SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label KANDA. Show all posts
Showing posts with label KANDA. Show all posts

Sunday, September 6, 2020

SUNSET DI SAWAH

Sunset...

Korang ingat kat pantai je ada sunset. Kat sawah padi pun ada, u ols. Kalau kena timing, cantek dia, fuh! MasyaAllah... Onz dia, tahap tokleh bawak bincang, oii..!

Sawah padi Kanda.

An evening in Kampung Mertua. Eceh! ;P

Hah, amek! Sunset di sawah.

Keinginan kata, memanglah syiok & terbaik kalau dapat tengok sunset kat pantai. Tepi laut. Sambil dengar bunyik ombak. Pokok kelapa meliuk-lintuk. Angin sepoi2 bahasa. Owh... heaven...

Tapi, kena bawak bertenang dulu. Walaupun boleh je nak ke sana ke mari tapi, aku sejenis yang mudah cemas! Nak pergi mana2, banyak 'case study' yang aku akan buat. Peak season ke idok. Crowded giler ke idok. Penginapan tu mementingkan kebersihan ke idok. Bla3...

Biarlah orang nak kata Sis poyo / overthinking / apa2. As long as Sis tau apa yang terbaik untuk Sis & Kanda. Plus, prevention is better than cure kan...

Peace.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, August 31, 2020

DARI BERGOLEK KE MENAIP ENTRY

Mendung petang ni. Gaya macam nak hujan. Guruh pun dah mula 'bersuara'. Takpelah... Syukur kalau hujan turun. Sejuk sikit bumi Teluk Intan. 

Sis bosan. Dari tadi bergolek2. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Sesekali, tengok tv. Dari Bidadari Kiriman Tuhan, membawak ke Property Brothers membawak ke Escaping Poligamy membawak ke My Haunted House. 

Tang My Haunted House tu Sis cemas. Gigih nak tengok tapi, always cemas! Ha3...

Dan sebab tu lah Sis tengok tv sambil tulis entry blog. Untuk kurangkan rasa cemas, kononnya. Kadang2 dengor audio je. Nasib baik result MUET Sis band 5. So, paham la jugak kalau tak tengok subtitle. Eceh! Ha3...

Sis sambung kesah aktiviti hujung minggu with family, ye. ;)

Dari Taman Rekreasi Gunung Lang ke AEON Kinta City. Kami nak lunch di Johnny's Restaurant.

Banana Split untuk Rifqi & Rania.

Soup & tom yam steamboat

Lapor tapi, still gigih nak selpie.

The 3 Gorgeous. Ha3...

Dah kenyang, kami pun pulang. Musim2 COVID-19 ni, macam buntu pulak nak pikir ke mana nak berjimba?! Lagi2 kalau port yang kita nak singgah tu crowded. Terus terbantut nawaitu. Hu3...

Takpelah. Berkorban rasa sikit. Sebab kesihatan lebih penting dari keinginan tu. 

Sama2lah #KitaJagaKita, ye u ols... 

 

:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::

 

 

Thursday, August 20, 2020

SIS & CEMAS BERPISAH TIADA

Norma baharu...

Ada macam2. Mohon jadikan rutin & kebiasaan. Demi kemaslahatan bersama.

Face mask. Social distancing. Sampai ke cara nak order dine in untuk Pizza Hut pun ada norma baharu.

1st time kami dine in di Pizza Hut sejak PKP & PKPP. Sumpah, tak tipu! 

Install lah. Scan QR code lah. Fuh! Nasib baik dengan Kanda. Kalau sorang2, kompom Sis cemas! Ha3... 


Dine in untuk lunch.

Soy Milk untuk Sis yang mudah cemas. He3...

 

Alhamdulillah... syukur nikmat.

Bila dah kenyang, Sis dah tak cemas. Hellokkk...... pergi dia..! Ha3...

 Jaga diri.

Patuhi SOP.

Sis pesan ikhlas ni tau! Hwaiting! ;)

 

:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::

 

 

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google