SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label ALLERGIC. Show all posts
Showing posts with label ALLERGIC. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

OUCHHH, CENSORED!!!

Badan my 'sayang' naik bintat2 merah. Takde la effect 1 badan. Just kat area perut ngan bontot. 

Dulu, aku yang selalu kena tau. Dari kecik kot. Asal demam je musti naik bintat2 1 badan. Kalau sikit2, dia rasa gatal. Tapi, kalau dah banyak naik 1 badan, dia jadik bisa2 & panas. Jenuh jugak Mak carikkan ubat. Hospital, klinik, even petua2 + perubatan alternatif pun Mak try jugak. 

Pernah sekali tu kan... aku demam naik bintat2 1 badan sampai 2 minggu kot tak datang sekolah. Badan dah kurus melengking sebab langsung takmo makan. Asal makan je muntah... Asal muntah je makan... ;P Yang aku boleh telan adalah buah lai ngan tembikai je. Air pulak aiskrim soda. 

Eh, demand pulak tekak bila demam kan..! Ha3...

Mak aku dah hilang punca dah. Last2, Mak try bawak kat 1 klinik, aku ingat lagik nama klinik tuh, Klinik Ananda. Terbaekkk... lah klinik tuh! Doktor bagus, staff (seorang kakak) pun baik. Aku termuntah kat tempat menunggu dalam klinik tuh. Kakak tu sikit pun tak marah / buat muka hangen! Mak pulak yang cuak! Tapi, kakak tu siap cakap ...

"Takpe, makcik... Musti demam kuat ni. Nanti saya bersihkan."

Lapanploh juta kali Mak mintak mahap kat kakak tuh. Terharu pulak aku. Hu3...

Eh, nak cerita pasal my 'sayang' kan... Terlebih2 pulak cerita aku. He3...

My 'sayang' dah pergi 1 klinik nih, doktor tu kata allergic. Dia kasik ubat makan ngan krim sapu. Nampak kurang tapi, tak hilang sepenuhnya walaupun dua2 ubat dah habis. Aku paksa pergi Poliklinik Dr. Azhar & Rakan2. 

~ Ouchhh, censored!!! Ha3... 

Doktor gigirl tu sangat baik & mesra alam. Kita tanya A, dia jawab A sampai H. Begitu... Aku suka je sebab baru la namanya komunikasi 2 hala. Doktor kata ada beberapa kemungkinan sama ada allergic / fungus infection. Laju2 aku mintak doktor kasik injection walaupun my 'sayang' buat muka sedeh, mintak simpati takmo kene inject. Ha3... Bini dia kan kejam... ;P

Aku ada jugak syak yang my 'sayang' dah terberjangkit penyakit aku yang aku cerita kat atas tuh. Sebab dah banyak kali jugak dia kena. Semuanya lepas kahwin. Masa kecik2 / bujang dia memang tak pernah kena. Aku pulak lepas kahwin memang jarang2 sangat kena sampai aku dah lupa bila last aku kena. Aku tanya kat doktor, ada possibility tak nak terberjangkit? Doktor kata, possibility tu ada.

Cuma aku confuse sikit sebab Doktor Ananda cakap aku bukan allergic / fungus infection. Tapi, lebih kepada sistem badan aku sendirik macam keadaan darah bagai... & aku rasa Doktor Ananda betul sebab aku kena bila aku terdedah pada cahaya matahari / panas lepas tu, berpeluh lepas tu, musti aku demam, naik bintat2. Kalau suhu sekitar aku tak menentu pun boleh kena jugak, macam sekejap aku dok dalam air cond. Kang kejap lagik aku main panas. Confirm kena! Terus je rasa tak sihat.

Hmmm... ntahlah! Yang pasti Doktor Ananda pun kasik injection kat aku. Lepas tu, kalau kena pun takde dah kena 1 badan. Dia effect satu2 bahagian je macam kalau kaki, kaki je... kalau kepala, kepala je... Effect ubat yang dia inject tu kot...

Lama dah aku nak carik Klinik Ananda tuh sebab senang kalau my 'sayang' / aku kena lagik, boleh terus terjah. Tapi, klinik tu dah lama pindah & tak tau pun dia pindah ke mana. Ada rumours kata anak Doktor Ananda pulak yang bukak klinik tuh tapi, still tak dapat dipastikan kat mana. 

Hmmm... korang pernah tak kena bintat2 merah nih? Apa jalan penyelesaian korang, ek? Cer share... cer share...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, February 14, 2012

INJECTION KAT MONTOT SAMADENGAN... OUCHHH!!!

Weekend aku kali ni tak berapa nak tenteram & damailah. Start hari Jumaat, aku dah rasa lain macam. Petang terus tak masuk opis sebab kepala ni tetiba je ting tong! Sakit kepala, owh..!

Lepas telan Panadol Actifast, terus 'pengsan'. Pukul 6 p.m baru terhegeh2 nak mandi semayang bagai... Hu3...

Petang tu, my 'sayang' amik mak sebab mak nak bermalam kat rumah aku. Nasib baik mak dah siap bawak makanan untuk dinner. Kalau tak, memang tapau kedai je lah... Tak larat kot ah kak nak memasak. Tapi, bab makan larat la pulak! ;P

Pagi Sabtu, lepas hantar mak balik, aku & my 'sayang berdesup ke rumah mertua sebab abah ngan my MIL nak ikut rombongan ke Langkawi. Sepanjang weekend tu jugak, aku 'bermastautin' sekejap kat rumah mertua sebab nak temankan Jijah.

Hari Ahad, my 'sayang' ajak ke rumah mak sebab nak setelkan dinding & tingkap rumah mak part 2. Plus, aku dah plan awal2 nak makan ramai2 kat rumah mak. Dah siap2 roger abang sehari sebelum tuh. Mak pulak, terus ajak nenek, Mak Yang + Ana & Mak Lang join sekali.

Mak masak asam pedas ikan termenung, ikan termenung + cencaru goreng, sambal goreng, jantung pisang rebus & kacang panjang tauhu tumis. Sodap tak hengat kot! Marvellous!!! ;)

Lepas makan, konon2 nak relax sambil mentido la kan... Tapi, tak dapeklah! Sebab tetiba je badan ngan kepala gatal2. Aku bawak mandi pun still gatal2. Bila aku tengok kat cermin, rupa2nya penyakit lama datang balik. Alaaa... penyakit allergic aku tu la... My 'sayang' ajak pergi klinik tapi, aku kan sungguhlah allergic bila dengor perkataan 'klinik'. Sampai dah teruk, baru hegeh2 nak ke klinik. Sempat la kena tarbiah ngan my 'sayang' & mak. Sob3...

~ Nampak tak yang macam rashes kaler merah2 tuh? Haaa... tu la rupa penyakit allergic gatal2 aku tuh. Giler gatal, hokay..! Dah macam beruk kena belacan dah aku dok tergaru2. Hu3...

~ Dah 2 kali repeat pergi klinik. Ni semua ubat2 yang aku kena telan. Tensenlah asik kena makan ubat jer... Tak suka, dowh..!

~ 2 hari aku dapat mc. Bermakna, 2 hari dah aku tak datang opis. Kalau cuti tanpa disertai dengan penyakit, memang heaven la kan... Tapi, ni tak... dapat mc sebab kena allergic + kena makan ubat yang super pahit tuh. Coi betullah!

Dah lama kot aku tak kena penyakit allergic nih. Sekali kena, terus ke tahap dasat! 1 badan ko bengkak2! Ngan muka2 sekali sembap! Mata jadik sepet macam opera Cina je aku tengok. Terjejas kecomelan ah kak tau! Uhuks3...

Masa pergi klinik, instead of kasik ubat untuk dimakan, doktor jugak kasik injection kat montot. Giler sakit, derrr..!!! Sengal2 montot ah kak tau! Tsk3...

So far, macam dah kurang sikit la bintik2 merah yang gatal tuh especially yang kat area muka & kepala. Tapi, yang kat area tangan, paha & kaki ni yang pandai on-off. Kejap2 dia hilang, kejap2 dia timbul balik. Haish! Geram!!!


:: Like3, ek! ::



Monday, July 18, 2011

BERPANTANG SEAFOOD

Entry nie adalah kesinambungan dari entry Polyp nih.

Mak ada appointment kat spital dengan doktor Klinik Pakar ENT. So, dalam pukul 8.40 a.m aku bawak mak ke spital sebab appointment adalah pukul 9 a.m.

Ramai jugak yang buat rawatan kat Klinik Pakar ENT nih. Mak dapat nombor 22. Lama jugak menebeng menunggu sebelum dipanggil masuk. Hu3...

Tak lama lepas tu, abang aku sampai. Cadangnya nak tunggu sampai mak abis jumpa doktor la... Tapi, abang aku nak ke pasar, beli barang sket. So, dalam pukul 11 a.m camtu, abang aku cha alip bot.

~ Turn mak dah sampai. Doktor check2 & interview mak sket2. Then, doktor suh ikut nurse untuk spray hidung. Confirm la mak aku dah menggigil2 lutut! Even nak masuk bilik doktor tadi pun dah seram2 katanya... Mak2... He3... Nurse masukkan 1 alat macam spray dalam hidung mak. Spray tu akan buat mak rasa pedih sket & kebas. Lepas tu, nurse suh masuk bilik scan lak. 

~ Kat bilik nih lagik la mak aku seram! Masuk2 jer, mamat medical assistant tuh suh mak baring atas katil. Siap selimut2 lagik! Kesian ada... rasa lawak2 pun ada tengok mak nervous2 camtu! ;P Doktor masukkan camera dalam hidung mak. Lepas tu, doktor panggil aku untuk join tengok sekali kat monitor. 

Doktor kata, mak takde masalah besar la. Just bengkak sket disebabkan allergic. So, doktor suh mak pantang makan seafood macam udang, sutun, ketam & yang sewaktu dengannya. Belacan pun tak buleh sebab belacan kan dibuat dari udang. Means, apa2 yang mengandungi seafood secara langsung/tak langsung, memang mak kena pantang makan.

Terus mak jadik sadis. Sebab seafood nie quite favourite mak jugak la especially sutun. Kesian mak aku tau! Hu3... Tapi kan, dalam pada dok kena pantang makan tuh, mak aku redah jugak makan sutun seekor 2. Haish! Mak2... Camno tuh? ;P

Apa2 pun, alhamdulillah la... sebab hidung mak takde serious injury/infection. Allergic jer... Doktor bagi mak ubat untuk kawal allergic tuh. Means, makan ubat bila perlu jer. Masa dekat farmasi untuk amik ubat, abang aku datang balik dengan Lip2 & Odah. Melepak kat rumah abang la mak hari tu...

Next appointment adalah pada 3 Oktober 2011.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google