SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, March 30, 2016

WORDLESS WEDNESDAY #104: MOVE ON!

~ Pengaruh 'Kang Ye Jun' lagik...

Hey, move on, bebeh! Hu3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, March 28, 2016

SELFIE DENGAN 'LEE KWANG SOO'

#Throwback

Seksyen seterusnya... Lagik mencabar minda, menguji mental & fizikal untuk dapat result gambar 3d yang cun. Tengok, pikir & pose konsep ia.

Tak boleh malu & jangan amik peduli sangat mata2 yang memandang. Assume je mata2 yang memandang tu tengah carik inspirasi, cara macam manalah yang paling thorrbahekkk... untuk pose. ;D

~ Badak berendam nak makan orang.

~ Picnic kat Kutub Utara. Ko mampu pakai baju denim dengan pants biasa je di celah2 iceberg yang bersepah2 tuh??! ;P

~ Musuh ketat si beruang kutub. Alaaa... pasal tembikai je pun... Isk3...

~ Tajam nau2 gigi jerung tu! Tanjat gigirl! Huuuuuu......

~ Surfing kat Lautan Hindi.

~ Ikan apa ntah?! Huduh nau2 rupa paras ia!

~ Pertandingan bibir terseksi. Ha3...

~ Penaklukan sutun kurita...

~ #DahLetih Ha3...

~ Yang sorang ni tak letih2 lagik. Gigih jadik Puteri Mutiara. Ahaks...

~ Selepas 'recharge', minum mineral water 1/2 botol besar.

~ Kunci kejayaan... Ecewah!

~ Selfie dengan 'Lee Kwang Soo'. He3...

~ Cubaan untuk bersikap friendly dengan penghuni hutan.

~ #LetihLagi Terkapai2 atas daun teratai. Ha3...

Syiok, ok... 'bermain2' dengan 3D art ni..! Tak dinafikan, memang letih. Tapi, bila tengok balik hasilnya, dapat 1 kepuasan! Rasa bertenaga balik nak sambung pose kat seksyen2 seterusnya. 


:: A.R.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, March 26, 2016

'HANG2'

EKSA diteruskan lagi... Ewah, skema sangat ayat tu, baq hang! Ha3...

Konsep jadual tugas adalah rotation. Kalau minggu lepas ko dapat kerja menyapu2 parking tengah panas membahang sampai peluh menitik... tik3... minggu ni ko akan dapat kerja #WatLekWatPeace seperti lap2 cermin partition dengan ber-air-cond bagai... nyamannn...

Cenggitu...

~ 'Hang Mop'. Selipar dia memang sebelah oren, sebelah hitam. Pesen. Stylo katanya... Sila jangan pertikaikan. ;P

~ 'Hang Kebun'

~ 'Hang Cuci'

~ 'Hang Sapu'

~ 'Hang Encik Boss'. Eh! He3... Bosss...... #TanganDiDahi ;D

Semua 'Hang2' dijamu dengan jamuan ringan... Alhamdulillah...

Anggaplah ia sebagai hadiah setelah penat bekerja mebersihkan opis & jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha gigih pada minggu2 seterusnya. #KiPiDap #DonGiBap He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



KUNGFU PANDA KU..!

#Throwback

Hokay, mari kita sambung entry LIMA 2015 yang tertunggak2 tertangguh2 tu. Dush3!!! #TumbukanPaduBoboiboyUntukDiriSendirik

Entry basi ke... entry fresh ke... gasaklah! Yang penting, setiap kenangan nak diabadikan dalam blog tersayang  nih. 

Lepas aerial showcase tamat, kami terus ke Art in Paradise Langkawi Interactive 3D Art Museum. Fuh, panjang nau2 nama dia! Kena mention semua patah perkataan, jangan tinggalkan 1 pun! Sebab poyo! #PengakuanIkhlas Ha3...

Sangat senang nak carik lokasi ia. Sebab next to Langkawi SkyCab (formerly known as Langkawi Cable Car) yang tahap dia sejenis tahap wajib singgah kalau ke Langkawi. Tinggi, gayat, seriau tapi, manusia tetap kerumun sebab nak cipta sejarah untuk diri sendirik, berjaya harung rasa takut. Syabbashhh!!!

Hokay, dah larik tajuk! Ha3...

~ Ini pengalaman pertama seumpamanya. So, excited dia sangat overdose! Semua pun nak ditry, nak di-3D kan. Termasuklah yang ala2 diving nih.

~ Oppa pun sama terjebak. He3...

~ 'Duyung boboy' ketemu 'duyung gigirl'. Cenggini la hasil dia. ;P

Itu baru entrance. Ada banyak lagik yang nak kena explore. Tungguuuuuu......... Eceh!

~ National Geographic pun cover story we ols panjat gunung tau..! Ahaks...

~ Time magazine. Kami dah sampai ke bulan, anda... bila lagi?! Ecewah!

Owh... lupa nak habaq mai pasal tiket masuk. Ianya adalah berbayar, ye you ols..!

Dewasa (Malaysian): RM 30
Kanak2 (Malaysian): RM 20

Dewasa (Foreigner): RM 38
Kanak2 (Foreigner): RM 28

Bawak MyKad untuk buktikan kamu adalah rakyat Malaysia. Penting nih!

~ Kungfu Panda ku..! He3...

~ Relax je lepak dalam mulut resakse... Ko mampu..??!


~ Helppp...!!! 'Albert Einstein' nak ujikaji kami..! Hu3...

~ Welcome to 'London Circus'.

~ Nak tengok Academy Awards, nak mintak sain Gerard Butler. Eh! Hiks...

~ "I'm a genie in a bottle, bebeh... Come3 come on & let me out... La3"

~ Thorrbahekkk..!!!

~ Holloh3... ;P

Mukadimah je ni... Ada banyak lagik. Meniarap, mengiring, terbang, melompat, bla3... He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, March 23, 2016

WORDLESS WEDNESDAY #103: BABY REF

~ Muhammad 'Adry Refhan bin Azmir...

... a.k.a Baby Ref. #MakAnjangPanggil Ala2 Keanu Reeves, gitu..! Ahaks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, March 22, 2016

KITA MENANG SAMA2, KITA KALAH SAMA2..??!

EKSA yang ke-5 untuk tahun ni...

Pejam celik, pejam celik... dah 5. Hmmm... makin bersinar2lah opis. Ecewah..! He3...

EKSA kali ni very simple. Seragam alas meja. Maksudnya, beli alas meja plain, warna korporat, pasang di setiap meja.

~ Kami pilih alas meja kaler merah sebab nak seragamkan dengan alas meja meeting room yang dah sedia ada kaler merah.

Konsep dia teamwork. Kita menang sama2, kita kalah sama2. Eh, silap! Tu 'Ola Bola' lah, woi..! Ha3...

Cenggini... kita ukur sama2, gunting sama2, pasang sama2, semuanya sama2. Haaa... baru betul..! He3...

~ Bilik Encik Boss.

Nampak merah opis kita, you ols..! ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, March 17, 2016

EKSA 2

Ekosistem Kondusif Sektor Awam a.k.a EKSA...

Orang gomen pasti familiar! Kompom! Kalau tak pernah dengor, pergi start kursus induksi baliklah. Hu3...

Of course opis aku terjebak jugak dengan EKSA. Actually, dulu2 kita panggil ia as Amalan 5S. Encik Boss putuskan yang setiap hari Jumaat (petang), buat gotong-royong untuk 5S. Sekarang, bila dah jadik EKSA, gotong-royong tu masih dikekalkan. 

~ Ini EKSA ke-2 untuk tahun ni. Gigih Hazrie mencuci longkang. Baguih!

~ Encik Fadzil main tebang2 pokok. Awas, dengan Encik Kerengga, ye! He3...

~ Encik Selvam ditugaskan menyapu porch & parkir. #KiPiDap #DonGiBBap ;D

~ 'Ah kak Ninja' on set! Ha3...

~ EKSA ke... selfie ke...?! Cer teka... Cer teka... ;P

Alhamdulillah... so far, semuanya berjalan lancar. Walaupun penat tapi, berbaloi jugak la... Bersih opis. 

Untung dapat opismate rajin2 ni, sebenarnya... Eceh! #JanganCakapAhKakTakPayung

Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, March 15, 2016

SELAMAT MENEMPUH FASA BARU

Walimatulurus... Syafiq & Fatin Hardhina...

Syafiq cousin Oppa, anak Pak Anjang dia. Kami join 'rombongan' pengantin. Rumah pengantin perempuan tak jauh... Seberang jalan raya je... Dari Taman Pelangi ke Taman Seri Setia... gitu... Kalau tau, angguk. Kalau tak tau, pun angguk2 jugak. He3...

1 cabaran jugak nak jadik rombongan pengantin time2 musim panas membahang ni! Mental dengan fizikal kena kuat! Sebabnya kan... protokol sambut pengantin kan ada kompang la... selawat... kadang2 ada silat... munge manggar... flower girls bagai... Nak menyampaikan ke singgahsana pelamin / meja makan beradab tu adalah sejenis hazab jugaklah.

Mana nak lap peluh... Mana nak touch up make up... Nak berlarik2 anak carik tempat redup lagik... Phewww..! Cobaan sangat..!

~ Memula, Arrisya behave. Lepas tu, dah start 'bergurau'. Gigih nak main dengan bayang2. Mak Anjang ni risau, takut terlepas pandang, ke ceruk mana pulak dia pergi kang. So, Mak Anjang tak kira, Mak Anjang gigih jugak nak pegang tangan dia, walaupun terkangkang2. Ha3... Hadoi la...

~ Flower girls yang kiut2.

~ Selawat oleh Atok pengantin lelaki.

~ Finally...

~ Lapor! Visi & misi: Nak makan banyak2. Ha3...

~ Port kami.

~ Pengantin kena bahan sebab 'candlelight dinner' berdua2-an je. Ha3...

Tahniah, Syafiq & Fatin Hardhina..! Selamat menempuh fasa baru. Semoga kekal bahagia till jannah. Aminnn...

Lepas wedding tu, kami ke Selabak, ziarah Mak Ngah. Cik Am kata, Mak Ngah demam. Sebab tu tak dapat join rombongan pengantin.

~ Wefie berjemaah. Arrisya punye 'peace' tu... win! Ha3...


Seminggu kemudian, majlis sebelah pengantin lelaki kat Dewan Bandaran Teluk Intan. Owh... pastinya kami terjah jugak. ;D
~ Pengantin di singgahsana.

Busana cantik, pelamin pun cantik. 

Sekian, melaporkan... Heh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google