SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label FLATTEN THE CURVE. Show all posts
Showing posts with label FLATTEN THE CURVE. Show all posts

Saturday, February 13, 2021

BERLARI2 ANAK

Perisytiharan 'new toys'... Eceh! ;P

Baru je berjinak2. Didorong oleh faktor kesedaran & kegemukan. Hu3...

Kakak & Abang pulak selalu ' kasik panas' dengan aktiviti kesihatan diorang. Kakak gigih dengan jogging, briskwalking & treadmill. Abang gigih dengan cycling. 1 family ada basikal memasing including Raisha.

Sis rasa tercabar! Kemudian, terdorong. Dan macam2 'ter' lagiklah. 

Dan akhirnya...... 


~ Taraaaaaa......

~ Pencapaian newbie.


~ Pencapaian newbie diperkasakan. Eceh! ;D


Dari briskwalking membawak ke berlari2 anak. Semput jugaklah, baq hang! Tapi, coach (read: Kakak) kata, "Don't give up! Yang penting konsisten. Nanti lama2 stamina tu dapat dipertingkatkan secara automatic je."

Berbekalkan tips & tiupan semangat tu, #SisCuba. 

Anak2 sedara siap hangkotkan penimbang, gigih suh Acu diorang timbang sebab nak kira BMI. Tak tau la nak rasa terharu ke... atau terkesima... atau terkilan?! Ha3...

So, kesimpulannya... dapatlah turun 3 kg. Ada 7 kg lagik perlu dinyahkan untuk capai ideal weight. Ini pun, kalau dapat capai, duduklah di 'atas pagar'. Takpe... kita target 7 kg tu je dulu. Tak payah nak dream big sangat. Ingat coach kata, yang penting konsisten, bukan angan2 Mat Jenin. 

3 kg yang berjaya dibuang tu, bukanlah semata2 depends on treadmill je, chu ols. Tapi, paling banyak contribute adalah pemakanan. Kalau nak kurus yang sihat, 80 % jaga pemakanan & 20 % senaman. Ini bukan Sis kata tapi, Google yang kata. #SisCuba follow.

Sis tukar kaedah memasak. Dari tumis-menumis & goreng-menggoreng ke rebus-merebus / panggang-memanggang. Tapi, kalau teringin sangat nak makanan yang ditumis2 / digoreng2, Sis gunakan Olive oil. Pastikan pilih Olive Oil yang sesuai iaitu Extra Light / Pure. Extra Virgin tak sesuai digunakan untuk tujuan memasak sebab bila dah kena heat, akan wujud reaction yang tukarkan khasiat kepada sesuatu yang lebih worst. Ini pun bukan Sis yang kata tapi, Google yang kata. ;D

Dan jangan lupa, suku2 separuh.

Doakan semoga Sis istiqomah, ye... ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::




Sunday, January 31, 2021

BUKAN POK YA CONG CODEI

Mengenang kembali zaman2 tanpa COVID-19...

Nak pergi vacation ke mana2 pun syiok. Esok nak bertolak, malam tu dah 'insomnia'. Buat itinerary lah... packing lah... buat checklist lah... bla3... Berangan je dah dekat 2 jam. Achaner tak 'insomnia'. Ha3...

Tak payah sembang pasal vacation lah. Sembang pasal jalan2 carik makan jauh sikit tapi, balik hari pun dah cukup mengujakan. 

Sekarang, dah jauh sangat berbeza. #NormaBaharu. Dapat keluar dengan Kanda, shopping grocery pun dah rasa, 'Wow, inilah dunia..!' 

Tapi, keluar je dari kereta, nampak manusia lain, automatik cemas! Maklumlah, kadang2 imaginasi Sis ni tinggi betol pergi dia! Di luar kotak. Asik terbayang, Si Corona ni bergolek2 je di mana2. Haish, choii..! 

Shopping pun sepantas mungkin. Takde dah nak belek2 bandingkan harga ke... banding2kan brand sebab kengkonon nak try brand lain ke... memang tak! Grab apa yang biasa dibeli je. Kalau tetibe nak beli mende yang tak berapa biasa beli, dari jauh dah 'scan', mana 1 nak amik. Hu3...

Mahaplah, kecemasan Sis memang sukar berpenghujung kalau bab2 Si Corona ni. Adeh3...

~ Jadik, untuk kurangkan kecemasan tu, moh la Sis 'belanja' 1 gambar makanan yang buleh buat perut sawan di bulan Romadon. Ha3...

 

Nasi Kukus Pok Ya. Bukan Pok Ya Cong Codei tau! Sebab yang ni kat Seri Manjung, Perak. 

Nampak indah & penuh dengan kenikmatan duniawi Nasi Kukus Pok Ya tu kan? Owh hoooooo hoiii..! 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, April 30, 2020

SERUAN...

Dah ada seruan untuk Sis masuk opis. Kerja. Tapi, baru hint yang sayup2 kedengaran. Belum dapat arahan official.

Takpe. Wait & see je lah.

Moh kita kembali dengan menu iftor 3 Romadon...

Buntu dah sebenarnya. Tak tau nak masak apa. Bingung pun, ye jugak. Lama bermenong di depan freezer. Kalau tak sedarkan diri sendirik, kompom muka dah penuh frost. Ha3... 

Finally, Sis keluarkan sotong & ikan termenung. Defrost.

~ Hasilnya cenggini.

Sotong Masak Serai Wangi. Tak pernah masak style ni. Aci google resepi. Kemudian, bedal je lah. Dengan harapan, sekali cuba terus berjaya. Ha3...

Ikan Termenung Goreng + Cili Kicap. Bagi Sis, ini pasangan ideal. ;D

~ Yang ini, COD & pemberian My MIL.

Lemang Cik Nin. 1 set samadengan 10 hengget. Buleh tahan sedap.

Serunding, donut & kuini sebagai hidangan sampingan.

Hmmm... dah berpuluh hari work from home, rasa cemas pulak nak kembali ke opis. Tapi, takpe. Husnuzon, pastikan tahap kebersihan adalah optimum & patuhi #SocialDistancing. 

Kalau ada yang gigih datang merapat, tak paham maksud #SocialDistancing, Sis spray dengan sanitizer. Tanpa kiasan, ye. Hah, amekaw..!!!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, April 29, 2020

WORDLESS WEDNESDAY #131: 'PERANG'

~ Ketua Keluarga Sis nak ke site JPS. Macam nak pergi berperang kekdahnya... 

Ya Allah... peliharalah & lindungilah setiap langkah Ketua Keluarga a.k.a Kanda Sis ni. Aamiin...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, April 24, 2020

RAMADAN KALI INI...

Sampai dah kita ke 1 Romadon...

Alhamdulillah... Allah masih izinkan untuk bernafas & menikmati kehidupan. ;)

Sempena kedatangan Romadon kali ni, Sis & Kanda nak mengucapkan:-



Mungkin Romadon kali ni tak sama dengan tahun2 yang lepas. Jauh bezanya. 

Tanpa pasar romadon.
Tanpa iftar di kampung dengan ayah bonda tercinta.
Tanpa giliran host iftar, hari ni rumah kau, esok rumah aku pulak.

Takpe... Husnuzon. Yakinlah, pasti ada hikmah. Pelan2, satu persatu kita akan nampak.

Jangan lupa yang #KitaJagaKita. Sama2 kita doakan yang terbaik untuk Malaysia. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google