SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label KOREA. Show all posts
Showing posts with label KOREA. Show all posts

Saturday, December 12, 2015

APA RASA KIMCHI?

Dari Sepang ke Putrajaya...

Ntah jauh, ntah kan tidak perjalanannya tu?! Usah ditanya. Buta jalan. Pandai2lah korang agak sendirik. Atau pakai Waze pun bollehhh... ;P

Semata2 nak mencarik kimchi. Nak try tastebuds orang Korea. Nak bertukar sekejap jadik #KangGary & #SongJiHyo Ha3... Over!

Pertama2nya, nampak Seoul Garden. Humangaih..! Panjang nau2 queue! Apa memang sodap sangat ke makanan Korea ni kan... Sampai nak kena queue begitu panjang. Hmmm... tak jadik masuk Seoul Garden. Malas menunggu. Tak sabar sangat dah nak rasa kimchi.

~ Ke hujung2 sikit, jumpa B.bap Korean Food. Takde queue. Ok, jom!

Hentam je la order apa pun. Yang penting, masa tick2 order, bayangkan Running Man. Bayangkan apa yang Ji Suk-jin, Lee Kwang-soo, Kim Jong-kook, Song Ji-hyo, Yoo Jae-suk, Kang Gary & Haha pernah makan. He3..

~ Penantian kimchi. Ha3...

~ Chicken Bibimbap. Nasik campur Korea. 

Ada nasik dengan topping bayam, carrot, sengkuang, cendawan shitake, lobak putih, isi ayam, telur mata & sos gochujang. Dihidangkan bersama ikan bilis goreng, kimchi, lobak masin & semangkuk nasik. Gaul semua bahan2 dalam mangkuk tu sampai sebati, kemudian makan. Rasa dia manis. Sos gochujang tu, sumpah... tak pedas!

~ Beef Ramyeon. Mee segera Korea.

Mee segera dengan perisa ala2 kari, ada carrot, daun bawang & daging. Portion dia besar. 1 bowl share berdua pun bollehhh... 

~ Seafood Kimchi Jjigae. Tomyam Korea. Pun dihidangkan dengan ikan bilis goreng, kimchi, lobak masin & semangkuk nasik.

Rupa paras dia memang ala2 tomyam merahlah. Ada seafood, tauhu, kimchi, daun bawang & bla3... Tapi, rasa dia langsung tak macam tomyam! Fail, dowh... kat tekak aku & Oppa..! Oppa makan udangnya je. Jenuh toskan. Sebab kuah dia rasa sangat pelik. Hu3...

1 lagik menu yang kami order adalah Spicy Korean Chicken. Ada ayam tempura & hirisan keledek yang dimasak dengan sos pedas Korea. Dihidangkan dengan semangkuk nasik, ikan bilis goreng, kimchi & lobak masin. Ok la... sodap jugak. Win lah untuk appetizer.

1st time merasa Korean food & 1st time jugaklah ke B.Bap Korean Food. Redah je order apa pun. Aci tick2 sukahati. Rupa2nya, kebanyakan menu dihidangkan sekali dengan nasik, ikan bilis goreng, kimchi & lobak masin. 

Maknanya, ada 3 set nasik, ikan bilis goreng, kimchi & lobak masin kat atas meja kami. Patutlah waiter rasa pelik ya amat. Masa hantar menu, sempat dia explain, yang kami order semuanya set. Kalau rasa banyak sangat & untuk makan berdua je, boleh order ala carte katanya... 

Ha3... Manalah kami tau kan... Aku gelak, Oppa pun gelak. Pening pikir achaner la nak habiskan nasik2 tuh?! Ha3... Hadoi la...

Kesimpulannya, makanan Korea ni lebih kepada manis. Walaupun ada sos gochujang, ia tetap manis. Ikan bilis goreng tu pun manis tahap muak jugak la... Rasa macam nak mintak cili kicap je. Ha3...

Hmmm... apa rasa kimchi, ek? Hmmm... Hmmm... Rasa dia... sumpah pelik! It doesn't suit our tastebuds. Ke laut dalam perginya..! Adeh3...

Sesiapa yang boleh makan kimchi dengan cemerlang, gemilang & terbilang tu... perrgghhh... wa caya sama lu lah! Salute! #KiPiDap #DonGiBap


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, August 21, 2015

ANNYEONGHASEYO

#Throwback

Oppa tapau breakfast. Nasik lemak dengan kuih karipap. Sedap, owh... 

Oppa kata, tapau kat mokcik yang meniaga bukak payung tepi jalan tu je. Bukan kedai / restoran. Serious, sedap! Oppa kata lagi, kalau macam tu, esok dia tapaukan lagiklah. #JiHyo ok jerrr... ;)

Pagi tersebut adalah pagi yang penuh dengan semangat. Sebab itulah hari & detiknya... kami nak menjelajah ke dalam perut kapal Korea yang besor godang tuh. Mulut pulak, asik nak praktice speaking Korean je. Pening Oppa. ;P

Kejap2 kang... 'Annyeonghaseyo...'
2, 3 minit lepas tu... 'Kamsahamnida...'
Kejap2 lepas tu kang... 'Bogoshipo...'
Last2... 'Saranghae...'

Dah. Tu je pun yang aku tau. Ha3...

~ Dah sampai. 

Hmmm... aku syak yang 'Dae Jo Yeon' tu samadengan nama kapal tesebut. Sebab bila aku check kat Google Translate, dia keluar wording yang sama jugak in Malay.

Ke... ada maksud lain? Ntah! Korang tau ke? Share lah.

~ B'debar, dowh... nak masuk dalam ni. Perasaan dia adalah perasaan seperti kau akan terserempak dengan Kim Jong Kook, Lee Kwang Soo, Kang Gary, Yoo Jae Suk, Ji Hyo, Haha & Ji Suk Jin kat dalam tuh. Ha3...

~ Puas hati.

~ Ni dah kenapa sampai nak tabik2 spring bagai... ntah?! Ha3...



~ Ruang depan.

~ Dengan anak kapal. Ko suruh la dia berdiri arah mana sekalipun, dia tetap akan posing secara tegak cenggitu. Nak suruh pose comel2 seperti retis K-Pop tu pun ah kak neves! Ha3...

~ Port ' Titanic'. He3...

~ Meriam. Kalau main time raya ni, perrgghhh... kompom gegar vaganza, bebeh! ;P

~ Dengan Song Ji Hyo fake. Tinggi nau2!

~ Terima kasih Song Ji Hyo fake sebab tolong snapkan gambar 'saranghae tak cukup sifat' ni. Ha3...

~ Kami sampai tepat pada waktunya. Sebab tak lama lepas turun dari kapal, diorang dah tutup pintu untuk visitors. Nak belayar balik Korea dah. Annyeong..! ;)

~ Kapal Kri Kujang from Indonesia.

Ok, experience ini sangat fun! I love ships. ;)

Rasa macam nak menyorok je kat dalam Kapal Dae Jo Yeon tu. Nak meng-smuggle-kan diri sampai ke Korea. Boleh jumpa Running Man. 

Ha3... Berangan...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, May 14, 2015

BIBIMBAP RUNNING MAN

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Berani2 takut je nak try masak ni. Aku cuba sesuaikan dengan tekak Melayu jati. Fuh!

Bahan2:-

1 ikat bayam (disiang, dicuci bersih & ditoskan)
1 mangkuk isi ayam (dicuci bersih & ditoskan)
1 batang carrot (dipotong memanjang)
1 keping asam keping
1 sudu kicap masin
1 sudu kicap manis
2 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
1 mangkuk kecil cendawan shitake kering (direndam, dicuci bersih & dihiris)
2 biji telur ayam
Garam
Gula
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Kisar:-

10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak masak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Perasakan dengan garam, gula & asam keping. Tuangkan sedikit air masak. Kacau & masak hingga pecah minyak. Angkat & ketepikan.
2) Didihkan air bersama sedikit garam. Celurkan bayam seketika. Angkat, tos & rendamkan ke dalam air ais. Angkat & toskan sekali lagi.
3) Perap isi ayam dengan kicap masin, manis & bawang putih. Panaskan minyak. Goreng isi ayam hingga masak. Angkat & ketepikan.
4) Panaskan minyak. Goreng carrot seketika. Angkat & toskan.
5) Panaskan minyak. Goreng telur ayam hingga menjadi telur mata. Angkat & ketepikan.
6) Panaskan minyak. Goreng cendawan shitake seketika. Angkat & ketepikan.
7) Hidangkan bersama nasi putih seperti gambar di bawah.

~ Bibimbap Running Man

Running Man... Running Man... Running Man...

Terpengaruh kaw2 punya..! Ho3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, June 10, 2011

SIAPA SUNG BONG CHOI..???

Sebut nama Sung Bong Choi, confirm tak ramai yang kenal. Walaupun dari nama dah buleh main agak2 yang dia adalah orang Korea tapi, sapa la dia kan nak dibandingkan dengan artis2 K-Pop yang tengah top-pop-hot skang nie kan...

Sebab dia nie orang bese jer... Plus, hidup pun merempat. Takde rumah. Tido kat toilet awam la... Keje plak jual air kat tepi2 jalan. Senang citer, dia seperti orang gelandangan la...

Banyak lagik kesah sedih dia. Yang buat juri Korea Got Talent & penonton2 menitiskan air mata. Sumenya korang buleh tengok dalam video kat bawah nih. Sedih, noks! Tsk3...



*Credit to: beautifulnara

Walaupun mesken & mempunyai kehidupan yang sukar tapi, Sung Bong Choi dianugerahkan bakat iaitu suara yang memukau... 

Tuhan tu Maha Adil kan? ;)


*Aku ada masalah macam mana nak kecikkan saiz video tuh? Sebab bila publish, dia macam tak muat nak dipaparkan. Hadoi la... Buleh tolong tak, weh? Ah kak tak berapa expert lagik bab nih! Hu3...

Wednesday, October 20, 2010

GILER CANTIK LAH!

Dah lame, wok ah kak tak beli kasut baru..! High heel ke... wedges ke... sandle ke... slipper ke... shoes ke... sume pun takde beli. Tetibe nak feeling2 kejam pada diri sendirik lak! Tsk3...


~ Cun tak kasut nie, you ols? Berkenan la... Nie musti pasnie tak tido malam dah nih! Terbayang2 jer kan... Adeh3...


~ Kasut tu artis Korea nie yang punye. Tak kenal la sape beliau?! Tak kesah la kan... Bukan aku nak tengok sangat artis tu pun. Aku nak tengok kasut dia jer. Cantik, menarik, tertarik, kebabom, owh...

Errr... kalau aku jadik artis 1 hari nanti, korang buleh imagine tak aku bergaya sakan ngan kasut yang gah2 cun giler tahap gaban, lalu kat red carpet sambil lambai2 korang macam miss world?! Hmmm... hape kata kalau, korang pejam mata... tarik napas dalam2... lepaskan perlahan2... & sila imaginekan la, weh! Hah! Hape yang korang nampak? Ha3...

*Credit to: budiey

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google