SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label RUMAH UDA. Show all posts
Showing posts with label RUMAH UDA. Show all posts

Friday, October 3, 2014

BERBORAK TAHAP JEJAK KASIH!

#throwback

Aku nak ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Nak attend Hari Koperasi Negara 2014.

Kronologinya begini... gerak petang Jumaat, transit kat Sungai Buluh, rumah Uda. Pagi Sabtu terus ke Ukay Perdana, rumah Kak Ja. Sebab Kak Ja dah balik rumah dia yang kat Ukay Perdana tu petang Jumaat jugak. Kemudian, carpool dengan Kak Ja ke Kuala Pilah.

Of courselah bukan aku drive sendirik ke Sungai Buluh & Ukay Perdana. Memang tak & memang akan ke lautlah! My 'Jebat' yang hantar. Mak join sekali sebab nak jenguk adik-beradik dia (Uda & Andak). Maknanya, lepas ke Ukay Perdana, My 'Jebat' & Mak akan terus ke Segambut pulak, rumah Andak. 

~ Ini dekat R&r Ulu Bernam. 

~ Lepas supper, dua2 jadik ting tong. Ha3...

Pukul 11 malam, baru kaki jejak kat rumah Uda. Uda siap masak nasik kot..! Plus, itu memang kebiasaan bila kami bagitau nak datang. ;)

Lepak2 kejap sambil minum kopi, kemudian baru makan nasik. Bau sambal ayam berkicap tu menusuk2 ke lubang hidung sangat..! Tak sampai hati pulak nak biar perut ni kempunan. Ha3... 

Lepas makan, sambung borak lagik. Kemudian, sorang2 hilang dari pandangan. Dah mula masuk tido. Kecuali Mak & Uda. Dasat betul tahap ketahanan mata diorang! Memasing dah amik bantal, baring2 pun still ghalit berborak. Ntah pukul berapa aku terjaga ntah... still dengor Mak & Uda dok berborak lagik. Esoknya Mak bagitau, pukul 4 pagi rupanya baru diorang tido. 

Perrgghhh!!! Berborak tahap jejak kasih nih! He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, February 25, 2014

KRONOLOGI PERCUTIAN SPONTAN

Petang Khamis ke KL (HUKM) ziarah Mak Kerol. Balik Teluk Intan pagi Jumaat (esoknya). Kessahnya ada kat entry sebelum2 ni.

Petang Jumaat sampai pagi Sabtu dapatlah berehat. Sempat jugak mengemas rumah. Vacuum2, laundry & kasik clear habuk2. Sebab tengahari Sabtu nak ke Sungai Buluh pulak, ke rumah Uda. Tujuan utama: Mak nak ziarah cousin Mak yang sakit jantung. So, transit kat rumah Uda lah. 

Nama cousin Mak tu Nanang. Tak tau la Nanang ni pangkat ke apa ke kan... Aku syak ianya adalah pangkat macam Pak Long / Abang Ngah / Tok Su begitu... tapi, versi Jawa. Dah Mak aku suruh panggil Nanang makanya, panggil je lah. Tak baik derhaka. Ecewah! Hiks...

Kronologi #1 (Sabtu) 
Teluk Intan > Rumah Uda (Sungai Buluh) > Ziarah Nanang > Bermalam kat rumah Uda (Sungai Buluh)

~ Traffic alhamdulillah... clear. Nampak apa yang aku spot?

~ Aku dok spot Gen-2 shocking green ni lah! Macam menyerlah sangat di bawah terik2 mentari tu kan... Silau we ols tau! He3...

Kagum dengan orang2 yang sanggup cat kereta diorang dengan kaler2 yang sebegini. Syabas! Anda berani mencurik perhatian! ;)

Hokay... selingan je tu. Back to cerita asal. ;P

~ Singgah RNR Ulu Bernam sebab lapor. Aku makan bakso. 

My 'sayang' dah terjebak dengan asam pedas kat sini. Sodap katanya... Means, sodap untuk kategori 'RNR'. Paham2 je la, ek! ;P

Kronologi #2 (Ahad)
Rumah Uda (Sungai Buluh) > Teluk Kemang, Port Dickson (picnic) > Nilai 3 (shopping) > Bermalam kat rumah Uda (Sungai Buluh)

Sebenarnya, tak plan pun nak ke Port Dickson (PD). Kessahnya... Andak & Mak Yang ada kat Melaka. Diorang roger2 Uda. Uda roger2 Mak. Mak tanya my 'sayang'. My 'sayang' on. Maka terjadiklah percutian spontan. 

Crowded PD hari tu! Macam dah tak nampak port nak berpicnic. Andak roger2, kasik direction sebab diorang dah jumpa 1 port, dekat dengan pantai.

~ Pisang goreng pun bollehhh..! He3...

Port / khemah tu kena bayar tau! 1 khemah = 50 hengget. Ada khemah, a few kerusi & 1 meja kecik untuk letak barang2. Wah, pandai betul diorang bikin bisnes! Hu3...

~ Mak dengan mini jubah & tudung barunya. Mini jubah tu beli semata2 nak ke PD sebab Mak tak bawak baju bersesuaian nak berpicnic. Yang ada semua jubah blink2. Kang orang ingat artis singgah di PD pulak kan... He3...

Aku, my 'sayang' & Mak tak berkubang. Lepak kat khemah sambil chit-chat, makan & tengok orang mandi-manda je. Malaslah! Dah boleh bayangkan betapa crowdednya bila nak bilas badan dengan air bersih kat bilik air nanti. Tak sanggup!

Pukul 3 petang gerak ke Nilai 3 pulak. Ini pun tak plan. Semuanya aci spontan je. Mak Yang kot yang buat usul. My 'sayang' kata ok, aku pun kata yabedabeduuu... lah! Ha3...

Tak kose nak shopping baju / tudung kat Nilai 3. Banyak sangat kedai sampai pitam! Window shopping sikit2 je sebab lutut macam nak tercabut. 'Skru' longgar. Tapi, sempat jugaklah shopping pinggan-mangkuk talam bagai... Buat kenangan... Eceh! Kalau dah namanya pompuan kan... mana tahan tak shopping! Ha3...

Sampai rumah Uda almost 8 malam. Lapor! Uda masak ikan tuna masak kicap. Perrgghhh..!!! Laju2 carik nasik. Buatlah macam rumah sendirik. Ha3...

Kronologi #3 (Isnin)
Rumah Uda (Sungai Buluh) > Teluk Intan

Esok pagi balik. Tak plan jugak sebab plan asal nak balik hari Ahad. Dah terjebak ke PD & Nilai 3, of course la flat! My 'sayang' kata balik hari Isnin je la... We ols menurut perintah je. Hiks...

Nanti nak suruh Mak plan betul2 dengan adik-beradiknya. Boleh la bercuti best2 sikit. Tak terkejut2! ;P


:: Like3, ek! ::



Thursday, October 10, 2013

PERUT YANG MEMBULAT

Tajuk suspen wooo..! Hiks...

Weekend lepas la... we ols berjalan2 carik pasal. Bawak Mak & Nenek. Gerak hari Jumaat, malam. 

Eh, belum cerita lagik, ek nak ke mana? Haish! Yappedaaa..?!! ;P Plus, apa ke pulak kaitannya dengan 'Perut Yang Membulat' tuh? 

Sabor2... Bawak bertendang. Baca dulu sampai khatam, baru tau apa cerrr... nya! ;P

Nak ke rumah Uda, actually. Mak ajak. We ols is ok jerrr... Kebetulan my 'sayang' tak berapa busy kan... Why not?! 

Eceh! Cakap omputih pulak dia. He3...

Singgah RNR Ulu Bernam je... supper. Then, teruskan perjalanan...

Sampai rumah Uda kat Sungai Buluh dalam pukul 10++ malam. Uda dah siap masak. Ada nasik putih, ikan masin goreng, sambal ayam & sup ayam. Heavy supper untuk kali ke-2. Owh3...

Tak payahlah nak rasa menyesal. Anggap je setiap suapan yang membawak ke 2 pinggan tu sebagai menjaga hati Uda. Kesian Uda penat2 masak kan... Va3..!!! Ayat reverse psycology dah keluar dah. Ha3...

Esoknya, Nenek ajak ke rumah Andak pulak. Lunch kat rumah Andak. Nasik putih, ikan tuna masak taucu, sambal ayam, ayam goreng berempah & taugeh tumis. Terbahek dari ladang..!

Pukul 3 petang dah gerak balik ke Teluk Intan. Tak boleh nak bersuka-ria sampai hari Ahad sebab my 'sayang' ada kerja. Takpe. Jadik la tu... Next2 time, boleh jalan2 lagik. In shaa Allah... ;)

Bulat betul perut kitorang walaupun tak sampai 2 hari berjalan2. Dah makan je kerjanya! Kalau lebih dari 2 hari, macam mana la agaknya keadaan perut? Doraemon pun takmo kawan kot! He3...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google