SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label SIBLINGS FOREVER. Show all posts
Showing posts with label SIBLINGS FOREVER. Show all posts

Friday, June 5, 2020

AIDILFITRI NORMA BAHARU

Sis dan Abang tinggal dalam 1 daerah dengan Mother. Tapi, jangan anggap kami amik mudah semuanya bila rentas daerah dibenarkan untuk 1 Syawal. 

Sampai berkali2 discuss dalam group adik-beradik...
Berkali2 ubah pendirian...
Sekejap kompom balik...
Sekejap lagik kang cancel pulak...
Lepas tu, ubah pendirian lagik...
Balik tapi, tak bermalam...
Ubah lagik jadik balik dan bermalam tapi, sekejap je...
Ha3...

Abang Sis sampai tahap video call Mother, mohon tak sentap andai diorang tak balik kampung. Sis paham. Abang Sis ada golongan berisiko dalam family dia. Ada kanak2 yang tak berdosa. Plus, kami jugak pikirkan kesejahteraan Mother sebab Mother pun golongan berisiko. 

~ Akhirnya, kami di sini pada 1 Syawal... Setelah timbang-tara yang sewajarnya. Setelah semua akur & setuju untuk kekal patuh pada Standard of Procedure (SOP). ;)

Aidilfitri norma baharu...
Di kampung halaman, rumah Mother...
Hari ini dalam sejarah...

Alhamdulillah... Follow SOP.

1. Komuniti dalam rumah: 10 orang (Tidak melebihi 20 orang) - Checked √
2. Keluasan rumah: Sangat2 sesuai untuk pelaksanaan penjarakan sosial - Checked √
3. Kebersihan berada pada tahap optimum: Of course. Ini didikan Mother sejak azali. Mother pesan, tak pandai masak, takpe. Asalkan pandai jaga kebersihan dan kemas rumah. Sebab memasak buleh belajar kat handphone (read: Youtube / yang sewaktu dengannya). Tapi, jaga kebersihan wajib ada dalam jiwa dari kecik. - Checked √

~ Makmum solat sunat Aidilfitri.

Khutbah & imam by Abang. 

Abang Sis ni, muka legend tapi, jiwa tisu. Dia syahdu time baca khutbah. Ye la kan... betul2 norma baharu raya kita tahun ni. Tak buleh bebas solat jemaah di masjid. Tak boleh bersalam2-an. Tak digalakkan ziarah kubur. Secara automatik rindu Arwah Abah. Tsk3... Dan macam2 lagik kekangan demi kemaslahatan bersama. Sebab tu la syahdu... Hu3...

~ Dapat duit raya, syahdu pun pelan2 di cover dengan yak2 yeayyy..! Ha3... Owh, by the way, ini bersalam2-an dengan ahli keluarga sendirik, ye. Lepas tu, laju2 santitize / cuci tangan dengan sabun untuk pastikan kebersihan yang optimum. Peace. ;D

Takde ziarah raya. Takde jalan2 konvoi kereta. Even Kakak pun tak balik kampung. Sebab dia jauh nun rentas negeri di Kajang, Selangor. Kita video call je. 

Makan juadah raya.
#WefieRaya norma baharu.
Tido petang secara #SocialDistancing, ikut family memasing. Alhamdulillah... bilik kat rumah Mother sentiasa cukup untuk kami.

Aktiviti Aidilfitri norma baharu. Ada kemanisan yang Allah nak bagi... Renung2kan... Mesti jumpa. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, September 27, 2018

SIMPANG 3, BUKAN SIMPANG 4

Abang & Kak Aneem volunteer carik breakfast. Ada pasar pagi katanya...

Takpe. Tak kesah. Gua ok je. Maka bulehlah gua bergumpal dengan blanket, membuta semula... Heh3...

Dikejutkan untuk makan breakfast. Owh... heaven giler..! ;D

Nasik lemak se-polistrin. Hokay, fine! Dah boleh senyum sampai ke telinga. Ngeh3... ;P

Pukul 11.00 pagi check-out.

~ Lunch di Restoran Simpang 3. Simpang 4, jauh sekali. He3...

Aku cabar diri untuk makan nasik berlaukkan siakap masak lemak. Ingatkan tak boleh layan / sangkut kat tekak / berasa loya. Tapi, tak... sebab sumpah, sodap! Tak hanyir, ikan melting di dalam mulut bersama kuah masak lemak, secukup rasa. Cengginiiiiii........ (read: Thumbs up) wooo... ;D

Baiklah. Sehingga ketemu lagi di perjimbaan akan datang...  Adios.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



PELAKON UTAMA & EXTRA

Kami rancang 'filem pendek' sebagai kejutan. Story board nya cenggini...

SCENE #1

Abang war2kan aktiviti seterusnya adalah berjimba di luar. Kompom Mother akan masuk bilik untuk sarung tudung & bersiap2 sebab Mother sejenis punctual. 

SCENE #2

Kak Yong akan membontoti Mother, switch off lampu kasik gelap habis, kunci pintu & bagitau Mother pintu terkunci sambil menjerit2 mintak tolong.

SCENE #3

Kak Ngah tarik tombol pintu sambil jerit kat Oppa, mintak tolong sebab pintu tak boleh bukak. Bila Oppa cuba nak setelkan kes pintu terkunci, Kak Aneem & Abang angkut kek dari fridge ke hall, buat preparation yang sewajarnya.

SCENE #4

Aku play lagu 'Happy Birthday' once Oppa berjaya bukak pintu yang sebenarnya tak terkunci pun tu.

Yeah..! Kengkonon hebatlah 'filem pendek' kitorang tu. Natijahnya:-

SCENE #1: Done dengan jayanya.
SCENE #2: Separa berjaya sebab Kak Yong acting sekali lalu je. Tiada siaran ulangan masa tunggu Kak Ngah menjerit & Oppa sampai. Awkward gila! Ha3...
SCENE #3: Sama kes dengan Kak Yong, tiada siaran ulangan. Awkward jugak. Ha3...
SCENE #4: Berjaya tapi, kelam-kabut sebab tak prepare awal2. Jenuh nak godek2 galeri, carik lagu 'Happy Birthday'. Ha3...

~ Kek. Meriah giler cheese & cream cheese nya..!

~ Brownies. Ermmm... dappp...

~ 8 & 19 Julai...

~ Semoga birthday boy & girl dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik. Aminnn...

Sambil makan & celebrate, sambil gelak terbahak2 mengenangkan 'pelakon utama & extra' yang awkward tiada siaran ulangan tu. Ha3...

~ Always be my favourite... #MmuahCiked 

~ Perjimbaan diteruskan di Ipoh Parade. Layan bowling. Tournament antara family members. Konsep: Yang kalah pasti kena gelakkan kaw2! Ha3...

Kak Yong & Kak Ngah pun join bowling. Sukahati la achaner diorang nak golekkan bola. Asal bergolek. Walaupun hakikatnya, banyak ke longkang. Ha3... Gelak lagik..!!!

Dah gelak banyak sangat, perut pun lapor balik. Actually, lapor manja2. Sebab tak nak dah elok2 balik Kinta Riverfront Suites 1, ada yang buat aduan 'lapor'. 

~ Mencarik makan di Gerai Nasi Goreng Udang SSI Corner.

Alhamdulillah... Tido nyenyak kami malam tu. Sebab penat. Sebab kenyang. Yeahhh...


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google