SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, August 31, 2020

DARI BERGOLEK KE MENAIP ENTRY

Mendung petang ni. Gaya macam nak hujan. Guruh pun dah mula 'bersuara'. Takpelah... Syukur kalau hujan turun. Sejuk sikit bumi Teluk Intan. 

Sis bosan. Dari tadi bergolek2. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Sesekali, tengok tv. Dari Bidadari Kiriman Tuhan, membawak ke Property Brothers membawak ke Escaping Poligamy membawak ke My Haunted House. 

Tang My Haunted House tu Sis cemas. Gigih nak tengok tapi, always cemas! Ha3...

Dan sebab tu lah Sis tengok tv sambil tulis entry blog. Untuk kurangkan rasa cemas, kononnya. Kadang2 dengor audio je. Nasib baik result MUET Sis band 5. So, paham la jugak kalau tak tengok subtitle. Eceh! Ha3...

Sis sambung kesah aktiviti hujung minggu with family, ye. ;)

Dari Taman Rekreasi Gunung Lang ke AEON Kinta City. Kami nak lunch di Johnny's Restaurant.

Banana Split untuk Rifqi & Rania.

Soup & tom yam steamboat

Lapor tapi, still gigih nak selpie.

The 3 Gorgeous. Ha3...

Dah kenyang, kami pun pulang. Musim2 COVID-19 ni, macam buntu pulak nak pikir ke mana nak berjimba?! Lagi2 kalau port yang kita nak singgah tu crowded. Terus terbantut nawaitu. Hu3...

Takpelah. Berkorban rasa sikit. Sebab kesihatan lebih penting dari keinginan tu. 

Sama2lah #KitaJagaKita, ye u ols... 

 

:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::

 

 

4 comments:

Warisan Petani said...

Selamat menjamu selera

Azhafizah MN said...

Betul. Kalau tempat ramai orang memang terbantut niat tu nak pergi. Duduk rumah je la buat apa yang patut. Itu pun kadang mood beralih arah. huhu

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Warisan Petani,

tq.. ;)

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Azhafizah MN,

haa.. kan.. seriau kalau redah gak! +, prevention is better than cure.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google