang kat area muka & kepala. Tapi, yang kat area tangan, paha & kaki ni yang pandai on-off. Kejap2 dia hilang, kejap2 dia timbul balik. Haish! Geram!!!


:: Like3, ek! ::



Sunday, October 23, 2011

WEEKEND & MENANGIS AIR MATA DARAH!

Hai, you ols..! 

Buat apa tu? Eh! Klisenya lah soklan kan? He3...

Aku seperti biasa lah... memandangkan dah beberapa malam tak mengadap lappy, memblogging, malam nie mau kasik balas dendamlah. Nak kembali mencanak2kan entry + mengauto-publishedkan entry. Kalau keadaan mata nie mengizinkan la kan...

Sebab ah kak pun baru jer balik dari rumah mak. Weekend kali nie memang hectic tapi, giler best sebab berhulla hup dengan keluarga terchenta gitu..! Tak dapat digambarkan tahap kebest-annya. Best tak terhingga yaariibaaa2, bebeh! Ha3...

Kesah aktiviti weekend yang best tu, nanti aku kepohchi dalam next entry, ek? Kalau nak tau, kena rajin2 la jenguk blogungukechentaan ah kak nih. Ecewah! ;P

Errr... korang tengah buat apa, ha? Eh! Soklan klise lagik! Ha3...

Alaaa... saja jer tanya... Malam nie kan Manchester United (M.U) vs Manchester City (M.C). M.C dah sumbal gol sejibik tapi, M.U... apa pun tak boleh!!! Mau menangis air mata darah abang aku baca statement nih. Ha3...

Mahap3..!!! ;P


:: Like3, ek! ::

Wednesday, October 19, 2011

BALIK KAMPUNG... MAKAN PELAM... HANTARAN... TIDO... BLA3...

Sabtu lepas...

kitorang balik kampung. Kampung Parit 5 merangkap rumah mertua. Dah lama kot tak tido sana. So, balik kali nie adalah sekali dengan bermalam. 

Adik2 ipar ngan biras yang di perantauan tuh, cuma Awa, Roy & Udda jer yang balik kampung. Tapi, aku tak sempat jumpa Awa ngan Roy sebab diorang dah balik Kuala Kangsar, rumah Roy. Secara automaticnya, Qistina pun takde. Maka sunyilah suasana... Hu3...

Takde apa aktiviti sangat kat rumah mertua selain dari makan nasik... tido... makan buah mempelam... Eh! Buah mempelam tengah mencanak2 berbuah skang nie tau! Pelam telur... pelam putih... kuini... macam2 adolah! Agak2 teringin, aci petik2 jer. Heaven... ;D

Belah malam, temankan Udda buat decor2 hantaran untuk Dadi. Dadi bakal bertunang on 29 October nih. Tapi, aku bukan expert sangat bab2 mendecor2 nih. Aci kata, 'Yes... No... Alright... Thank you...' jer... He3...

Hari Ahad... diorang sume pergi kebun kecuali aku & Udda. Apa lagik..?! Kami berdua bantai tido sepuas2nyalah! Nak2 pulak hari tu hujan lebat. Perrgghhh!!! Pukul 9 a.m start tido, pukul 1.15 p.m baru aku bangun! Dasat tak? Dasat tak? Ha3...

Bangun tu pun sebab nak masak la kengkononnya kan... Masak sama2 ngan Udda. Buat sambal tumis ikan bilis ngan ikan gerut2 goreng. Hokay la tuh! Kan3..??? Ngeh3...


:: Like3, ek! ::


Saturday, October 8, 2011

PAKEJ SARAPAN LENGKAP

Morning, you ols..! Eh! 11 ++ a.m still consider as morning kan? He3...

Well... aktiviti hari nie adalah seperti berikut:-

:: 6.45 pagi-Terkocoh2 baru nak semayang Subuh. Ooppsss! He3...
:: 7.00 pagi-Landing kat sofa sambil layan Diva Universal. My 'sayang' plak mandi. Bini dia, malas nak mandi. Ha3...
:: 8.15 pagi-Sarapan pagi. Tak kose nak main masak2! Aci tapau jer. Biasa la... kitorang nie kan antara yang sker memajukan perniagaan Bumiputera. Ha3...
:: 8.40 pagi-My 'sayang' keluar bekerja. Aku plak sambung tengok tv. Lepas tu tido. Lepas tu tengok tv balik. Tido balik. Bla3... ;P
:: 10.00 pagi-Bangun tido. On lappy, browsing & blogging.
:: 11.00 pagi-Ada orang bunyikkan hon kereta. Terkejut ah kak, noks! Jenguk2... alah hai! Rombongan abang aku rupanya! Siap bawak mak sekali! Cepat2 larik masuk bilik, carik baju yang sopan menutup aurat sket. Tau jer la... kalau kat rumah sememangnya imej adalah super sexy! Awwsss!!! Ha3...
:: 11.30 pagi-Mak, abang, Kak Yong & Cik Odah balik. Aku??? Sambung blogginglah, derrr..! La3...

~ Ini lah pakej sarapan lengkap untuk hari ini. Roti canai + kari ayam, mee takde mee, surat khabar Berita Harian & Ho3... Horlicks, ek..! ;P

Dah nak dekat tengahari. Malasnya nak masak untuk lunch. Puasa jer la kot, ek? Hu3...


:: Like3, ek! ::

Sunday, August 21, 2011

TIDO SAMPAI LEBAM!!!

Mentido tak hengat aku hari nie, noks! Dari lepas sahur membawak ke pukul 11 a.m ko! Haish! Buruknya perangai!!! 

Sila jangan tiru macam saya, ye! Sebab not good sangat2! I admit! Even aku dah insap dah skang nih... Kembali ke pangkal jalan... Sob3...

Poyos!

Bangun-mandi-touch up cun2 sket di depan cermin bajet Rozita Che Wan (Ahaks3...)-capai lappy-terus berblogging. Itulah rutin ah kak setakat nie...

Kepala macam ting-tong sket sebab tadi tido sampai lebam kata ko! Adeh3... 

Korang plak, buat apa hari nie? Ada agenda speselkah? Ke mentido sampai lebam macam ah kak jugak? ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



Thursday, August 11, 2011

MEMBODEK KATA KO!!!

Minggu nie merangkap hari Sabtu nie, ada orang bermurah hati nak belanja berbuka puasa. Yahooo..!!! Best2! Rasa nak kenyit2 mata sambil melompat2lah! Ahaks3...

Belanja makan, babe..! Siapa yang tak nak?! Rejeki, noks! Rejeki! Ha3... Terasa over la plak! ;P

Hari Ahad plak, berkemungkinan besor we ols akan ke Ipoh. Nak mencarik baju raya, tema belah family mertua. Dolu kata nak kaler coklat. Tapi, aku macam tak sodap hati jer nak beli awal2. Sebab taste mereka nie cepat benor berubah! So, K.I.V dolu. 

Last weekend, masa persidangan keluarga Pak Usop (abah) & Mak Bainah (my MIL) yang dihadiri oleh anak2 + menantu + bakal menantu + cucu, maka 1 keputusan telah dibuat. Sebulat suara pilih kaler purple. Owh... ah kak memang of cos la LIKE3!!! La3...

So, misi hari Ahad adalah mencarik kain ela berwarna purple. Plus, mak pun dah berzikir banyak kali, suh beli cepat2. Lambat2 kang, mak dah malas nak jahit dah. Adeh3...

Hokay! Tu jer perancangan agenda untuk weekend nih. Harap2 sumenya berjalan lancar. 

p/s: Ehem2!!! Bila KAK ANEEM kata nak belanja berbuka puasa, terus jer nak kata, 'Eh! Kak Aneem nie santeklah!' Muahaha... Bodek, jangan tak bodek!!! ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



Monday, November 15, 2010

PAGI2 DAH TERJAH HARDWARE

Weekend aku kali nie, taklah sebusy yang lepas2. Ade 1 hari busy & ade 1 hari santai... Kira ok la tu kan... Kalau busy2 sangat pun tak best jugak & kalau santai2 jer pun macam boring plak. Nie kira sedang2 eloklah.

Pagi Sabtu, kene bangun awal sebab aku kene anta my 'sayang' ke umah mertua. My 'sayang' nak sambung keje2 buat stor abah. Lepas chit-chat kejap ngan my MIL, aku mintak diri sebab nak ke umah mak lak. Mak kata nenek mintak tolong bawak shopping.

Skang nie payah sket la nak keluar sker2 hati macam dolu if my 'sayang' ade keje. Sebab aku kene anta my 'sayang' dolu then, baru keluar. Keta tinggal sejibik jer sebab Cik Kan kan injured... Kitorang plan instead of pasang cermin, nak jugak betul2kan mende2 lain mane yang dah weng2 tuh. Peruntukan tak menyebelahi kitorang lagik. Kene hold dolulah.


~ Hokaylah! Back to topic. Sebelum ke umah mertua, we ols ke hardware sebab my 'sayang' nak beli something untuk keje2 stor tuh. Quite awal gak la kitorang keluar. Jalan pun lengang lagik.


~ Aku dok dalam keta jer. Mem katanye kan... Ahaks3...


~ Isk3... Lame plak my 'sayang' nie berurusan. Dah tak kose dah nak posing. Hu3...

Selepas sumenye selesai, we ols terus jalan2 carik breakfast. Lapor, babe..! Nak tau kitorang breakfast katne? Alaaa... tak rock la kalau aku bagitau kan... Cer teka..?! Heh3...

Monday, March 22, 2010

'TEMAN2' DI UJUNG MINGGU...

Happy Monday, you ols... Sihatkah? Harap2 sumenye oklah, ye! Jangan Monday blues sangat, hokay! Life must go on. Jadik pakar motivasi plak! Hiks...

Ujung minggu aku sebelum nie asik citer pasal aktiviti luar jer kan... Attend kenduri kawen la... balik kampong la... Tapi, kali nie, ujung minggu aku bese2 jer. Tak ke mane2 sangat la... Setakat kuar jogging tu adolah. Yang nie, later la aku citer, ek! Sebab aku nak citer dolu pasal peneman aku di ujung minggu.


~ Ujung minggu aku kali nie ditemani oleh mende2 kat atas nih iaitu penyapu & penyodok sampah. Sebab aktiviti aku pas bangun tido adalah mengemas umah. Maka, gigih la aku terbongkok2, terkial2 menyapu sampah & mengemas hape2 yang patut except laundry. Sebab tu di bawah pengurusan my 'sayang'. Aku nak tolong handle bab laundry nih, dah suh pon beliau sub-kan kat aku... tapi, my 'sayang' tak kasik campor tangan. Tu adalah di bawah kepakaran beliau... katanye... Ahaks3... Sila pecaya bulat2, hokay! ;P


~ Instead of, aku jugak mengesahkan bab baju2 yang tak berlipat nih. Dah cam Gunung Kinabalu dah aku tengok. Bile mak aku datang jer, kaw2 aku kene tarbiah bab kain-baju nih. Aku wat muka seposen jer sambil bagi alasan, 'Alaaa... mak... Wanita berkerjaya memang la camnie. Bz b jer...' Ha3...

Skang umah aku dah kembali normal. Bukan lagik seperti dilanggar garuda. If my 'sayang' berani2 wat sepah, aku babap jer tangan beliau! Aku wat takpe... dibenarkan... Muahaha... Larikkksssss...!!! ;P


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google