SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, November 28, 2016

TERIMA KASIH, SI PEMBELANJA

Dinner treat by Awa.

Di Restoran Mutiara Seafood. Aku & Oppa bertugas sebagai tukang order supaya senang. Nanti diorang sampai, makanan dah siap.

Tak semua yang dapat join. Mana yang balik kampung je. 

~ Port kami.

~ Terima kasih kepada si pembelanja. Semoga semakin murah rezeki. Aminnn...

Dapat chit chat sekejap je... Abah dah ajak balik. Mengantuk.

Takpe... Next time, ada rezeki, umur panjang, kita chit chat & makan2 lagik. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, November 24, 2016

DAB KE LAUT... DON'T CARE..!

#Throwback

Godek2 folder gambar untuk tahun 2016, jumpa gambar open house opis. Secara automatik telan air liur. Nampak makanan sodap2. Owh... gulp3!

~ Nasik tomato, gulai kambing & sate. Hadoiiyaiiinyapon..!!!

~ Selfie dengan Mak Eika & the geng.

~ Konsep selfie, senget2, pandangan sisi. Motip: Cover perut & pipi tembam. Ha3...

~ Hamboih, happy nau2 Encik Fadzil..! He3...

~ Lepas tetamu balik...

~ Masih dengan konsep menyenget2kan badan. Ha3...

~ Hazrie terjebak! ;P

~ Sempat lagik nak Dab. Walaupun ke laut... don't care..! Ahaks3...


~ Tak penat2. 

~ Kembali sweet. Eceh!

~ Last

Bila lagik nak buat makan2 ni, hoiii2..?! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, November 19, 2016

KERANA... 'KHILAF SEORANG ISTERI'

1 hari tu, aku layan drama. Well... you know me... Ah kak kan drama queen... you ols..! Dalam seminggu tak tengok drama, kompom ah kak lemau! Heh3...

Tajuk drama: Khilaf Seorang Isteri
Starring: Fezrul Khan, Syatilla Melvin, Fizz Fairuz & Tasha Shila

Tayang kat TV9. Sedeh, kesian, dramatik, geram, menyampah, choiii... semua ada. Bercampur2 emosi ah kak tengok drama tu. Kejap bangun... kejap berdiri... duduk, berguling2. Haaa... over nau2! Ha3...

Lepas tu, lapor. Buat muka seposen, angkat2 kening, kenyit2 mata sikit kat Oppa... finally, Oppa ajak supper. Yahoooooo......!!! Oppa memang betul2 soulmate. Tak syak lagik! Ahaks3...

~ Restoran Al Naeem Maju

Bbrrppp..!!! Happy tummy...

Hashtag: Kerana 'Khilaf Seorang Isteri' 

Ngeh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



BUAI LAJU2...

Kesah hari bekerja...

Tak dapat nak lunch sama2 dengan Oppa. Oppa busy, carik nafaqoh. Takpe. Oppa focus je kat kerja. Jangan bimbangkan #SuriHatimu ini. Sebab dia ada 2 opismate gigirls yang sangat rare nak miss lunch. Boleh la lunch dengan mereka. Ha3...

Cik Nad & Eika insist nak makan fast food. Nak tukar selera. Asik makan nasik tekak Melayu je kan... Kita twist sikit. Tekak omputih pulak. Ah kak on! Takde masalah.

Kami pilih Mokcik Marrybrown. 

~ Chick-A-Licious untuk ah kak.

Makan kat port yang ada swing tu. 

"Buai laju2... Kami nak kawen... Dengan anak raja..."

Ha3... Choiii..!!!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



ANGEL HAIR AGLIO OLIO

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Bolognese & carbonara kita tolak tepi dulu. Tukar selera ke aglio olio pulak.

Bahan2:-

1 peket pasta angel hair
1 biji bawang besar (dicincang)
3 biji bawang putih (dicincang)
1 pokok daun bawang (dipotong mancis)
10 ekor udang (dibuang kulit)
1 mangkuk kecil cendawan butang (dihiris)
3 ekor sotong (disiang, dicuci bersih & dipotong bulat)
1/2 ketul kiub ayam
2 tangkai cili kering (dibuang biji & dipotong)
Air masak
Serbuk lada hitam
Chilli flakes
Garam
Minyak masak
Air

Cara2 Penyediaan:-

1. Rebus pasta angel hair di dalam air yang ditambah sedikit garam & minyak masak. Angkat & toskan.
2. Panaskan minyak. 
3. Tumis bawang besar, putih & cili kering hingga naik bau.
4. Masukkan cendawan butang, udang & sotong.
5. Masukkan kiub ayam & sedikit air masak.
6. Masukkan pasta angel hair. Sebatikan.
7. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam & chilli flakes. Kacau rata. Angkat.
8. Taburkan daun bawang & chilli flakes sebagai hiasan. Siap.

~ Angel Hair Aglio Olio

Tekak aku jenis pempedas. Sebab tu add on cili kering selain dari chilli flakes je. Well... semua pengolahan bergantung kepada citarasa memasing.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



STRESS / TERAPI?

As usual, dah jadik tugas aku untuk bawak Mother ke hospital. Medical appointment. 

Cek hypertension & diabetes. Jabatan Pesakit Luar (JPL), Hospital Teluk Intan tak pernah sunyi. Macam2 ragam, macam2 kerenah & macam2 jenis pesakit. 

Kalau tak kena gaya, kita boleh jadik stress tunggu urusan selesai. Tapi, kalau ko #WatLekWatPeace... chill2... adapt dengan baik, boleh jadik terapi tau! Hilang bosan menunggu. Tau2 je, nombor giliran dah sampai. He3...

~ Ini cara kami adapt persekitaran kat JPL tu. Heh3...

Blood pressure Mother ok, under control. Paras gula pun ok, di tahap yang sepatutnya. Kuantiti darah, bagus. Urine ok. Syukur, alhamdulillah...

Berat badan je yang kompom bertambah. Walaupun naik tang point2 je but, still increasing. Takpe... chubby itu sejenis kecomelan yang tak semua orang ada. Kita geng! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, November 18, 2016

RASA MELAYANG2

Kejadian ni masa A_bern still kat kampung. 

Perut lapar. Nak dinner tapi, malas nak masak. Achaner tu? Choiii..!!! Ha3...

Finally, dinner kat luar je lah. Kat Restoran Mutiara Seafood. Orang tak ramai sangat. Sedang2 je. Ok, bagus. Sebab memang kebulur. Tak sanggup nak tunggu lama2.

Eh, tapi... kat Mutiara Seafood ni service takde hal! Mantap! Pantas je. Walaupun pada 'waktu2 puncak'. Aku syak, tukang masak ia ramai. Mungkin la...

Sebelum tu, bawak Mother sopping spec dulu. Spec lama tu dah lama sangat katanya... Dah terkopak2 sikit bingkai dia. Lens pun dah calar-balar. Hukum wajib ganti. He3...

~ Haaa... cantek tak Mother kita dengan spec baru? Warna merah memang faveret.

Abang & family tak join ke Restoran Mutiara Seafood. Nak sopping barang anak2. 

~ Mother & lai chi kang, berpisah tiada...

~ Kesah gadget yang tak berkesudahan. Hu3...
~ Yang ni pulak, kesah selfie yang tak bernoktah. Hiks...

~ Berjaya jugak mokcik ni menjalani kehidupan kat Terengganu nun..! Tapi, still tak boleh adapt makanan2 Terengganu. Kasehan... He3...

~ Cucunda sulung & nenda...


Seronok betul bila perut dah kenyang. Gumbira bukan kepalang! Masuk dalam kereta, kena air cond, rasa melayang2. Mata kuyu, mengantuk tak mau hilang. He3...

Alhamdulillah...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, November 17, 2016

KONSEP KEPELBAGAIAN

Lokasi kejadian: Taman Melor

Ada berderet stall kat situ. Waktu operasi: Malam hari. Siang hari nan hado! Harap maklum. 

Setiap stall jual makanan yang berbeza. Maksudnya, specialty memasing tak sama. Ada stall shell out, nasik goreng + masakan panas, tauhu bakar, cucuk2 + steamboat, sate, burger, sotong king, bla3... isk3... macam2 lagiklah!

Konsep kepelbagaian. Bagus! Banyak choice untuk customer.

Aku dengan Oppa rajin lepak kat D Cheequs Cucuk2 Steamboat. Stall ala2 yong tau fu. Konsep separa self service. Maksudnya, dia kasik ko pinggan, ko pilihlah mana2 / apa2 jenis 'cucuk2' yang ko suka. Kemudian, kasik pinggan tu kat dia sebab dia nak celurkan. Ko tunggu je kat meja. Nanti dia serve.

~ Budak ini tak habis2 berselfie. Pengaruh siapa la ni kan..? Ahaks...

~ Antara cucuk2 yang available.

Stall kat sini semuanya konsep roofless & open air. Lebih santai & sempoi. Tepi jalan besar tapi, dalam kawasan jalan shoplot. Maksudnya, bukanlah betul2 tepi jalan besar. Agak selamatlah.

Jemputlah singgah!

D Cheequs Cucuk2 Steamboat,
Taman Melor, 
36000 Teluk Intan, Perak.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



REDHA DENGAN CUSTOMER

Mintak Kak Eda Fazeda buatkan kek lagik. Oppa la yang mengidam. Hari2 dok 'berzikir' kat telinga, suruh order. Naik capang cuping telinga I ols tau..! ;P

Kek pilihan haruslah Snow Cheese Cake. Sungguh tak boleh move on dengan kek ni. Gebu-gebas, cheese berbondong2, lemak berkrim, secukup rasa. 

Haaa... ini bukan iklan berbayar mahupun ditaja, ye you ols..! Ini komen jujur lagik telus. Sumpah, tak tipu! ;D

~ #Saranghae Heh3...

Macam2 'caption' yang aku request kat Kak Eda Fazeda. '#KMonnn, #MotherKiut, #JomMakan, #EjazWarda' pun hado tau! He3... Nasib baik Kak Eda Fazeda layankan je. Mungkin beliau redha kot dapat customer macam aku. Ha3...

Nyummm2..!!! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, November 15, 2016

BERBALOI DAH TU

#Throwback

Beraya, berkumpul dengan family, memang seronok. Dapat attend open house pulak adalah beronok2..! Heh3...

Tahun ni berkesempatan aatend 2 open house. Dah kira berbaloi dah tu. 

Open house pertama: Rumah kawan Mother. 

Tak jauh. Dekat je. Tak perlu nak Waze pun. ;P

~ Aktiviti setelah kenyang.

Mother tiada dalam gambar sebab gigih bersosial dengan geng beliau kat meja lain. Takpe... Biarkan je... Sekali-sekala nak hang out dengan geng.

Bihun, laksa, sosej, nugget, nasik impit, rendang, mee goreng, bubur kacang, kuih-muih, bla3... Tak ter-list semua menu! Beraneka jenis. 

Open house ke-2: Hotel Angsoka. Open house family Hazrie.

Hujan renyai2 pun redah jugaklah. Don't care! Nak 1000 daya, nahi3 1000 dalih! Ha3...

~ Makan nasik ayam.

~ Port thorrbahekkk sebab dekat dengan meja hidangan buffet. Bijak tak? Bijak tak?


~ Family members yang gorgeous. Eceh! Ahaks...

Open house ni konsep dia 2 in 1. Maksudnya, ada open house raya + majlis akikah anak sedara Hazrie. Meriah jugaklah. Siap ada lucky draw. Tapi, ah kak tak berapa nak bertuah. Takpe. Takde hal bab tu. Yang penting, makan. Ha3...

~ Terima kasih, tuan2 rumah open house.

Semoga dimurahkan rezeki. Aminnn...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



GAERAN MARI

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Gaeran mari tu maksudnya egg roll / telur gulung versi Korea. Sekali-sekala speaking Korea. Heh3...

Banyak kali sangat nampak orang Korea makan gaeran mari. Dalam Running Man... drama2 Korea... rancangan memasak Korea... Jadik, ah kak terjebak. Nak try. ;)

Bahan2:-

4 biji telur ayam
1/2 biji carrot (dipotong macam mancis)
1/2 biji carrot (dipotong dadu)
1 mangkuk cendawan butang (dihiris)
4 keping roti potong Gardenia (dibelah 2)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dicincang)
Daun bawang (dihiris)
Minyak masak
Garam
Serbuk lada hitam

Cara2 Penyediaan:-

1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang besar hingga naik bau.
3. Masukkan carrot yang dipotong mancis & cendawan butang.
4. Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam. Masak seketika. Angkat.
5. Pecahkan telur ayam ke dalam mangkuk. Kacau.
6. Masukkan carrot yang dipotong dadu & daun bawang ke dalam mangkuk telur ayam.
7. Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam. Kacau.
8. Panaskan minyak.
9. Tuang bancuhan telur ayam. Biarkan seketika.
10. Gulung telur sedikit demi sedikit hingga jadi 1 gulungan sempurna. Angkat & potong ikut kretaiviti. Hidangkan dengan carrot + cendawan butang tadi & roti potong Gardenia.

~ Gaeran Mari

Mariiiiii3......!!!!!! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, November 9, 2016

Saturday, November 5, 2016

FUSILLI CARBONARA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Makan pasta untuk kesekian kalinya... ;)

Bahan2:-

1 peket pasta fusilli
1 biji bawang besar (dicincang)
3 biji bawang putih (dicincang)
1 tin Sos Prego Carbonara Mushroom
1 cawan susu cair
1 mangkuk meatball ayam & daging (dibelah 2)
Minyak masak
Garam
Serbuk lada hitam
Air

Cara2 Penyediaan:-

1. Didihkan 1 periuk air yang dititiskan minyak masak & diperasakan dengan sedikit garam.
2. Masukkan pasta fusilli. Rebus hingga empuk. Angkat & toskan.
3. Panaskan minyak masak.
4. Tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
5. Masukkan meatball ayam & daging. Masak seketika.
6. Tuangkan Sos Prego Carbonara Mushroom. Sebatikan.
7. Tuangkan susu cair.
8. Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam. Tutup api.
9. Masukkan pasta fusilli. Kacau rata & hidangkan.

~ Fusilli Carbonara

Breakfast boleh. Dinner pun boleh. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



KETUPAT PALAS & BIHUN TOMYAM

#Throwback

Rindukan suasana Hari Raya. Jadik, kita publish la entry raya sejenis #Throwback. Mohon konsep tersebut diterima... Ha3...

Nawaitu pertama: Beraya ke rumah Abang. 
Nawaitu ke-2: Makan ketupat palas & bihun tomyam.

~ Memperkenalkan... ketupat palas. He3...

~ Berborak, berselfie sambil menikmati makanan. Indah, noks..!

~ Yang sulung, yang tengah & yang bongsu.

~ Rania & youtube, berpisah tiada... 

Kenyang perut. Alhamdulillah... #SyukurSelalu

Terima kasih tuan rumah sebab jamu tetamu makan. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google