SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label TOMATO SALAD. Show all posts
Showing posts with label TOMATO SALAD. Show all posts

Thursday, February 25, 2016

SEDIKIT MALAS

Bukan 'sedikit' la... Tapi, 'banyak' jugak kot... Hu3...

Ada roti canai instant. Tapi, malas betul nak buat kuah pencicah. 

Kebetulan, aku ada masak sambal tumis ikan bilis untuk dinner. Oppa nak makan dengan nasik. Aku pulak macam nak kurangkan makan nasik masa dinner. Bukanlah diet. Tapi, perasaan dia adalah perasaan nak makan mende lain selain nasik. Cenggitu la... ;P

~ Hasilnya, roti canai instant + sambal tumis ikan bilis + tomato salad. Sambal titik2 & taburan daun sup tu kengkononnya seni kulinari sangat..! Ahaks...

Aku makan dengan bahagianya... Seolah2, meja makan tu, aku sorang je yang conquer. ;D

Sejurus selepas itu, terus rasa kurus, feeling2 #SongJiHyo. Ha3... #KauDahKenapaHaaa ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, November 24, 2015

I LOVE CHEESE PLATTER

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Jenguk2 fridge, nampak sosej, jumpa kacang panjang, ada tomato, terselit pulak cheese. Hmmm... apa nak buat, ek?! Pikir3... & pikir... tinggg... mendapatlah idea. ;P

Bahan2:-

3 batang sosej ayam 
2 keping processed cheese
3 tangkai kacang panjang (dipotong panjang2)
2 biji tomato (dihiris memanjang)
Mayonis
Serbuk lada hitam
Garam
Butter

Cara2 Penyediaan:-

1. Satukan tomato & mayonis ke dalam mangkuk.
2. Perasakan dengan sedikit garam & serbuk lada hitam. Tomato salad siap!
3. Cairkan butter. Grill sosej ayam & kacang panjang.
4. Perasakan dengan sedikit garam & serbuk lada hitam. Angkat & buat plating.
5. Racik2kan processed cheese ke atas sosej ayam & kacang panjang. Hidangkan bersama tomato salad.

~ I Love Cheese Platter

Lagik meriah cheese dia, lagik sodap kebabom! Enak tahap mengaum. ;D

Masa makan, toksah pikir pasal lemak, kegemukan mahupun obesiti. Lepas makan, baru boleh muhasabah diri. Ha3... Hadoih!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google