SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label STAY AT HOME. Show all posts
Showing posts with label STAY AT HOME. Show all posts

Thursday, April 30, 2020

SERUAN...

Dah ada seruan untuk Sis masuk opis. Kerja. Tapi, baru hint yang sayup2 kedengaran. Belum dapat arahan official.

Takpe. Wait & see je lah.

Moh kita kembali dengan menu iftor 3 Romadon...

Buntu dah sebenarnya. Tak tau nak masak apa. Bingung pun, ye jugak. Lama bermenong di depan freezer. Kalau tak sedarkan diri sendirik, kompom muka dah penuh frost. Ha3... 

Finally, Sis keluarkan sotong & ikan termenung. Defrost.

~ Hasilnya cenggini.

Sotong Masak Serai Wangi. Tak pernah masak style ni. Aci google resepi. Kemudian, bedal je lah. Dengan harapan, sekali cuba terus berjaya. Ha3...

Ikan Termenung Goreng + Cili Kicap. Bagi Sis, ini pasangan ideal. ;D

~ Yang ini, COD & pemberian My MIL.

Lemang Cik Nin. 1 set samadengan 10 hengget. Buleh tahan sedap.

Serunding, donut & kuini sebagai hidangan sampingan.

Hmmm... dah berpuluh hari work from home, rasa cemas pulak nak kembali ke opis. Tapi, takpe. Husnuzon, pastikan tahap kebersihan adalah optimum & patuhi #SocialDistancing. 

Kalau ada yang gigih datang merapat, tak paham maksud #SocialDistancing, Sis spray dengan sanitizer. Tanpa kiasan, ye. Hah, amekaw..!!!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, April 24, 2020

RAMADAN KALI INI...

Sampai dah kita ke 1 Romadon...

Alhamdulillah... Allah masih izinkan untuk bernafas & menikmati kehidupan. ;)

Sempena kedatangan Romadon kali ni, Sis & Kanda nak mengucapkan:-



Mungkin Romadon kali ni tak sama dengan tahun2 yang lepas. Jauh bezanya. 

Tanpa pasar romadon.
Tanpa iftar di kampung dengan ayah bonda tercinta.
Tanpa giliran host iftar, hari ni rumah kau, esok rumah aku pulak.

Takpe... Husnuzon. Yakinlah, pasti ada hikmah. Pelan2, satu persatu kita akan nampak.

Jangan lupa yang #KitaJagaKita. Sama2 kita doakan yang terbaik untuk Malaysia. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, April 22, 2020

3 SEKAWAN MENARI2

Masih maintain dengan menu marhaen. ;)

~ Sis namakan Set 3 Sekawan Menari2. Aaa gitchew..! Kau mampu..?!! Ha3...

Kiri - atas: Paling berpendirian, berprinsip & ada jati diri.
Kiri - bawah: Paling cool.
Kanan - atas: Haaa... yang ni dasat! Paling laser! Jaga2 dengan mulut kau. Silap statement, ni makan dia..! Ha3... 

Nama & explanation set ni takde kaitan dengan sesiapa. Sekadar hiburan. Mohon jangan kecam. Kalau teringin nak kecam jugak, kecam sikit2 manja2 jerrr. Ha3...

Paling penting adalah bersyukur. Kita masih punya makanan yang buleh dihidangkan atas meja. Tak gitu?


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, April 16, 2020

AKTIVITI SEMASA #DUDUKDIAM2DIRUMAH

Kejadian hari ke berapa, usah ditanya. Tak ingat.

Kami masih tegar mematuhi arahan #DudukDiam2DiRumah atau bahasa orang kampung Sis, #StayatHome. Eceh! 

Kanda dah merangka aktiviti. Supaya dia tak bosan. Takpe... Biarkan dia. Yang penting, patuh #MovementControlOrder. 

Tugas Sis, masak supaya perut Kanda kekal kenyang. Aaa gitchew..!

~ Breakfast sangat marhaen. Nasik goreng kampung + teh O panas. Alhamdulillah, syukur.

~ Aktiviti Kanda, mini renovation katanya...

Kanda cat guest room a.k.a mini surau. Under coat dulu. Setel under coat, baru pikir sama2 nak tema apa. 

Kanda kata, nak bereksperimentasi di 1 bahagian wall. Owh... takpe. Suka hatilah. Asal siap. Asalkan tak bersepah. Asal dah bersepah kemas balik. Sis onz.

Bilik ni ada single bed, stand fan, meja + kerusi opis, rak sejadah & iron board. Kerja2 susun atur Sis serah kat Kanda. Sis tak cemerlang bab nih. Plus, Sis sejenis rambang mata. Kang semua mende Sis buh dalam tu. Dah semak balik. Ha3...

~ Lunch untuk hari tersebut. Alhamdulillah, syukur lagik...

Projek mengecat Kanda bersambung ke belah petang. Sis tak kaco daun. Sis thoat (read: taat). Sis bergolek2 je dalam bilik sambil layan tv. Sangat thoat kan? Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y :: 


Thursday, April 9, 2020

HIKMAH #MOVEMENTCONTROLORDER

Antara hikmah #MovementControlOrder: Skill memasak Sis dilestarikan.

Haaa... nampak tak? Penggunaan perkataan pun tak nak kalah. Skill bahasa pun dilestarikan jugak nih. Ha3...

~ Simple je, u ols... Asalkan seimbang & kenyang.

Sis & cili berpisah tiada. Kanda pun dah terjebak. Geng pempedas. Chemistry sangat..! He3...

Sis wanita berkerjaya. Sebelum #MovementControlOrder, memang rare jugaklah memasak semasa weekdays. 

Breakfast, kat luar dengan Kanda.
Lunch pun cenggitu jugak.
Dinner, kadang2 je sempat masak.
Kesimpulan untuk weekdays: Rare memasak.

Tapi, sejak #MovementControlOrder ni, almost everyday memasak. Rutin setiap hari dah berubah. Malam sebelum esok, dah pikir siap2 nak masak apa. Kalau perlu, google resepi, tengok Youtube & stalk Instagram insan2 yang hebat memasak. Supaya esoknya tak terkial2. Imagine siap2 cara2 memasak. Kalau mampu, masukkan dalam mimpi. Biar mengigau sebut 'bawang, ayam, ikan, halia, bla3... kacau rata... bla3...' Ha3...

Maka dengan itu, bila #Homeworking taklah terganggu. Smooth je... ;D

Apa pulak hikmah #MovementControlOrder korang? Cer share... 

Kot2 ada yang sebelum ni nak jeling drama Korea pun tak sempat tapi, tup2... sekarang fluent giler kecek Korea! Wow, daebak! He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google