SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label JOHNY'S RESTAURANT. Show all posts
Showing posts with label JOHNY'S RESTAURANT. Show all posts

Monday, August 31, 2020

DARI BERGOLEK KE MENAIP ENTRY

Mendung petang ni. Gaya macam nak hujan. Guruh pun dah mula 'bersuara'. Takpelah... Syukur kalau hujan turun. Sejuk sikit bumi Teluk Intan. 

Sis bosan. Dari tadi bergolek2. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Sesekali, tengok tv. Dari Bidadari Kiriman Tuhan, membawak ke Property Brothers membawak ke Escaping Poligamy membawak ke My Haunted House. 

Tang My Haunted House tu Sis cemas. Gigih nak tengok tapi, always cemas! Ha3...

Dan sebab tu lah Sis tengok tv sambil tulis entry blog. Untuk kurangkan rasa cemas, kononnya. Kadang2 dengor audio je. Nasib baik result MUET Sis band 5. So, paham la jugak kalau tak tengok subtitle. Eceh! Ha3...

Sis sambung kesah aktiviti hujung minggu with family, ye. ;)

Dari Taman Rekreasi Gunung Lang ke AEON Kinta City. Kami nak lunch di Johnny's Restaurant.

Banana Split untuk Rifqi & Rania.

Soup & tom yam steamboat

Lapor tapi, still gigih nak selpie.

The 3 Gorgeous. Ha3...

Dah kenyang, kami pun pulang. Musim2 COVID-19 ni, macam buntu pulak nak pikir ke mana nak berjimba?! Lagi2 kalau port yang kita nak singgah tu crowded. Terus terbantut nawaitu. Hu3...

Takpelah. Berkorban rasa sikit. Sebab kesihatan lebih penting dari keinginan tu. 

Sama2lah #KitaJagaKita, ye u ols... 

 

:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::

 

 

Friday, October 2, 2015

SEPTEMBER YANG INDAH

16 September...

Hari Malaysia merangkap cuti umum. Seluruh rakyat jelata happy sebab dapat cuti free. Mungkin ada yang plan nak bawak family jalan2 ke... balik kampung jenguk parents ke... membongkang qada' tido ke... atau pun, ada jugak yang amik kesempatan keluar dating. Tetttttt......!!! Hiks...

16 September...

Aku bawak Mak keluar beli stok barang basah kat Pekan Rabu #AnakMithali Ahaks3... 

Ramai betul umat manusia! Memasing memanfaatkan cuti dengan mengrestock bahan2 basah kot..! Crowded! Pitam sekejap. Hu3...

16 September...

Birthday #SongJiHyo jadian ni. Ahaks3... Awwsss..! Rasa malu blushing2 pulak bila declare sendirik cenggini. ;P

~ Mak masak tomyam dengan carrot munge2 untuk birthday girl. Nom3..!!! 

Sayang Mak laju2..!!! He3...

Terima kasih banyak2 kepada yang ingat hari lahir & sudi wish kat social media mahupun apps. All your wishes really made my day... Terasa seperti retis fofular pulak. Kahamsamnida... ;P

16 September...

Oppa kata, nak spend time dengan birthday girl. Chill2 & makan2. Owh... ah kak like3 lah! ;D

Lepak kat AEON Seri Manjung. Singgah kedai toys, carik robot baru untuk Rifqi. 

Ntah la... lately ni, Rifqi terlajak manjas dengan we ols. Kalau pergi mana2, musti cakap...

"Nak ikut Acu..!"

Dengan syarat, kereta Papa follow lah. Kalau tak nampak kereta Papa, dia bebel...

"Acu, kereta Papa mana? Tak nampak pun."
"Ada kat belakang tu..."
"Papa jauhlah. Acu la ni, laju shangat. Acu Pendi jangan la bawak laju2."

Dan2 tu Acu Pendi kena tarbiyah. Ha3...

Budak kan cepat bosan kalau lama sangat dalam kereta. Mula la dia tak berapa nak behave. Bila cenggitu, aku suruh tido. Mendengar kata, hokay..! Zikir2 sambil tepuk2 sikit montot dia, tak sampai 10 minit, dah lelap. Daebak tak Acu dia? Heh3...

Sebab tu lah asal jumpa kedai toys yang ada jual robot2, musti aku teringat kat Rifqi. Ultraman & desakse (raksaksa) lah... Transformers lah... cengkadak yang boleh bertukar jadik robot lah... macam2!

Lepas beli robot, Oppa ajak dinner. Try steamboat kat Johnny's Restaurant.

~ Bbq Beef as appetizer. Sodap! & 'hero' malam tu adalah steamboat.

~ Table for 2... ;)

~ Feeling #SongJiHyo sangat..! Ahaks3...

~ Owh... 'my Kang Gary Oppa'... Ko ada..??! Ha3... 

Dapat cuti free (tiap2 tahun, hokay..!)... dapat tomyam best daripada Mak... dapat warm wishes daripada adik-beradik, family & friends... dapat spend time & makan steamboat dengan Oppa...

Semua2 tu jadikan September tahun ni September yang indah untuk aku... & mudah-mudahan untuk tahun2 seterusnya pun cenggitu...

In shaa Allah... Aminnn...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google