SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, May 29, 2017

MAK SUPIR

Oppa bagitau, Abah ada call. Abah ajak berbuka sama2. Tapi, Oppa tak decide lagik. Depends pada urusan kerja dia. Kalau dapat catch up sebelum petang, on lah iftar di rumah parents nya. Kalau lewat petang baru setel, maka kami terpaksa postpone.

Pukul 11.30 pagi, aku tercongok kat rumah Mother. Kakak la... tengah aku sedap2 syiok2 tido & bermimpi di siang hari, dia call. Mintak tolong jadik mak supir sebab nak beli kain lining untuk baju raya A_bern. Abang Mie tak dapat bawak sebab ada hal. 

Nasib baik la dia dapat adik yang super baik hati yang sanggup mengorbankan tido siangnya. Dahlah baik hati, kiut pulak tuh! Mana nak dapat adik cenggini, weh..?!! Ahaks3...

~ Shopping di Arked Man.

Lepas tu, Watson. Lepas tu, Farmasi I - Town Health Centre. Lepas tu, Mat Frozen. Lepas tu, gerai kuih-muih Kampung Bahagia. Lepas tu, balik.

Fuh, melepek jugaklah! Hu3...

Sampai rumah, Oppa dah ada. Oppa kata, petang tu iftar di rumah parents nya. 

Hokay, baik!

Menu iftar adalah seperti berikut:-

Nasik putih
Sup Tulang
Ikan Termenung Goreng
Ayam Goreng Berempah (leftover sahur)
Cauliflower Tumis
Sambal Kicap
Masak Lemak Ikan (leftover sahur)
Lepat Pisang
Lempeng Pisang (PARAM)
Murtabak Ayam (PARAM)
Air Tebu (PARAM)
Air Teh Laichi
Air Suam

Beronok2 kitorang makan. Alhamdulillah... masih mampu bertarawikh. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



4 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

seronok rumah parents dekat

Zie Madini said...

Hehe.. baik hati dia. Mak supir yg hot

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
alhamdulillah.. semoga majikan 'istiqomah'. heh3..

ArELeEz said...

Zie Madini,
baik biasa2 je. tp, tang 'hot' tu luar biasa! ha3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google