SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label STAY PUT. Show all posts
Showing posts with label STAY PUT. Show all posts

Thursday, April 30, 2020

SERUAN...

Dah ada seruan untuk Sis masuk opis. Kerja. Tapi, baru hint yang sayup2 kedengaran. Belum dapat arahan official.

Takpe. Wait & see je lah.

Moh kita kembali dengan menu iftor 3 Romadon...

Buntu dah sebenarnya. Tak tau nak masak apa. Bingung pun, ye jugak. Lama bermenong di depan freezer. Kalau tak sedarkan diri sendirik, kompom muka dah penuh frost. Ha3... 

Finally, Sis keluarkan sotong & ikan termenung. Defrost.

~ Hasilnya cenggini.

Sotong Masak Serai Wangi. Tak pernah masak style ni. Aci google resepi. Kemudian, bedal je lah. Dengan harapan, sekali cuba terus berjaya. Ha3...

Ikan Termenung Goreng + Cili Kicap. Bagi Sis, ini pasangan ideal. ;D

~ Yang ini, COD & pemberian My MIL.

Lemang Cik Nin. 1 set samadengan 10 hengget. Buleh tahan sedap.

Serunding, donut & kuini sebagai hidangan sampingan.

Hmmm... dah berpuluh hari work from home, rasa cemas pulak nak kembali ke opis. Tapi, takpe. Husnuzon, pastikan tahap kebersihan adalah optimum & patuhi #SocialDistancing. 

Kalau ada yang gigih datang merapat, tak paham maksud #SocialDistancing, Sis spray dengan sanitizer. Tanpa kiasan, ye. Hah, amekaw..!!!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, April 24, 2020

RAMADAN KALI INI...

Sampai dah kita ke 1 Romadon...

Alhamdulillah... Allah masih izinkan untuk bernafas & menikmati kehidupan. ;)

Sempena kedatangan Romadon kali ni, Sis & Kanda nak mengucapkan:-



Mungkin Romadon kali ni tak sama dengan tahun2 yang lepas. Jauh bezanya. 

Tanpa pasar romadon.
Tanpa iftar di kampung dengan ayah bonda tercinta.
Tanpa giliran host iftar, hari ni rumah kau, esok rumah aku pulak.

Takpe... Husnuzon. Yakinlah, pasti ada hikmah. Pelan2, satu persatu kita akan nampak.

Jangan lupa yang #KitaJagaKita. Sama2 kita doakan yang terbaik untuk Malaysia. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, April 22, 2020

3 SEKAWAN MENARI2

Masih maintain dengan menu marhaen. ;)

~ Sis namakan Set 3 Sekawan Menari2. Aaa gitchew..! Kau mampu..?!! Ha3...

Kiri - atas: Paling berpendirian, berprinsip & ada jati diri.
Kiri - bawah: Paling cool.
Kanan - atas: Haaa... yang ni dasat! Paling laser! Jaga2 dengan mulut kau. Silap statement, ni makan dia..! Ha3... 

Nama & explanation set ni takde kaitan dengan sesiapa. Sekadar hiburan. Mohon jangan kecam. Kalau teringin nak kecam jugak, kecam sikit2 manja2 jerrr. Ha3...

Paling penting adalah bersyukur. Kita masih punya makanan yang buleh dihidangkan atas meja. Tak gitu?


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google