SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label KUETEOW HONG KONG. Show all posts
Showing posts with label KUETEOW HONG KONG. Show all posts

Tuesday, October 6, 2015

RESTORAN WANA... BUKAN LAGIK WANA CAFE

Dulu Wana Cafe. Lokasinya pulak kat Rest House Teluk Intan. 

Sekarang dah jadik Restoran Wana Cafe. Location bertukar. Kat Bandar Baru Teluk Intan. Taklah jauh sangat dia pindah. Masih senang nak dijejak.

Suatu petang, Oppa amik aku kat opis. Oppa kata beliau lapor tahap gaban! Ok, paham... Walaupun aku konpius sikit sebab rasanya masa lunch Oppa dah makan nasik tapi, apasal lapor macam 3 hari tak jumpa nasik?! Ha3... Hadoi!

Jawapan Oppa simple je. 

"See the perutlah."

Ok, paham... lagi sekali. Ha3...

Walaupun nama berubah, lokasi pun berubah tapi, rasa dia masih maintain especially tomyam putih. Marvellous!

~ Meja bertuah dengan makanan2 yang menghappykan perut. ;)

Yang ketara nampak berubah adalah interior design. Lebih tersusun ala2 fine dining. 

Ada open area berbumbung untuk smokers / yang suka lepak2 kat luar sebab rasa sesak napas kalau lepak kat dalam... Kalau jenis yang suka tersorok2 sikit untuk bergossip / malu2 kucing macam ah kak... awwsss... ha3... bolehlah pilih untuk lepak kat belah dalam. 

Dinding dihias dengan word of wisdom. Very inspiring! 

Ada wall of frame jugak. Gambar penyanyi Jamal Abdillah merangkap abang kepada owner Restoran Wana pun ada didisplay kan. 

Lepas tu, siap ada sudut selfie yang diletakkan sofa, a little bit of simple decor & gitar tak bertali. Ah kak tak selfie kat situ sebab ah kak kan spesis malu2 kucing... Ahaks3...

Restoran Wana,
Jalan Intan 3, Bandar Baru Teluk Intan,
36000 Teluk Intan, Perak.

No. Telefon: 012-5449195
Instagram: restoranwana

Selamat mencuba..! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, September 26, 2014

TERLAJAKKK... HAVOC!

Dah tak sama macam dulu. Sebab dulu2, dia sunyi. Sepi je... Cuma ada tv Astro Sport Channel yang ulang tayang football match. Kena sangat dengan nama dia... Arena.

Tapi, sekarang dah lain! Lain sangat! Hmmm... macam penjenamaan semula pulak kekdahnya... Kerusi meja dah makin bertambah, especially untuk yang suka bersantai kat outdoor. Tv masih kekal, dengan tambahan 2 white screen + projector ala2 untuk presentation khas untuk peminat bola yang nak menonton secara outdoor jugak. 

Hokay, takpe! Itu masih macam mengekalkan konsep asal la jugak kan... Yang jadik tambahan drastik adalah sudut DJ & karoks. Kalau takde yang nak berkaroks, DJ akan pasang lagu pelbagai genre. Gegak-gempita, weh! 

Memula rasa ok je... Tapi, lama2 rasa seperti, 'Owh... sakitnya telinga ah kak!". Hu3...

~ Restoran Arena Bistro yang... terlajakkk... havoc! ;P

~ Meredhakan halwa telinga. Hu3...

~ Dari segi makanan pun Restoran Arena Bistro buat penjenamaan semula / penaiktarafan rasa kot. Sebab semakin sodap especially sup ekor. Betul2 ho liao wooo..! Heh3...

Restoran ni sangat sesuai untuk havoc lover. Macam kami yang spesis havoc suam2 kuku ni, agak merunsing sikitlah especially bila DJ naikkan volume lagu to the max. Nak sembang pun aci jerit2, noks! Sakit pulak hati kita..! Nasib baiklah makanan dia tip top jugak. Kurang sikit tahap sakit hati tu. Hu3...

So, kepada peminat karoks, bola & makanan yang sodap, silalah terjah Restoran Arena Bistro ni, ek!

Restoran Arena Bistro
Jalan Maharajalela
36000 Teluk Intan, Perak


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, September 20, 2013

ABANG AARON AJIZKAH ITU..?!

Shopping dengan family mertua... merangkap aktiviti yang tak dijangka kekdahnya...

Ahad lepas...

Takde apa2 aktiviti pun memula. Bajet nak qada tido lepas tu tengok tv secara marathon je lah. Tup2... pukul 10 ++ pagi kot... my 'sayang' call...

"Aaby dah mandi ke belum?" (Motippp... sangat ayat ni tau! Mencik!!! Hu3...)
"Of course la... BELUM! Ha3..." (Jawapannya pun, memang... motippp... sangat..! ;P)
"Ha3... Takpe sebab dah agak dah... Errr... hari ni kita pergi jalan2 nak tak? Abah, Mak & yang lain2 nak sopping langsir kat Sungai Besar. Aaby siap2, ek! Nanti Abang amik."
"Ooo... itu macam kaaa..? Hmmm... hokaylah! Sekarang jugak Leez mandi! He3..."

Amboi3..!!! Kalau tang berjalan2, laju je kan... ;P

Sebenornya, my 'sayang' pagi2 lagik dah keluar, nak ke kebun. Tapi, cancel sebab hujan. Tu yang boleh join berjalan2 & menyopping ke Sungai Besar tuh.

Rejeki hujan... Hiks...

My MIL nak ke Sungai Haji Dorani dulu, nak borong ikan segar katanya... Dah la segar, murah2 pulak tuh! My 'sayang' beli ikan cencaru, bawal cermin & udang lipan. 

~ Dipendekkan cerita, kitorang dah sampai kat sini pulak, tempat jual borong Nata de Coco.

Tempat wajib singgah kot..! Kalau nak ke Sungai Besar / kawasan2 yang sewaktu dengannya, musti kitorang singgah sini. Tak kira lah dengan family mertua / family aku sendirik. Singgah je. Kecuali tutup la kan...

My 'sayang' beli 3 bekas Nata de Coco yang bersamaan dengan 10 hengget. Laici, strawberry & grape. Laici kasik kat Nenek, strawberry kasik kat Mak & yang grape tu, of course... aku punyalah. Tak kose nak rembat tiga2 sebab sure sempat expired.

Aku jumpa kerepek bayam. Tak pernah makan. Jadik, aku rembat sebungkus. Hmmm... aku suka jerrr... Tapi, adik2 ipar kata aku makan mende pelik. Ha3... Gasaklah!

~ Lepas tu, terus ke Jakel, Sungai Besar sebab nak jumpa 'Abang Aaron Ajiz' nih. Ahaks3... 

~ Ini semua poyo..!!! Ha3...

~ Nak sainnnnnnnn.... pehhh-lisss..!!! Ha3...

~ Awa pun nak jugak..! Ehem2! Encik Roy kat sebelah tu dah jeling2 kot..! Hiks...

~ Ah kak pun takmo kalah! Siap touching2 bahu lagik..! ;P

Tujuan utama ke Jakel adalah nak menyopping langsir & baju untuk wedding Jijah. Tapi, bila jumpa 'Abang Aaron Ajiz' terus semua lupa daratan! Abah & My MIL pun confuse tengok anak2, menantu2 + cucu diorang. Ha3... Hadoi!

Tu la... siapa suruh Jakel 'bubuh Abang Aaron Ajiz' kat situ..! ;P

Dah puas berposing dengan 'Abang Aaron Ajiz', baru la sambung shopping. He3... Naik 2nd floor dulu sebab nak carik langsir. Dapat kaler ala2 maroon. Lepas tu, turun ground floor, carik kain ela. Nak sedondon katanya... Ah kak ok jerrr... Dapat batik kaler base biru.

~ Habis shopping, perut pun lapor. Arissa maintain sleeping beauty. He3...

Alaaa... makan kat food court depan Jakel tu je... Tak payah susah2. Lintas jalan sikit, dah sampai.

~ Aku makan kueteow Hong Kong. Sodap! Portion giler banyak! 1 pinggan ni makan berdua pun boleh kenyang apa..?! Bagus tukang masak tu sebab tak pendekut. He3...

Lepas makan, terus balik. Tak singgah mana2 dah. Eh, ada2! Singgah rumah we ols sebab diorang nak tumpang solat Maghrib. Sempat jugak la aku jamu diorang dengan 'kuih raya'... 

Kacang potong dengan jambu batu yang takde bijik tuh. 'Kuih raya' la sangat kan... Ha3...

Hokaylah... adios! Errr... tajuk entry tu... hmmm... propa sangat kan? Hiks...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, November 21, 2012

SALING MELENGKAPI...

Asal balik kerja je musti lapor! Asal lapor je balik kerja! Boleh gitu... He3...

Kalau tak aku yang ajak makan, musti my 'sayang' ajak pulak. Well... kitorang kan saling melengkapi... Ecewah! Ha3...

~ Makan kat Husina Seafood. Aku makan kueteow Hong Kong, my 'sayang' pulak makan nasik lauk kangkung belacan, sotong masak kicap & kerapu masak pedas. Tekak Melayu katanya... Gambar kerapu nan ado sebab tak sampai lagik time nih. 

Actually, kitorang baru je jumpa Husina Seafood nih. 1st time try macam not bad. Lepas tu, semakin rajin pulak makan kat situ. Kira ni cubaan kali kedualah. He3...

So far, makanan sodap jugak & service pun tak pernah mengecewakan lagik. Kalau rasa nak cuba, try, test, boleh terjah alamat kat bawah nih:-

Husina Seafood
Jalan Changkat Jong
Teluk Intan, Perak

Harga samadengan affordable. Jangan risau! Tak cekik darah punya. Heh3...


:: Like3, ek! ::



Thursday, October 28, 2010

MENGETEST TEMPAT MAKAN BARU..!

Last Thursday, my 'sayang' ke KL, bawak abah ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) sebab abah ade follow up appointment ngan doktor regarding his jantung, darah tinggi & diabetes. Makanye, tinggallah daku keseorangan & kesepian... Tsk3...

Petang tu, aku amik mak, A_bern ngan nenek, bawak diorang bermalam kat umah aku sebab soknye nenek kene amik darah kat spital. Belah malam, aku berlagak jadik Kluangman... eh2! Kluangwoman, bawak diorang makan2 walhal memang sungguh jarang drive malam2. Tu pun gigih mak aku buat zikir munajat dalam keta! Muahaha...

Tak keluar jauh2 pun... Kat City Mewah jerk. Alhamdulillah... selamat sampai... ;)


~ Kitorang terjah tempat makan nih, baru beroperasi. Ntah hape namenye ntah! Lupa la plak. Bersebelahan dengan D Dafiq Corner.


~ Seperti bese... sawan camera itu adalah penting! A_bern yang start sawan dolu! Ha3...


~ Yang nie mak sedara A_bern yang paling jelita. Korang kenal tak beliau nih? ;P


~ Mak pujaan hatiku... ;D


~ Nenek aku yang vogue da vass! Siap posing pejam2 mata lagik ko! Menghayati betul! Dasat tak dasat tuh? Ha3...


~ Sila lihat jari A_bern yang pengkar... Ha3... Larikkksss..!!!

Service not bad la kat sini. Means, ko takde sampai tumbuh janggut/panas bontot tunggu order. So far, so good la...


~ Ha, kan! Baru jer kata 'service not bad...' dah sampai tomyam campur nih! Magic, wok..! ;P Nie tom yam campur for mak. Mak aku skang tengah mendietkan diri katanye... Malam2 takmo makan nasik dah. Nak makan macam sup2/tomyam2 macam nie jer. Ecewah! ;)


~ Nie kueteow goreng, aku yang punye..!


~ Khusyuknye makcik tu makan. Selalu, pantang nampak camera, musti dia ngelejat! Sawan katanye kan... Ha3... A_bern order kueteow Hong Kong. Ok la... tapi, masin sket.

Nenek aku lak makan nasik goreng udang ngan tom yam campur. Nak snap tapi, tak buleh sebab nenek aku dah melatah tak hengat dah. Terlompat2 sudu dia bile aku snap! He3... 'Ya ampun, nek... Hiks...'

Sume makanan aku rase! Cedok sane sket... cedok sini sket... Dah jadik 4 in 1 dah pinggan aku. Ye la... order kueteow goreng tapi, dalam pinggan tu nasik ade, tomyam ade, kueteow Hong Kong pun ado! Carca-marba... Ha3...

Cer korang klasifikasikan, diet hapekah yang ah kak amalkan nih? ;P

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google