SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label SUNGAI KLAH. Show all posts
Showing posts with label SUNGAI KLAH. Show all posts

Wednesday, October 5, 2011

TAMAN REKREASI AIR PANAS (TRAP) SUNGAI KLAH

Dalam entry2 yang lepas, aku ada gebangkan pasal TRAP Sungai Klah kan... Ada la yang tanya tentang lokasinya. Maybe sebab berminat nak mengtry & merasai sendirik pengalaman berkubang di situ kot.

So, kali nie aku nak citer detail sket la pasal TRAP Sungai Klah nih. Eh! Tapi, detail setakat yang aku tau la, ek?! Nak story mory morning glory lebih2, memang tak berapa nak terror, especially bab2 direction nih. Road-blinder, noks! Hu3...

"Sungai Klah is strategically located within easy access from the old trunk road or PLUS Expressway north bound. One can find the park from Sungkai Toll only 16.5 km or 20 minutes from the toll exit.

On the North-South Expressway, get of at the Sungkai toll exit and turn left at the junction. Just 1 km down the trunk road, turn left and follow the signs. The park is after the Sungai Klah Felda Village."

Sumber lokasi terbaik yang ah kak cedok dari peraktourism.


~ Antara sign2nya adalah mende alah nih. Kalau korang dapat jumpa nih, memang dah dekat sangatlah tuh. Confirm tak sesat... wa cakap lu..! ;P

~ Rupa asal TRAP Sungai Klah. Ada 2 sides, actually. 1st, Kolam Air Gunung (seperti dalam gambar di atas). 2nd, Kolam Air Panas. Dolu2, kat Kolam Air Gunung nie ada replika sotong gergasi (seperti dalam gambar di atas jugak). Skang dah takde sebab kononnya, ada yang mendakwa pernah nampak mata sotong tu berkelip. & bila berkelip, akan menyusul la kejadian yang tak diingini seperti lemas. Untuk mengelakkan pelbagai spekulasi yang semakin tahyul makanya, pihak management buang sotong tuh. Tapi bagi aku, ajal maut sume di tangan Allah. Itu yang patut kita pegang. Plus, yang buruk tu kan datangnya dari kelalaian manusia tu sendirik.

~ Ini plak rupa side Kolam Air Panas. 

Kalau nak tau lebih lanjut lagik pasal TRAP Sungai Klah nie, boleh la click sini. Owh... 1 more... caj tiket dikenakan. Dewasa = 10 hengget, kanak2 above 3 tahun = 8 hengget & warga emas = 6 hengget. Takde tiket, no entry, ye! Harap maklum. 

Kalau nak baca kesah picnic aku kat TRAP Sungai Klah yang sebelum nie, buleh la click sini, ek!

Aku harap info nie berguna untuk korang especially Fara, the 1 yang bertanyakan lokasi tuh. Kalau terkureng, mintak mahap la, ye..! ;)

Akhir kata... Selamat Berpicnic, you ols..! ;)


:: Like3, ek! ::



Monday, October 3, 2011

DARI KENDURI KE SUNGAI KLAH

Cerita weekend lepas2...

Abah ajak pergi kenduri kahwin kat Tanjung Malim. Rumah sedara katanya... Dalam pukul 10 ++ a.m la bertolak.

On the way nak ke rumah mertua, aku mengusulkan sesuatu kat my 'sayang'...

"B... Dah alang2 ke Tanjung Malim, apa kata kalau kita terus pergi picnic kat Sungai Klah? B adjust2 la ngan abah."

"Hmmm... ok gak tuh. Nanti abang cakap."

Alhamdulillah sebab cadangan diterima. Abah keluarkan 'pekeliling' suruh sume bawak baju mandi. Amekaw! Siap ngan 'pekeliling' bagai... Ha3...

~ Makanya, ke Sungai Klah la kami..! Yahooo..!!! ;D

~ Udda tak join berkubang sebab 'bendera Jepun tengah naik'. So, beliau ditugaskan untuk menjaga handbag. Jadik mak guard sekejap. Heh3...

~ Siapa paling kiut? Ha3...

~ Anak2, menantu & cucu Pak Usop yang sawan camera..! La3...

~ My MIL tak join mandi sama. Just rendam kaki kat kolam air panas jer.

~ Larat pulak Jijah mendukung Qistina. Berat wooo..!

~ Eh2! Abah pun dah terror 'peace2' lah! Ha3...

~ Kat kolam air panas. Nak berendam kat sini, kena ada skill. Kalau tak, memang terasa bahangnya. Kita kena masukkan kaki pelan2. Makin lama makin banyak yang kita rendam. Means, mulakan ngan kaki, membawak ke paha, pinggang & terus duduk macam bertapa kat dalam kolam tuh. Pelan2 serasikan suhu badan kita dengan suhu air kolam tuh. Baru la terasa seperti sauna. Berpeluh2, derrr..! 

~ Qistina yang sexy..! Ooppsss!!! ;P

~ My MIL dapat kawan baru yang sama2 merendam kaki dalam kolam air panas. My MIL nie memang senang dapat kawan sebab keramahannya. Rasanya kan... kalau my MIL ada akaun 'muka buku', mau berjuta3 dah friendsnya. He3... 

~ Si penjaga handbag yang tak puas hati sebab tak dapat join mandi-manda. He3...

~ Happy betul Qistina hari tu.

~ Tengok jer la tuh. Memang takde rasa takut langsung. Nak ajak naik pun kemain susah! Siap buat muka ketat lagik! He3...

~ Posing sesado! ;P

~ Macam loving couple la pulak. Ecewah!

~ Cubaan my 'sayang' menyorok di sebalik Qistina. Perasan badan kecik daripada Qistina la tuh. Ha3...

~ Aku tak paham motip pose my 'sayang' nih! Korang paham tak? ;P

~ Diakhiri dengan muka suci tuan tanah kedaung yang sememangnya kiut! Ahaks3...

Penat berkubang hari tuh. Walaupun penat tapi, best! I like3, hokay..! ;P

On the way balik, hujan renyai2. Melayan perasaan sambil melayan badan yang rasa sengal2 sebab berkubang tak hengat. Singgah kat Husina Seafood, Kampung Bahagia untuk makan malam. Aku order kueteow Hong Kong. Rasa macam sodap sangatlah pulak! Ke sebab tengah kebulur?! Ntah la...

Sampai rumah mertua, lepas semayang Isya' terus flat. Melepek kat atas katil sampai tertido. Tak larat dah nak mengjoin diorang tengok tv. 

Dah. Tu jer nak citer. Errr... ada apa2 soklan tak? ;P


:: Like3, ek! ::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google